I Like it!!!

Tuesday, January 25, 2011

Forget About The World. I wanna make You Feel. Like You. Warnaku.

SawaDee... Kalian semua, hari ni sihat? DeeDee tak sihat hari ni. Demam, selsema dan gatalnya tekak! Rasa nak cuci garu tekak tu guna pencuci botol susu baby tu yang berus tuu... Eeee... arrrr....

Lately, aku sangat dipenuhi kerja-kerja orang lain. Di sebabkan statistik tidak tercapai, aku dan rakan-rakan setugas lain dengan sekuat tenaga berusaha untuk mencapaikan statistik. Mau pingsan rasanya sudahhh. Exhausted nya aku. Kalau aku ni robot, meletup sudaaa tuu. Kalau nak cerita pasal kerja, emangnya sampai ke mati gitu dong enggak akan pernah habis. Guwe udah kecapekan yang teramattt bangat sih kerna rasa tertipu dan mengenangkan negara. Waduh. Kok Gawat? Huh... pedulik. Like you the only girl in da world ka? Eleh... Come on, please la jangan suka mengambil kesempatan dalam kesempitan ni memaksa kami overdos exhausted.

Tomorrow, Wednesday. Aku apply OFF. Bukan apply. I deserve it. Aku mau rest hilangkan rasa sengal di badan dan keletihan.Patutnya aku sudah OFF dari Friday lepas. Just because ini, aku korbankan segala masaku even social and helping. Jumaat, lagi okay. Aku kerja. Walaupun sakit sudah kepala setakat 4:30pm. Then, Saturday aku sambung semula. But!!! There is but. Tapi, kerja bertambah. Aku buat bila tengok rakan sorang ni selamba jer boleh buat tambahan gak. Tapi, kerja tak habis, sambung lagi datang Ahad. Ahad pun tak habis. Semalam baru habis. Itupun, di bantu juga. Lain semua ni aku tak kisah pun. Cuma, tipu aku cakap, kalau aku tak rasa bersalah akan ketidak ada masaan aku terhadap kawan yang menumpang sebentar di rumah. Even sarapan bersamanya pun tak sempat. Wanzy. Lucky that Wanzy faham. Thanks Wanzy for da Kek Roll Lapis Sarawak yang ibumu buah tangankan padaku. Sempat teman-teman serumah dan rakan-rakan opisku merasa Kek itu yang berperisa Cadburry. Later aku pulang Miri aku juga mau serang HABIBI Shop tuu sebab berbaloi.

Wanzy pindah sendiri hari Ahad tuu pun aku tak sempat tolong angkatkan barang. Sorry. Tau-tau saja, aku pulang ke rumah, dia dan barang-barangnya telah clear. Hurmmm... Nevermind. Jumpa lagi ya di KL. Just that, awal-awal sudah aku terlalu sibuk tiada masa ketika ketibaan rakan lama. So, di pendekkan cerita, today, aku ada ke HKL. Mungkin kegagalan mengorat, aku tak dapat MC pun. Dapat ubat saja pun dah memadai. Sempat balik semula ke opis before tengahari. Sambung kerja. Tapi, itulah, dah tak larat nak buat kerja berat. Nasib baik terkena giliran duty di kaunter serahan saja. Boleh lah tenang-tenangkan minda. Petangnya pula, selepas lunch, aku makan ubat. Ada 4 jenis ubat. Ubat Nilco Syrup untuk tekak, Cephalexin Monohydrate kapsul Bom untuk antibiotik, Triprolidine HCI & Pseudoephedrine (Actifed) kaler pink untuk selsema dan seperti biasa, semua kenal, Paramore, eh! Paracetamol (panadol KK) tuuu.. untuk demam. Mengantuk siot makan tuu~ Boleh rasa terapung aku kerja tadi dan baru aku perasan di dunia ni aku tinggi rupanya. Haha... kandungan dadah berlebihan ni~ Aku tak patut makan time tuu sebab boleh menyebabkan mengantuk kan? Tapi tuu arrr, tak bleh tahan kat selsema yang tak henti mengalirrr macam air paip di hidung, jadi aku pun makan arrr...

Apapun, semua ni asam garam hidup katakan. Tapi, hari ni aku paling kesian dan aku sendiri terkezut. Rupa-rupanya kawan aku tuu yang buat tambahan kerja selambar tuu baru perasan dia sebenarnya buat back up kerja orang lain. Kenapa lah ko baru perasan? Adei... aku dah berapa kali membebel semasa sambil-sambil buat kerja tuu patut lah ko buat derrrrkk jeww... Kasian kau kan... Aku dah tak larat nak sama mood kecewa ngan kau. Ko kecewa lah dulu k, nanti ko dah tenang, kita sama-sama bergabung menjadi power renjes. [ni akibat ubat ka merepek?] As usual, aku pasti akan kongsikan lagu atau apa saja yang aku suka. Layan lah lagu dari si Mike Tompkins feat. Shad-beatbox ni yang lagu asalnya dinyanyikan oleh si Rihanna. Tajuk lagu tuu Only Girl (In The World). Okesss??? Layan lah lagu ni kalau dah muak dengar suara Rihanna nyanyikan. I like this video sebab melihatkan perangai penyanyi ni macam perangai aku gila video dan jalan-jalan serta warna-warna dalam elemennya yang aku sendiri sentiasa pakai. Skrol lagi ke bawah :)

Sampai sini saja hari ni blogging. Tired sudah si DeeDee.

Layannnzzz...
Tonton betul-betul, kalau siapa bijak, pasti akan jumpa perangai-perangaiku dalam video nih. Hik hik... Kepada fans-fans yang ada tonton YouTUBE and Dailymotionku mungkin perasan. Hak Hak... Okes Dokes... Chow Chin Cau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers