I Like it!!!

Thursday, June 24, 2010

Puzzle of My Heart.. Can be adapted into My Work!!

Warna-warna kehidupan. Ehehe.. All right!! Siapa suka main puzzle? Hahah.. My Faveret !!! A game that take time to solve it. Ehehe..

Aku suka puzzle bergambar. Yang kalau dah siap kita boleh lah framekan and gantung di dinding. But not me... Hehe.. Kalau dah siap semua puzzle, pecahkan... dan main lagi lain kali.. Last puzzle yang aku ada ialah Puzzle Gemini.. I thought that aku berbintang Gemini dahulu...Rupa-rupanya kiraan ku salah..Aku Taurus..
Tapi nasib baik masa ku dah beli game puzzle Gemini tu aku maseh lagi belum tahu apa bintang sebenarku Taurus. Kalau ku tahu maybe not really fun melayan main Puzzle tuh...Tapi yang palingku suka layan game puzzle sambung-sambung gambar tu ialah dahla siap, kalau ditutup lampu lagilah puzzle Gemini ku tu berGLOW IN THE DARK.Waaaaaaaa....uuuu......Hahah..Yup!!! Aku pencinta barang glow in the dark!!!! Eheheh..Jatoh Centa aku dengan barang-barang GLOW IN THE DARK...paham ka geng?

Well,lagi besar gamba puzzle tu, lagi seronok main sebab saiz puzzle nya makin mengecil...lagi lah pecah kepala mo selesaikan..ehehe..Waaaa...And lagilah banyak masa juga di perlukan untuk menyelesaikannya. Bertambah-tambah lah keriangan di hati ku. Ehehe...

Bercakap mengenai Puzzle...Aku mengkaitkan dengan kehidupanku.. or kita boleh katakan Puzzle of My Life..Persoalan dalam kehidupan or Pertanyaan dalam kehidupan.Eheheh..

Yang sebenarnya, hari ni aku hendak menaip tentang kerja ku yang dari tadinya ada puzzle yang mahu di selesaikan. Antara tugas-tugasku dari 1001 tugas ketika bekerja ialah, menyambungkan filem-filem yang terputus or putus dari mula bahan tu sampai. Pengarah filem yang menghantar filem kepada kami biasanya lengkap walaupun ada filem-filem nya yang putus. Jadi, sudah sememangnya tugasku untuk menyambungkan filem, aku sambungkan lah walaupun dah lama filem tak datang dan aku tak pernah pulak sambungkan filem putus. Kira gembiralah rasa hati tadi sebenarnya tak sangka, ingatkan selama ni, aku just main puzzle takde maknanya kalau di pandang dari sudut lain yang menganggap permainan itu membuang masa dan menyakitkan kepala...Namun, tidaklah bagi aku apabila bidang kerja ku ini melibatkan puzzle jugak...

Well,seronok sebenarnya apabila kita menyelesaikan puzzle. Gembira. Jadi, DeeDee pun seronok lah jugak tadik berjaya mencantumkan filem-filem yang terputus tu dengan pelekat tersendirinya. Dahulu, mati-mati ku fikir susahnya kalau filem datang dan aku tak tahu bagaimana hendak menyambungnya. Alhamdulillah, semalam, kedatangan filem yang mengejut padaku di kala ku benar-benar sibuk kerja rupa-rupanya ada hikmah.

Antara hikmahnya ialah, menambah pengetahuanku bagaimana rupa sebenar filem yang selalu di tayangkan di pawagam tapi tak pernah kita lihat nyata-nyata. Bila dihantar pula kepadaku rupanya belum lagi sempurna kerana filem yang terputus yang perlu kita sambungkan sendiri.

Ternyata benar kan setiap kejadian ada hikmahnya. Inilah antara 1001 hikmah selepas ku bermain puzzle selalu dahulu. Rupa-rupanya kerja yang aku lakukan juga ada melibatkan penyelesaian ber'Puzzle'. Ehehe.. Ya, sebenarnya banyak lagi. Tapi hari ni aku ceritakan tentang ini sahaja dahulu. Ehehe...

Bercakap mengenai filem, ingin ku selitkan juga di sini.. Walau bagaimana canggih sekalipun dunia teknologi sekarang sehinggakan ada blue Ray disc ker ape-ape lagi lah..tetap jugak filem menjadi kegilaan remaja, dewasa, kanak-kanak dan segelintir orang tua Uh? Dewasa lah tu...tetap jugak meminati filem-filem di pawagam kan!!??.. Alhamdulillah, walaupun peredaran zaman berlaku aku masih lagi sempat memegang media berbentuk filem nih nyata-nyata..namun, kebanyakan yang datang adalah filem-filem tempatan sahaja seperti Papadom,Duhai Si Pari-pari,Antoo Fighter dll. :) Kalau nak menunggu filem terbaru sampai kat tangan aku tuh memang berkurun lamanya la jugak. Ehehe.. Sepanjang hari nih aku menggulung filem dan mencantumkannya menggunakan peralatan-peralatan canggih yang telah diimport khas dari German. Dengar cerita, mesin yang diimport dari German tu dahulunya bertahan di Kastam Malaysia. Punyer lah susah nak lepas dari Kastam. Nasib baik untuk kerja. Bukan untuk cetak rompak filem. Eheh..akhirnya, dapat juga lepas dari Kastam atas sebab Rasmi. Giler ah, harga mesin untuk menggulung filem nih sahaja dah bersamaan dengan harga sebuah kereta lagi tu. Harganya Rm49,900.00..Fiuh... belum lagi harga projektor filem nih. Harga projektor saja dah RM100,+++.00...Waaaaa.....Tapi yang harga projektor Rm100,+++.00 tu ponnnn 2nd hand saja...waaaaa...yang 1st hand Rm300K ba....Gilak waaa....Mahal tu...

Jadi, bersyukur lah kita yang hanya semahal bagaimanapun tiket wayang yang kita beli untuk menonton wayang tu di pawagam tu, lagi murah dari harga sebenar filem kalau kita beli filem. Filem lupa jugak ku mo cakap... Kalau 2 tajuk filem saja dalam Rm10K sudah tu... So, kepada yang sedang menahan ceret sekarang pasti sudah terceret kan. Yang mengandung pun terberanak kalau menahan. Oleh itu, marilah bersamaku menonton wayang selalu. Kalau taknak temankan sudah!!!! Aku tengok sorang sajak. Tapi untuk pengetahuan kalian, pantang aku kalau tengok wayang takdak 'Jajan' di tangan atau Makanan Ringan yer...The most famous makanan ringan is? POP CORN!!!!! Yeah Bebeh..UUUU yeahhhh... I love you Pop Corn!!!! Sweet Pop Corn...Ow yeah... Terkadang tu ada juga bawa makanan sendiri..bukan lah bekal yang ku goreng telor dengan nasi puteh ku bawa ke dalam panggung tuh..Buduh jugak tu... I mean, macam beli la jajan kecik-kecik saja di Supermarket berhampiran wayang tu ka..mesti ada bah... Macam coklat Cadburry ka, Snake (Ular ka? Jangan!!), Keropok ka, Potato Chips ka, Nips ka, Apa-apa la (deh, terharunya kalau ada yang dapat temani aku sebegini di pawagam...Wuuuu..Ariba ariba...). Ehehe... Well, sampai sini lah dulu k.

Macam merajuk saja sampai situ saja, cerita lah lagi DeeDee!!!

Orait...
Orait...
Orait bah.....

Pada suatu hari, aku menonton wayang. Makan pop corn bersama teman-temanku di pawagam. Ketika seronok sakan menonton wayang dengan mulutku krup krap krup krap dengan Pop Corn, Tiba-tiba...Seorang budak di depanku, budak kecik perempuan bah! sedang menonton muka ku yang sedang krup krap krup krap Pop Corn kesayangan ku sebakul medium besar... Aku pun memandang muka budak kecik yang simpati itu. Walaupun dalam gelap, tak nampak mukanya sebab pantulan cahaya dari depan, aku lalu dengan penuh romantisnya menghulurkan Pop Corn kesayanganku. Si Budak Kecil perempuan yang comel itu pun mengambil pop corn itu. Ehehhe... Tersenyum saja aku. Sambil tu ku layan saja apa movie di depanku. hehe...

Tiba-tiba, Pop Corn di budak kecil Perempuan itu pun habis. Dia bangun lagi dan memandangku. Janganla buat-buat nda pahamkan..So, aku terus menghulurkan sebakul Pop Corn tu plak. Bukanlah aku merajuk, cuma kecian dengan budak kecil di depan aku tu...Baru aku perasan siapa bapaknya. Haha..di sebelah budak kecil tu jer Bapaknya bila bapaknya terkejut Besar tengok anaknya dapat Pop Corn. Bapaknya bercakap dalam bahasa Mandarin menanyakan siapa punya Pop Corn. Budak tu jawab la yang aku bagi dia Pop Corn tu.Ehehhe... Boleh pulak selepas tu, kawan sebelah ku tanya, "Siapa budak tu?"..Aku Jawab "Entah..sambil tersengih senyum.."

Tiba-tiba lagi, kawan sebelah ku tu pulak hulurkan Pop Cornnya padaku...Aku pengsan. Takda la pengsan, cuma, terharu. Hahahahaha...Adoi nah... Kita buat baik di balas baik bah.... Moral of The Story of My Life k. Bah, Boleh sudah tu di jadikan Bed Time Story. Ehehee..Orait...Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers