I Like it!!!

Saturday, January 29, 2011

Ehhhhh... Holiday sudahhhhhhh??? Yeay! Sabtu! Rehat~

Huahhhhhhhh.... Bangun tidur pagi ni nak cakap sedap selesa cukup okaylarrr... boley larrrr... Cukuplaarrrr.... Hahah..... nak tau kenapa? Nok, ada benda DeeDee nak share ni Nok! Hahhha... Okes Dokes... Mana nak mula ni ehhh???

Mula dengan salam dulu!!! Haha... Salam salam salam 1 Malaysia pembaca sekalian! Hari Sabtu yang ceria. Anda cuti? Hehehe... Pagi yang cerah dan indah sekali di Kuala Lumpur. Sejuk dan aku bangkit ceria diiringi muzik radio pada handphone juga... Hiah~ Layan Fly FM pagi-pagi nih memang cukup merancakkan pagiku. Alhamdulillah maseh bernafas eh... Hoho... So, anda semua, buat per tuu? Ada perancangan sudah cuti yang panjang ni? Hanya yang bijak saja pandai ambil cuti or apply cuti pada hari Isnin 31 January ni nanti dengan 2 February ni untuk dapat cuti yang sangat panjanggggggggggggggggggg sepanjang beras Moghul Faiza Basmati. Uiiii panjanggggggggg.... Hehehe... Da da da da dad ada dad adad adadadda dada dad daaa~ "I'll spread my wings and I'll learn how to fly" Breakaway - Kelly Clarkson :) ... Tak larrr bermakna yang tak apply cuti tu bodo Nok! hohoho... Aku pun tak jugak apply cuti Rabu tuu...

Minggu depan kan Chinese New Year! Pada 3 - 4 February tuu bersamaan hari Khamis dan Jumaat depan? Tambahan pulak sebelum CNY tuu hari Wilayah yang jatuh pada 1 February bersamaan dengan hari Selasa tuu pun Public Holiday gak! So, kepada yang office hour tuu kira hari Isnin dan Rabu jeww keja. Aku ada apply 31 January tuu OFF sebab ada duty last week Ahad sibuk buat kerja orang lain nak capai statistik. So, better aku rehat. Claim weiii... rugi tak claim sebab tak di bayar OT bahagian opis aku~ Huhu...

DeeDee nak share lar ni~ Pasal semalam dulu ah... Erm... Semalam haaa, aku pergi lah jumpa Kak Blossom (bukan nama sebenar) ada hal sebelum solat Jumaat tuu, then Kak Blossom ni suruh jumpa lagi pukul 3 pm pulang dari Solat Jumaat nanti. Aku pun iyakan saja. Hihihi... Rupa-rupanya, pada pukul 3pm tuu, Kak Blossom nak bagi Lokam! Hoho... ni che tau Lokam maa? Limau Mandarin tuu... Huhuh... I like! Tapi, Limau tuu jangan makan selalu sangat sebab kandungan asid dalamnya tinggi. Lagipun, limau tuu dari China nak datang ke Malaysia pun belum masak lagi. Dalam perjalanan ke Malaysia baru masak dalam Kontena Kapal yang mengambil masa beberapa bulan nak sampai ke Malaysia ni :) Okes Dokesss? Huhuh.. Terasa di hargai lah kunun sebab ada orang menyayangi sampai ingat nak bagi Limau ni haaaa!!! Ada special limau gak aku dapat! Huhuhu... Wah, lagi lah terasa teristimewa! Hak Hak... Syuttt... kamu saja tau tu Tau!

Plus... Aku terperanzat gak dengan janjinya after CNY celebrations, bila Kak Blossom start kerja semula, dia nak bagi "Angpau" Lai Liau~ Waaaaaaaaaaaaaa... Lagi la terasa plus plus plus di hargai. Ni yang buat aku lagi bersemangat kental nak kerja di opis nih! Hahaha... Terasa berbeza lagi dari yang lain [Poyo dan Perasan] plak... Hik hik... Happy saja. Bukan kerana orang yang menghargai aku saja, aku juga akan menghargai apa saja pemberian yang diberi terutama yang bukan aku terminta-minta ni. Segan larrr... Takkan nak menolak gakk~ Rezeki :) Kan... Bukan rasuah matchaaa!!!! Hahaha... Jangan main-main anda! Balik-balik kadang aku fikir, dalam ramai-ramai, aku saja yang layan dan share crita ngan Kak Blossom terutama tentang disiplin bekerja. Hehe... Aku amat mengagumi ketepatan masa dan disiplin dalam diri Kak Blossom kalau bab kerja ni. Walaupun kadang tak banyak cakap, tapi, kuat kata hati Kak Blossom tuu macam sedar saja aku berusaha untuk ikut disiplin bekerja macamnya kot, sebab tuu Kak Blossom ni pun lebih suka kongsi cerita ngan aku since arwah Kak Nana takda jugak. Patah tumbuh, hilang berganti. [Bukan nak memuji diri ni].

Selalu gak aku ni tolong Kak Blossom bab komputer yang aku mampu. Kak Blossom pun apa kurangnya, senang-senang punya masalah pun aku tanya kat Kak Blossom jer. Jadi, fair. Sama-sama bantu-membantu antara satu sama lain soal kerja. *thumbs up*

Hoho, sekian bab tu setakat ni okay dokes~ Ni nak crita aktiviti pulang kerja plak semalam bersama John (bukan nama sebenar). Hihihi... Aku ni, alahai~ macam biasa arr, KL ni kan besar deng, aku mintak John ajar aku jelajah suatu syurga pemborong pulak dalam KL ni. Haha... Aku kan rajin buat penerokaan tanah kat KL ni. HAHAkkzz... Banyak sebab kalau kenapa aku ni suka meneroka. Huhuhu... Nak tau aku teroka apa semalam? Aku teroka Plaza GM di Chow Kit! Haaaa!!!! Ni nak cerita lar ni deng! Yarabi! Errr... Ada tak sesiapa di sini suka berniaga? Ala... jual-jual tudung ka, kerongsang ka, T-Shirt ka, Beg Laptop sandang ka, apa-apalah! Macam-macam ada siot kat Plaza GM tuu!!!! Sesiapa nak tau jugak nanti mana tompat tuu, InsyaAllah DeeDee dan rakan-rakan seperjuangan Paparazzi lain akan bawakan yup!!!

Mulanya, cakap kat John, nak window-window shopping jeww kat Plaza GM tuu... Tipu!!! Kalau aku cakap aku keluar dengan senang hati dari Plaza GM tuu tak beli apa-apa! Huh... Aku beli jugak!!! Pantang tangan kosong! Tambahan lagi berbaloi-baloi beli di situ Borong dari harga Borong di Pasar Mydin Kuala Lumpur bai!... Hahahah... amat-amat berpuas hati. Kalau aku jual balik pun barang yang aku beli tuu dengan harga paling murah sekalipun seperti di pasaran, aku boleh dapat keuntungan dua kali ganda tau!!! Haaa... Apa-apa pun, barang yang aku beli borong tuu semalam untuk kegunaan aku jer lah... Malas nak jual dulu... sebab, nak risau apanya, banyak lagi 1 bangunan Plaza GM tuu kalau nak carik... Aku pun amat perlu barang tuu... Huhu... Best! Puas hati! Tak banyak tau melainkan penjual barang-barang downtown, uptown ka, pasar malam ka, Petaling Street ka, Hadiah-hadiah kepada kuli ka, perayaan ka dan macam-macam lagi. Pergilah :) Carik jeww kat area Jalan Lorong Haji Taib tuu kalau berani. Aku berteman ngan John pun agak-agak jugak lalu situ sebab banyak muka macam penyangak. Hati-hati saja lah ya... Aku akan pergi lagi nanti InsyaAllah sebelum balik Sarawak sebab banyak souvenir situ mengalahkan Masjid India dan Petaling Street :)

Selesai jeww keluar dari Plaza GM tuu, gatal pulak si John ni tanya aku pasal makan. Pantang arr aku kena tanya. Aku jawab Pizza Hut! Why? Bukan selalu pun... Kalau mengikut kalendar Cina tahun ni adalah tahun Arnab. Hahah... Ikut Zodiak Cina, tahun kelahiran aku tahun Arnab. Haha... So, apa lagi, kebetulan lah pulak beberapa hari ni si John balik-balik tanya kat aku bila nak try Pizza baru lagi di Pizza Hut, so aku pun semalam, setuju jer arr try Pizza terbaru di Pizza Hut. Eat. Laugh. Share. Pizza terbaru yang keluar di Pizza Hut semalam Ring of Fortune. Kalau korang perasan bentuk Pizza terbaru tuu berbentuk syiling lama Cina yang bulat tuu tapi tengahnya petak. Haaa.. tuu arrr dia... Gabungan kekayaan lah jugak bagi masyarakat Cina. Hehe... apa lagi, CNY setahun sekali jerr... Lagipun Pizza tuu baru lancar pada 21 January hingga 3 March ni. Jangan lepaskan peluang merasa. Kalau nak aku komen, ermmm, okay lah kalau untuk dua orang makan ambil regular size saja. Rasanya tak lah seberapa sedap Hawaiian Pizza tuu. Rasanya sedap lagi Hawaiian Chicken kerrr... Apapun, aku dan John, biasalah, suka mencuba benda baru :) Bukan nak mempoyo tunjuk-tunjuk. Cuma nak share kan pendapat. Hehe... Orait! huhuh... Kalau korang nak diskaun tak ambil set, bagus order Pizza sahaja dan dapatkan potongan 30% diskaun penggunaan Maybankard Visa or Debit. [Amboi Dee, Promote] Oh ya, pada Pizza tersebut juga ada empingan jagung yang rangup memenuhi Pizza serta Cheeseeeeeee di dalam kerak Pizzanyaa membuatkan kita terliur memakan ketika panas-panas... Berbaloi-baloi~

Selesai saja makan tuu, John pulak jenis yang tak suka balik rumah dia awal, so, keluar saja dari Maju Junction Mall tuu, macam-macam mulut merepek. Nak tengok wayang lar, gi Bukit Bintang larrr... Dalam semua tuu, aku setuju part pergi SoGo KL tuu jerrr... Sebab, lagi senang dan dekat jerr kalau aku nak pulang ke rumah semula untuk mendapatkan bas. Layan siotttt... Rambang jugak mata beta melihat offer sale CNY di SoGo tuu... Sabar saja aku. Haha... Nak jaga bajet gak sebab nak balik Sarawak ni nanti bulan March. Kena larr aku berjaga-jaga bajet supaya cukup tambang dll. Then balik rumah. Pukul 8:30pm rasanya sampai.

Balik rumah, mandi dan tak sabar mengeluarkan barang cute yang aku beli tuu dan share cerita kat Ami ngan Boy di rumah sewa. Haha... ape lagi... aku kan suka berkongsi. Haha... Ada-ada saja kisah si bujang ni. Wan pulak takda kat rumah sebab balik Johor. Bro rasanya di Rawang. Hanya kami bertiga di rumah. Al-kisahnya pulak, Si Ami gitau, nak suruh aku bangunkan dia dan Boy pukul 3:30am. Aku, ON jak. Sekaligus aku ponnn ikut sekali rupanya temankan dorang pergi Shah Alam. Ami mintak tolong Boy drive kereta Ami. Dan suruh aku ngan Boy bawak balik keta tuu ke KL semula. Huhuh.. So, pagi yang gelap tuu... Kesejukan kami bertiga :) Nak share nih. Hihih...

Dari KL-Shah Alam seksyen 3. Boy pandu. Pukul 4am jugak lah bersiap tuu... Lengang jer jalan. Hihih... Aku pulak, macam biasa arr duduk kat belakang, seronok arr jalan subuh-subuh tuu tengok pemandangan lampu malam-malam di Bandar KL yang kalau siangnya sibuk jerrr... Seronok! Huhuh... Tapi, perasan gak... Bersempena dengan hari Wilayah ni nanti kan, banyak jugak persiapan tau! Subuh-subuh lagi dah nampak dah macam ada sekatan jalan jerr oleh Traffik ni. Terutamalah di kawasan Dataran Merdeka tuu tadi. Memang penuh ramai bukan rasanya orang-orang awam jer, orang-orang yang sibuk buat Khemah macam ada jualan or Function. Jalan pulak menuju Dataran Merdeka tuu ditutup. Comfirm ni meriah nanti!!! Sepanjang perjalanan saja sudah nampak bendera Wilayah di rentang pada setiap satu tiang di Kuala Lumpur ni. Huhuhu... Pelancong pun macam orang putih kan, berjalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka tuu. Kes nak ambik gambar arrr ni pelancong kan? Hehe...

Tambahan lagi pembaca sekalian, baru aku nampak lampu-lampu pada bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka tuu bersinar-sinar bertukar warna lampunya indah dan menarik pulak tuu. Huhuh... Awal-awal subuh tuu dah on jeww. Hihih.. memang aku layan giler siot pemandangan tadi sepanjang perjalanan nak ke Shah Alam. Layannnzzz... Kalau tak tau Hari Wilayah tuu, sebenarnya Hari Wilayah ni adalah Hari Pembentukan Malaysia :) Jadi, bersamalah kita ya memeriahkan sambutan Hari Wilayah ni nanti dengan mengisi masa juga dengan perkara-perkara yang berfaedah bersama keluarga ka, rakan, tercinta dan tersayang~ Beruntung kita sebagai rakyat Malaysia ;) Alhamdulillah. So, kepada rakan-rakan yang kunun ada nak guna laluan di sekitar Dataran Merdeka tuu nanti, harap maklum lah yerrrr, ada lencongan yang ditutup. Faham saja larrr :D

Orait! Haha... Lupa plak nak cakap ni tauuu... Anda tahu tak Game Plants Versus Zombies? Haha... Bestttttt!!!! Aku suka main! Cute game! Kalau setakat malam tadi, aku dah main game tuu setakat lawan Zombi kat atas bumbung yang mana Bunga-bunga aku tu lontar sayor Kobis kat Zombi tuu supaya mati. Ahahahhahaa... Layan siot guwa... Haha... Game tuu pulak aku pernah main kat Laptop si Boy ni Housemate. Pastu, gian. Then, aku mintak lah letak dalam hard drive aku kan. Untuk sekian lamanya aku simpan, tiba-tiba teringat nak main 2 hari lepas. Amboi! Sekali jer aku main, huh! Tak pandang dunia Online sudah. Hahah... main sampai lewat malam pun aku tak perasan. Sampai habis bateri laptop lupa nak cas baru perasan. Keterlaluan!!! Hahaa... Semenjak main game tuu jugak, tahu tak? Aku baru perasan aku sepanjang dah memiliki Laptop kegemaran aku ni, rupanya, selama ni aku belum beli-beli lagi Mouse! Padan muka. Terpaksa aku pinjam kat Boy 2 hari nih. Boy pun main game, tapi memandangkan dia sibuk main game Poker Cute gak, jadi, dia tak pakai sangat Mouse. Ecok lusa ni aku kena beli Mouse sendiri nih. Tak bleyy blahhh derrrr main Game Plants Versus Zombies ni... Rasa sekali main nak lagi!

Hohoho... Iklan pulak aku sekejap tadi. Hehehe... Ow yeah, sambung semula ni cerita nak pergi ke Shah Alam. Nasib baik pagi yang gelap awal ni kitorang keluar kan? Pukul 5 macam tuu dah nak sampai dah. Sebelum sampai tu tadi, singgah larrr ke Seven Eleven ni haaa... Shell situ ada kan. Isi lah minyak sekali. Ami pulak suruh aku beli sarapan ringan jap dalam Seven Eleven sementara dia tiba-tiba nak 'melabur amanah saham'. Si Boy pulak sibuk isi minyak. Aku keluar lah dengan selambar nyer ke Pintu masuk Seven Eleven tuu. Aku perasan la jugak dalam Seven Eleven tuu, sunyi. Iyo lah! Pagi awal macam ni, takder orang... Tapi, aku perasankan sesuatu tau! Pada mulanya aku nampak si Awek Cashier ni lepak arr di luar pintu seven eleven ni. Duduk sembang ngan laki yang jaga seven eleven tuu. Agaknya sejuk giler lar kan dalam tuu, sebab tuu dorang kat luar jewww. Ketika dorang sedang sedap berborak tuu, bila aku datang jeww, si Awek tu terdiam ketika sembang ngan laki tuu.

Aku punya lah pikir balik, nak kata aku tak zip seluar, tak jugak. Baju aku tak cantik, tak jugak. Ada something wrong ker aku nih? Aku tak pedulik. Aku terus jer meluru masuk dalam Seven Eleven tuu. Suasana yang terang dalam kedai tuu yang penuh dengan cahaya tuu baru aku perasan apa benda yang tak kena dengan aku.

Patutlah aku rasa macam pijak semacam. Aku tengok selipar Jepun yang aku pakai ni terbalik!!! Patut yang kanan pergi kiri dan kiri sebaliknya. Adeiiii... Cepat-cepat aku pakai betulkan semula. Patutlarr dorang senyap jer tengok ke bawah kaki aku tadi time kat luar pintu. Ada yang tak kena. Haha... Nak cakap tak sempurna jauh-jauhkan... inilah akibat duduk bersilang kaki dalam kereta lepas tuu selipar di bukak sambil aku duduk bersila jer. Ko dah sedappp tengok pemandangan sampai lupa selipar tuu nak betulkan. Hahah... Dalam kereta pun gelap deng~ Okay, tanpa membuang masa, aku meneruskan hajat membeli sarapan dan minuman untuk dalam perjalanan lagi :) Akhirnya, aku jumpa semula minuman Mr. Brown di Kuala Lumpur ni. Tetiba saja aku terkenangkan kenangan aku bekerja bersama Lizz and Baem di Brunei suatu ketika dahulu. Aku di perkenalkan dengan Coffee Tin kontot brand Mr. Brown ni kira famous larrr di Brunei yang ketika tuu belum ada lagi keluarannya di Miri. Huhu... Sedap dan boleh menghilangkan ngantuk sebab kepekatan kaw kopinya yang tidak terlalu pahit. Anda patut try. Tibalah giliran aku pulak perkenalkan pada Boy dan Ami. Dorang sendiri pun tak pernah tengok gak. Hehe... Great!!! A new thing to SHARE!!! Alhamdulillah. Terubat jugak rasa rindu tuu pada sepupu-sepapat yang mula memperkenalkan padaku Mr. Brown tuu.

Since pulang ke Miri tu about how many bulan lepas tuu barulah nampak keluaran kopi Mr. Brown tuu di keluarkan di Malaysia. Brunei Darussalam ni biasalah, advance saja makanan ka, pakaian ka, game ka dan segala-galanya lah sehinggakan dorang sendiri pun tak tahu benda tuu belum dikeluarkan di Malaysia rasanya :)

Tapi, tuu arrr... aku rasa, aku terlupa sesuatu jugak pulak. Kalau aku minum kopi Mr. Brown tuu pagi-pagi sebenarnya, aku sakit perutttttttt!!!! Ahahahahhhaha.... menahan rasa jeww lah aku tadi dalam kereta tiba-tiba macam meragam pulak perut! Memang sah-sah sebab minum kopi tuu arrr~ Hahah... sabar jak la~ Kan? Dan, perjalanan kami pun masih diteruskan. Baru 15 minit macam tuu melalui Shell Seven Eleven tuu, akhirnya kami bertiga sampai di tempat Ami nak tuju tuu... Huhu... Sambil-sambil sembang lagi tuu kat luar pagar jap. Apa yang aku perasan sepanjang perjalanan di Shah Alam ni tadi ialah orang berbasikal. Dahla aku suka basikal!!!

Pantang aku tengok basikal! Kalau korang nak tahu jugak antara 1001 cara ketinggian aku, berbasikal lah :) Heheh... Weh, berbasikal boleh membantu memanjangkan tulang kaki tau! Try lah kalau tak percaya. Kalau nak tinggi lah. Ataupun kunun nak jadi Model ka :) Pramugara Ka :) Askar Polis ka :) Hik Hik...

Tambahan pulak, basikal yang aku tengok remaja-remaja di Shah Alam ni kayuh tuu tadi basikal yang alaaaaa, basikal lumba tuu!!!! Ada tengok De Tour De Langkawi tak lately? Haaaa, basikal tuu lar dorang pakai! Banyak dorang... Layan jewww aku membayangkan aku sendiri naik basikal laju tuu tau!!! Dapat jugak menambahkan kesihatan jantung dan memecahkan kalori di dalam badan. Dulu, aku ni memang tak pandai berbasikal. Tapi, keinginan tuu sangat tinggi mengalahkan kemahiran takda, akhirnya dengan beberapa kalinya jatuh basikal! Aku berjaya jugak mengayuh basikal dengan segembiranya! Haha... Kalau kat Kampung Pulau Melayu rumah arwah nek laki aku, memang aku suka main basikal besar dari badan untuk pergi ke kedai Lintai Abun (kedai runcit) nak beli barang atau berjual sirih dari rumah ke rumah di Kampung Pulau Melayu tuu. Huhuhu... Rm1 satu ikat sirih. Tetap ada orang beli! Hik hik... Kampung katakan. Aku ni pun pemakan sirih gak tau...! Putih tak gigi saya? Haha... Siap tumbuh taring gitu! Hikhik...

Oh ya, selesai saja urusan menghantar Ami tuu, aku ngan Boy punn bertolak semula ke Kuala Lumpur ikut jalan Tol seperti tadi. Dalam perjalanan tuu pulak kita dua jumpa aper sepanjang area Dataran Merdeka dah ni, ada banyak tau kereta-kereta Volkswagen lar, dan Mini Cooper lama parking kat tepi bangunan Sultan Abdul Samad tuu. Orang-orang pun sudah mulai ramai! Orang-orang yang kebanyakan tuu pulak beruniform dan bermacam-macam warna. Sibuk nak kawad atau raptai lah tu kan? Pastu, kita dua Boy ada lalu orang tengah jaga kuda. Banyak kuda! Mesti best ni nanti kat Dataran Merdeka! Have Fun! Enjoy and Meriah kan?!! Hihi... Best!

Dan, selepas melalui semua tuu tadi dalam hujan rintis, akhirnya aku dan Boy sampai ke kawasan rumah sewa kitorang. Parking lah kat kawasan Komuniti tuu sebelah surau. Azan subuh pun berkumandang. Tapi, dalam azan subuh yang berkumandang tuu, ada jugaklah entah 'Jin' mana lah tak reti dengar azan bergaduh. Dahsyat-dahsyat!!! Haha... Tau per benda?

Keluar jeww aku ngan Boy dari keta kan dan lock kereta seperti garis panduan yang si Ami telah tetapkan kat kita dua, boleh pulak belakang kita dua sekumpulan remaja bergaduh bertumbuk. Memang tak reti kenal azan Subuh ni. Gaduh nyaring-nyaring. Aku ngan Boy dah syak dorang ni mabuk! Tanpa membuang masa, selesai lock kereta, kitorang naik dan sambung menonton aksi gaduh ni time Azan subuh dari bilik kitorang jer dari atas. Nampak segala aksi-aksi power rangers kat TV tu menentang raksasa. Sah-sah, sambil-sambil dorang gaduh tuu ada yang sesama sendiri menenangkan diri sambil ada menyebut perkataan 'mabuk'. Memang dorang ni mabuk! Lama lah jugak dorang bergaduh tuu sepanjang subuh. Malas ahh nak layan tengok dah. Aku pulak lepas tuu meneruskan lah melepaskan hajat Amanah Saham aku pulak di rumah :P Lega baiii~

Selepas saja subuh tuu, aku perasan lah si Boy ni belum tidur lagi, padahal nak kerja pukul 9am ni OT lah. Boy selsema. Aku bagi dia ubat selsema aku yang tak habis tuu. Terus langsung ke bilik nak sambung tidur dan rehat semula. Sementara tuu, aku nampaklah macam sesuatu melintas depan pintu. Dah agak dah!!!! Cik T!!!!!!!!!! D**N!!! Ada lagi rupanya!

Yang aku hairan tuu, kenapa pulak Boy tak meloncat kat luar bilik ni? Ker dia tak perasan. Mungkin Boy dah masuk dapur. Aku pun taklah pedulik dan selesai jer Boy di dapur makan ubat tuu rupanya, dia masuk bilik. Aku tanya lah kat Boy ada perasan ker tak Cik T melintas dia? Tiba-tiba Boy macam urrrggghhhh cuak benci dengar Cik T tuu. Dia terus bengang kat Cik T! Tau tak Cik T? Tu dalam gambar tuu!!! EEEEEE~ Geram. Ingatkan operasi kitorang aritu dah selesai tau membunuh mereka-mereka ni. Nampaknya, perjuangan belum selesai!

Tanpa mempedulikan semua tu, aku dan Boy langsung tidur saja. Tapi, aku tidur-tidur ayam sebab macam dengar 3 bunyik! Dah agak dah!!! Cik T berjaya memecah masuk bilik dalam masa 15 minit!!! Bunyik yang ke-3 tuu paling jelas sebab dia jatuh-jatuhkan barang aku ngan Boy dalam bilik! Boy pun tak tidur nyenyak rupanya lalu bangkit on lampu! [Patut aku tak dengar dengkur Boy padahal ubat selsema aku tuu boleh membawa ngantuk, gara-gara benci kat Cik T, mengantuk pun takda makna eh Boy~].

Aku ngan Boy ni selongkar lah mana-mana kemungkinan Cik T tuu kan, tiba-tiba Boy menjerit "Besarrrrr Deeeeee!!!!" Aku dengan pantas bukak pintu dan berlari keluar ruang tamu supaya tak terpijak tikus dan meninggalkan Boy sorang-sorang dalam bilik tuu yang turut meloncat macam kera gak! Pastu, tak jugak Cik T tu kuar. Aku masuk semula dalam bilik dan kedua kalinya aku terperanjat dan tak tergerak-gerak lagi melihat Boy terperanjat kat Handponnya sendiri yang berwarna hitam disangkanya tikus kat kakinya. Haissshhhh (-_-')

Tapi, memang ada tikus punnn kat bawah pakaian yang kami dua Boy gantung. Aku pun nampak ekornya lalu ku suluh. Aku bagitau Boy. Boy pun dah cuak pagi-pagi tuu. Memang sungguh mengacau jiwa dan rehat kami jeww lah Cik T nih! Aku goyang sikit beg kat bawah pakaian tuu, tiba-tiba Cik T yang umur remaja tuu melompat berlari-lari keluar. Boy pulak tiba-tiba tak lepaskan aku! Di peluknya perut aku dari belakang. Rasa nak tercekik aku punya perut! Aku cuba menenangkan Boy pulak lepas tuu. Aku cakap kat Boy Cik T dah keluar bilik dah. Mati-mati jugak si Boy ni tak lepaskan pelukan perut aku ni dari belakang. "Betul Boy, Betullll, dah keluar dahhh, kat sini lalu sini lompat sini, lalu bawah beg aku dan keluar tuu"... Boy sangka ada 2 ekor... Adei... Akhirnya aku terlepas dari azab perut kena cekik. Barulah pagi tuu jugak aku dan Boy akan merancang untuk memulakan operasi semula nanti!

Hahahha... itulah dia ceritanya yer Cik Kiah sekalian. Haha... 2 hari punya cerita punyalah penuh. Kalau aku biarkan seminggu lagi aku tak taulah. Tak larat kot nak menceritakan cerita-cerita benar dan menarik yang berlaku padaku setiap hari. Haha... Aku pun nak tergelak balik teringat pengalaman pagi tadi tuu sebab tak kena lepaskan. Aku pun kena buat muka tenang walaupun geli gila Vavi kat Cik T tuu!!! Ewww!!! Okes Dokes!!!

Setakat ini sajalah cerita hari ni ya Rakan-Rakan! Bukan cerita yang direka-reka. Memang pengalaman aku sendiri yang aku rasa menarik untuk aku kongsikan kepada yang sudi membaca :) Bersempena dengan Hari Wilayah dan Chinese New Year ni, DeeDee doakan selamat bercuti dan hati-hati ketika memandu dan bercuti. Have Fun! Enjoy Yourself :)
XOXO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers