I Like it!!!

Monday, June 14, 2010

"Aku Bertanya Lagi Dalam Pemerhatianku"

Selepas sahaja aku tamat secondary school, aku menumpukan masa sepenuhnya sahaja untuk bekerja. Jika ditanyakan padaku "Apakah yang membuatkan DeeDee memilih untuk bekerja dari meneruskan pelajaran selepas tamat secondary school?". Agak berat jawapan yang akan ku berikan selepas itu kerana tak larat aku nak menceritakan apa sebenarnya kisah hidupku pada si penanya nih. Sibuk jer..Opss. Hehe..Gurau. Hmmh, sepertimana ordinary people akan jawab, "desakan hidup dan keperluan". Tapi bukan ini yang aku mahu jawab. Jawapan ini hanyalah sebahagian dari 1001 jawapan yang boleh aku bagikan selepas sahaja mengetahui kisah hidupku. Bukan mahu menyalahkan, namun mahu menceritakan tentang aku dan siapa aku yang dicorakkan sekarang. Blog-blog yang akan datang akan ku ceritakan sedikit demi sedikit. Hari ni, aku nak cerita mengenai kerja dahulu.

Bermulanya pagi ku hari ni bangun akhir! Tidak seperti biasa. Aku mandi macam lipas kudung (jangan risau, di jamin mandi bersih dan sempat berus gigi walaupun rush). Menunggu di stesen bas. Cuma hari ni saja aku kehilangan mood untuk online menggunakan handphone (atas sebab tersendiri). Dapat bas dan sampai ke pejabat seperti biasa. Lalu di depan kafetaria (yang sebenarnya macam kantin sekolah yer murid-murid) dan memandang ke semua aneka jenis makanan untuk di santap. Namun, moodku hari ni mengajak ku minum air suam sahaja. Naik lif, masok pejabat.

Bantuan dariku oleh salah satu pegawai atasan amat diperlukan. Aku setuju membantu di kala mengelak mood memakan diriku. Senyum dan bertolak dari pejabat ke tempat yang sejauh 7km dari pejabat. Menaiki kenderaan nya sambil memerhatikan arca-arca patung ketuhanan nya di atas radionya dan bersembang dalam perjalanan. Aku ditanyakan umurku ketika itu dan menjawab selamba ke semua pertanyaan ke atas ku. Sampai sahaja ke tempat tersebut, selesai sahaja urusan, kami pun balik semula ke opis selepas singgah sebentar ke kedai mamak sebelum balik untuk sarapan.

Persoalan yang sama di tanya padaku lagi. "DeeDee umur berapa?" Tadi, DeeDee dah jawab dah, cuma kali ni bila di tanya lagi membuatku berfikir sejenak. Senyum. Lalu giliran aku pula yang bertanya. "En. Robert Pattinson (bukan nama sebenar) dah lama kan kerja. Boleh bagi tips tak bagaimana nak kekal lama bekerja?"..sambil ku tersengih menampakkan taringku. Dia ketawa kecil dan menjawab "Yo!! DeeDee, wassup wassup yo!! (bukanlah aksi sebenar dari usianya), kita ni DeeDee, macam DeeDee kan, yang pertama sekali ialah, patut bersyukur sebab dapat kerja nih. Kita bukan kerja macam nak tgk perfomance sahaja pun, kita punyer kejer ade limit baru 'naik' lagi. Kedua, DeeDee kena berterima kasih kepada 'Hollywood' (bukan maksud sebenar) sebab melantik DeeDee bekerja nih. Dan....." Panjang lebar lagi...Namun,point nya penting bagiku fahami.

Di waktu itulah jawapannya meningkatkan lagi semangat kerja ku serta ada beberapa contoh lain yang dia perkatakan padaku yang aku tak perlu ceritakan dalam blog nih supaya tak boring. Walaupun, sebenarnya jauh di sudut hatiku, belajar itu mahu ku teruskan, tapi apakan daya, atas sebab tertentu (akan ku ceritakan kemudian nanti di blogku) aku tetap memilih kerja berbanding belajar. Lagi jauh kat dalam lubuk hati tu, meraung lah jugak tapi ku simen lubuk tu dengan konkrit yang lebih keras daripada bangunan runtuh di Melaka suatu masa dahulu agar tak melimpah keluar perasaan tu. Perasaan minat dalam bidang seni kulinari, masakan dan perhotelan. Aku tahu, bukan lah bermakna aku sudah bekerja tak boleh belajarkan. Tapi tu memang ada la(ada as bab ku sendiri). Hidup kena juga diteruskan walau apa pun! Biasa sangat di dengarkan. Ya, benar. Setelah apa yang berlaku dalam diriku sejak dari kecil hingga ku dewasa (bukan meminta simpati atau tangis dari sesiapa,hanya Tuhan saja yang tahu perasaanku), itulah yang menabahkan lagi aku. Betapa rapuhnya hati rockers di luar dalamnya taman rama-rama nih.Hehe..(Hah!! DeeDee, inilah akibatnya kau nda mau buat dulu Blog, takut kedapatan bah oleh si Lizz, Haadiy dan si Tommy sapa ko sebenarnya..Kedapatan jua sudah kali ah? Haha, padan mua mu, suka gilak baca blog orang, ego nda mau taip sendiri..Nahhh..kan..atutah..Haisshhh (-_-')..Jangan mengeluh DeeDee!!! Nda baik!!)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers