I Like it!!!

Saturday, June 26, 2010

Top Up!! Top Up!! Siapa Mo Top Up??!!!!

Siapa jua la yang tak nak top up kalau sudah gila sms dan call orang saja tu. Itupun yang prepaid. Hehe.. Okay.. Dalam banyak-banyak bisnes yang telah ku lakukan di Kuala Lumpur, terdapat 1 bisnes yang paling-paling dan amat ku sukai buat. Di mana perniagaan ini tidak melibatkan usia sama ada yang tua mahupun muda. Bisnes apa? Ala...Yang budak sekolah dan universiti pun boleh buat bah untuk isi masa lapang saja. Atau dengan niat sekadar untuk memudahkan orang lain. I mean, membantu orang lain walaupun keuntungan tak sebesar mana tapi niat untuk memudahkan orang lain tu ada. Tu saja. Ehehe...


Janganlah pulak sampai merisikokan diri sendiri pulak untuk memandu sambil sms. Ehehe...ya, bisnes ini hanya melibatkan sms sahaja. Mudah dan simple sahaja. Ingat! jangan lah sms semasa memandu, bahaya dan saman pulak datang nanti seperti surat cinta dari Polis Trafik. Hehe..Orait...Bisnes kecil-kecilan yang DeeDee maksudkan ni adalah.....


Bisnes top up! Ya...kebanyakan dari kita memang suka mereload hanpon kan? Tapi, selama korang top up kat hanpon sendiri, ada tak pernah terfikir ke untuk membawa keuntungan kepada diri sendiri? Ala...tak payah lah banyak, sedikit pun takpa. (Kalau untung besar pun lagi Gembirakan. Hehe).

Baiklah. Bagaimana boleh terlintas kan DeeDee jual top up plak? Ya, sebermulanya dahulu kawan ku sayang yang ku anggap kakak ku sendiri jauh di sudut hati ku iaitu Kak Nana. Hehe.. Kak Nana memang kuat men-TOP UP hanpon. Tambahan lagi dia ada 2 handphone masa tu. Selalu lah dia top hanpon tu. Bolehlah dikatakan setiap hari reload. Entah bagaimana suatu hari tu, Kak Nana nak reload, tapi payah lah nak turun dari bangunan tempat kerja kami ni yang 19 tingkat dan nak menyeberang pulak ke seberang jalan ada Petronas yang kereta tak henti-henti melintas tu. Jadi, aku dengan rela hatinya membantu Kak Nana reload selalu guna Maybank2U aku jer, lepas tu bolehlah Kak Nana just bayar aku jer duit reload tu tanpa perlu bersusah payah menyeberang jalan kan. Jadi, selepas sekali je DeeDee bantu, rupa-rupanya hari seterusnya Kak Nana Reloadlah lagi dariku hanya dengan cara yang sama beli top up online guna Maybank2U tu gak. Dari sana lah aku mulai terfikir, kalau ku buat bisnes nih, ada jugak lah keuntungan. Tak banyak walaupun sedikit pun takper.. Sebab, kalau dah setiap hari jer Kak Nana top up dengan aku guna cara yang sama, so aku pun terpikirlah hal tu.

Selama beberapa hari selepas kejadian itu yang berulang-ulang, aku pun memulakan researchku di internet dan hasilnya menjumpai banyak laman web perniagaan reload di tawarkan. Dalam banyak-banyak tu, ku saringkan lagi mencari yang terbaik dan unik serta the best reload I can do and the keuntungan pun telah aku calculatekan. Banyaklah telah ku tapis dan ambil kira dalam pencarian penjualan Top Up paling mudah.

Dan, akhirnya, aku telah jumpa cara jual top up yang paling mudah di internet yang sehingga sekarang aku dan rakan-rakanku yang lain masih lagi mengamalkan sistem menjual top up ini. Ternyata, mampu memudahkan teman-temanku yang lain yang selalu top up. Alhamdulillah. Lagipun, aku mula teringat akan adanya cara menjual top up ni di internet ini adalah kerana dahulu, ketika ku bekerja dengan Pos Malaysia, aku ada seorang sahabat dan kira saudara jugak yang mengamalkan menjual top up di tempat kerja sebagai pendapatan sampingan. Sebab tu aku terfikir, memandangkan orang lain boleh dan pernah buat, mengapa tidak aku? Ketika tu aku tidaklah memulakan lagi perniagaan itu kerana tak nak lah ambil alih periuk nasi orang lain jugak mencari nafkah. Hehe... Kalau aku jual pun masa tu, memanglah tak salah jugak...Ok. Cut sampai situ dulu. Aku teruskan kisahku temui cara jual nih.


Cara terbaik juga menjual top up ni pun adalah dengan tidak mencekik darah si pembeli. Tak terlintas langsung untukku hendak mengecas lebih dari berapa yang teman-temanku reload dariku. Tentu saja korang semua pernah kan, reload kat maner-maner stesen gerai ke or kedai runcit ker yang macam kalau korang reload Rm10, di kenakan cas Rm0.50 lagi tambahan ker atau ada lagi teruk Rm1 ke tambahan cas terhadap reload tu atau maybe ada lagi teruklah dari situasi ni kan. Apa-apa pun, itu semua bukan lah pencarian ku. Menindas lagi orang lain dengan meminta keuntungan yang bukan-bukan seperti itu. Namun, tidak dinafikan jugak, cara perniagaan mereka seperti itu pun berjaya jugak di kala kita terdesak or malas yang teramat sangat sudah nak mencari tempat lain kan.Apa-apa pun, bisnes yang DeeDee buat ni pun ikut lah suka korang. DeeDee tak la jual dengan cara tu. Hehe...Tapi, kalau korang nak buat jugak, lantak lah k. Hehe..Okay, berceloteh panjang pulak mengenainya.


Baiklah, bukanlah maksud DeeDee tu kalau anda jual dengan harga Rm10 juga reload tu, langsung anda takdak keuntungan. Ada lah. Siapalah dalam dunia ni yang buat bisnes mau rugi. Tentu saja setiap orang mahukan keuntungan dari setiap perniagaannya. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w juga seorang peniaga suatu masa dahulu. Apalah salahnya juga kita berniaga kan. Lagipun, 9/10 pintu rezeki itu adalah dari perniagaan. Chewahhh, macam buat MLM pulak. DeeDee terus-terang katakan yang perniagaan DeeDee ni bukanlah MLM okay!!! Tak dak kena mengena langsung ponnn... Hehe... Apapun, DeeDee memahami, banyak cabang perniagaan dan cara nya tersendiri, itu DeeDee hormati. Terpulang bagaimana cara sekalipun perniagaan itu asalkan tidak melibatkan penipuan, riba dan lain-lain lagi lah k.


Perniagaan ini bagi DeeDee, amat menyeronokkan. Kenapa? DeeDee gembiralah kalau time-time orang memerlukan DeeDee tu.... I mean, DeeDee tak bersembunyi, tapi orang mencari DeeDee setiap pelosok almari di celah-celah dan di mana-mana sekalipun. Haha...Rasa disayangi.. Ceh, macam kurang kasih sayang la pulakkk... Haha.. Acah saja k... Janganlah sesekali kita riak dan takbur okay. DeeDee hanya gurau saja. Tapi,apa yang DeeDee terangkan adalah betul. Orait, apa yang paling menggembirakan DeeDee jugak pasal bisnes ni ialah, orang tak tau pun DeeDee tengah buat bisnes nih. Hahaahha...Chewahh...James Bond la rasa ko ya tek.... Haha...Siapa sangka bah maksud DeeDee nih... Di kalangan orang ramai pun DeeDee masih lagi boleh buat perniagaan nih. tak kiralah sama ada DeeDee di Stesen LRT ka, KTMB ka..Bus ka...Di Jamban ka(tak senonoh langsung)..Di mana-mana la yang sesuai pun boleh. Seronok. Apapun, cakap lebih-lebih pun tak guna kalau tak merasainya sendiri. Kata orang, melihat adalah mempercayai. Seeing is Believing! That's true!!! Memang betul tu.... Jadi, jika benar-benar berminat, di sini DeeDee bagi link tu supaya korang tahu apa bisnes Reload yang DeeDee jalankan:

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers