I Like it!!!

Monday, December 13, 2010

Watch Movie? With me DeeDee :)

Tadaaaa... hoho... Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca-pembaca blogku yang ku kasihi dan sayangi. Seperti yang telahku janjikan dalam blog sebelum nih, aku cakap aku nak cerita tentang wayang kan? Ni, cerita yang semalam aku tonton dengan John sebab John pun nak jugak ikut aku sebab lama dah dia tak tonton wayang. Aku pulak bukan sebab nak pecah rekod John tu jer ajak tengok wayang nih, dah memang ini cerita Adventure yang paling aku suka tonton setiap kali keluar wayang berbanding menonton cerita Harry Potter. Antara sebab aku tak nak menonton Harry Potter tu adalah kerana aku pernah terlepas menonton episod pertama kalinya wayang Harry mula di tayangkan. Entah sekarang wayang yang ke berapa dah Harry Potter tuu.

Lainlah cerita Narnia!... Perghhh.... dari episod mula-mula dah Narnia ni main aku dah start tengok. Semenjak tu lah tak nak lepaskan setiap kali ada jer kuar lagi tentang Narnia. Aku suka tengok movie yang banyak magical dan adventure di samping ceritanya ada bibit-bibit cinta, romantik, perang, pembunuhan, kerinduan, kelucuan, sarkasme, kelemahan, kekuatan dan macam-macam lagi perasaan dalam cerita ni... Tapi, yang paling jelas sekali tentang magis dan pengembaraan yang berliku-liku dan menarik tu lah yang buat aku sayang kat cerita ni. Ada sebahagian dari jalan ceritanya juga yang harus kita manfaatkan sebagai pengajaran dan guide dalam menempuh kehidupan. Bagi yang menghayati cerita ini, InsyaAllah, faham bagaimana situasi dan jalan ceritanya memang best dan mengagumkan... Okay, mungkin ada lagi yang tak tahu, wayang yang DeeDee tengah tonton ni wayang yang ke berapa untuk cerita The Chronicles of Narnia.

Untuk pengetahuan kalian pembaca yang ku kasihi, wayang sekarang yang sedang dipertontonkan di pawagam adalah wayang yang ketiga dari 7 kisah Narnia. Masih belum terlambat untuk kalian menonton atau marathon movie tentang Narnia. Siapa tahu, anda pula yang masuk ke Narnia lalu dipanggil Narnian. Hohoho... The first movie of Narnia is series The Lion, the Witch and the Wardrobe (1950). Siri pertama movie ni mulanya perkenalan atau pertemuan si Lucy Pevensie dengan dunia Narnia. Di sini lah juga bermulanya pengembaraan Narnia ni apabila 3 orang lagi abang dan kakaknya turut masuk ke dalam dunia Narnia yang akhirnya merupakan Putera Puteri kepada dunia Narnia tersebut. Anda patut lihat, baru tahu :)

The second movie of Narnia ni pula ialah siri Prince Caspian: The Return to Narnia (1951). Siri kedua ni pun best! Ini episod di mana adanya kedatangan anak-anak Pevensie (4 adik-beradik watak utama dalam Narnia siri pertama tuu...Peter, Susan, Edmund dan juga Lucy Pevensie) ke dunia Narnia. Episod kali ni pun best semenjak kemunculan watak baru Putera Caspian yang meniup semboyan kepunyaan Susan untuk meminta bantuan menyelamatkan semula dunia Narnia. Untuk pengetahuan kalian juga, masa di dunia nyata dan dunia Narnia amat berbeza... Seumpama setahun di dunia nyata, beratus tahun di Narnia telah berlalu. Best! Sebab adanya kemunculan semula juga watak keempat-empat adik-beradik ni yang semakin dewasa dan berjuang untuk menghidupkan semula dunia Narnia bersama-sama dengan watak utama pelengkap cerita Narnia iaitu Aslan (Singa) yang mempunyai kuasa Magis. Besttt...

Dan, yang ketiga siri Narnia ni adalah yang telah DeeDee tonton semalam iaitu siri The Voyage of the Dawn Treader (1952) di mana munculnya juga watak baru si Eustace, sepupu kepada keluarga Pevensie 4 beradik nih. Mulanya aku rasa macam boring jer meluat tengok watak si Eustace ni yang asyik merengek merungut macam orang tua. Tambahan lagi rasa kekurangan sebab watak si Susan dan Peter kurang, tak join adventure ni. Lagipun mereka juga semakin dewasa dan sedang belajar di tempat lain. Walaupun berat hati mereka untuk meninggalkan Narnia. But, hey hey hey... Narnia tetap best dou... Semakin lamaku menghayati dan menonton, semakin terubat pula hatiku sebab pengembaraannya semakin menggembirakan. Kusyuk aku menonton sampai habis pop corn aku. Menyesal tak beli Large size. 2 jam menonton siapa tak puas?

Sebab apa plak semakin best? Sesuatu yang amat tak ku duga, si Eustace yang terlalu terbawa-bawa sikap ketamakannya selepas sahaja terlihat harta karun emas yang berlimpah ruah di sepanjang laluannya telah bertukar menjadi seekor Naga yang mengeluarkan api dan boleh terbang! Hehe... Lagipun, jika menurut lagenda, emas memang harta kekayaan keturunan Naga. Daa... Legend. Mulanya si Eustace memang sedih ketika dia tiba-tiba berubah bentuk menjadi seekor Naga yang bukan keinginannya. Tapi, dengan kehadiran Reepicheep (Tikus) yang setia berjuang bersama-sama dengan Putera Caspian ni, berjaya menguatkan semangat Eustace dan akhirnya menerima takdir sebagaimana yang telah ditentukan ketika Eustace menjadi seekor Naga. Ikatan persahabatan yang ada di antara mereka berdua tu telah membuatkan aku begitu betul-betul terharu. Tau tak? aku menghayati cerita nih sampai bertakongan air mata. Taklah berlinangan. Hehe... Nak cerita lebih, baik korang tengok sendiri. Aku amat berpuas hati beli tiket wayang tuu... Iyo lah... skrin besar dengan sound di TGV Capsquare tuu... Hmmh... memang puas ati beb!!! OMG=Oh Menarik Giler!!!

As you can see in this picture, ini adalah adegan or babak-babak terakhir dimana setelah mereka berjaya mengalahkan ketakutan diri masing-masing dan berjaya menghidupkan semula dunia Narnia dan menemui dunia Aslan. Saat ini memang tenang. Tambahan lagi, setakat ini jika anda sudah pernah menonton Narnia, sifat dan perwatakan Aslan ni tak ubah seperti seorang manusia yang teliti dan tidak mudah marah. Marah hanya wujud untuk battle dan menyelamatkan. Seumpama pepatah berani kerana benar dan takut kerana salah. Bagi sesiapa yang telah menonton siri pertama Narnia, anda akan perasan ada satu adegan di mana si Aslan mati di atas batu kebenaran. Tetapi setelah fajar menyinsing, batu kebenaran terpatah dua. Pada batu telah tertulis sesuatu tentang kebenaran. Aslan hidup semula. Ingin tahu lanjut sebab kenapa? Anda patut tonton wei kalau malas baca novel. Hehe... Aku tak cakap aku rajin ponnn :)

Adegan ini juga turut membuatkan aku terharu. Di mana Aslan menerangkan tentang dunianya berada di sebalik ombak laut yang bergelora tuu... Mendengarkan penjelasan tentang dunia yang Aslan gambarkan tuu membuatkan rasa curious [ingin tahu] tentang apa ada dengan dunia Aslan yang di sebelah sana? Ketika ini jugalah si Putera Caspian bertanya tentang bapanya pada si Aslan. Aslan pula memberikan pilihan pada Putera Caspian samada hendak pergi sendiri ke dunia Aslan untuk mengetahui tentang bapanya yang bakal terungkai sendiri juga oleh Putera Caspian atau terus berada di dunia Narnia untuk meneruskan pemerintahannya? Kalian semua harus tahu juga untuk pergi ke dunia Aslan, anda tidak boleh berpatah balik ke dunia sebelumnya. Adakah Putera Caspian memilih jalan untuk pergi ke dunia Aslan? Ingin tahu, anda patut tontonnnnn... Baru tau... Best!!! Weh, sebut pasal Putera Caspian nih, setakat ni, aku dapat feedback dari fan hard die macam aku ni tentang Narnia, yang perempuan terutamanya, amat suka dan cair setelah melihat perbedaan ketara Putera Caspian sekarang dengan Putera Caspian siri yang kedua. Hehe... Amboi... korang... aku salut gak kepada yang dah menonton sebab cerita ni memang mempunyai keunikan dan daya tarikannya tersendiri.

Bagaimanapun, sepertimana semua cerita memang berakhir dengan ending. Erm, maybe tak semua. But, for me, cerita ni sentiasa ada pengajaran. Kebanyakan pengajaran tu antaranya ialah jadi diri anda sendiri. Ada adegan di mana situasi yang tak mustahil bisa berlaku di dunia kita sendiri. Yang mana, kita teringin untuk menjadi seperti orang lain yang kita rasakan lebih disayangi dari diri kita sendiri. Padahal, tanpa kita sedari, diri kita sendiri amat disayangi orang lain tetapi kita tidak sedar kerana kita tidak berusaha juga untuk menyayangi diri kita sendiri. Untuk mengetahui siapakah di antara watak tersebut, jangan saksikan trailer saja di youtube atau di televisyen berulang kali, tonton lah cerita ni sampai habis selama 1 jam 59 minit. Memang berbaloi-baloi. Hehehe... Rasanya untuk siri yang akan datang, watak Reepicheep takda kot?

Reepicheep si tikus yang kuat berjuang dan berani walau kecil tuu... Di adegan sebelum berakhirnya cerita Narnia siri ni dan sebelum pulangnya Lucy, Edmund dan Eustace ke dunia asal mereka, si Reepicheep telah meminta keizinan kepada Aslan untuk pergi ke dunia Aslan setelah puas mengikuti pengembaraan yang banyak di dunia Narnia. Aslan dengan berbesar hatinya mengizinkan si Reepicheep untuk pergi ke dunia Aslan kerana kebaikan dan kemuliaan hati Reepicheep amatlah dialu-alukan kedatangannya dan kehadirannya di dunia Aslan. Saat ketika itu juga membuatku terharu dengan kesabaran Reepicheep selama ini yang puas menunggu untuk pergi dan melihat dunia Aslan. Peluang sebegini tidak dilepaskan Reepicheep setelah Aslan membenarkan. Dengan gembiranya Reepicheep berlalu pergi meninggalkan dunia Narnia setelah mengucapkan selamat jalan kepada Lucy dan juga Eustace. Apa yangku terharu tu juga sebab nikmat yang akhirnya si Reepicheep dapat tuu setelah puas bersabar. Maksud DeeDee di sini, jika kita kuatkan hati, tabah mengharungi liku-liku kehidupan, insyaAllah, nikmat yang kita perolehi selepas itu amatlah tak ternilai rasanya. Penghargaan :) Tamat.

Tetapi, Narnia bukan hanya tamat di sini. Ada 4 lagi movienya yang harus kalian semua tonton jika mau jadi Fan Hard Die macam aku nih. Hohoho... 4 lagi siri The Chronicles of Narnia tu adalah, The Silver Chair (1953), the Horse and His Boy (1954), The Magician's Nephew (1955) dan yang paling last tu dalam Narnia ialah The Last Battle (1956). Wow... sabarlah menunggu :)

Owh ya... seperti yang DeeDee janjikan semalam dalam blog, DeeDee ada cakap gak pasal wayang apa yang telah DeeDee tonton pada hari sabtu tu pulang kerja, ni dia, cerita Aku Masih Dara... Hehehe... ramai jugak yang terkejut bila aku cakap tajuk tayangan amal nih. Eheh... bagi sesetengah pihak rasa macam kontroversi jer... Isu atau cerita beginilah seharusnya di pertontonkan. Ia merupakan realiti juga. Erm, mungkin ramai atau ada yang tidak tahu langsung tentang cerita ni, cerita ni arahan Ahmad Idham. Sempat lah jugak aku tengok Ahmad Idham keluar dari panggung hari tu mula-mula lepas dia rasmikan bersama para V.I.P yang hadir bersempena tayangan amal untuk rumah anak-anak yatim. Tapi, tau tak apa yang lebih mengejutkan aku tuu, lepas jer si Ahmad Idham dan para V.I.P yang lain keluar, aku terkejut sekilas mata memandang ke arahku sambil dia membimbing keluar seorang mak cik tu yang aku tak pasti status mak cik tu saudaranya, makciknya atau ibunya sendiri. Tau siapa? Mulanya aku buat tak endah jer orang cakap pasal dia ber'cap' putih dan berbaju putih datang. Setelah aku sendiri dengan mata kepala aku sendiri nampak barulah terpelanting kus semangat terkejut beruk aku dia lalu depan aku. Siapa?

Jap, siapa nak gambaran sikit gak pasal crita nih, aku bagi gambaran sikit jer eh. Pernah tonton cerita Syurga Cinta? Haaa, lebih kurang jalan cerita yang best macam Syurga Cinta tu lah. Tapi banyak perbezaan dari segi jalan cerita, tapi mesej yang disampaikan nampak jelas. Kalau dalam Syurga Cinta perempuannya yang alim. Lelakinya nakal dan akhirnya insaf. Sebaliknya pula dengan cerita Aku Masih Dara ni pulak. Perempuan-perempuannya mempunyai kenakalan masing-masing dan yang kira macam tahap Ustaz tu dalam cerita ni si Ashraf Muslim tu lah :) Hehe... Okay gak ceritanya :) Oh ya, aku sempat bergambar dengannnn.........
..................

Haha... itu dia!!! Farid Kamil!!! Ahahaha... Ow Abang Farid Kamil!!! Hehe... Baru aku first time nyata-nyata melihatnya di depanku. Sempat lah jugak aku bergambar dengannya walaupun aku sendiri tak bawak kamera tuh. Walaupun aku boleh komen pasal gambar ni macam kami belum bersedia jer posing, tapi aku bersyukur lah sangat-sangat dapat bergambar dengan Farid Kamil. Sempat!!! Hehe... Lepas bergamba tu, aku rasa kekok dan segan sampaikan tak tau apa nak buat dah lepas tengok artis depan mata. Kaku aku. Masa tuu jugak la si Abang Farid Kamil ni macam blur jer ngan aku sebab macam aku dah nak pitam tak tau apa nak buat. Lambat pick up aku baru aku bertindak setelah Farid Kamil mengangkat tangan dan menghulur ke arahku untuk bersalam. Sejok dan kecik jer rasa tangan dia dari tangan aku yang besar nih. Hehe... Tak sangka. Malu nyer aku ni, macam tak tau adab jer jumpa artis. First time la katakan aku bergambar single dengan artis. Selalunya dulu memang pernah bergambar dengan artis dan para selebriti semasa di Jom Heboh di Miri tapi, time tu ramai-ramai dengan rakan-rakan sekerja. Taklah rasa kekok dan segan sangat. Masa ni dah terbukak peluang, aku rembat lah. Walaupun aku sedar time tu jugak ada watak-watak lain dalam cerita Aku Masih Dara tu keluar dari panggung, tapi aku tak pandang sangat pun sebab takut tak berkesempatan nak bergambar. Rezeki katakan. Aku pun macam rush nak balik sebenarnya time nih sebab dah pukul 10:30pm. Aku mana der transport sendiri. Risau ketinggalan bas terakhir, aku blah lepas berjaya dapat bergambar ngan Bang Farid Kamil kita nih.

Sebab tu lah bertangguh aku nak siapkan blog yang hari Sabtu nih. Lamsam aku continue jer arr hari ni. Kadang aku bukan punyai setiap masa online kan kalau tak keletihan pulang kerja. Hoho... Alhamdulillah, semua setakat yang ku mampu telah terluah dan ku kongsi di sini, so, GTG...Get To Go... Salam, dont forget to watch Narnia and Aku Masih Dara :) Salam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers