I Like it!!!

Thursday, December 2, 2010

Tears of Sadness DeeDee

Petang ni, sibuk aku melakukan kerja, tiba-tiba, sms telahku terima. Berbunyi "Assalammualaikum.. tolong doakan Nana sembuh, sekarang dia di Hospital Ampang bahagian kecemasan, keadaannya kritikal.."

Berdentum jatuh rasanya jauh di sudut hatiku namun ku sembunyikan dengan tenang dan menyampaikan pada rakan-rakan sepejabat di pejabat. Raut wajah masing-masing yang menerima berita ini juga jelas kelihatan berubah.

Jika kalian ada mengikuti bog-blog ku sebelum ini, inilah dia tentang Kak Banana yang ku ceritakan. Kak Nana. Dia menghidap kanser begitu lama sudah. Menjalani kemoterapi pun sudah banyak kali. Dan hasilnya... kak Nana kini berada pada tahap yang kritikal. Tahap ke-4. Pada saat sebelah petangnya tadi, akhir sikit, dalam pukul 5, aku dapat berita Kak Nana sedar. Alhamdulillah. Namun aku masih belum berkesempatan untuk melawatnya dan hanya mampu berdoa untuk kesembuhannya saja. InsyaAllah, esok, jumaat, aku dan rakan-rakan sepejabat berusaha untuk melawatnya. Kini aku merasa sebak di dada. Ketiadaannya di penglihatanku ketika bekerja membuat aku rindu sebenarnya namun ku sembunyikan jauh-jauh supaya tidak terlalu dibawa-bawa ketika kerja.

Namun apa dayaku, apabila aku juga yang menggantikan kerja-kerjanya, semakinlah aku teringatkannya. Kak Nana, sabar ya... Ini semua dugaan dan ujian Allah buat kakak kerna dia sayangkan kakak. DeeDee nak kita bersama semula dan berceloteh seperti mula-mula pertemuan dan gembira selalu. Kakak kandung DeeDee tiada di KL ni kak. Kalau ada pun, kakak DeeDee bukanlah sesihat normalnya macam orang lain. Kak Nana, sihatlah kak. DeeDee tunggu.

Kak, hehe... Kak ingat lagi masa ni? Kita kasi hentam itu kamera John. Kita test-test kamera baru dia. Hehe... Masa ni kita kerja di bangunan yang lama. Asal DeeDee ngan Kak Nana buat kerja saja, tak henti-henti berceloteh panjang tentang apa saja namun kerja tetap siap!! Hehehe....

Namun, aku tipu diriku sendiri lagi, aku kini sebenarnya, tak sanggup memikirkan bagaimana keadaannya Kak Nana sekarang yang tengah terlantar di katil hospital. Aku dulu pernah lawat Kak Nana ketika dia bertahan di hospital. Masa tu, amat menyedihkan keadaan Kak Nana. Aku cuba lagi lontarkan jauh-jauh hari ni tentangmu Kak Nana tentang bagaimana keadaanmu hari ni. Tapi Kak Nana, aku sebak lagi setelah menerima sms dari Kak Intan.

"Salam, akak dah tengok Kak Nana, sian tengok dia, tunggu Doktor datang, kakak dia nak bawa balik Sabah, Doktor tak beri harapan, doa la sama-sama yer Dee"...

Sebak. Aku semakin sebak membaca sms yang diterima dan telah ku forwardkan pada rakan-rakan sepejabat kita kak yang ku termampu. Kak, kita kan sudah janji mo jalan-jalan lagi. Kak cepat lah sembuh ya kak. DeeDee suka tanya pendapat kakak untuk belikan apa buat mak dan kakak DeeDee di Sarawak dan juga rakan-rakan DeeDee yang lain. Kakak kan kreatif. Please kak...

Semakinlah aku sedih bila ramai yang bertanyakan tentang kondisi kakak kepadaku. Jelas mereka semua tahu rapatnya kita kak sampaikan kondisi kakak pun mereka tanya denganku. Kak, sedar tak Kak? Mereka semua juga amat menyayangi kakak dan prihatin...

Esok, DeeDee dan rakan-rakan sepejabat kita semua nak lawat kakak tau, so kak tunggu k :) Lagipun esokkan Jumaat. Panjang masa. InsyaAllah :) Sebenarnya, kalian semua, Kak Nana punya kanser, kanser darah putih. Kansernya telahpun merebak hingga ke seluruh badan dan otak. Dia kini berada di tahap kritikal iaitu tahap ke-4. Walaupun doktor cakap tiada harapan, tidak bermakna kita kena putus asa. Hanya keajaiban dari Illahi saja lagi yang mampu menyembuhkannya. InsyaAllah. Doa'. Daripada-Nya lah juga kita minta agar Kak Nana sihat semula, sembuh dan bersemangat lagi. K... Tunggu esok tau!!! :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers