I Like it!!!

Sunday, January 2, 2011

Promise me you'll always remember: You're braver than you believe, and stronger than you seem, and smarter than you think.

Salam tahun baru 2011 hari yang kedua (^~^) rakan-rakan pembacaku sekalian. Seperti yang telah ku katakan semalam pada blog sebelum ini, aku dan John akan mengembara ke Seremban, Negeri Sembilan kan?

Yupp!!! Today, syukur Alhamdulillah, perjalanan kami berdua berjalan dengan lancar tanpa ada halangan. Oh ya. Hehe. Ini imejku tahun 2011. Jangan tak tegur pulak kalau terserempak aku di luar. Semalam kan aku ada cerita pasal aku gunting rambut. Huhu. Gambar ni masa aku dan John dah nak balik ke KL semula. Aku hairan, kenapa semua orang kat Terminal 1 tadi macam perhatikan aku saja. Brrr... Segan aku. Mo cakap perasan tu tak lah. Cuma sedar. Haha. Pedulikan itu semuakan. Yang penting aku rasa selesa dengan diriku sendiri. Aku dah kira berpuas hati lah aktiviti hari ni berjaya menghilangkan rasa mengidam si John tuu. Hari ni tak sempat makan mee kolok di kedai sepupu sebab tengok condition si John pun kekenyangan. Haha... Alhamdulillah. Siap John selidik lagi apa bahan dalam sos ayam sepupu. Memang patut pun dia selidik memecahkan tanda-tanda soal yang banyak terapung di atas kepalanya tuu. Hehe... Amacam John? Kali ni tak lah menderita asyik dengar orang lain dah rasa jer Nasi Ayam Panggang Kenyalang kepunyaan sepupu aku tuh... Hehe... Lain dari yang lain. Sekali pandang orang tengok macam ayam golek. Tapi, tidak.

Korang nak baca cerita lagi tak hari ni? Haha. Aku ada cerita yang aku ingat sikit-sikit nak share nih. Erm, cerita pasal dua sahabat. Kali ni aku bagi tajuk, Kawan Bijak.

Asyraaf dan Fahad merupakan kawan karib sejak dari zaman persekolahan rendah lagi. Asyraaf seorang pelajar yang paling pintar dan pandai dalam kelasnya jika dibandingkan dengan Fahad. Fahad sejak dari kecil suka bergaduh dengan rakan-rakannya kecuali dengan Asyraaf. Hehe...

Tahun demi tahun berlalu. Asyraaf dan Fahad semakin dewasa. Asyraaf akhirnya meneruskan pelajaran di U.K manakala Fahad pula meneruskan kariernya sebagai kaki gaduh di tempatnya. Hehe... Fahad merindui Asyraaf rakan karibnya yang telah lama meninggalkannya di Malaysia. Kerinduan Fahad akhirnya berakhir setelah sahaja Asyraaf tamat pengajiannya di U.K dan pulang semula ke Malaysia semata-mata untuk bertemu dengan rakan karibnya Fahad. Sebenarnya, Asyraaf juga telah mendapat pekerjaan di UK sebagai Perunding Imej Professional. Chewaahhh.

Setelah berjumpa, begitu banyak perkara yang mereka berdua sembangkan sehinggalah si Asyraaf akhirnya atas mengenang dasar persahabatannya dengan Fahad, dia mengajak Fahad untuk mengikutinya melihat-lihat di sekitar bandar UK. Fahad sangat gembira dengan tawaran yang ditawarkan Asyraaf. Tapi, Fahad berasa segan. "Asyraaf, aku nak sangat tengok tempat ko kat UK tuu, tapi aku mana tau cakap orang puteh". Asyraaf tergelak kecil. "Fahad, apa susah, aku ajar ko sikit-sikit. Nak tak?".

"Eh, betol ker Asyraaf?... Okeh, kalo macam tuu, aku nak ko ajar aku macamana nak carik gaduh dengan orang sana? Amacam?"... Haha...memang si Fahad ni tak pandai serik, asyik nak bergaduh saja. Bukannya pedulik orang kat negara sendiri ker, negara orang ker...Hehehehe....

Tapi, boleh pulak si Asyraaf dengan selamba menjawab,"Eh, boleh... Kat sana nanti aku ajar ko eh... So, macamana? Jadi ikut aku tak?"...

"Isssshhhh, ko ni, kalau engko dah cakap macam tuuu, aku nak lahhhhh... Tak sabar niii nak gaduh ngan orang sana. Salu asyik tengok kat tv jewww... Yang gusti-gusti tuu... Nak jugak aku try market kat sana plak!"... Haha... Dan akhirnya, Fahad dan Asyraaf tibalah di U.K dan Asyraaf mengajaknya ke rumah barunya di sana.

Setelah 2 hari di UK, si Fahad yang duduk dalam rumah Asyraaf dah tak sabar-sabar nak belajar dengan si Asyraaf bagaimana nak ajak bergaduh dalam bahasa Inggeris. Semasa Fahad menonton tv, Asyraaf duduk bersama dan membaca majalah. Ketika itulah si Fahad bertanya, "Asyraaffff... Ni bila ko nak ajar aku ni? Aku nak keluar sendirilah jalan-jalan kat luar rumah kau tuu carik gaduh ngan orang..."

Si Asyraaf amat memahami sifat kurang penyabar rakan karibnya itu. "Okey, okehh, macam ni, aku ajar engkau cara nak cakap AKU NAK GADUH SAMA KAU. Okeh?"... Fahad mengangguk. "Kalau ko nak carik gaduh dengan orang putih kat luar tuu, ko cakap kat dia, I'M SORRY!". Fahad senyum dan mengangguk faham sambil mulut praktis menyebut. Lepas tuu, si Asyraaf sempat mengajar nombor dalam bahasa Inggeris kepada Fahad. Tapi, disebabkan Fahad ni seorang yang lemah IQ, si Asyraaf tak mengajar banyak number. Cukup sekadar dari number ONE, TWO, THREE, FOUR, FIVE, SIX dan SEVEN. Hahahaha.. Tak khatam lagi lah si Fahad ni rupanya. Tapi, si Fahad ni memang seorang yang berani. Hari ni dia belajar dan hafal, esoknya dia bagitau Asyraaf dia keluar jap jalan-jalan luar rumah. Hahah... Asyraaf senyum jewww. Cool.

Fahad akhirnya keluar dan mencari orang yang di cari-carinya untuk di gaduh. Orang pertama yang lalu lalang di lintasan kelihatan besar sangat badan. Tak Nak. Orang kedua pulak yang melintas, kecik sangat. Orang yang ketiga ni cukup-cukup saiz macam badan dia, baru dia berani nak cari pasal. Di lalunya semakin hampir orang putih depannya tuu, di langgarnya guna bahunya dengan kasar di bahu orang putih tuu sambil berkata "I'M SORRY!" konon nak carik gaduh la niiii... Hahaha... Orang putih tu jawablah "I'm sorry too". Si Fahad naik bengang, "I'M SORRY TWO ko cakap???!!!! Aku I'M SORRY THREE kat kau!!!!"...

Orang putih tuu punyalah blur...berkerut dahinya dan bertanya "What for?"... Fahad dah hilang sabar, "Beraninya kau jawab FOUR ngan aku? I'M SORRY FIVE!!!! Hah, hambik kau!!!"... Lagi lah si orang putih tuu bengang dan menjawab, "Oh my God, I can be sick like this because of you!"...

Si Fahad menjawab lagi, "SIX? aiiii, berani bebeno engko nak gadoh ngan aku nih!!!! Aku I'M SORRY SEVEN kat kau!!!!!!!!"... Orang putih tu terus lari tak tau apa kena dengan si Fahad tuuu... Haha... Si Fahad pulak poyo lah konon, sebab dia fikir orang putih tuu takut kat dia... Puas jer hati si Fahad, dia balik rumah si Asyraaf dan menceritakan segala-galanya pada si Asyraaf. Asyraaf punya lah tergelak habis mendengarkan kesemua cerita si Fahad tuuuuuu...

Belom habis lagi. Rupa-rupanya si Asyraaf ni nakal jugak. Pada malam tu, si Asyraaf mengajak lah si Fahad ni makan di Hotel 5 bintang. Di sana si Fahad senyap jer sebab tak nak lah carik gaduh. Time makan katakan. Tau jugak si Fahad ni adab kan. Haha... Malam tu jugak lah si Asyraaf ni nak mengajar lagi yang bukan-bukan kat Fahad.

"Fahad, kat sini kan, orang-orang kat sini, kalau cakap KAU BODOH dalam bahasa dorang, dorang cakap THANK YOU tau."...

"Oooowww, THANK YOU tu maksudnya KAU BODOH eh? Wah... kasarnya orang sini. Dorang pun suka carik gaduh eh?"...

Asyraaf tergelak kecil. Makanan telah pun dihidangkan. Selesai makan. Asyraaf pergi ke tandas. Seperti biasa, pinggan-pinggan yang tidak dipakai, akan di ambil pelayan restoren supaya pelanggan merasa selesa dengan permukaan meja yang bersih. Ketika itulah, si Fahad mencuba nasib. Ketika pinggannya di ambil. Si Fahad mengucapkan, "THANK YOU! (KAU BODOH)". Selamba jer lah pelayan tu senyum dan cakap "Your Welcome :)". Masa tuu, blur si Fahad. Takder pulak si Asyraaf ajar Fahad maksud YOUR WELCOME tuu. Asyraaf kembali ke tempat duduk dan meneruskan perbualan dengan Fahad.

Si Fahad bertanya, "Eh, Asyraaf, ko tau, tadi aku cakap THANK YOU tau kat orang putih tuu masa dia ambik pinggan nih. Selamba jer dia cakap kat aku YOUR WELCOME... apa ke benda tuuu maksudnya Asyraaf???"...

"OOOOoohh, yang itu, lupa aku nak ajar kau. Maksud YOUR WELCOME tu, KAU BODOH JUGAK!!!"... Gelak besar si Asyraaf di meja makan tu. Si Fahad ni dah meradang dah ni. Tapi mampu bersabar lagi. Asyraaf mengajak lah si Fahad ni pulang selesai bayar bil di kaunter. Time tuu lah si Fahad ni melepas marahnya, "YOU THANK YOU!!!!" Fahad cakap kat pelayan-pelayan yang ada berdekatan kaunter. Selamba jer lah, semua pelayan yang ada berdekatan tu cakap "Your Welcome :)"... Punyalah panas hati Fahad time tuu, habis semua selagi ada Pelayan kat situ di cakapnya sorang-sorang, "YOU THANK YOU, YOU THANK YOU, YOU THANK YOU!!!!!!!"... Setelah semua pelayan tu blur. Terdiam lah semua macam ketakutan hairan. Si Asyraaf menahan gelak jer, dan menarik tangan si Fahad balik keluar dari hotel. Fahad punya lah puas hati malam tuuu. Keesokan harinya, si Fahad pulang ke Malaysia. Sebelum pulang tu, sempat lah dia mengucapkan terima kasih pada si Asyraaf terutamanya mengajar bahasa asing padanya. Brrrrr.... HAhahahahahahah.... Adei~ Nahhhhh.... Hanya Asyraaf saja yang tahu. HAhaha...

Adoh, apa lah pengajaran cerita DeeDee kali ni pulak? Haha... Korang fikirkan lah yer. HAha... Oklah Geng. Selamat membaca semua. Ini semua hasil dari perkongsian cerita zaman-zaman aku suka lepak ngan mat-mat rempit kat kampung aku dulu di Miri. HAha... ada-ada saja lah...
Have a nice day :)
XoXo.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers