Masa user tu memandang ke wajah ku dengan penuh dekat, aku hairan. [mesti ada something wrong nih]. Tapi tu lah kan. Tak baik berprasangka buruk. Soalan-demi soalan bertubi-tubi di tanyakan padaku tentang kehadiran Bos dan Bos Besar lagi. Aku tak terjawab sebab, aku bukan lah sebilik ngan bos besar sekali tu. Aku ni kan bawahan lagi. Aku pun cakap, "Pengarahhhhhhhhhhhh........errrrr......" (sambil ku menjeling kepada Mr. Kapak).
Dari luar fizikalnya memang kelihatan normal. Tapi, apabila aduan nya semakin melalut melibatkan religion, kematian, pembunuhan dan stesen Minyak Shell, aku punya dahi pun bertuka! Berkerut siap kening Ziana Zain bin The Rock sebelah kanan aku terangkat hairan apa jenis aduan tu yang di adu kat En. Kapak.
Aku tanya macam ni mula-mula kat petugas di kaunter perkhidmatan tu, "Erm... borang feedback kat maner? (sambil tersenyum)". Si petugas yang ayu itu pun berkata, "kalau nak borang feedback aduan tu eh?, kena ambik kat kaunter Khidmat Pelanggan di bawah tu Encik. Sebab borang yang ada kat sini cuma feedback biasa yang tak bertulis. Kalau Encik nak yang Bertulis-tulis tu kena ambil di bawah". Aku pun senyum saja dan teringat pesan Mr. Kapak ambik jer kat sebelah peti cadangan tu.
Ah, sudah, memang jelas dari cara dan pertanyaan si petugas yang ayu itu seperti memang telah biasa dan tahu banyak tentang user 'tadi' tu. Aku menjawab "ya, (sambil tersenyum lagi)". Si petugas ayu itu pun berkata "eerrr... dia tu memang selalu macam tu. Memang tak di herankan sebab (sambil merendahkan nada suaranya) dia tu memang tak betol...". Huhuh.... dah agak dah! Memang body language user tu semacam! [I won't describe rupanya].
Mr. Kapak plak bila nampak borang feedback user yang ku berikan itu memang nampak di raut wajahnya borang itu salah. Aku pun telah menjelaskan padanya tentang borang itu.
Dengan kepakaran Mr. Kapak, dia pun menjawab segala pertanyaan User itu yang dia termampu. Tetapi. Tiba-tiba...
Mr. Kapak rupanya menahan sabar. Sebab ada kata-kata yang dilafazkan oleh si User 'tadi' tu yang hampir menyebabkan Mr. Kapak rasa nak terajang jer ... Hehe... Yeah... manusia mana yang tak pandai marah. [melainkan orang yang beriman memancing udang kot?].
Hehe... begitulah ceritanya tadi. Chewah.... bukan cerita rekaan. Tapi, aku bukan nak cakap pasal benda ni sebenarnya. Aku nak cakap benda yang ku tengah seronok layan tadi semasa rehat sebentar. Kalau korang compare gambar ngan cerita aku, takde kena mengena langsung ngan aduan, Mr. Kapak dan user 'tadi' tu.
Pada mulanya, slotep holder aku nih plain jer. Yang ader hanya nama pemilik jer. Pemilik tu aku lah!. Mulanya jugak 1 jer sticker nama aku tuh. Tapi, aku pantang tengok sesuatu yang plain tu jika boleh di corakkan dengan indah dan penuh dengan warna yang menghidupkan kecantikan tu, memang aku nak buat! Jadi, setelah berminggu-minggu aku memikirkan, aku teringat! Hahaha.... Aku teringat last 2 weeks ka aku ada terserempak [terjumpa] sticker kat tempat 1 of my best fren kat opis! Haha... Aku suka datang kat dia sebab dia salu proses magazine-magazine kegemaran aku macam magazine henpon, gadget-gadget dan macam2 lah. Jadi, masa ku tengah layan waktu rehat kat tempat dia aritu...
Jadi, dengan kuasa bulan akan menghukum mu! Per lagi, terlintas lah aku menanggalkan sticker nama aku pada slotep holder tu digantikan dengan sticker Henpon HTC yang korang semua nampak dalam gambar-gambar ni. Aku pun guna lah ke'kreatif'an yang ada padaku supaya cantik lah pemandangan atas meja kerja ku nanti. Huhu... inilah semua hasil-hasilnya. Huhu... Nice sticker :) I like! *thumbs up*
Oh ya! Semalam aku postingkan tentang Sri Lanka is it? Today, insyaAllah, mission akan di jalankan untuk mengajar Mr. Tila tu guna kemudahan awam seperti bas dan monorail LRT. Wish us good luck :) Tata...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.