I Like it!!!

Friday, January 21, 2011

Jawab Jangan Tak Jawab : Jawapan Dd Taring

Huahahah.... Salam to all Bloggers! DeeDee si Gigi Taring hari ni buat blog pasal kuiz yang Dd kena jawab. Haha... ni semua atas soalan kuiz-kuiz yang Bloggers me220784 bagi nih~ Haha... Terbaikkk...

Sebelum tuu, Dd nak tanya korang dulu. Apa khabar sekalian? Semalam di Semenanjung Malaysia ni Public Holiday bersempena Hari Thaipusam. Dd kira dekat lah jugak dengan kawasan India di Batu Caves tu, tapi Dd tak pergi sebab rasa tak best plak kalau Dd blum beli kamera nih. InsyaAllah, this coming March 2011 Dd akan beli kamera impian Dd tuu. Huhu... Can't wait. Sabar Dee sabar~ Memandangkan aku tak kerja semalam, tetap ku ada aktiviti bah! Hoho... Hari ni pulak sepatutnya aku offday tak kerja claim off aku duty hari ahad. Tetapi, disebabkan atas arahan Bos, urgent! Aku dan team-team power rangers yang lain terpaksa meneruskan kerja jugak! perlu capaian statistik!!! Target! Ecok kan Sabtu? Punnnnn aku kena turun kerja gak.

Dahla kepalaku sehari-harian ni sebenarnya berdenyut sakit. Tak pasal-pasal aku stress di tempat kerja tadi. Haishhhh...

Sabar jak... Aku tak salahkan orang lain. Aku salahkan sistem komputer tu saja. Haha... okeh, tanpa membuang masa jugak! Aku kena jawab 5 soalan penting bin ajaib dari bloggers cute kita ni tadi. Daripada 1001 soalan, hanya 5 saja? Takkan Dd tak larat jawab? Hehe... [ambik masa gak tadi aku list balik soalan nih kat kertas sebab pelupa]...

Serius! Aku layan soalan-soalan yang diberikan ni tadi. Walaupun kepala berdenyut sakit sebab tak cukup rehat, aku tetap nak jawab soalan ni hari ni gak. Aku tengok soalan-soalannya amat memberangsangkan dan best-best!!! Korang, lepas baca soalan ni kang, sila-silalah forward kat orang lain pulak. Aku baca jawapan-jawapan dari bloggers ni pun buat aku tersenyum saja :) Layan siot! Haha... okey! Mulakan!

5 Nama Samaran Korang :
  1. DeeDee : Mulanya Kak Yah kesayangan aku salu panggil aku ni 'dik' (adik), makcik-makcik aku pulak salu arr dengar gak kakak aku ni panggil, cuma silapnya, dorang kehilangan 'k' tuu... Dorang panggil, Dee... oww Dee... Semenjak itu arr nama aku sehingga sekarang kalau di Miri hanya certain tempat jeww tau nama aku tuu Dee. Terutamanya sekolah menengah dari form 4-form 5. Hehe... Kira bertuah ah nama kat FB aku guna DeeDee tuu. Kira dah ramai tahu. Even di opis pun aku praktik kan semua memanggilku DeeDee. Aku kan power rangers. Perlukan samaran.
  2. Boy : Nama ni pulak bermula dari jiran sebelah rumah aku. Selalu sangat panggil aku Boy. Di sebabkan apa aku tak praktikkan officially? Sebab, banyak sangat dah orang guna nama nih. Terutamanya budak-budak sekampung selepak aku, kat semenanjung ni teman serumah pun nama Boy, masa aku kejer kat Brunei dulu pun ada nama member Boy. Dengan itu, aku kurangkan pengetahuan orang lain tahu nama samaranku lain adalah Boy! Huhu... Hanya rakan-rakan sekampung dan van sekolah dan jiran sebelah menyebelah rumah jeww tau nama aku nih :).
  3. Ros : Habisla aku kena gelak ni kang kalau orang panggil aku Ros. Haha... Ni mak aku ni haa... kira konon panggil nama terakhir aku tuu Idarus-Rus. Tapi, sebutan mak aku Ros! Haha... Macam nama bunga kan? Nasib baik tau takda orang tahu. Sekarang aku bagitahu jugak. Baik tak aku? ;P Tapi, dalam sejarah hidup aku, hanya mak aku lah yang sampai sekarang pun panggil aku Ros. Aku pun tak kisah, lagipun ikut Bahasa Brunei kami, sebab tuu panggilannya tidak sesama nama asalku. Kira Rus lah sepatutnya dalam bahasa-bahasa nusantara yang lain :).
  4. Yus : Haaa... yang ni pulak, nama samaran aku masa kecik masa tuu jiran belakang rumah aku nih maseh ada. Sekarang ni dorang dah lama pindah tempat lain lah. Tapi, aku tetap ingat nama tuu sampai bila-bila sebab, aku suka. Unik. Tapi, sebenarnya jugak, tak lari dari nama sebenar aku Idarus tuu... Kata akhir nama tuu buat orang kampung panggil aku Yus... huhu... Hanya dorang panggil nama samaranku itu. Tetap aku menoleh gak! :).
  5. Idarus : Baru semalam aku perasan semula, kawan lama ku dari zaman sekolah Form 1- Form 3, tetap maseh lagi memanggil namaku Idarus. Terharu. Tak banyak orang boleh sebut dengan betul nama aku nih. Even cikgu aku sendiri dulu-dulu pun mula-mula panggil, Idrus jerr.. Tertinggal Huruf 'A' aku tuu... Aku boleh kategorikan siapa yang sampai sekarang masih lagi panggil nama asal aku nih, Idarus. Rakan-rakan sekolah dari zaman darjah 1-6 dan rakan-rakan dari Form1-3. Lain-lain semuanya telah ditipu dengan nama samaran kesayangan aku. DeeDee. Tetapi... Aku tetap tak lupakan kedua-duanya yang paling laku, sebab tuu mana-mana profil social link aku, semuanya DeeDeeiDarus ni mesti ada :).
Next questions ~

5 Tarikh Penting :
  1. 15 May : Every year of Almanac. It's my birthday. Kalau lah aku lupa tarikh lahir aku ni jugak, aku pun tak tahu. Hehe...
  2. 12 Januari : Ini tarikh yang bukan aku perlukan reminder handphone or memo supaya aku ingat. Automatik. Hari sejarah Hitamku yang tidak akan ku lupakan. Hampir di setiap sebelum tidurku aku akan teringat tarikh ni sebab tarikh di mana bermulanya aku sakit tenat dan di masukkan ke Hospital Miri akibat penyakit yang sukar di ubati. Apapun, Alhamdulillah, setiap penyakit ada ubatnya. Thank You Allah :) Tarikh ini antara tarikh yang membuatkan aku tabah setiap hari menjalani kehidupan.
  3. 17 0gos : Tarikh di mana bermulanya kehidupan baruku selepas titik sejarah hitam berlaku. Ini adalah tarikh hari ke-3 aku melaporkan diri di Kuala Lumpur dan buat pertama kalinya jugak menjejakkan kaki di tanah Semenanjung Malaysia :) Hari yang benar-benar bermakna buatku mendapat pekerjaan. Sesuatu yang diluar jangkaan ku sendiri juga. Thanks Ya Allah. Kau memberikan sinar padaku.
  4. 27 Mac 2011 : Ni pulak? Haha... Okey, aku kena bagitau jugak last-last bila aku nak balik Miri, Sarawak ni. Aku dah rancang cuti, dah beli tiket kapal terbang, dah bagitau Bos cuma belum bagitau kat parent and kawan-kawan aku lagi. Dalam kiraan jari aku, rasanya baru 5 orang jeww dah tau bila aku nak balik Sarawak nih. Hehe... Anyway... Wait me there! Mirian!
  5. 17 Januari 2011 : A day that My Big Boss panggil masuk opis :) Dia sahkan jawatanku. I'm now officially sah jawatan. Alhamdulillah... Kan kena gak aku bagitau kat sini? Adei~ Memang terkena aku hari ni ngan soalan maut Bloggers ni. Haha... Tak sia-sia perjuangan aku setahun bertungkus-lumus Exam tanpa mengulang, Kursus tamat dengan jayanya, Ujian Menaip dan Esei-esei dan bla-bla yada yada yada ~ Thanks again ya Allah. Syukran.

5 Perkara Yang Di Buat Semalam :
  1. Basuh baju dan kemas pinggan, gelas, mangkuk, tapak, dulang dan seangkatan dengannya. Al-maklum lah orang bujang, bujang lah jugak, memang bersepah macam tong deram. HAhaha... orang nak datang umah baru kemas.
  2. Minum Milo Ais kat kedai Nasi Lemak Murah dekat rumah. Sementara tunggu bas ke LRT Dato' Keramat.
  3. Jemput Wanzy di KL Sentral. Wan baru sampai KL dari Miri :)
  4. Hantar Wanzy dan barang-barang pindahnya ke rumah sewa aku~
  5. Petangnya, selesai angkut barang-barangnya ke rumah, ajak Wanzy gi makan dan lepas makan terus Shopping!!! di SoGo beli comforter dan bantal. SALE!!!
Next!

5 Perkara Buat Anda Gembira :
  1. Coklat!!! dan membuat orang lain rasa gembira sebagaimana aku gembira jugak!
  2. Swimming Pool Awam di Miri!!! Aku suka berenang di sana sehingga kelaparan keluar keletihan dan mencari makanan berat-seberatnya untuk di makan!
  3. Lepak dengan kawan-kawan, sepupu-sepapat sampai lewat malam/pagi bersembang!!! Huhuh...
  4. Hadiah! Apa saja! Asalkan menggembirakan!
  5. Hari Raya!!!! : Sebab, setiap kali raya, biar jauh macamanapun rakan-rakan dan saudara-maraku, tetap kami berjumpa!!! yeeehaaaa~

5 Sebab Jawab Soalan Ini :
  1. Kalau tak jawab, aku orang pertama kena pancung me220784 dalam 5 senarai teratas rakan comel dia!!! :P
  2. Aku tengah stress gila babi ni petang tadi di opis, sebab kena kerahkan buat kerja untuk capai statistik dalam 3 hari ni. So, dalam sakit-sakit denyut kepala aku ni tadi, hilang terus kesakitan memikirkan jawapan sebenar kepada soalan-soalan menarik nih. Hik hik... Best-best-best!!! *thumbs up!*
  3. Ada bagusnya orang nak tahu dari kita syok sendiri bagitau belum orang tanya kan?
  4. Tanda terima kasih saya jugak pada me220784 :)
  5. Sebab saya suka kuiz!!! Terutama lagi tentang diri sendiri yang orang lain tak tau nak jawabkan! Hukhuk~

Yahhh!!! Adakah saya pass the exam???!!!! Haha!!! Saya berjaya menjawab kesemua soalan awak. Balasannya... errr... saya tak forwardkan. Sebab saya rasa, kalau dorang perasan gak, dorang buat sendiri. Saya nak pastikan kuiz awak yang hebat ni terhad di ketahui. Sebab ia menyeronokkan. Nanti dah lepas-lepas saya sendiri muak nak baca entri saya sendiri pulak, baru saya forward kat orang lain. Hahah... Alasan... Tapi, kalau awak tak bagi soalan ni tadi, sampai bila kepala saya tengah berdenyut kesakitan ni agaknya. Huhuhu... perhatian saya awak berjaya alihkan! Thanksssssssssssss 1001XXX a lot! :) Keep in touch ya~ See You All again! Muah!!! Muah Muah Muahahhaaahaah~

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers