I Like it!!!

Friday, June 25, 2010

Kenangan Terindahku Bersama Mu


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

Darimu, kutemukan hidupku
Bagiku, kau lah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Aku tidak menganggap ini suatu perpisahan. Aku menganggap ini hubungan yang tergantung. Di kala kau juga telah membuat keputusan menghilangkan diri dari tagged, facebook dan friendster, betapa aku benar-benar sama sahaja seperti teman-temanmu sebelum ini yang pernah ditinggal atau kau tinggalkan. Terima kasih atas segalanya juga ku ucapkan padamu. Walaupun telah ku ketahui engkau tiada lagi, namun tetapku akan hantar sms pada number tersebut walaupun telah kau nyatakan tiada lagi menggunakannya. Lagipun, sekalipun engkau tak memberi ku peluang langsung untuk membalas sms mu untuk memberitahu jawapan sms mu. Sebenarnya, petang itu sebelum mesej terakhir mu, aku hendak sms mu. Tapi, engkau telah katakan jangan memujuk mu. Jika ku sms, seumpama memujuk mu.

Tak disangka, engkau memberiku kejutan pada 12 malam tadi. Dalam mesej-mesej mu itu jelas, ada maksud yang seperti menyalahkan ku juga walaupun engkau tak menyalahkan. Ya, bagaimanapun, aku akan tetap merasa bersalah. Tak seharusnya perkara ini jadi begini. Aku tahu maksud 'Tilu' itu darimu. Aku sempat menghayati kesemua sms mu malam tadi. Walaupun aku cuba bawa tidur untuk memikirkan hal kita setiap hari. Aku cuba bawa tidur, namun rasa-rasanya aku tak layak tidur di tilam setelah ku membaca smsmu..Benar-benar aku runsing sehingga 3 pagi.Namun, jika aku menghukum diriku, bermaksud, aku lagi lah bodoh.Kan? Di kala sekarang pun aku masih memikirkan kebodohanku juga.

Engkau sempurna, banyak kenangan telah kita gumpul bersama tak kira setahun aku di KL atau sepanjang perkenalan kita di tempat kerja Boulevard suatu masa dahulu. Itu semua telah ku jadikan kenangan indah kita. Sekarang, aku ingin mengakui sesuatu. Engkaulah yang pertama kali membuatku rasa hubungan sebegini. Rasa.....

Tergantung....
Seumpama..........
Tiada jalan penutup....

Seumpama kisah Kazen Mazenku yang lain...
Apakah ini sumpahan terhadap kami...

Terus-terangku katakan padamu, engkau sekalipun tak pernah merungut mengenaiku...
Nampaknya seperti aku yang selfish kan...

Ku taipkan segala-galanya hari ini kerna aku tahu, engkau akan membaca blog-blogku ini juga dikala kerinduanmu sudah tidak dapat melihatku dari friendster,tagged dan Facebook yang engkau telah delete sendiri. Engkau kotakan janji-janji mu juga padaku walaupun tidak ku pinta engkau janji-janji yang bukan-bukan seperti itu. Engkau menjanjikan engkau akan menghilangkan diri jika aku sudah tidak suka lagi padamu. Kan?

Tapi, adakah aku menjawab aku tidak suka engkau?
Tidak sama sekali.

Dan, dalam mesej-mesejmu juga, engkau mengatakan engkau terhina oleh jawapan mesejku di facebook walaupun tiada terlintas langsung niat di hatiku menghina sesiapa setiap kali ku menaip. Buat apalah aku menghina orang lain sedangkan aku juga bukan manusia yang sesempurna siapa sekalipun.

Bagaimanapun...
I'm not very good in this relationship...
Hubungan telah menjadi hubungan jarak jauh...
Lagipun.. kita tidak mempunyai tanda ikatan apa-apapun...
Tiada apa yang akan ku kejar...
Lagipun tentu saja engkau telah memikirkan itu saja keputusan terbaik engkau meninggalkan dan menghilang diri dari ku..dan engkau hanya mampu tersenyum dan memandangku dari jauh sahaja seperti mula-mula kau temui aku dahulu.. Jika itu cara yang selesa bagimu, maka, aku pun akan mengalah...
Congrats..You win...
Thanks atas segala doa dan keprihatinanmu padaku. Aku juga punyai doa ku sendiri yang hanya aku dan Allah sahaja yang tahu. Namun, begini kejadiannya, baiklah.
Aku terima keputusanmu...
Namun, tetap ku anggap hubungan ini tergantung begitu sahaja...
Terima kasih. Best ending...
Tiada sesiapa meninggalkan sesiapa bagiku...
Aku tinggalkan facebook, friendster,taggedku dan laman-laman sosial ku yang lain untuk tatapan mu suatu masa nanti. Kau akan tahu pasalku walaupun aku tak tahu pasal mu. Setiap satu laman sosial yang ku main ada sebab tersendiri...
Kerana ku yakin, engkau tetap mencariku walaupun sekarang aku sudah boleh declare yang aku Single.
Thanks...

Jangan sesekali please..
Janganlah sesekali kau fikir begitu seperti yang telah engkau katakan dalam sms...Aku menganggap engkau perempuan yang tak tahu malu...Sumpah, tak terlintas langsung di hatiku mengatakan engkau sedemikian rupa...hinanya aku jika aku berkata sedemikian.

Mencintai tak semestinya memiliki...
Itu telah lama ku hadapi...
Dan sekarang engkau baru merasainya...

Terima kasih berkali-kali lagi...
Teruskan lah membaca blog-blogku kepada sesiapapun yang sudi...

Sesungguhnya, besar masalah kita, besar lagi masalah orang lain. Ingatlah, Allah Maha Adil. Memberikan ujian sekalipun mengikut tahap kemampuan hamba-hambaNya...Ujian paling berat setakat ini telah ku lalui tahun lepas 12 Januari 2009. Sejarah yang benar-benar memberikan impak yang besar pada kehidupanku..

Bukanlah bermaksud ujian kita di dunia ini akan berakhir begitu sahaja. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.. Aku sendiri juga bagaikan tidak percaya ujian paling besar ku tahun lepas itu dahulunya hanya ku lihat pada orang lain, akhirnya terkena pada diriku sendiri juga tanpa sebarang tanda...Benar, malang tidak berbau...

Setiap ujian yang diberikan memang ada hikmah tersendirinya.. InsyaAllah.. kita bertemu lagi pembaca-pembaca blog ku. :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers