I Like it!!!

Saturday, November 6, 2010

Diam dan Ngomong Bila Mau...

Assalammualaikum bloggers sekalian… Hehe…. Bersua kita sekali lagi hari ni J Orait. Hari ni topic kisah aku dan dunia pendiamku. Sejak dari kecil lagi, aku dikategorikan pendiam oleh ahli-ahli keluarga. Semua memang amat mengenali sifat pendiamku. Hehe… Diam yang keterlaluan pun tak bagus jugak kan? Tapi aku diam aku berusaha untuk memahami dan menjawab ketika perlu. Diam-diam aku, dahulu aku sangat nakal sehingga umur ku 12 tahun. Bila dah form 1 aku tiba-tiba berubah sebab sekolah menengah ketika itu bergaul dengan para pelajar dari pelbagai jenis sekolah di Miri. Ketika itu lah aku semakin pendiam. Namun, diam-diam kata orang, ubi berisi. Hahaxx… Bukan takat diam ubi berisi jer, badan ponn naik berisi. Haha.. XD

Diam ni sebenarnya banyak kategori tau! Erm, nak kategorikan aku dalam antara kategori nih memang banyak. Di sini aku sharekan antara maklumat yang telah ku fahami dari majalah yang aku terbaca masa tengah sibuk mengemas-ngemas sedikit rumah sepupu. Nah, aku sanggup taipkan semula bahan bacaan aku nak share nih sebab aku suka J


Tajuk: Diam ada makna

Oleh : Haji Zainuddin Ali

Sering berlaku dalam komunikasi, ada orang yang langsung tidak memberikan respons. Tiada sebarang tindak balas, hanya diam sahaja. Tidak bercakap atau bersuara, senyap dan membisu seribu kata. Apabila keadaan ini berlaku, kita sering rasa kurang senang dengannya.

Peribahasa Melayu ada menyebut, “Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat” yang memberi makna diam orang berilmu itu berfikir, sementara diam orang bodoh itu sia-sia sahaja.

Sesungguhnya diam itu membawa seribu erti. Ia hanya diketahui oleh empunya diri. Sebagai muslim, kita harus mempunyai keperibadian yang mampu menjaga lisan atau diam dengan kebenaran. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata benar atau diam.” (Riwayat al-Bukhari)

Sesungguhnya diam itu atas beberapa alasan. Natijah diam itu juga pelbagai. Ada diam yang membawa kebaikan dan tidak kurang juga diam yang mendatangkan masalah. Berikut kita lihat jenis-jenis diam:

* Diam Semula Jadi

Seorang pemuda menyapa seorang gadis di dalam bas. Si pemuda pun memulakan dengan bertanya nama, nak ke mana, sudah berpunya atau belum, namun gadis itu hanya tersenyum sahaja. Pemuda ini dah tak tahan lagi lalu mendesak si gadis memberi respons. Tiba-tiba gadis itu bersuara agak kuat tetapi tidak jelas. Rupa-rupanya gadis itu seorang bisu. Itulah diam yang semula jadi. [hahah, ceh, DeeDee ingatkan lah ape nih tadi.]

* Diam Terpaksa

Zaman saya kecil dulu apabila ibu atau ayah sedang bercakap dengan seseorang yang lebih tua, saya disuruh diam kerana tidak boleh menyampuk orang tua bercakap. Kalau ikutkan rasa hati kita ingin menyampuk kerana pada masa itu kita rasa ada sesuatu untuk bercakap. Tegahan tadi membuatkan kita akur berdiam diri. [Tapi, memang betollah Haji, DeeDee dulu masa kecik ponn penah menyampuk kata-kata orang tua nih. Sebab tu DeeDee beradab lah jugak dewasa nih sebab belajar gak kan dari kesilapan dan ajaran orang tua-tua kita nih. Tak kna tak tau kan? J]

* Diam Bodoh

Sering dalam kelas, guru sesuai memberi penerangan, akan melihat pelbagai reaksi anak muridnya. Apabila ditanya, “Faham semua?”, namun semuanya diam tanpa sebarang jawapan. Inilah diam bodoh namanya, kerana tidak tahu sama ada mereka faham ataupun tidak.

Saya masih ingat pesan seorang pendakwah terkenal: “Jika kita tidak tahu tentang perkara itu, lebih baiklah kita diam dan janganlah membuat ulasan mengenainya. Kalau kita cuba bercakap juga, sikap itu akan menunjukkan kebodohan kita.”

Kalau kita tidak bercakap, orang tidak tahu tentang pengetahuan kita mengenainya. Cubaan untuk memberi pandangan hanya menunjukkan kebodohan kita. Maka lebih baik diam sahaja. [yang part sekolah dan cikgu Tanya tuu, memang semua orang yang bersekolah pernah mengalaminya kan? DeeDee ponn pernah….tak payah nak cakap pasal sekolah menengah ker, rendah ker, sehingga sekarang ponn dalam mana-mana pelajaran berkelas pun ada J hehe…]

* Diam Malas

Seseorang yang ada banyak idea dan sering mengeluarkan pandangan dan cadangan yang bernas, namun tiba-tiba dia tidak memberikan sebarang kata walaupun dipaksa. Dia malas untuk mencadangkan apa pun, kerana katanya jika cadangan itu diterima nanti, dialah yang akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya. Jadi, dia diam sahaja.

Jawapan yang selalu kita dengar daripada orang yang diam malas ini ialah tidak ada “mood” untuk bercakap. Ungkapan ini menjadikan seseorang itu tidak inovatif atau kreatif, sebaliknya menjadikan dia seorang pasif. [memang tidak di nafikan tu Haji, memang ada…DeeDee faham tuh…]

* Diam Marah

Diam marah ini ada baik dan buruknya. Jika berlaku perbalahan atau pertengkaran diam itu lebih baik supaya pergaduhan tidak berpanjangan. Ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya keadaan yang lebih buruk lagi. Nasihat Rasulullah supaya kita bertindak pasif dan diam apabila marah agar kemarahan itu reda, dapat dijelaskan dalam hadis berikut yang bermaksud:

“Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri makan hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang. Apabila masih belum reda maka hendaklah dia berbaring.” (Riwayat Abu Daud)

Dalam keadaan yang lain pula, jika kita memendamkan kemarahan dalam hati tanpa meluahkannya, boleh menimbulkan perkara negatif kepada diri kita seperti stress, yang akhirnya membawa mudarat kepada fizikal seperti pening, sakit jantung dan darah tinggi. Oleh sebab itu, diam marah ini bergantung kepada keadaan dan situasi. [barulah ku faham kenapa orang shout dalam facebook tu mudah pening. Haha.. Tapi, tak lah jugak semestinya kan, ini Cuma salah satu dari 1001 cara tanpa sengaja memudaratkan diri sendiri kan..]

* Diam Merajuk

Kita sering mendengar kata-kata seorang ketua kepada orang bawahannya bahawa dia sangat terbuka. Namun apa yang sering berlaku, usul yang dibawa oleh orang bawahan ditolak mentah-mentah. Akibatnya, ungkapan yang keluar ialah “Kalau kami cakap pun tak guna, bos sahaja yang betul. Lebih baik kami diam.”

Ungkapan itu menjelaskan diam itu kerana hatinya sudah merajuk, tidak perlu beri respons lagi. [hmmmm… memang ada punnnn… (0_o) ]

* Diam Khianat

Seorang gadis terserempak dengan tunangnya yang sedang bercakap dengan seorang perempuan lain. Gadis itu spontan memohon penjelasan tunangnya. Tunangnya menjelaskan bahawa itu urusan kerja, perempuan itu rakan sepejabat dan sebagainya. Namun si perempuan yang terbabit itu memilih untuk berdiam diri.

Orang yang berniat jahat tidak cuba untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Sebaliknya dia memilih untuk berdiam diri. Pada hal dia tahu keadaan sebenar yang berlaku tetapi memilih untuk berdiam diri supaya pihak satu lagi yang dipersalahkan. Ini diam yang amat keji sekali. [Owhhhhh…. Yakah? Hehe….]

* Diam Sombong

Kadangkala seseorang itu tidak dilayan sewajarnya hanya kerana perbezaan darjat. Ini sering berlaku kepada orang bawahan atau dikatakan orang biasa. Apabila mereka mengemukakan sesuatu usul atau cadangan dia tidak dilayan atau didengari. Orang berkenaan memilih untuk diam sahaja kerana baginya buat apa dia layan orang yang tidak sama level. Dia rasa terhina jika dia memberikan layanan. Pada sangkaannya dia tidak kecilkan hati sesiapa jika dia berdiam sahaja. Namun apa yang tersurat itu dapat diterjemahkan daripada riak wajahnya. [DeeDee macam blur sikit part nih…errrrr…whatever…hehe]

* Diam Efektif

Diam efektif ini diam yang baik sekali kerana diam untuk berfikir dan menyusun strategi. Diam seketika untuk memusatkan pemikirannya kepada isu ataupun masalah yang timbul. Kebijaksanaan orang yang bersifat “diam-diam ubi” ini dapat dilihat melalui kata-kata yang keluar dari mulutnya. Ungkapan spontan kadangkala berbahaya kerana ia mungkin berdasarkan emosi dan negatif. Elok kita bertenang seketika sebelum menyambung bicara.

Sifat diam ini boleh mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan diri orang yang berhubungan dengan kita. Mungkin keputusan untuk diam itu boleh mendatangkan kebaikan berikut:

  • * Mengambil masa untuk berfikir dahulu sebelum memberi respons.
  • * Komunikasi yang berkesan.
  • * Keperibadian yang bijak.
  • * Mengelakkan diri daripada dosa.
  • * Menunjukkan kewibawaan.
  • * Dapat menutup keaiban.
  • * Mengelakkan ujub dan takbur.

Firman Allah yang bermaksud : “Hai orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.” (Surah al-Ahzab 33:70)

Kesimpulannya berfikirlah dahulu sebelum kita memutuskan untuk memberi respons. Diam dan berfikir sejenak sebelum bertindak merupakan amalan yang sangat baik dalam menjaga hubungan dan silaturahim. Diam untuk berfikir, diam untuk ketenangan dan diam untuk kebaikan. [owww yeahhh… begitulah sepatut-patutnya sekurang-kurangnya kita usaha membaiki kesilapan kita..yup!!!]

Sampai di sini lah aku membaca tuh. So, anda juga (bloggers) janganlah pulak terus amin jer artikel yang aku terbaca nih. Tapis-tapis fahamkanlah jugak sebab ada diantaranya benar-benar berlaku di sekitar kita. Mungkin situasi berbeza, tetapi masalahnya. Macam orang putih cakap tuh, lebih kurang begini lah, “The players may change, but the game is still the same” Haha..lebih kurang gitu lah eh…. Oklah .. kita bersua ketemuan lagi ya dong J XOXO…

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers