I Like it!!!

Saturday, January 1, 2011

A Relaxed Mind, A Peaceful Soul, A Joyful Spirit, A Healthy Body & Heart full of Love..All these are my Prayers for You..Wish a Happy New Year 2011

Assalammualaikum Darling!!! Haha... Yeay!!! Bersyukur ke hadrat Illahi kerana bangkitnya bangun kita pada pagi ini kita masih lagi dapat membaca blog si DeeDeeiDarus ni untuk tahun 2011. Ya beda bedu!!! Dei~ Yuhuuuu~

Ada orang ka? Hehe... Selesanya bangun aku pagi ni tersenyum memikirkan semula mimpi aku tuh yang siap kena sakat Tok Kadi. Haha. Hari ni hah, aku bermimpi pasal aku bernikah. Haha, antara yang aku rasa lawak time nak sign dokumen nikah dalam mimpi tu, lepas jer aku signature, boleh si Tok Kadi tu cakap, "betol ker ni rupa signature awak? Macam tugu negara jeww?"... Haha... Ntah lah Tok Kadi, kalau Tok Kadi nak langsungkan gak perkahwinan ni cakaplah cepat-cepat, jangan sampai aku kepanasan dalam mimpi tu. Boleh pulak dalam mimpi tu aku yang semat-semat pakai cantik lengkap nak bernikah tiba-tiba tukar seluar kepada kain sarung jer tunggu Tok Kadi banyak songeh. Hahahh... Dei~ mimpi di 2011.

Apa aktiviti aku hari ni? Aku tak rancang langsung pun sebenarnya. Aku terus merancang masa dah fikir pasal esok nak pergi Seremban, Negeri Sembilan. Aku nak pakai Vogue sikit. Haha, so, setting pakaian dah okay, tinggal rambut. Memandangkan aku rasa rimas jeww ngan rambut aku pagi tadi padahal baru tahun lepas ada gunting, nak lagi rasa gunting ari nih. Selesai jew aku layan FB browse guna phone, aku bersiap mandi manda. Pakaian aku dah jemur kat beranda rumah. Tengok suasana cuaca hari ni 2011 memang cerah dan panas. Sesuai sangat nak jemur ikan masin gak. Haha...

Selesai jer aku bersiap, aku naik bas menuju ke Maju Junction. Aku cuba nasib try kat Saloon yang ganas dari luar dan nampak elegan tuu. Padahal dalam hati dah berdoa dah, janganlah ko mahal sangat. Masa jer barber tu gunting, memang layan dou aku dengar lagu Techno yang di pasangkan di dalam Saloon tuu~ Siap si Barber tuu terhinjut-hinjut, ikut jew rentak time gunting rambut aku tuu~ Aku memang puas hati giler! Tak perlu banyak komitmen. Smooth jew Barber muda tuu ikut apa yang aku inginkan potongan rambutku.

Tak macam Barber sebelum ni aku try di Pertama Complexx. Kat saner aku dah mintak cara potongan, dia pulak last-last ubah cutting hairstyle aku. Kamu betul-betul tidak menghormati permintaan customer. Tapi, aku tetap ucapkan terima kasih ya. Namun tak sehebat kedai ni aku pergi tadi. Sebab ape? Selepas selesai jew dia gunting tuu, aku nak pergi bayar. Masa bayar tuu, aku tersenyum dengan harga yang disebutkan. "Rm10".

Tahu tak? Bagi aku harga RM10 tu amat murah dan memuaskan hati aku? Haha, memang aku nak carik kedai gunting rambut di KL ni yang boleh cas harga macam tuu dari hari tuu dah, tapi jumpa yang mahal-mahal jer terutama kat saloon. Tapi tu lah, berkat doa sebelum sampai tu, aku wish dalam hati dapat harga murah semurah kedai faveret saloon aku di Miri Orange Saloon, akhirnya dapat jugak. Mana tak aku tersenyum riang jeww keluar dari saloon tu dan mengucapkan terima kasih dengan senyuman panjang pada si Barber tu. Tanda penghargaanku. Selesai jeww dengan barber tu tadi, aku sms John nak jalan tak?

John ajak ku gi Sunway Pyramid. Aku setuju. Aku pergilah pulak ke Sogo KL plak 2 blok dari Maju Junction Mall ni tadi. Jalan kaki jeww, sehat. Dekat lah sangat-sangat shopping complexx terkenal tuu~ Masa kat Sogo tu dah niat dah pun nak makan McD Full Set of Prosperity Burger Meal. So, turun kat bawah sekali Sogo, jumpa restoran McD.

Masa kat restoran McD tuu, aku tengok penoh giler siottt tempat duduk makan tuh. Rasa kaki ni nak melangkah pergi jer dari barisan memikirkan kang aku dudok takdew tempat. Tapi, aku pikir balik, kalau dah nak makan tuu, makanlah. Aku teruskan order jewww. Selesai order Prosperity Burger, aku angkat hidangan dan memang sah takdeww tompat dudok haaa~

Aku pandanglah pekerja McD yang bahagian bersih-bersih meja makan tuu, dorang tunjukkan kat aku tempat kosong satu ada. Tapi kat meja famili makan tuuu... Kat meja tu pulak ramai. Tapi memang ada lah satu tempat duduk kosong yang takder orang, aku dudok jeww dan teruskan hajat makan tuu... Rupa jer meja tuu macam 1 famili yang bahagia makan meja bersama, tapi hakikatnya masing-masing sorang pun tak kenal. Huhuh... Nak cerita la ni episod Attitude kali ni. Hehe... Tau tak masa DeeDee makan tu tadi, depan DeeDee ni semeja makan ada lah orang berkulit hitam jugak makan McValue Meal dia gak, tapi, dia makan dengan penuh pantas. Rushing jeww rupa macam nak kena kejar orang. Aku tak kisah lah. Tapi, rupa-rupanya, rushing-rushing dia makan tuu dia nak bagi orang lain duduk kat tempat tuu rupanya. Wahhhh, baiknyer attitude diaaa~ Hehe... Baguskan?

Memang ceria aku. Terhibur aku menghayati kebaikan seseorang tuu. Yelah, tau jer lah hari ni PH New Year, jadi, ramai orang di segenap tempat tambah-tambah lagi tadi tuu masa lunch and di McDonald Sogo. Pergghhh, memang tak terkira manusia di shopping complexx... Tambahan lagi sale!!! Wooo... Jadi amat tak menghairankanlah kalau tempat makan tuu penoh... Hehe... selesai saja aku menghayati makanan ku yang enak itu, aku pun menunjukkan attitudeku sendiri yang aku fahami dari pembelajaranku sebelum ini dari rakan-rakan attitudeku yang lain. Kalau di McDonald, selesai makan tu, talam dan sisa tuu sebaiknya jangan ditinggalkan begitu saja di meja. Show some attitude. Bawak talam tuu ke tempat khas letak talam semula dan buang kesemua sisa dalam talam tu ke sampah bawah tempat letak talam tuu. Well done. Kan senang? Itulah attitude yang diamalkan di Amerika dan negara Barat luar sana :) Kita patut mencontohinya :)

Selesai jeww di McD, aku ni berniat lah nak beli Wax baru. Carik kat market Sogo tu, takde plak brand Gatsby Wax yang colourful tuu. Hair Wax Gatsby aku di rumah dah habis yang kaler hijau muda tuu. Aku nak beli yang kaler Pink pulak, jangankan kaler pink, Gatsby pun takdak~ Batalkan niat, then keluar dari Sogo. Masa keluar tuu, aku tengok di langit yang tadinya cerah, kini telah menjadi mendung. Oh no!!!! My jemuran!!! Macamana ni?

Dahla aku nak teruskan ke Sunway Pyramid, tak pasal-pasal kang sia-sia jeww aku bergembira di luar tapi pakaian di jemuran tak dibangkit lalu dibasahi dengan air hujan bumi. So, aku buat keputusan batalkan rancangan ke Sunway Pyramid bersama John. John pun says ok saja~ Bukan per, hari ni, walaupun PH, kesemua housemateku di rumah tiada. Mereka buat overtime. Kerja. Tiada siapa lah nanti tolong angkatkan jemuran. Huhu...

Aku pun menaiki bas dari Sogo menuju ke rumah. Sesampainya aku di rumah, panas terik pulak dou~ Hahahah... Adei, tak jadi angkat jemuran. Biar sampai kering. Syukur, tak sia-sia aku basuh baju semalam manual. Rumah kitorang yang sewa ni takder mesin basuh. So everything semua kena manual. Berdikari katakan. Hehe... Survival. Aku pun tak lah terasa sangat tak dapat pergi ke Sunway Pyramid hari ni. Aku tak pernah lagi tau pergi Sunway Pyramid. Sebab tu aku mintak tolong John! Huhuh... Dia hebat bab menguasai kenderaan awam ke mana saja dalam Kuala Lumpur ni. So, apapun, untuk tahun 2011 ni, aku tetap akan teruskan pembelajaran mengembara sampai pandai habis! haha... Pastu kita tak lah menyusahkan orang kan?

Lagipun, esok, aku nak continue jalan-jalan lagi ke Seremban tuu... Ape ader? Haaa, esok, John nak rasa Nasik Ayam Panggang Kenyalang kepunyaan sepupu aku di Seremban esok, sebab tu larrr aku bawak John ni balik hari ke Seremban ecok! Huhuh... Mengidam kau John? Keciannn... Dah selalu sangat si John menahan derita member-member aku yang lain dah merasa makan Ayam Panggang resepi sendiri dari sepupu aku dari Miri, Sarawak. Ada menu mee kolok jugak tuu tau. Rugi sapa tak rasa. Haha... Oklah, di tahun baru yang indah ini, DeeDeeiDarus ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi membaca blog DeeDee ni yang simple dan setakat hanya cerita pasal diri aku yang korang serba sedikit nak tau lah. Hehe... Aku tak paksa kalau taknak baca. Aku anggap ini hanya seperti diari yangku ingin kongsi bersama jeww :)

Have Fun and Enjoy semuaaa... Arigato.
Penulis,
DeeDeeiDarus











No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers