I Like it!!!

Tuesday, January 11, 2011

“The world is a book and those who do not travel read only one page.” – St. Augustine

“We live in a wonderful world that is full of beauty, charm and adventure. There is no end to the adventures we can have if only we seek them with our eyes open.” - Jawaharlal Nehru

Salam rakan dan teman sekalian. Bersua kembali kita di Blog DeeDee yang simple ini.

Yesterday, kabaran baik aku terima tentang rakan lamaku Wanzy dari sekolah menengahku dulu. Dia telah mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur. Thanks to Allah. Belum lama interview dah dapat kerja, wahhh, bagus!!! Kerennnn!!! Hehe...

Wanzy dari tempat asalku juga, Miri, Sarawak. Dulu, dia belajar di Scotland. Masa tu, aku di form 3 Sekolah Merbau pertama di Miri sebelum sekolah itu dipindahkan ke Permy dekat Tudan kot? (mentang-mentang lama tak balik Miri dah lupa?). Rasanya pada bulan March 2002 Wanzy dan keluarganya pindah ke Scotland. Well, boleh dikatakan aku hanya sempat kenal dia sejak dari form 1 Merbau. Kelas 1F. Chewaahh, ingat ku ba!!! Sebelum dipindahkan ke 1F tuu aku 1C. Hehe... Entah sekolah tu nak ikut kepandaian masing-masing, setelah kami disaringkan, dapatlah kelas yang sepatutnya kami semua duduki. Kelas Power Rangers. Belajar teknik menentang raksasa kalau ada melintas jalan. [Tiba-tiba saja]

Since Wanzy dah dapat kerja di KL, tentu saja lah dia akan tinggal di KL :) kan? Hehe...

Semalam dia ada memberitahuku tentang ajakannya untuk tinggal sama jika dia berjaya mendapatkan rumah sewa nanti. Wow, saya mau! Tambah lagi rakan dikenali. Bukanlah maksudku tu aku tak rela dan tak hingin lagi nak tinggal di rumah ni. Aku suka. Cuma, bila rakan sendiri, ajak tu, tiba-tiba aku terkenang semula saat mula-mula sekali aku sampai di Kuala Lumpur tiada sesiapa, tiada rakan dan nasib baiklah saudara sudi jemput dari Seremban, Negeri Sembilan di Airport LCCT. Kalau tidak, mahunya aku cari taxi, tempat tinggal sendiri sementara melapor diri di Pejabat di KL. Mula-mula tu aku rasa susah sangat hinggakan sepanjang tempoh 5 hari melapor diri dan mengikuti lawatan setiap seksyen tempat kerja aku tuu aku tak dapat tumpukan perhatian sangat sebab risau lepas di tempat kerja ni balik transport apa?, aku nanti di tempatkan kat maner? macam-macamlah di benak fikiranku. Apapun, akhirnya aku berjaya melepasi semua itu dari bantuan sepupu dan rakan-rakannya dan jugak sokongan dan nasihat dari rakan-rakan baru melapor diri. [Alhamdulillah]

Tapi, aku hampir bodoh sekejap kalau tiba-tiba ikut saja kehendak dan keinginanku untuk tinggal bersama Wanzy tanpa memikirkan hal lain. Hal lain yang aku maksudkan, banyak. Antaranya, kenapa aku boleh lupa sejenak yang dahulu aku begitu susah-payah bersama rakan-rakan serumah ni nak dapatkan rumah ni di Mudah.Com. dan deal lagi ngan Penyewa. Kini, hanya kerana ajakan, sebegitu mudah pula aku hendak melepaskan rumah ini. Mencari rumah sewa di Kuala Lumpur bukanlah sesuatu yang sangat senang dapat dalam sekelip mata. Nasib-nasiblah kalau dapat secepat mungkin. Rumah-rumah sewa di KL bagaikan pisang panassss... Laku... atau orang sini suka cakap "goreng pisang" yang dimakan di waktu petang-petang yang panas bersama-sama dengan air teh panas atau kopi panas. Begitu cepat laris dan habis. Tadi, Wanzy sendiri pun akui betapa ketika dia melayari laman sesawang Mudah.Com tuu kejap ada kejap takda macam biskut Chipsmore iklan rumah sewa. Hehe... kan... Aku dan member-member housemate dah rasa itu semua apatah lagi di tipu dan dianiayai ketika cuba mendapatkan rumah-rumah sewa atau flat-flat sewa yang lain.

Kalau nak dijadikan cerita tu lagi, malas nak taip edisi blog hari ni. Nak cerita hari lain bab tu. Hari ni just nak taip cerita pasal, aku yang cuba untuk menambah sedikit sabar dalam membuat keputusan. Nasib baiklah aku belum membuat kata putus lagi tentang aku benar-benar mahu pindah dari rumah ni. Antara yang paling aku mesti ingat semula tuu, bagaimana susahnya mendapatkan rumah ni. Tahu tak, ini kira rumah sewa kedua aku di KL. Dulu, mula2 sampai KL, aku, Aziz dan Boy tinggal sama di Kelumpuk Chemperling. Rupa-rupanya jugak, bangunan tu dulu sepupu aku yang jemput aku di Airport dulu pun pernah tinggal! Haha... Kebetulan kan? Tapi sepupu dulu tinggal tingkat atas sekali. Kami bertiga dapat tingkat 2 dari 4 tingkat. Tak silap. Setelah sekian lamanya bertiga diam menjadi 4 orang. Masa 4 orang tinggal pada tahun 2009-2010, tiba-tiba February 2010 tu nak dekat hujung bulan, mak cik perantara tuan rumah sewa tu suroh pindah. Apapun alasan mak cik tu, buat aku dan housemate tak percaya jeww.

Saat nak kena kosongkan rumah tu before March 2010 tuu laarrr yang menjadi pengalaman bab rumah sewa ni makin bertambah! Di pendekkan cerita, March 2010, tahun lepas, kami semua jadi 5 orang serumah. Walaupun kitorang 5 tu macam ramai jekk bunyik, tapi, berkat dudok bersama tu macam rumah tu 2-3 orang jeww dudok. Hehe... Maksud aku ni rumah sekarang larr...

Itulah aku rasa dah tak nak pindah-pindah ni lagi sebenarnya. Masa rumah sewa 2009 tu pun dah sekian atur bajet transport, makanan dan sewa, dll. Apatah lagi semenjak pindah 2010 tu plak, kena lagi buat rombakan kiraan bajet masing-masing. Banyak yang perlu kena pertimbangkan bila nak pindah-randah ni.

Sebab tu hari ni tadi, aku telah mendapat ilham, iktibar dan pengajaran yang mendewasakan aku, aku ajak Wanzy tinggal pulak dulu di rumah sewa kami ni :) Sementara tu, bolehlah dia nak carik rumah sewa dan bincang bersama-sama dengan tenang tanpa perlu ada perasaan tergesa-gesa macam aku dan housemate pernah rasakan dulu. Lagipun, ada jugak sebab aku suruh dia tinggal sini dulu untuk memantapkan lagi kewangannya dan bajetnya dalam merancang perjalanan ke tempat kerja, makan, dan perbelanjaannya lain. Demi kerana aku pernah susah, aku faham benar akan situasinya jika Wanzy merasa buntu di fikiran untuk mencari rumah sewa yang jika kita lambat seminit, orang lain pasti akan cepat sesaat. Tak akan ku sia-siakan pengalaman ini untuk membantu yang lain yang masih boleh ku bantu. Aku bukan nak tunjuk terror pun... malah aku nak mengajar lagi dan kongsikan pengalaman ini... agar boleh dijadikan guide semasa menghadapi situasi yang sama kelak tidak pun pada diri sendiri, mungkin pada orang lain. Bolehku katakan, 40% basic ada untuk survive di KL. Kelihatan seperti peratusan yang rendah. Tapi, belajar kena merangkak dulu baru berjalan kan Baby? :D Step by step.

Lagipun, Wanzy tak perlu segan sangatlah dengan kitorang. Hehe... Takper tu Wanzy, ok jeww tinggal dengan kami semua. Orang bekerja semua faham punyer ah~

Wanzy pun pernah gak dulu menginap di rumah sewa ni transit la beberapa hari sebelum nak pulang ke Miri. Tu masa bulan puasa 2010 tuu. Kan? Hehe... Wan pulang dari Scotland dah masa tuu transit KL. Aku pulak dah ada di KL. Suka arr ada orang lawat! Hehe... Dah habis belajar katakan. Wow, bayangkan!!! Baru berapa lama dah aku tinggalkan Wanzy, Wanzy tinggalkan kitorang semember-member zaman sekolah lain? hehe... Lama gak tuu... Tapi, bagaimana aku dan dia boleh stay keep in touch dari tahun 2002 (Wanzy ke Scotland) hingga ke tahun ni 2011? Facebook! Sebelum facebook yang paling terutama sekali tu aku kenal selain MSN and YM, Friendster!!! Hahah... Whatever it is, aku dan Wanzy selalu keep in touch walaupun jarang contact but teknologi sekarang katakan. Aku pulak dah berjinak-jinak dengan teknologi since sekolah rendah iaitu handphone. Masa tu aku taklah memiliki handphone. Tengok handphone bapak kawan jeww. Form 1 menjinakkan diri dengan dunia Game Counterstrike dan Online. Form 3 since Wanzy transfer to Scotland, menjinakkan diri dengan lebih dalam dunia social online Friendster.

Dan Form 1 or 2 lah baru start ada handphone sendiri. Since Wanzy di Scotland, kalau tak keep in touch in Friendster, sms dari Malaysia ke Scotland :) Until now. Kitorang ikut jeww perkembangan dunia gadget masa kini. For da records, kalau Wanzy tak ke Scotland, maybe until now ada aku kesah dunia online? Haha... Dei~ surat-menyurat pun aku ada buat tau! Boleh dikatakan Wanzy ada jugak sedikit sebanyaklah mengikuti perkembangan rakan-rakan ku melalui surat, e-mail dan internet.

And now? Adakah di takdirkan Allah, untuk kami memulakan perjuangan baru semula di Kuala Lumpur? Tinggal bersama dan Enjoyyy!!! Haha... Dei~ Dei~ Dei~ kerja kerja kerja~

Mungkin, selama baru kenal di sekolah dahulu tak puas kan Wanzy, kini, Allah bagi peluang InsyaAllah, kita akan bekerjasama di KL dan kali ni, merantau tak keseorangan. Macam dulu tu Wanzy, engko lagilah awal dari aku merantau kan masa zaman form 3. Aku pulak start merantau di Negara orang jugak, Brunei. Haha... bukannya jauh dari Miri pun. Tapi merantau gak ke Negara orang mencari nafkah dan pengalaman. Itupun merantau sorang. Kali ni, macam tak sangka. Antara 1001 doaku juga, Allah tunaikan. Iaitu bersama rakan-rakan yangku kenali inginku kongsi semua. Dan Allah izinkan dengan menghantarmu rakanku Wanzy. Thanks Ya Allah. Alhamdulillah. Doa sekian lama, termakbul.

Macam aku tak percaya. Yang dulunya rakanku ini Wanzy, jauh. Kini, dekat. Ikuti kisah selanjutnya dalam Kisah Hidupku DeeDeeiDarus nanti...

Salam...




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers