I Like it!!!

Thursday, December 16, 2010

Tak Pernah Jadi Pernah. Uh?

Semalam, aku rasakan, ini sesuatu yang aku rasa, erm, tak perlu diceritakan. Mungkin biasa saja. Tapi, pagi ni, aku dah terkezut.

Semalam, sepulangnya aku dari kerja, aku mandi dan menghembus hingus di hidungku yang rasanya macam mengacau saja tersombat ba~ terkinjat aku tengok macam darah. Erm... memang darah. Cuma cair. So aku assume, mungkin luka biasa jer kot. Aku buat donno dan bersuka ria lah lepas tu... Tiba-tiba... jeng jeng jeng... Pagi tadi plak aku bangun tido, terus gi toilet nak mandi lah ready gi kerja kan, aku hembus lagi. Aku terperanzat terkezut terkinjat-kinjat lagi tengok darah beku pekat merah tersembur keluar lagi!!! Oh No!!! What Happen... But not bleeding... only bleeding love by Leona Lewis saja... Waduh waduh... Apa ini? Aku check-check jugak lobang idong aku tuh, tak jugak bleeding... Kenapa eh? Risau eden...

Rupa-rupanya, baru aku faham setelah ku ceritakan pada ramai rakan di tempat kerja, barulah antara kesemua ada seorang yang mengexplainkan padaku. Silap-silap boleh menyebabkan kebocoran di gegendang telinga tau kalau terus dikasari. Kak Bayam (bukan nama sebenar) menerangkan padaku, mengikut pengalamannya, punca utama hidungku berdarah itu adalah disebabkan semburan kuat hidung ku. Ada logiknya juga katanya padaku itu sebab sejak kebelakangan ni aku kuat menghembus membersihkan hidung sebab batuk dan selsemaku belum pulih sepenuhnya sebenarnya. Aku pun wonder. Menurut Kak Bayam lagi, dia tahu sebab dia pernah kena. Nak tau tak? Pasal ape?

Risau gak aku dengar penerangan Kak Bayam tuu. Pada suatu masa dahulu, dia pernah menjalani pembedahan telinga dan hidung beberapa tahun lalu jugak lah. Doktor mendapati, sebab utama nya ialah Kak Bayam menghembus hingus di hidungnya dengan kuat dan sepuas hatinya. Ku akui, aku juga begitu sebab merasa rimas. Tapi, nasib baik Kak Bayam explain awal-awal supaya aku takkan buat sepuas hati lagi. Cukup ala kadar menghembus hingus perlahan. Bila Kak Bayam terlalu kuat menhembus tu, situasi yang sama turut berlaku kepadanya iaitu pendarahan. Darah keluar dari hidung. Akibat terlalu kuat juga, terpaksa membuat pembedahan hidung. Ewww... bajet mau-mau 7K nak operation tu. Ouch... Telinga nya juga mengalami kebocoran gegendang. Puncanya juga hembusan tu lah... Kan saling connect tu hidung, telinga dan tekak. Hmm... Telinga pun mau-mau 7K tau operation. Dahlah tu Kak Bayam cakap isi kulit belakang telinga di leher ker tak silap di ambil sedikit untuk menampung kebocoran di dalam gegendang telinga tuu... ada 2 kemungkinan lagi tuu, kalau berjaya, melekat lah isi. Kalau tak berjaya pulak? Isi yang di tampal tuu boleh tertanggal dengan sendirinya tau kalau tak ngam! ... Risiko! Hmmm...

Lepas aku dengar tuu... Hmmm... aku dah mula risau dah nih... tanda-tanda awalnya itu ada padaku. InsyaAllah aku usahakan tak mengkasari lagi hidungku... bukan aku sedar pun aku terkasar tuu... rupa-rupanya, walaupun kita tak merasa sakit, tapi luka dalaman tu yang kita tak nampak sebenarnya... Hmm.... Moral of the story, jangan hembus hingus kuat-kuat sepuas hati dan berlanjutan berturut-turut setiap hari sebab boleh menyebabkan luka dalam hidung. Silap-silap resdung dan kena buat pembedahan... Oh No!!! Palis-palis jauhkan=simpang malaikat 44.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers