I Like it!!!

Saturday, November 20, 2010

Impianku Yang Belum Terlaksana [confession]

Memperkenalkan Sony TX9 impianku. Baru launching tahun ni serentak dengan Sony T99 dan Sony WX5. Ke 3-3 kamera ni mempunyai persamaan yang hampir sama dari segi specification, tapi hari ni aku nak terangkan tentang model kamera sony yang ini saja. Kenapa ya? :)

Kenapa ya aku memilih ini? Hmmm... Ada sebabnya. Huhu. Ini sebabnya, hari tu, raya tahun ni raya aidilfitri, aku pulang ke Miri. Masa hari raya, tahun ni memang best bagi ku kerna almost everyday [memang hari-hari pun] aku asyik jalan-jalan saja dengan teman-teman sekampung, sekerja, sekolah lama dan baru, dan saudara-mara untuk beraya ke rumah member-member dan saudara-maraku yang ramai. Di dalam kegembiraan dan keseronokan beraya tu tak lengkap sangat rasanya kalau tidak bergambar. Even guna kamera henpon jer pun dah cukup menggembirakan aku.

Terlintas rasa hatiku hari ni nak taip tentang kamera nih sebab aku siang tadi ada menonton cerita yang aku copy dari sepupu aku di Seremban. Tajuk cerita itu Secret. Lepas ku tonton cerita tu, baru aku faham kenapa impian kita mudah jadi kenyataan. Jika mengikut perspektif pandangan Islam juga memang ternyata benar. Kalian kena cari lah cerita tu. Memang menggembirakan aku sedikit sebanyak tentang bagaimana nak capai impian. Sebab, aku pernah mempraktikkan dahulu, tak mustahil jika kini ku praktikkan seperti yang di nyatakan dalam cerita tu. [yang mana dekat ngan aku tu boleh la mintak dari aku jer cerita tu eh. nanti aku bagi :)]

Berbalik kepada kamera masa hari raya ku di Miri tuu. Kalau dulu, aku tak pernah kisah pun kan kalau aku takder kamera nih walaupun kalau sesiapa yang telah lama mengenali aku memang tahu aku penggemar atau suka sangat ambik gambar tak kisah lah gambar sendiri atau gambar lain-lain macam pemandangan, aktiviti dan kejadian.

Bila tiba raya tadi, kawanku si Panda (bukan nama sebenar), macam tau-tau saja suruh aku jadi tukang ambik gambar. Hehe... Adoi... [terharu sebenarnya] Kalau di ikutkan, dia punya camera, tentu dia lagi expert guna kamera tu kan? Tapi, entah bagaimana bila tiba saja di tanganku, amboiiiiii... Macam kamera tu dah 1001 tahun aku telah lama gunakan. Tak perlu bertanya, terus capture saja apa ku mau. Especially gambar-gambar yang berunsurkan kabur-kabur tu, blur-blur... atau mudahnya kepada Photographer punyer bahasa, gamba-gamba Macro. Most of the picture yang paling cantek besides Landscape and Portrait picture is Macro lah. Oleh sebabkan minat yang terpendam dan mendalam tentang kamera yang telah ku pendam begitu lama rahsia ini akhirnya terbongkar hanya dari kamera kawan sendiri, si Panda. Sampaikan Panda sendiri tanya, bagaimana aku buat gamba effect sebegitu sekali?

Bukan niatku nak mem'Poyo' lah kan buat blog nih. Just nak berterus-terang tentang bakat yang ku sembunyikan yang tak tersempat kekadang ku ekspressikan kerna aku sedar aku tidak memiliki kamera digital.

Bukanlah aku tak pernah langsung sebenarnya memiliki kamera nih, dahulu aku pernah ada kamera yang menggunakan negatif film tu~

Lagi clear kan sebenarnya guna kamera tu? Hehe... cuma kemajuan sekarang lebih menyerlahkan lagi kecantikan pemandangan gambar menggunakan kamera digital. Korang possing la macamana pun masa guna kamera Kodak tu pun, tetap cantek! Heheh. Cuma, yalah, balik-balik kat Kamera Digital jugak kan. Kalau dulu-dulunya mungkin tak semua mampu nak beli camera seperti DSLR tuh, but nowaday, bersepah karya dan kreativiti photographer-photographer kita.

Berbalik lagi kepada Kamera digital Panda yang aku guna kan tuh. Masa raya tu, aku on jer kamera dia tu, terus dapat tau, touch screen LCD gitu... Yang sebenarnya, kamera Panda masa tu yang aku main-main tu, Sony TX7 saja. Bukan TX9. Even guna TX7 tu jer pun dah amat memuaskan hati aku.

Tahu kenapa? The picture quality is DSLR quality. No wonder lar expensive untuk dimiliki sekadar kamera digital. Disebabkan kualiti nya itulah yang membuatkan Fan Hard Die photograph and Sony brand berpatutan rasanya membayar harga kamera semahal itu. Harganya juga ketika itu Panda beli tak silap Rm1499 or more than that. Kamera yang Panda pakai tu pun hanya 10 megapixel. Pun sudah terang dan amat memuaskan hati ambil gambar kerana keterangan warna yang terdapat pada hasil gambarnya. Well, you know lah Sony kan.

Tapi, kalau korang bloggers perasan, brand yang aku suka sekali Nokia kan? untuk model handphone? Kan? Hehe... Tapi kenapa aku tak beli Kamera Brand Nokia saja? Dei~ Nokia is Nokia la kan. Tak macam Sony. Aku mungkin puji Nokia is friendly user, tapi aku juga akan puji Sony tentang quality dalam bidang gambar. Sejak dari adanya Handphone Sony pun yang basic-basic jer pun dah terang kan walaupun time tu macam kamera hanpon Sony W810i ka 2 megapixel macam tu.

Walaupun aku sebenarnya sedar akan kehadiran camera brand lain seperti Lumix, Canon, Nikon dan lain-lain lagi yang lebih dahsyat effect kamera mereka berbanding dengan camera digital biasa jer, tapi, aku. Aku kan DeeDee. Aku jenis yang suka mula dari basic. Maksudku, walaupun aku mula dengan basic, basic yang aku mulakan pun extreme expert quality juga at least :) Hehe...

Tapi, aku taip tentang Kamera kegemaran aku ni, bukan lah pasal aku dah dapat punn kamera nih. Ini cuma salah satu impianku. Cuma beban tanggungan ku banyak nak di bayar aku masih belum mampu lagi untuk memiliki. Cukup sekadar mengintai dari jauh di kedai-kedai kamera dan branch Sony. Sudah ku sentuh pegang pun kamera ini sebenarnya. Memang amat memuaskan hatiku.

Erm, yang ku paling puas hati dengan TX9 ni ialah nipis, simple, kalis air sebab boleh ambik gambar dalam air, nanti aku gi berenang kat swimming pool awam di Miri bolehla ambik gambar. Aku kan suka berenang. Kedalaman limit kamera ini dalam air tak silap 3 meter. Pastu, kamera ini juga tahan hentakan. Dah tau tahan tu, jangan la jugak carik pasal hentak kamera nih time marah atau suka-suka yer. Pastu, dalamannya pulak, Touch skrin. Berkenaan ngan touch skrin, kalau henpon, aku tak rekemen korang semua pakai henpon touch skrin. Tapi, kalau kamera, Yes, aku rekemenkan. Pastu, quality gambar dia DSLR quality, harga Rm1499 (patutlah berpatutan kan). Kalau ambil gambar tu plak, boleh Panorama Mode! Bagi sesiapa yang pernah memiliki handphone Sony, akan faham maksud Panorama mode tu. Memang puas hati. Pastu pulak, kalau ambil video, wahhhhhhhhhhhhh... HDMI! HD quality videonya!

Tau HD? HDMI maksudnya ialah High Definition Multimedia Interface. Sekarang ni kan macam Blu Ray lah DVD lah dan macam-macam lagi menggunakan format HD. Kita nak maju, kita kena tahu kehadapan. Jangan nak ke belakang pulak kalau nakkan kemajuan. Hehe... Kemajuan ni ada baiknya jika digunakan sebaiknya. Kamera TX9 ni HD qualitynya HD1080i. Kalau korang beli yang model T99 HD 720p. Tapi, apapun, untuk tidak mengkalutkan fikiran korang, aku rekemenkan, beli lah yang HD1080i. Tapi, kualiti kedua-duanya pun bagus Hd1080 dan720 ni. ikut kalian juga lah ya.

Kalau sekarang korang nak beli Kamera Sony macam ni yang latest, kalau nak bajet tu, boleh lah sudah beli model T99 saja. Rm999 saja. Tapi, dah T99 tu bukan target aku walaupun ada di antara 5 warna pilihan dan 2 edisi Bronze terhad tu memikat hatiku, aku tak boleh kalah dengan fizikalnya, kepentingan Specification dalam TX9 tu yang aku dahagakan sangat-sangat. InsyaAllah dah selesai beli TX9 barulah aku pertimbangkan lagi untuk beli T99 plak. Hehe... itupun jika aku mampu. Orang Tamak kan selalu untung? haha...

Jika aku diberikan pilihan membeli TX9, berkenaan 3 warna pilihan, aku pilih kaler GOLD nih. Pink tentu saja aku tak nak, Kalau yang Kaler Dark tu maybe consider nak ambil, tapi sudah keterbiasaan pulak kaler tu, so Muktamad! Aku pilih warna GOLD.

Oh, Sony TX9, datang kepadaku sekarang!!!
Kau Milikku!
Pulangkan!!!! Pulangkannnnn!!!
(hahah... oklah, sampai di sini saja ya. Sebenarnya juga, semalam, semasa aku membantu member yang dari Sri Lanka tu, aku terserempak lagi kamera nih. Masa tu meruntun jatuh rasa jiwa ku melihat kamera ini. Ditahan-tahan saja lah rasa hati ini untuk memilikinya kerna aku tak mampu. Selesai saja urusan dengan Kamera yang kami dapatkan untuk En. Tila model Sony DSC 2100 tu, aku pun gedik santai lah sebentar bertanya dengan Jejaka promoter tu tentang harga. Lagilah bergoyang-goyang jiwaku macam pokok pinang di tiup angin setelah mendengar harga Rm1499 tu ada diskaun! Jejaka promoter itu katakan, Rm1290. Sabar jer lah kan DeeDee)

Hari tu, masa lalu kat LRT di Suria KLCC pun sama jugak. Rasa nak terhenti jantung terkejut iklan kamera impian aku nih di setiap dinding terowong LRT.
Haiyoooo... Sabar, sabar..... sabar... [top up sabar lagi]
Sabar-sabar-sabar-sabar-sabar~
Tenangkan diri anda~
Haha..
Ok

Sekian, terima kasih. Wassalam. Amin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers