I Like it!!!

Friday, November 19, 2010

Amboiiiii... Sri Lankaaaaa...... Part II

"Tukkkkk"... [hantukan yang kuat kedengaran dalam bas]. Argggggggghhhhh.... Hahahahaha... Tahukah anda? Mission ku dan John hari ni membantu Mr. Tila berjaya! Alhamdulillah :)

Tadi, hujan. Pukol 5:30pm tu, aku dan John serta Mr. Tila telah bersedia untuk memulakan pengembaraan. Mr. Tila amat gembira setelah mengetahui shortcut jalan yang telah kami ajar walaupun biasa-biasa saja bagi kami maklumat yang kami share padanya dan tunjukkan, namun begitu besar ertinya bagi En. Tila setelah mengetahuinya. Aku faham bagaimana happynya rasanya. Sebab aku dulu juga first time di KL begitu rasanya. Bukan mudah bukan untuk bertuah dapat teman yang baik di suatu tempat yang baru.

En. Tila merasa begitu bertuah mendapat kami sebagai kawan. Kamera yang dalam gambar-gambar ni adalah kamera yang berjaya kami deal di Plaza Low Yatt KL untuk En. Tila. Mr. Tila lebih gembira bila kami berjaya mendapatkan apa yang di kehendaki dan diidaminya. En. Tila, anda sangat bertuah!

Bayangkan, pada mulanya semalam, En. Tila baru berkenalan denganku. Sepanjang berkenalan, dia request padaku untuk membeli kamera 12 megapixel, branded sekurang-kurangnya Sony, ada rechargeable Battery, 2gb memorikad or onwards, bajet RM400 dan International Warranty! Bagaimana mahu memenuhi keperluan dia ni. Aku bukanlah seekor jin yang keluar dari dalam Botol Aladdin dan setelah keluar bisa menunaikan apa saja permintaan tuan kepada pelita ajaib itu setelah di gosok. Tapi, itulah... tak sia-sia benjolan hantukan kepalaku di bas tak sengaja sebelum duduk kerana aku terlalu tinggi. Tadi kepalaku terhantuk masa nak duduk dalam bas. Masa tu En. Tila dan John dah duduk. Aku masih tercari-cari tempat duduk kerana banyak tempat telah penuh. Pening sebentar tadi tuu time duduk.

Berjaya jugak kami dapat Kamera terbaeekkkk untuk En. Tila setelah banyak shop lot dalam Plaza Low Yatt tu di teliti. Aku sendiri pun amat berpuas hati dengan tawaran kamera tu sebab. Kamu comparekan sendiri yer. Kamera 12megapixel, pastu dapat brand Sony plak tu, pastu dapat free 2gb SD card percuma, Rechargeable Charger dan Battery bernilai (RM68) free, Casing Kamera dan Plus++++ International Warranty! [Tercapai tak impian En. Tila?] Dan, mulanya memang En. Tila bajet Rm400 kan? Just that hari ni dia tambah bajet dia Rm100 lagi total Rm500 lah kan? Dia pun percaya apa yang aku cakap belum tentu dapat harga Rm400 untuk 12mpxl camera. Tapi, tu lah... Tau tak kamera tu kitorang dapat dengan harga berapa? [kompom tak tau sebab aku blom bagitau]. Rm 599 kalau normal price tapi disebabkan ada promotion, Jejaka Promotion itu menyatakan, hanya Rm399 saja. Korang dapat bayangkan tak bagaimana tersenyumnya En. Tila? oleh kami? Hehe... nanti bolehlah En. Tila tangkapkan gambar untuk kitorang banyak-banyak ya Miss Universe Sri Lanka :) Hahaha...

Dei!!!! hahaha... Tentu lah En. Tila nak ambil gambar pemandangan di KL ni jer buat masa nih. Tapi, yang paling aku terharu, [chewahhhh]... Masa mula-mula si Jejaka Promoter tu ambil stok baru, dia keluarkan kamera dan melengkapi semua kelengkapan kamera tu, dia try ambil gambar. Tau tak 1st picture of that camera is, Picture of me and En. Tila? [bangga la kunun?] Lepas tuu 2nd picture is Gambar aku, En. Tila dan John. Wahhhh.... Nanti, kata En. Tila, dia nak tunjuk gambar kami kat anak-anak kembarnya dan keluarganya di Sri Lanka. Wah....[bertambah-tambah terharu]... hehe... Lupa plak I nak cakap kat U. Model Kamera dia tu DSC-2100 Sony tak silap aku :) Apapun, tak habis-habis En. Tila memuji-muji kami dan merasa gembira bagaimana begitu bertuahnya dia dapat berjumpa kami, pakej skali dapat apa yang di idam-idamkannya. Yalah kan? Serius, aku berkawan dengan En. Tila tu, aku tak perasan rupa-rupanya baru dua hari berkawan.

Aku sendiri tak perasan pun baru 2 hari perkenalan dah macam sekian lama kami berkawan. Aku pulak jenis yang peramah, sampaikan semalam tu sebenarnya aku belum lagi tahu namanya dah aku sembang-sembang macam biasa.

Anda tahu umur En. Tila? [soalan bodo ko ni DeeDee!] Umurnya, 53 tahun. Dei!!!!! Terperanjat aku. Aku pulak layan dia macam member2 bujang aku. Dia katakan padaku tadi, sebelum aku pulang menaiki bas setelah menghantarnya setakat Chow Kitt, dia anggap aku sebagai anaknya. Ohhhhh.... [terharu+tak sangka aku ada bapa angkat dari Sri Lanka yang tak nampak tua]. Anak kembarnya baru saja berusia 25 tahun. Aku hampir sebaya dengan anaknya katanya setelah mengetahui berapa umurku semalam dan tadi. Kedua-dua anak kembarnya lelaki. tabik kat awak En. Tila :) [pandai anda buat]. Dei~ Itu semua anugerah dari yang Maha Esa.

Pertemuanku pada En. Tila akan ku abadikan :) Ya, balik-balik ku pikir semula juga tentang apa yang di sebut-sebut En. Tila tu betapa bertuahnya dia hari ni. Sebab tu lah dia tak kisah asyik bayarkan skali aku punya tambang-tambang tadi menaiki kesemua pengangkutan. Terharu. Biarpun kasih sayang bapa kandungku tiada di KL, namun keadilan dariNya itu sentiasa ada melalui ekspressi kira Bapak Angkat aku la ni sudaaa...

My memori 2010
Sri Lanka :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers