I Like it!!!

Monday, January 17, 2011

Which one of them are you?

Hoho. Semalam, lupa nak cakap. Aku berjaya perbaiki kesilapanku. Huhu... Ingat tak hari tu aku cakap aku ada pinjam buku library tapi belum pulangkan, walaupun tak baca habis? Well, semalam aku dah pulangkan! fiuhhh... Lega~ Denda nya juga terlaksana langsai :)

Hari ni isu apa plak Dee? Erm... peminat kamu! huhuhu... siapa di antara mereka ni peminat kamu ka? Haha... Orait... Bercakap tentang peminat, apa ada?

Hurm, biasanya, peminat yang kalau sangat meminati orang yang diminatinya, apa perkara yang paling basic perlu ada pada dirinya yang sehinggakan orang yang diminatinya tidak tahu dia sedang diminati? [pecah kepala ni nanti memikirkan untuk kamu Dee!!!] Haha... okeh okeh, erm... biar aku lah yang meletakkan diri aku sebagai peminat pulak. Erm, kalau lah aku minat seseorang tuu, tentu jeww aku akan cuba untuk memahami apa kesukaannya terlebih dahulu. Hehehehe... Dah tahu, senang untuk menarik perhatian dan hatinya sekali. Kan? Rasanya, tak jugak kot? Hurmmm... Kalau tak macam tu macamana lagi eerkk? Hehe... Sebaik-baiknya kalau aku kan, erm, cukup aku tahu saja apa kesukaannya. Tapi, tak bermakna aku perlu buat apa kesukaannya. Why is that? Hehe... setiap manusia ni ada saja lain permintaannya. Dan ada juga yang sukakan kelainan. Bila yang jarang-jarang di temui itulah yang ingin dimiliki. Hehe...

Maksudmu Dee? Maksudku, kita buat sesuatu yang luar biasa. Tapi, tak perlu memudaratkan diri sendiri atau membebankan diri sendiri. Buat tu biar sampai orang yang kita minati tu pulak macam nak tahu apa kita buat. Hehe... Rasanya anda pernah try ker?

Well, me, done it all the time. Lihat target dulu... Huhuh... Tapi ingat! bukan untuk mempermainkan perasaan orang yang kita minati tu sudah!... Jangan demand lebih plak eh. Or mengharapkan lebih dari yang dijangkakan. Kalau buat gak, mau tak maunyer ekau kecewa haa!!!... Wait a minute! Dee!??? Ko ni crita apa ke benda ni? Aku tak paham! Hehe... Tiada tiada tiada~ Saja ba mau keluar isu ni bila tetiba saja ada peminat aku ni hadiahkan sesuatu yang aku boleh katakan di luar jangkaan ku :) Hehe... Siapa? Let see ya...

Ingat tak semalam? Aku lambat-lambat bukak bungkusan yang ada admirer aku tu hantar? Siapa ya admirer ni? Hurrrmmmm, siapa ya? Siapa tuuu? Siapa jugak kannnn?

Kenapa aku panggilnya peminat aku pulak? Hehe... Okay, kita buka kotak bungkusan tuu dan teroka apa ada? Mula-mula aku dapat bungkusan ni saja, aku sudah cukup gembira! Sebab, dapat bungkusan. Lepas tuu, aku tak menduga pulak bungkusan tu sebesar ini. Bila dibuka baru selapis jer pembalut bungkusan tuu pun! Aku dah cukup gembira! Haha... Cukup aku gembira kejap tuu, boleh pulak kan aku tak teruskan bukak. Kegembiraan tuu cukup buat aku tidur lena. Aku jenis menghargai. Hehe... sebab tuu aku teliti. Tambahan lah lagi, cutenya! kotak bungkusan tuu... Ada love-love gitu! Terutamanya lah Big LOVE tuu... apa tandanya tuu? Apa maksudnya tuu? Hurmmm... [pura-pura panda dalam perahu, kan?] Siapa ya si Peminatku ni? Hurrmmmm... balik-balik ni tertanya-tanya... Tahu pulak tuu kan alamat rumah di KL siap nama penuhku kat bungkusan... Hrrmmmm.... siapa ya? Kalau lah dia tengah baca jugak blog aku sekarang ni, adakah aku mampu buatnya tersenyum ya? Hurmmmmm... Cukupla aku senyum sorang saja kan... kalau dia tak senyum gak, aku masuk dalam kotak ni saja. Malu ah ke ding dong~ [ada muat ka?] Heheh... :P Just Kidding

First bukak jeww kotak Cute LOVE tuu, brrrrr... avaranzai konichiwa terperanzat! Haha... takda la... kagum saja. Tengok macam full house saja. Penuh dengan macam-macam :) Maksud? Okay, menurut kajianku ini sebagai Doktor DeeDee Hotak Hang, aku mendapati, peminat ini, sudah mempunyai perasaan yang bermacam-macam jugak seperti barang-barang di dalam kotak ni. Terutama lah perasaan SUKA tuu. Hurmmmm, adakah ini serius doktor?

Boleh serius ni jika dibiarkan berlanjutan. Ada ubatnya! Tapi, memandangkan belum serius, ubatnya saya simpan. Tidak boleh dikeluarkan semberono. Huhu... Apa ada di lirikan pertama matamu DeeDee? Hurm, aku terkezut macam ada pakaian di dalam kotak tuu, adakah ini G-String? Bikini? oh tidak!!!!! Haha... Acah saja... Rupa-rupanya Shemagh!!! Wowwwww!!!! I like Shemagh!!! Owwww yeahhh!!! Nampak sangat ni peminat dari Blog aku. Aritu aku ada letakkan episod Shemagh dalam blog aku kan? hehe... pandai anda ambil hati saya kan? Siapa ya ni? Hurmmm, mesti ada cucur ni disebalik udang :P Hehhehe... First komen, saya suka ya... Tak ada nya masa aku nak tukar pakaian lain dah tadi pulang dari kerja. Tau-tau saja pulang kerja tadi aku sampai masuk bilik, tertengok kotak Cute LOVE ni belum di bukak, aku macam curious saja apa ada dalamnya. Hehe.. Dapat jeww Shemagh ni, terus apply ke body. Haha... Siap bergambar siot nii... untuk tatapan si peminat yang telah menghantar ni dan sebagai tanda penghargaan kan? Hehe... Harus maa... Siapa tu?

Terima kasih ya to da fans tuu... beberapa minit la jugak aku nak menanggalkan semula ni Shemagh. Suka ni. Suka... Thanks ya... Anda yang baik hati. Walaupun saya tak mintak, tapi, takkan saya tak terima pulak? Baeeekkk punyaaa... Ehehehhh... Ini kira Shemagh kedua aku ah :) My First Shemagh of course la from My Dad last 10 years. Hehe... Aku masih menjaganya dengan baik :) Ini, lagi lah... Akan ku manfaatkan sebaiknya... Huhuh... tambahan lagi kan lately ni hari sejukkan. Amat sesuai pakai ni :)

Ada lagi tadi adegan-adegan aku dengan Shemagh ni, tak nak aku buat show sini, suprise lain hari eekk... Hehe... Macam-macam tau boleh buat dengan Shemagh ni. Demi keamanan jugak :) Peace!!! Ok ka dengan aku ni di pakai. Kalau ko cakap x okay siap! Aku telan nanti! Hahaha... Okeh, belum sampai sini lagi kejutan dalam kotak tuu... Nasib baik kan aku takda kejutan pengsan. Fiuh, kalau pengsan, sampai bila aku tak dapat bukak kotak tuu dan keluarkan barangnya. Haha... Sengal... Next? Aku jumpa apa dalam tuu? Sesuatu yang orang lain perlu ada iaitu sifat makan, aku jumpa makanan! dalam tuu!!! Wuhuuuu... Makanan makanan makanan... Yeay!!! Apa jenis makanan Dee? Let see~

Biskut!!! yeayyyy!!! Disebabkan diselotep dengan penoh rapinya, dan cukup menggembirakan, aku tak bukak-bukak lagi pun botol biskut ni sebab cantik jeww biskut tuu penuh. Tak tau bila nak makan. Haha... Ngek betol... orang makan jer lah kalau nak. Tapi, itulah, sebenarnya, ada sesuatu si peminat ni pasti tak menduga apa yang bakal ku rasa. Peminat ni nak tau gak ker? Heheheh....

First tengok jeww, kembali kenangan. Nostalgia aku masa lampau. Aku tahu biskut dalam tuu bukan yang si peminat aku ni buat, tapi, aku kenal sangat biskut lama ni. Dari tahun dulu-dulu dah wujud biskut ni. Aku teringat semula nostalgia aku masa kecik-kecik dulu di Pulau Melayu, Miri. Zaman arwah nek laki aku masih hidup. Hehe... Dan aku kenal sangat-sangat bekas sebenar biskut-biskut dalam balang ni. Balang ni bukan balang sebenar biskut ni kan? Balang sebenarnya adalah bekas tin besi yang berwarna biru yang mahal tuu. Wahhh... Teringat zaman dulu-dulu aku... Bekas tin tuu pulak kalau biskut-biskut di dalamnya dah habis, mak cik-mak cik aku suka buat apa tau dengan tin tuu? Dorang tak buang bekas tin tuu, dorang cuci bersih-bersih dan lap, kemudian jadikan tempat letak jarum, benang, gunting, butang-butang, pendek cerita tempat benda-benda berkaitan jahitan lah! Heheh... terkenang aku nostalgia lama. Pasti si Peminat tak menduga kan? :) Thanks. I really appreciate it! Sayang kamu ya peminat-peminatku :)

Eh? Ini lah tin biskut tuu??? Kenapa isi nya di luar? Balang lain? Apa pulak dalam balang ni? Uh??? Hehehe... Ya! Memang inilah bekas tin yang aku baru katakan tadi, pasti ada di antara kalian semua kenal kan? Biskut tin biru yang keras sikit bekasnya ni. Cantik. I like.

Berbalik kepada soalan tadi, apa ada dalam tin sebenar ni pulak Dee? Hehehe... Itu, hanya aku saja yang tahu kerana aku telahpun membukanya tadi walaupun telah di selotep rapat bagi mengelakkan penutup tin terbuka sendiri dan longgar ketika di dalam bungkusan di hantar kan? Hehe... Well, aku speechless apa ada di dalamnya. Someone just beat me in full of suprises! Hehe... Aku amat puas hati. Condition didalam tin biru ni sangat okay! Ada sesuatu yang fragile didalamnya, tapi dengan iringan kasih sayang dalam bungkusan, well done! Tidak pecah. Huhu... Siapa jugak peminat ni? Bagi nombo telefon please!!! In my inbox ya~ :P Hehe... Dan, last but not least! is sesuatu yang sepatutnya ada jugak di setiap pemberian tuu... apa lagi Dee??? Apa dia??? huhuhuhu... Pengenalan diri si peminat dan jugak ditujukan kepada siapa semua ini. Ternyata terjawab untuk siapa kalau sudah memangnya untuk aku. Aku jumpa surat. Surat?

Surat ni pengganti peminat untuk tidak dapat ketemu nyata, tapi, maklumat di dalamnya sudah cukup untuk menyampaikan rasa hasrat di hati. Anda telah berjaya buat saya gembira untuk jangka masa panjang ni!!! Hehe... Pandainya awak! Huhuhu... Saya pun hampir terlupa pasal posting Shemagh jugak sebelum ni yang saya postingkan. Di mana lah awak dapatkan Shemagh untuk saya tuu?

Bila melihatkan tempat asal ia di buat pada label tuu, jauh tuu... Woww.. dan warna biru lagi tuu Shemagh tuu. I like it! Surat ni pulak bersama-sama dengan barang-barang yang lain di dalam kotak tu, ku simpan semula dalam kotak Cute LOVE tuu. Hehe... Ecok nak bukak lagi happykan diri. Haha... Sampai bila Dee? Errr... sampai aku nak lah! :P Amboi, sakan aku kan melayan semua menan dalam kotak tuu siap posing maut. Ada lagi sebenarnya benda-benda dalam kotak tuu iaitu, newspaper dan kertas-kertas ujian darjah 6 kot? Macam tulisan artikel pelajar jurusan Oxford saja. Siap ada matematik. Wahhh, ni peminat aku ni berpelajaran tinggi jugak ni... Mesti Professor kot? Haha... Dari Emiriah Arab kot? Atau dari Korea kan? Hurmmmmm... Biarlah menjadi tanda tanya sampai bila-bila untuk edisi blog kali ni. Hehe... Tetap ku gembira bah! :)

Sebelum mengakhiri blog episode hari ni, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak dan ampuni aku jika ada terkhilaf kata dan salah laku. Ya. Kepada yang telah meminati dan menyukai blog saya juga ya~

Beta amat menghargai kesudian kalian memberi laluan kepada masa masing-masing untuk sudi membaca dan memahami cerita saya. Hehe... Kekadang tuu mesti ada tak faham bahasa. Hehe... Mix Language Rojak Maa... okeh! Ok daaa... Jangan serik tau!!! Haha... Biar pun macam kesusahan jeww nak mendapatkan bungkusan peminat ni agar hasratnya tercapai kepadaku, itu semua bukan alasan untuk katakan Tidak! Itu semua sokongan kalian tau! Takkan aku nak menolak :) Asalkan waras dan baik diterima akal dan minda, memadai :) Hand Shack and Kisses :) Muahhh :*


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers