I Like it!!!

Friday, January 7, 2011

People live People die People Laugh People Cry Some give up Some will try Some say hi Some say bye Others may forget YOU but never will I :)

Hmmm..Urmmm...Mmmm (wondering) Wahhhh, hari ni dah hari yang ke 7 tahun 2011??? Hehe. Salam semua pembaca blog ku~ Rindunya sama kamu semua. Setakat ini, aku amat berpuas hati atas feedback dan comment dari kamu semua serta sokongan "like" untuk blogku di Fanpage facebook dan blogspot ni. Terima kasih banyak-banyak k kerna aku merasa mendapat sambutan! dan! aku semakin bersemangat untuk berkongsi cerita-cerita dan pengalamanku sendiri. Hehe... Okey... ari ni ada benda la juak aku mo share. Ready? Mulakan dengan senyuman di bibir dulu k.

Pagi ni, sudah kira hari ke-5 aku bekerja dalam tahun 2011 ni. Nak tahu perkembanganku? Huhuh... Rasa tak larat!!!! Ayaiii yai yai yai yaiiii yaiiiiii~ Tau ka tak larat apa yangku maksudkan? Ingat tak sebelum ni aku ada posting pasal tahun ni aku akan ubah waktu punch kad kerjaku? Yuppp... Sure right! Aku punch lebih awal dari tahun-tahun sebelumnya. Supa-dupa extreme cabaran aku tahun ni. Haha, ni baru saja 5 hari, belum lagi untuk sepanjang tahun ni kan? Haha... Dei~ Aku mesti kuat dan tabah ni sebetulnya! Tahukah anda berapa biji alarm clock kena bangunkan aku seawal 5 pagi tu? Ada 2! Alarm clock ku tu pulak hanya guna alarm handphone. Kedua-dua handphone aku tuu lah yang kena bangkit nyanyi-nyanyi dulu semata-mata nak membangunkan aku tidur sebelum subuh. Haha... Kalau kedua-duanya aku lupa set? Nahas... memang habis laa aku...~

Tapi, so far, setakat 5 hari ni, aku langsung takda late lah. Hehe... Proud to be me! Confident! Biar lambat macamana pun aku bangun, tetapku sampai ba!!! Tetapku nombor 1! haha... (Poyo dan membongkak!) Aku rasa boleh masuk Mentor Tv3 dah ku ni kalau aku teruskan begini :P . Terasa perbezaannya bila bangun lebih awal dari tahun-tahun sebelum ni yang aku mesti menunggu giliran mandi selepas housemate yang lain mandi. 2 tahun sebelumnya aku kerja aku tak perlu menunggu sesiapa untuk mandi, semenjak rakan baru masuk tahun 2010, schedule rutin aku mandi pun berubah di ambil alih oleh rakan baru ni. Jadi, aku sebagai abang, kenalah mengalah dengan adik :) Aku pun sepanjang tahun lepas tuu mandi selepas rakan baru ni lah. Hehe... baik tak aku? (mempoyo lagi). Tahun ni, aku dah rancang habis-habis untuk tahun ni dari tahun lepas, so, memandangkan aku tak dapat mandi on time aku dulu jugak tahun ni, sebab tu jugaklah antara 1001 sebab aku kena pilih punch awal dan bangun lebih awal dari penduduk di sini. Haha... Best per bangun awal! Rasa hebat! amazing!!! Dei~ (cukupla tuu DeeDee mempoyo)... DeeDee pun sebenarnya memang yakin DeeDee can do it. Lagipun ini di Semenanjung Malaysia. Belum lagi yang datang di tempat DeeDee di Miri, Sarawak.

Dulu, DeeDee setiap kali zaman persekolahan bermula, punya lah liatnya mau bangun! Tapi, tu lah, kalau tak dari kecik jugak mendisiplin, dewasa kelak payah la pulak nak membiasakan. Tapi, tak mustahil dan tidak terlambat untuk sentiasa mengubah dan berubah. Tiada alasan. Tempat DeeDee, waktu subuhnya lebih awal dari yang korang jangkakan di Semenanjung. Waktu subuh untuh kawasan DeeDee kadang sebelum pukul 5 pagi atau pukul 5 pagi lebih kurang. Bezanya kat sini lebih kurang sejam lah. Cuma, nasiblah kalau dah terbiasa dengan waktu bangun di sini (Semenanjung), bila sampai Sarawak tu maybe terlajak tidur dan tau-tau saja bangun tidur matahari dah keluar. Hehe... Tidak bagi DeeDee sesampainya KL dahulu. Oleh sebab itulah, DeeDee sebenarnya dapat terima kenyataan samada nak bangun awal atau akhir. Flexible :) Tak hairan jugaklah DeeDee antara salah seorang housemate yang kalau dah bangun tidur tuuu tolong bangunkan member kat bilik sebelah. Ikut request jugaklah, kalau tak mintak, DeeDee pun tak bangunkan. Kot-kot dia cuti kerja ka, demam ka atau syif berlainan~

Lately, terasa sangat-sangat sejuk!!! Do you feel it too? Sama seperti apa yangku rasakan kini? Ketika menaip ni pun aku tak on kipas. Sejukkk... Tadi lagilah, menggigil Boy(antara housemateku) keluar dari tandas selepas mandi. Dia cakap, "rassaaa... macam lepas mandi dari ais batu...eerrr...grrr...errr.." Aku pun turut terasa tuu kesejukannya. Jangankan waktu malam, waktu siang-siang tadi pun pulang kerja aku mandi, dah menggigil kesejukan di tandas...errrr~ Memang musim sejuk kot? Walaupun negara aku ni takda salji. Haha... Apatah lagi aku di opis! ramai jugak tadi dan hari-hari sebelumnya mengadu kesejukan. Aku pun! Dahla kesejukan, kuat ke tandas plak buang air kecil. Dah minum air yang banyak pun, ulser dan bibirku pecah kekeringan tetap ada! Wow... kesejukannyaaaaa~ Kesejukan di tahap menyedut kesemua air yang ada pada badan~ Tapi, time-time sejuk ni larrr sangat seswaiii layan teh panas ka, milo panas ka, horlick panas ka, kopi panas celup roti keras ka~ Hahaha... Layannnnn~

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Iklan sekejap :) ♥

Orait~ Wahhh, sedapppnya aiskrim Strawberry ni!!! (dalam mimpi saja larrrr)... Hehe... remember? Post-postku sebelum ni tentang aku batuk-batuk saja kan? Dah tu batuk tu saling bersahut-sahutan pulak. Dah tu jugak, ambik masa nak sembuh!!! Dei~ memang musim!. Batuk aku ni pun barulah dah boleh diiktiraf makan Aiskrim!!! Yeay!!! Bila mo mamam aiskrim ni? Haha... Bulan December 2010 lepas haa, ada lah member sekerja aku tuu, Kak Kris Dayanti (bukan nama sebenar) ajak aku makan aiskrim yang enak di display kat peti ais kedai runcit di Bernama Tv tuu~ Haha... aku pun terliur lah jugak sama seperti apa yang nya rasakan! Tapi, aku kan time tuu masih batuk, demi kesihatan, aku terpaksa menolak pelawaannya. Dan, demi kerana dia malu pulak nak makan sorang tak derrr orang temankan, dia pulak tak beli dan makan aiskrim tuuu... Haha... Pada masa yang sama gak, aku janji kat dia, "Tahun depan Kak! Kita makan aiskrim! Berapa hari jeww lagi tukar tahun depan ni~ InsyaAllah gak time tuu batuk DeeDee dah takdeww~". So???? Per lagiiii~ Haha... Tunggu time jewww ni~ Yippi!!! Yippa!!! Hoorrraaayyyy~ Pun cak-cak~

Oh ya! Mau tau sesuatu lagi? Aku dah beli tiket!!! Tiket kapal angkasa! Haha~

Tiket kapal terbang AirAsia saja. Malam pertama New Year 2011 tuu aku dah buat research di laman sesawang AirAsia, dan telah menulis kesemua tarikh-tarikh kemungkinan aku nak balik di antara dari bulan Januari hingga ke bulan April tu mengikut jugak seberapa banyak bajet yang aku ada. Dan mengambil masa beberapa hari jugak aku kena teliti tarikh nak cuti, tarikh terima gaji, tarikh kemungkinan siap kerja sebelum balik, dan macam-macam telahku pikirkan masak-masak sampai hangit, barulah aku dapat keputusan membeli tiket! Semalam pulak, barulah aku betul-betul sahkan pulak dengan Big Boss aku tentang keputusan nak ambik cuti panjang sikit dalam bulan-bulan terdekat yang aku cakap nak balik nii. Alhamdulillah, Big Boss bagi izin dengan syarat! Huhu... Ada 2 syarat. Yang sememangnya telahku duga dan kaji sebelum itu. Tetapi, aku bersetuju saja dengan syarat-syaratnya iaitu yang pertama, mesti siapkan semua kerja sebelum bercuti dan syarat yang kedua, kurangkan cuti pada bulan-bulan sebelum nak balik Miri, Sarawak tu supaya tak banyak sangat cuti di ambil dan masih cukup untuk bulan-bulan yang lain seterusnya. Bagaimana DeeDee? Aku senyum. Dan DEAL!!! Setuju!!! Huhuhuhuhu... Nasib baiklah itu semua syarat yang telahku kaji dan aku harus terima sebelum di tanya Big Boss sekalipun. Huhu. Wish me luck!!! Semoga perjalanan terbangku ke Miri, pada tarikh yang telahku tetapkan itu, berjalan dengan lancar. Rindu.

Hari ni pulak, tadi, selesai jer meeting di pejabat, aku pulang sambil memikirkan apa yang telah di mesyuaratkan tadi. Adalah dalam satu situasi ni tadi ketika dalam mesyuarat, aku pun terkejut dengan salah seorang tindak-tanduk seorang staff ni kurang ajar cara dia meninggalkan meeting room sebelum saja mesyuarat selesai. Belum selesai lagi tu mesyuarat sudah dia keluar melulu keluar sebab rasa tidak bersetuju. Siapalah aku untuk berkata-katakan tentang sikap yang ditunjukkan olehnya itu. Tetapi, aku juga punya rasa dan pendapat sendiri tentang tingkah laku dan etikanya ketika dia memperlakukan Pengerusi Mesyuarat sebegitu. Apakah dia tidak fikir suatu masa kelak, dengan Pengerusi Mesyuarat itu jugaklah dia kena berhadapan hari-hari dan suatu masa kelak juga urusan tentang cuti-cutinya dan hal-hal berkenaan lain dia juga akan berhadapan dengan Pengerusi tersebut? Haiissshhh... Malunya aku kalau sudah kurang ajar dengan orang yang akan kita minta pertolongan kemudian nanti. Tambahan lagi orang yang selama ni begitu mulia mempertahankan periuk nasi anak-anak buah (pekerjanya supaya menginsafi kesilapan dan kesalahan dengan meminta alasan setiap kesalahan dan kekhilafan) supaya masih dapat terus bekerja dan tidak kehilangan pekerjaan. Mungkin kerana tak pernah merasa kesukaran dan kepayahan seperti orang lain rasakan, sebab tu lah antara 1001 perangai nya keluar. Kurang ajar. Kasar gitu~

Selesai isu tu pulak, kami semua bersurai tapi ada lagi yang tinggal dalam meeting room tu, aku berkemas dah di bilik opis nak balik, keluar pulak nama aku yang tak masuk campur kena sekali! Bukan pasal isu yang kurang ajar tadi pulak, isu balik lewat. Amboi! Tak selesai satu dah nak mengumbang-ambingkan aku pulak? Kalau aku ada time nama aku dikatakan tuu tadi, kena cili Boh berapi mulut aku pulak kang Mak Cik!!! Dei~ Depan bukan main lagi kan ko baik, belaakanggg, ko salahkan aku? Haishhh, Mak Cik, sudah-sudah lah tuuu tahun 2011 ni, tak sempat bina azam ka? Nak aku listkan azam kau plak? (tak pasal-pasal aku pulak yang kurang ajarkan? tau tak per~). Walau apapun, aku gembira dan bersyukur (di dalam hati), di dalam orang cuba untuk memburukkan nama aku di luar mesyuarat tadi tuu, ada orang lain jugak mempertahankan namaku dan memberikan sebab siap pakej plus-plus alasan kukuh untuk aku balik lewat kerja. Ko ingat aku main-main ka kerja? Kalau aku main-main kerja, orang lain pun takkan mempertahankan aku sebegini rupa.

Haiyoo~ tetap ada ba kan, di mana-mana jua orang sentiasa tidak akan berpuas hati dengan orang lain. Itu semua memang ku akui. Kekadang orang yang tak nampak kerja kita lebih mudah membuat tanggapan negatif sendiri dan cuba untuk melibatkan sama kita buat kerja tak sempurna. Aku berani, terima cabaran, korang letak CCTV time aku buat kerja! Kalau boleh, seragamkan semualah staff dalam opis tu! Ada berani??? Mata bos di mana-mana saja? Ada berani? Ko patut bersyukur tau kau kerja tak kena perhatikan 24 jam! Aku dan sepupu-sepapatku antaranya Lizz and Baem dulu masa kerja di Brunei Darussalam, kami di perhatikan bos 24jam tau kerja dengan CCTV! Nasib baik dalam jamban takda! Kalau ko buat hal sikit, even bos takde di opis, bos ke luar negara, bos boleh siap kol tau dari luar negara, tanya kenapa korang sekian-sekian kat tempat kerja. Haaa!!! Tu CCTV! Setiap gerak-geri engko di perhatikan dan siap kena save rakam gitu!!! Takde maknernya kalau ko cakap sekarang ni aku menunjuk-nunjuk ka, hakikatnya, memang aku dah didisiplinkan untuk buat kerja walaupun takde CCTV skalipun. Ko kena ingat, mata manusia mungkin tak nampak, tapi Tuhan nampak!

Thanks to insan yang berjaya mempertahankan aku tu tadi jugak. Ini semua benar-benar menambah pengalaman bekerja ku lagi. Thanks to Allah. Everyday ada saja rancanganMu yang menguji kesabaranku, dan dariMu jugalah aku meminta agar ringankan bebanku dan ujian terhadapku serta tabahkan hatiku serta tingkatkan kesabaranku. Alhamdulillah. [Nak dengar lagu Maher Zain lah! Thank You Allah :)]

Lupakan semua tuu, kita tangkaplah kenangan baru. Kau tangkap aku, aku tangkap kau. Hehe... Cuma jangan pulak dilupakan 100% kisah silam, diingat jadikan iktibar dan pengajaran, bukannya untuk dijadikan dendam kesumat tersumbat terpadat pulakkk~ Hehe... Lagipun, dalam sedih ka susah kita tuu, cuba bawak pikir sesuatu yang menggembirakan jugak! Aku pun dalam pada masa sekarang sedang memikirkan impianku dalam blog-blog lepas tu yang akan ku kejar tahun ni. Good News, InsyaAllah, 2 bulan lagi impianku bisa tercapai! Semoga menjadi!!! Ada lah jugak kena-mengena dengan gambar dua orang dalam ni... cuba teka apa tu? Haha~ Cuba korang fikirkan motif letak gambar ni? (pecah kepala memikirkan ni nanti) Tunggulah... Will be continue...

"When you find peace within yourself, you become the kind of person who can live at peace with others."

Then? Peace!!! Huhuh... Smoga kalian happi-happi jak di hujung minggu ni :)
Moja-Moja
(^~^)
*

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers