I Like it!!!

Tuesday, November 9, 2010

Pengembaraanku untuk Episod hari nih…

Sebelum ini, asal saja kalau poslaju item sampai ke rumahku, mesti aku selalu tiada di rumah. Bila aku dihubungi, mesti saja aku di tempat kerja. Tentu saja aku akan dapat surat cinta dari posmen. Surat cinta yang bertajuk “Sorry Note”. Hehe…

Blog hari ni aku nak bercerita tentang pengembaraan baruku yang ada-ada saja cerita hampir setiap hari. Terutamanya di Kuala Lumpur ni. Hehe… Baby step katakan. Wawa DeeDee!

Setakat hari ni saja aku telah menerima 3 pending untuk 1 minggu sudaa barang yang aku belum tagih dari Poslaju. So, aku pun hari ni membuat keputusan untuk mengambil bungkusan-bungkusan itu takut Alamak! Terlebey sudaaa time nanti. Barang-barang poslaju kalau terlambat di ambil dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh barang sepatutnya kita terima tapi kita tiada, akan dipulangkan semula kepada pengirimnya. Hmmmm… Nanti rugi plak… So, better hurry ambilkan. Untuk jangka masa 14 hari tu memang cukup kalau nak pilih hari mana nak pergi kutip bungkusan tuh…


Hanya baru sekali, aku meminta bantuan dari member serumah iaitu si Ninja Boy (bukan nama sebenar). Sebab apa ku minta bantuannya, dulu, pada suatu ketika dahulu ketika zaman purba kala, si Ninja Boy pun dapat Sorry Note nih dari abang posmen. Ketika itu, Ninja Boy sendiri pun tidak tahu mana mau ambil nih. Jadi, aku telah menggunakan kepakaranku dalam bidang Google Bebeh, aku Berjaya ketemu di mana letaknya persembunyian barang Ninja Boy ni patut di ambil iaitu di Taman Melawati yang ada kedai Nasi Ayam nya yang sedap juga ayam roasted nya tuh… nyummmm…(biasalah aku)…

Tetapi, malangnya dan tiba-tiba…[chewah, kalau nda betul pada tempatnya mo guna ayat tu janganla guna wei]… Tetapi, aku sentiasa sedar dan perasan siapa lah aku terhegeh-hegeh nak mintak tolong lagi kan mintak bawak ke Taman Melawati tu lagi. Ninja Boy ni malam-malam pun dia ada kelas walaupun siang dia bekerja. Jadi, untuk menentukan masa bila dia free (terluang) tu payah lah. Karang, tunggu punya tunggu expired masa pengambilan barang aku tuh. Kan ker rugi….

Barang apa jugak si DeeDee ni merepek dari tadi kan?

Macam biasa, aku menang lagi bidaan dan ada juga tak ku tunggu bida terus ku beli dari Lelong Dot Kom tuh… So far, Alhamdulillah… tetap sampai ba kesemuanya…

So, aku dengan berdikarinya berusaha untuk melakukan kajian demi kajian untuk sampai ke tempat yang aku ingin tuju tuh… Dan aku banyak bertanya pada kesemua member-member aku yang expert dalam dunia KL nih… Ternyata, kajian demi kajian ku semakin membuahkan nangka. (Menjadi lar). Si John! Terutamanya, aku Cuma Tanya, tapi tu lah, Allah sediakan aku salah seorang hamba-Nya yang baik jauh di sudut hati tu, si John offer aku temankan aku pergi explore race Tempat Persembunyian parcel-parcel aku tuh... Dia mengenangkan aku, dia risau aku sesat dalam pengembaraanku hari ini. Maksudnya, biar sesat, sesat berteman. Jangan sesat sorang. [Wah, terharunya… heheh]

Di pendekkan cerita, setelah bergelumang dengan pelbagai kepayahan kami dua John merentasi pelbagai halangan juga, akhirnya… Kami sampai juga! Ke Pejabat Pos Malaysia Berhad tersembunyi di Taman Melawati itu! Thanks Allah. Alhamdulillah…


Selepas itu, aku pun Berjaya mendapatkan kesemua parcel tuh…Sambil menyelam tu pulak, aku pun minum air. Kenapa? Hehe….

Aku cakap kat John, errr… “Nasi Ayam kat Taman Melawati ni sedap tau!”…

Lalu John setuju! (paham-paham saja, mo beli nasi ayam Roasted yang sedap dan murah larrr tuuu)… Kitorang gi beli 5 Bungkus!!! Ada jugak sebenarnya member2 di opis aku berkenan! Demi kawan-kawan tuh jugak, aku dan John sanggup mengangkut dari destinasi yang jauh tu dengan 5 Bungkus Ajaib berisi Nasi Ayam Roasted Taman Melawati yang sedap, yang asli yang murah lagi berkualiti serta bermutu tinggi tuh ke opis siap 2 Bungkus Air Sirap Merah berpelohkan ais!!! Haisssshhhhh…. Thanks to Allah once again~

Apapun, mesej sebenar yang cuba aku sampaikan ni ialah, aku gembira kali ni aku tak perlulah selalu meminta tolong dari orang lain lagi macam meminta tolong dari Ninja Boy la. Maksudku tu, bukan aku tak akan meminta tolong lagi, Cuma, kalau sekali sekala tu kan, takpa… Aku jenis yang tidak suka menyusahkan sebenarnya. Malu tau kalau selalu sangat mintak tolong kat orang kalau kita sebenarnya mampu. Macam kes aku ni lain sikit saja. Baru sekali jer aku mintak tolong kat orang terus aku lepas tu tak nak mintak tolong lagi dari orang yang sama sebab aku takut aku menyusahkan. Hehe… tak tau lah kalau korang pikir pelik ka...

Hehe… Next time, kalau ada bungkusan lagi juga untuk ku ambil senang lah, aku boleh sudaa direct menggunakan kemahiran guna transport awam tu… hehe…[aku tujukan kepada member-member aku yang di luar sana yang sekiranya tak pernah atau kalau pernah sekalipun tapi sebenarnya tak memahami culture di KL, aku nak bagitau kat sini, kalau nak jalan banyak tempat di KL ni boleh, tapi, jangan harap korang pikir nak guna transport sendiri nak sampai kat semua tempat yang korang sesedap mulut korang jer sebut, tapi bila ku cakap kita jalan kaki sikit dan guna transport awam, terus plak korang mengeluh rasa panas lah, malaslah… nak guna kereta la jugak, rasa jauh la…. Hmmm, Hello, kalau macam tu, dapat di hitung dengan jari lah alamatnya… melepas lah korang nak menikmati sebagaimana nikmat yang ku kecapi dengan menggunakan transport awam dan sedikit berjalan kaki. Mesej ini ku tujukan kerana benar-benar berlaku terhadapku terbaru ini kerana ada larrr member2 baru sampai nak jalan, bila aku cakap jalan kaki jer, terus macam tak nak. So, terpulang, korang tak duduk KL kalau tak tau, aku nak bagitau tapi korang tak nak dengar jugak padahal aku nak share perkara yang bagus pun korang tak nak, sudah… Hehe… Aku rela lagi sharekan kepada Bloggers2 yang menyayangiku dan kawan-kawanku diluar sana yang benar-benar mahu terima ilmu ku yang hanya lah sekadar setitis dari selautan. J ]

Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya ada kata-kata yang menyinggung perasaan. Kan aku dah gtau, kalau tak suka Blog aku nih aku tak kisah. Cerita aku. Korang nak lawan blog dipersilakan. Nikmat jugak tuu ;)

Oklah… XOXO (*o*) muah… muah… muah… haha….

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers