I Like it!!!

Tuesday, June 22, 2010

Kenapa? Masa Depan? Apa?

Bagitau lah, apa sebenarnya yang cuba kau sampaikan padaku. Sedih teramat ku sekarang di tempat kerja ni time lunch. Sayu hatiku. Jangan lah menakutkan aku dengan kata-kata mu itu. Hati ku semakin tak tenteram. Jelaskan padaku apa sebenarnya silapku. Walaupun telah ko lafazkan padaku supaya jangan susah hati, namun , secara tak sengaja engkau telah membuat hatiku terdetik sedih mendengar kata-kata mu itu. Aku baru sahaja menerima panggilan telefon dari saudaraku di Seremban baru-baru ni bertanyakan khabar dan perbualan biasa. Tapi, dalam tawa ku berbual bersamamu, engkau menyampaikan mesej di mana engkau hendak memberitahuku sesuatu. Setelah ku tanya, engkau tak mahu menjelaskan padaku di telefon. Betapa hatiku meronta-ronta ingin tahu..Langkah tangan ku terhenti menyentuh nasi. Betapa seleraku hampir hilang di sebabkan kata-katamu yang menjadi persoalan di kepala ku. Apa? Bagitau la? Kenapa? Hatiku semakin lagi runsing tambahan lagi dengan kerja ku yang banyak di pejabat yang harus ku siapkan selepas lunch ni . Ya Allah, tersiksa rasanya di hati ku nih sekarang. Kenapa buat ku risau? Dengan kata-katamu "untuk masa depan kau jua", "desas desus mengenai engkau di Luala Lumpur sampai ke aku di Seremban" dan "jangan cakap aku tak cakap dengan kau nanti ade benda aku nak cakap dengan kau ni tapi aku tak nak cakap benda sepenting ni kat telefon"... Apa maksudmu?

Tolonglah...

Rasanya pulang kerja ni aku rasa nak terus pecut saja ke Seremban ingin tahu apa mesej yang engkau hendak sampaikan.

Di kepalaku telah memikirkan yang bukan-bukan setelah adanya perkataan "desas desus" dan "masa depan" dari mulut kazenku di Seremban...

Sudahlah minggu ni pun aku tak dapat balik ke Seremban sebab ada majlis kenduri anak kawan yang penting harus bagiku hadiri kerana telah kenal dengan keluarganya di Kuala Lumpur...

Minggu lepas pulak aku tak dapat balik sebab sibuk memasang water filter di rumah kawanku juga...sedihnya sekarang...

Adakah silapku kerana 2 bulan sudah tidak balik ke Seremban? Or siapa pulak kali ni ada menceritakan fitnah mengenaiku? Or adakah yang dimaksudkan kazenku tentang masa depan tu adalah perkahwinan ku?

Kenapa aku boleh terfikir begini?.....

Sebab aku terfikir begini kerana Kazenku ada balik sebentar ke Kampung Halamanku di Miri sempena adiknya bertunang. Terangkan padaku.. Adakah kedua-dua ibu bapaku telah membuat keputusan di luar pengetahuanku?

Kenapa...
Kenapa????

Sudah...
Aku lega setelah meluah di blog ni sementara waktu nih. Sekarang, waktu lunch dah habis. Aku buat kerja dahulu..(namun hati runsingku maseh lagi terasa...)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers