I Like it!!!

Tuesday, December 21, 2010

Absence makes the heart grow fonder.

“I’ll be back so soon you won’t have time to miss me. Look after my heart — I’ve left it with you.”

Mum telefon aku masa lunch break tengahari tadi. Dalam pada masa yang sama ketika aku berbual dengan Mum, Danial juga menghubungiku. Jelas, ada dua perkara yang sama dalam perbualan itu tentang aku. Mereka berdua, rindukan aku. Hurmmm... Lama juga aku tak pulang ke Miri ni. Tipu kalau aku katakan aku tak rindu untuk pulang dan bertemu dengan rakan-rakanku dan keluargaku. Tiket flight mahal. Kalau ada sekalipun offer dalam AirAsia tuu, tetap ke Miri tiada yang murah kalau dari KL. Melainkan dari Kuching ke Miri or Miri ke Kuching dan sebaliknya. Takda plak ku jumpa setakat ni offer KL<->Miri murah... Hrmmm... Lagipun, this year juga aku sibuk dengan kerja-kerjaku. Jangankan nak pulang ke Miri yang kena terbang tuu, nak balik Seremban dari KL yang dekat ni pun aku tak terbalik-balik lagi sebab sabtu dan ahad pun aku kadang kala turun kerja. Bila dah letih sangat, antara salah satu hari tuu jer aku datang.

Sorrylah ya... Bagusnya kamu yang menghubungiku itu juga amat memahamiku... Lagipun, sekali-sekala aku jauh ni, ada jugak fungsi rindu tu tercipta... InsyaAllah, aku usahakan juga minggu ni untuk selesaikan semua kerja-kerjaku yang di tempat kerja dan di rumah sebaik mungkin. Selesai saja dapatlah aku berehat pulang ke Seremban dengan tenang. Tanpa perlu memikirkan banyak perkara yang belum selesai. Minggu ni sudah minggu ke 3. Sebulan lebih sudah aku tak pulang ke Seremban. Tentu saja sepupuku ku tertanya-tanya lagi tentangku disana. Syukurlah ada tempat untuk melepas rindu. Bila bulan sudah mengambang...

Danial ketika menghubungi, memberitahu tentang kepulangan rakan kami yang lain yang telah terlalu lama juga ku tidak temui sejak dari aku berhenti kerja di Boulevard lagi. Terlalu lama. Rasanya 2 tahun tak jumpa atau lebih. Last contact, telefon dan hanya di Facebook. Itu pun tau-tau dia bukan berada di Malaysia lagi. Bersempena Krismas yang bakal menjelang tiba ni lah baru dengar khabar dia pulang. Rindu juga mo jumpa. Apatah lagi rakan dari sekolah menengah... Sorrylah Ken, aku tak dapat visit ko tahun ni Krismas. Tapi, just let you know, I still kawanmu walaupun kita jauh. Krismas ni Danial kan ada dan adik-beradikku yang lain di sana kan ada, enjoy your Christmas yeah... Miss you Buddy!... Ho Ho Ho, Merry Christmas... Dan, bersempena hari Krismas ni jugak yang jatuh pada hari sabtu ni 25th December 2010, aku mahu lihat suasana sambutannya di Seremban pulak. Bagaimana sambutannya di sana ya?

Sayangnya sambutan hari Krismas ni jatuh pulak hari sabtu. Tak der lar cuti hari biasa untuk pekerja macam kitorang nih. Kalau PH tu jatuh hari ahad kan cantekk?!! Hoho... Sebab, biasanya kalau PH tuu jatuh hari Ahad, Isnin hari bekerja, automatically jadi pengganti cuti PH. Maksudnya, tak kerja arr. Tak per ah, sabtu ni aku kasi hentam itu Seremban. Aku nak jalan-jalan dan tonton wayang kat sana plak. Beralih angin. I wish menjadi!!! With God Willing. Insha'Allah.

Mum pula today tiba-tiba call. Ingatkan ada hal penting lagi. Aku ni bulan ni memang bulan menangis dan terkinjat(terperanjat) jer. Asyik dengar berita sedih saja. Tapi, cara menghilangkan sedih tu, solat, baca Yassin, sedekah al-Fatihah dan lain-lain lagi yang bisa menenangkan jiwaku. Alhamdulillah. Mum call pasal rindu. Bertanyakan khabar tentang kesihatanku. Hari tuu kan aku demam, cuma sampai sekarang batuk ku tak hilang. Silap aku jugak, makan tak berpantang. Asal nak sedap jer, goreng-goreng, pedas-pedas, western food, carbonated drinks dan macam-macam lagi yang juga bisa menimbulkan rasa batuk. Beginilah kejadiannya kalau sudah merantau tuu tak jaga sangat makan. Balik Miri terjaga gak makan. Aku makan pun bila perlu jer. Kat sini, asal tengahari jer, member ajak makan, pergi jer walaupun masih boleh bertahan kenyang sarapan yang pagi tadi. Mana tak nyer badan I berisi kat sini. Mantap gitu :P

Tinggal 10 hari mengejar cinta. Maksudku, 10 hari lagi tahun 2010 ni akan ditinggalkan samada rela tak relanya. 2011 pula bakal menjelang tiba dan menggantikan 2010. Apa azam anda? Kalau ada yang masih belum bersedia dengan pertukaran tahun Kalendar Islam hari tuu, bersedia lah pulak dengan Almanac 2011 ni. Salah satu azam aku tahun depan dari 1001 ialah, dapatkan Kamera Sony DSC TX9 sebelum pulang ke Miri!!! Tak dapat, aku tak nak balik! Chewahhhh... bleh plak macam tuu... Ho Ho Ho... Mana aja kata kau DeeDee... itu semua kena kuatkan hati sendiri gak. Tak kuat tak tersimpan arr duit nak beli. Yakin DeeDee, anda boleh buat!!! Hiah!!! Chai Yok Sayor!!! Namun harapan pasti ada dengan kesungguhan seperti petikan dalam Bersamamu di TV3. Okay Buddy! Merry Krismas, yang mana nak bersedia beli barang sekolah dan berbelanja tu, berpada-pada lah yer, Happy Holiday. XOXO.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers