I Like it!!!

Friday, June 25, 2010

Spice of India in DeeDee Life

Filem-filem Tamil pun ada yang best. Banyak! Haha... Aphal? Tetiba saja buka crita Tamil ni.

Yeah..Ku akui... 1 Malaysia. Haha.. Aku sukakan kelainan. Apa saja lah. Kalau boleh, apa-apa yang ku miliki susah orang lain dapatkan dan unik and limited edition in the world. Eheheh.

Gambar ini sekadar hiasan sahaja. tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang kojol k. Semua ini adalah rekaan semata-mata. Aku terdengar kekadang lagu-lagu Tamil, ada yang best-best. Hehe.. Aku semenjak telah berada di Kuala Lumpur, ada lah jugak rakan-rakan India. Dan, kira tahun lepas aku 1st time meraikan Deepavali di rumah En. Robert Pattinson(bukan nama sebenar tau). Sangat seronok memahami culture dan budaya masyarakat lain di dunia. InsyaAllah, jika aku diberikan peluang lagi merantau jauh lagi, akan ku simpan kenangan-kenangan indah mengenali masyarakat dan kebudayaannya serta kehidupan mereka.

Sepanjangku di Kuala Lumpur juga, benar-benar ku merasai life India di gerai-gerai mamak atau boleh jugak dikenali sebagai Mamak Stol. Ehehe.. Kalian yang sekiranya berbangsa India sekarang jika ada terbaca blog ku ini, saya terus terang katakan, bangga kalian ada di Malaysia. Sempat saya merasakan masakan dan budaya kalian. Saya ada target tau!! Nanti nak beli pakaian tradisional India pulak untuk celebrate Hari Raya di Kampung Halaman Saya. InsyaAllah. Wish me luck okay. I respect any of culture in this world.

InsyaAllah juga, tahun hadapan percutian ke Bandung. Tidur di Jakarta dan shopping di Bandung. Nanti, menjelajah pulak ke negara sana. Oh dunia Shopping termurah dan terindah. Wait for me...InsyaAllah.

Ya, bercakap tentang Tamil. Dahulu, aku ingatkan India di Malaysia adalah Hindustan. I mean, memahami bahasa Hindustan. Tak sama rupanya Bollywood dan Kollywood. Thanks to my India friend sebab explainkan to me last time bila ku hampir salah pilih caller ringtone. Ehehhe...

Tose, Vadde, Roti Canai, Nasi Beriyani dan macam-macam lagi masakan India banyak di Kuala Lumpur nih. Totally memuaskan hatiku. Kepada kawan-kawan India ku, jangan segan untuk memberikan tunjuk ajar kepadaku mengenai culture kalian. Last time, ketika aku di tanyakan soalan oleh seorang kawan India "DeeDee, ok tak saya just bawak awak pergi gerai mamak tepi-tepi ni jer sarapan?"..Aku dengan senang hati menjawab "Eh, kenapa tidak? I love to try. I like it. Come, bring me (with smile)..." Ternyata, aku seorang yang amat suka mencuba perkara baru. Tambahan lagi perkara baru itu melibatkan makanan.Haha...Hanya makan roti canai dan kari dan segelas teh tarik panas tu pun dah kira syukur tau. DeeDee betul-betul puas hati.

Syukur Alhamdulillah juga bidang kerja ku ini terkadang banyak melibatkan aktiviti ke luar dari tempat kerja. Aku kalau di bawa travel...Pantang menolak. Kalau menolak sekalipun atas reason dan alasan yang munasabah sahaja.

So far, kawan-kawan India ku tidak mengira usia. Ada yang muda dan tua. Tetapi kawanku yang seorang ni memang melucukan. Pantang kalau aku terjumpanya untuk aku serius. Sampaikan kawan aku ni sumpah aku celaka sekalipun aku ketawa. Lihat, betapa gembiranya aku bergaul dengan mereka. Tapi, tidak lah semuanya samakan. Aku hanya mahu menceritakan yang positif sahaja. Hehe...

Oleh itu, tidak hairanlah kekadang tu, aku mendengar lagu-lagu Tamil ketika sedang membuat kerja. Tetapi, kawan-kawan India ku memang kehairanan. Ehehhe....Yalah, tiba-tiba saja..Why?
At my own country, chewahhh...Bukan lah dapat ku mencari India tu di kampungku. Jika dihitung sekalipun boleh di kira dengan jari jemariku. Tapi, bila sudah ada tu, memang mendapat tumpuan hangat dari segi makanannya. Life full of Rempah and Spicy.Even my mum suka memasak makanan berempah seperti kari Ayam or ikan ka...Bila sudah mencari kari yang sedap di dunia tu, kompom cari kari hidup punyer dari orang India yang ada menjual di tamu-tamu(pasar). Kalau hari raya lah lagi sedap bila kari-kari tu originally di buat masak merah or kari or rendang or whatever masakan skalipun lah...memang sedap. Amboi..makanan saja...

Oh, oklah..cut the drama. Di bawah ini, terdapat video mengenai lagu Tamil yang baru-baru ini aku terdengar ketika ku sibuk kerja. Nice song lah. Bila ku tanyakan kawan Indiaku, mereka mengatakan, lagu ini mengenai seorang lelaki terjumpa buat pertama kalinya pada seorang gadis di dalam sebuah keretapi. Lalu jatuh cinta pandang pertama kot. Apapun, aku just dengar saja. Ehehe...Ok lah..Nalerke....Uh? hehe...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers