I Like it!!!

Sunday, January 9, 2011

Good friends are like stars….You don’t always see them, but you know they are always there.

Huaaahhhh...Erm? Tiada orang sudah bangunku pagi ni? Sunyi jak. Haha... Mana perginya semua housemate aku ni? Sunday begini, ermmmmm, biasanya Boy (antara housemate) gi dating kot? Si Wan(antara housemate) pulak? Pun gi dating gak. Haha... Aku? Lost in KL. Huhuhu... Tapi, keluarku dari bilik dalam keadaan blur tuu, memangku jangkakan ada si Ami (antara housemate) di dalam bilik ni. Tidur lagi tuu. Aku bangun ni pun dah kira lewat sangat-sangat. Haha. Alhamdulillah 2 hari ni, santai jeww walaupun sepatutnya hari ni nak adventure ngan John ke Ipoh, Perak balik hari gak macam aritu mengembara ke Seremban semata-mata John nak makan Nasi Ayam Panggang Kenyalang kepunyaan sepupuku aku tuh. Haha... Kali ni pulak motif nak ke Ipoh, buat per? Huhuh, sebenarnya nak makan jugak. Si John nak ajak aku yang kuat makan ni balik hari gak makan kat kedai bapak Shill (rakan setugasku yang juga bekas rakan sekelas Black Mentor). Hehe... saja kan jalan-jalan, tapi aku batalkan memandangkan bulan ni tanpa sedar dah bermacam-macam perkara aku buat sampai tak tertulis dalam blog. Haha... Dalam macam-macam perkara tu arr, bajet salu pakai. So, bajet kona JAGA okay! (skema).

Eisshh, pehal gambar si Fabrizio Faniello ni masuk blog aku plak kat sini? Haha... Ni haa, saja letak sebab mungkin ramai yang dah tahu atau kurang tahu, tapi DeeDee just nak share, baru hari ni tadi DeeDee baru tahu si Fab ni ada rupanya menyanyikan lagu dari kumpulan Wali Band bertajuk Cari Jodoh. Aii? Fabrizio nak cari jodoh ka kat Indonesia? Hehe... Tarik perhatian jugak lagu Cari Jodoh yang dinyanyikannya di Eropah bertajuk I no can do. Tahniah kat Wali Band. Mengulas Wali Band tadi di Melodi-Tv3, tiada apa-apa rahsia yang membuatkan lagu mereka menjadi pilihan Fabrizio untuk dinyanyikan ke dalam bahasa Inggeris. Hehe... Nice. Gud Luck Wali Band.

Wali Band :)
Aku bukan lah peminat setia mereka, just suka melihat prestasi orang lain semakin baik hingga ke persada dunia. Good!!! *thumbs up* Wali~

Apa sarapan kalian hari ni? Hehe... Tau tak sarapan DeeDee hari ni menjadi makanan tengahari la pulak. Haha... Dah alang-alang nak masuk tengahari baru bangun tidur tuu, per lagi, mandi cepat-cepat, terus pergi tingkat bawah sekali, jalan di gerai berdekatan dan makan nasik campur ngan Milo Ais! Biasa jer makan kat kedai pak cik mak cik tuu. Sambil lah menonton tv3 di sana rancangan Melodi. Malam ni AJL di Tv3. Jelas beberapa hari ni raptai artis-artis Malaysia kita bersungguh-sungguh untuk membuat persembahan terbaik pada malam ini. Siapakah di antara mereka bakal merebut juara? Huhuh... Hari ni, aku tak sabar jugak mo tunggu kepulangan Bro (antara housemate) pulang ke rumah. Hampir 2 bulan rasanya tak pulang tapi tetap maintain bayar sewa. Rindu ahh nak jumpa member. Hehe. Ada kabaran baik darinya. Alhamdulillah Bro. Kabaran baik bro tu aku ucapkan tahniah ya. Malam ni Bro nak belanja yaaa~ Waaa... Seronoknyaaaa~ hehehe... Ada satu crita tentang Bro ni antara 1001 cerita yang melucukan bagi ku. Haha... Aku share pada kalian okay. Ini kisah benar dan cute.

Tahun lepas tahun 2010, kitorang masa bulan puasa masing-masing memang salu ada kat rumah. Cuma saat dah nak balik kampung tuu, lebih kurang beberapa hari sebelum hari raya tuu, ramai la antara kitorang (housemate) sibuk nak balik kampung. Hari demi hari tuu, tinggal beberapa orangla di rumah dan akhirnya aku sendiri pun terbang pergi balik Miri. Lama aku di Miri, siap lepas seminggu raya ke tu, si Boy sms aku tanya aku kat maner. Masa tuu malam hari Jumaat malam Sabtu, tengah nak menonton wayang cerita Step Up 3 Dance tu. Aku reply kat Boy aku masih lagi di Miri. Boy mengadu arr malam tuu bilik banjir keww ngan tengah kepung Cik Siti Wan Kembang (tikus) pecah masuk dalam bilik dan tidur rupanya di atas tilam dan membuat perangai. Damn! I hate Cik T ni! Boy ni pulak berani ka kepung Cik T? Heheee... marah-marah Boy malam tuu. Dia kira dah sampai awal la pulang semula ke rumah sewa. Aku pulak masih lagi berlibur bersama teman-teman jadi aku enggak bisa membantu mengemas dan mengejar Cik T ketika itu. Namanya udah aku di Miri, Sarawak. Haha...

Ni belum lagi part crita Bro. So, aku dah tau lah rupa-rupanya seminggu kami meninggalkan rumah, Cik T berleluasa menyerang rumah dan berpesta dan berkugiran bersama teman ya! Cubalah menginap di Hotel lain ka.

Setelah aku pulang ke rumah tu, memang berterabur habis barang-barang aku di dalam rak dan geram tengok najisnya yang perasan cute tu ditinggalkan di fail dan bulu-bulunya. Ni gerenti si Betina ni suka buat hal. Dalam pada masa kami bergelumang tuu, ada saja lah cara kami semua membunuh Cik T tuuu... ambik masa beberapa bulan jugak membunuh dan menghapuskan Cik T tuu.. Haha... Geram sangat-sangat... Menyusahkan dan mengotorkan saja rumah orang.

Oh ya, part cerita Bro pulak, masa DeeDee dah sampai tu kat rumah sewa, adalah jumpa Bro. Masa tuu kami sama-sama tonton tv. Bro pun bukak lah cerita pasal Cik T. Rupa-rupanya, sepanjang kami semua tiada di rumah, ada jugak Bro pulang ke rumah sewa. Pada suatu malam tu, Bro sedang menonton tv. Sambil merokok dengan santainya, tiba-tiba, Bro terasa ada sesuatu jugak duduk di sebelahnya. Err... Di toleh Bro, seekor anak Cik T dudok dan tengok Tv jugak rancangan apa aritu Bro eh. Bro ada sebut aritu. Haha... aku terbayang, kiyut jugak Cik T tu tonton tv temankan Bro sorang-sorang. Bro bersuara la kat Cik T tu, Cik T tu terkejut dan terus lari balik keluar rumah di beranda dapur. Hahahahaa... itulah antara cerita kelakar bagiku masa Bro cerita balik pengalamannya sorang-sorang di rumah ketika kami semua tiada. Haha... I like! *thumbs up* Bro!

Jadi, malam ni, selamat menonton AJL ya rakan-rakanku sekalian. Pastikan tiada Cik T duduk sebelah menonton. Haha... Suatu masa kelak jika aku punya masa, aku letakkan ya gambar-gambar housemate :) Not today. Someday.

Hari ni dan semalam benar-benar terasa best walaupun sekadar duduk santai di rumah berehat. Macam semalam, DeeDee bangun lewat gak sampai sakit kepala terlebih tidur. Bangun jer mamai jap, pastu baru rasa nak basuh baju. Punya lah malas dan liatnya aku bab cuci baju manual nih. Tapi aku kena buat gak sebab ada pakaian kerja gak. Selesai mencuci dalam kesejukan hari dan air tuu, gantung diluar. Jam pulak sudah menunjukkan pukul 1:45pm. Lepas tu pergi tapau. Balik rumah tonton cerita Hindustan pukol 2, sampai pukul 5pm tu, tengok balik jemuran takut terjatuh kan pakaian sebab angin kuat. Bila check pakaian dah kering???!!!! Waahhhh, hari-hari macam ni syoknya!!!! Hehe... Dalam masa sehari jeww dah kering. Selalunya pakaian aku tu ambik masa 3 hari kadang nak kering tambahan lagi kalau aku lambat basuh. Hehe... Hari ni pulak, seluar dalam ku yang seksi dan singlet ku yang seksi cepat kering!!! Yippa!!! (itupun mau crita? Sandikkkkkk!!!!)

Haha... Oklah setakat ini saja hari ni ya. Sebelum berakhir tu, layanlah video nyanyian Fabrizio Faniello - I no can do
Peace :)




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers