I Like it!!!

Thursday, November 18, 2010

Amboiiiii... Sri Lankaaaaa......

Hari ni, baru aku bertegur sapa dengan orang Sri Lanka yang telah diterbangkan ke pejabat kami untuk attachment? Lebih kurang macam tu lah. Hari tu ada jugak budak dari Bosnia Herzegovinia attachment kat sini. Rupa-rupanya tidak di hairankan student dari luar ka, pekerja dari luar ka suka datang ke sini untuk menimba pengetahuan mereka dalam dunia pekerjaan. Aku hanya mampu senyum saja pada En. Tila. Mulanya aku tak tahu namanya Tila. Kawan-kawan kat opis jer yang gtau.

Apa yang menariknya tentang orang Sri Lanka ni? Ermmm... aku tak selidik pun tentang tu. Tapi yang pastinya, baru hari ni aku sedar yang orang Sri Lanka tu macam keboringan tiada teman untuk meluah dan berbual tentang apa yang tidak difahaminya dalam masa pembelajarannya di sini. Bagaimana aku tahu? Hehe... Sebelum tu, aku tanya kamu. Apa yang anda tahu tentang Sri Lanka? Aku pun tak tahu sangat. Yang ku tahu tempat tu mungkin banyak India. Sri Lanka ni juga yang ku terbayang tentangnya, ermmm... tempat yang cantik. Seperti kawasan perkampungan ku yang tenang di sekitar Kampung Pulau Melayu. Hehe.. Dan pantai-pantai di Sri Lanka pun cantik. Tau tak Pulau Maldives? Yang pasirnya putih air lautnya biru kurang berombak tu? Pergi search kat google sana carik k. Memang cantik :)

Di sana juga terdapat ladang teh. Para pekerjanya tentu saja terdiri daripada penduduk tempatan yang rajin mengusahakan ladang-ladang dan kebun-kebun sendiri. Hmmmmh... nak cakap lebih kang, aku pun tak tau. Isu hari ni, aku nak cerita tentang bagaimana aku ingin membantu sorang warga Sri Lanka ni survive untuk 25 hari lagi. Dia di hantar oleh bos nya rasanya, ke opis nih untuk jangka masa 1 bulan. Belajar. Dia juga memegang jawatan khusus seperti dalam bidang yang kami ceburi. Mungkin ini juga untuk menambah kursus dan pengalamannya. Dia pun ada menceritakan padaku tadi tentang apa yang dipelajarinya disini tidak kurang bezanya dengan apa yang di kerjakannya di Sri Lanka. So, begitu mudah lah juga untuk dia menerima pelajaran di sini.

Terlintas aku nak buat blog ni hari ni padahal ada benda lain aku nak tulis. Dari caranya tu mengingatkan aku sebenarnya betapa susahnya untuk sampai ke mana-mana destinasi pada pertama kalinya aku tiba di Kuala Lumpur. En. Tila memberitahuku hari ni tentang kesukarannya menuju ke opis ni dari tempat tinggalnya. En. Tila telah hari ke-4 berada di sini. Baru hari ni lah aku bertegur dengannya itupun ketika Boy dan John memanggil-manggilku ketika ku sibuk bertugas di kaunter. Ketika mereka memanggilku, mereka juga sedang berbual dengan En. Tila ni. Rupa-rupanya, tentang handphone Roaming. En. Tila meminta tolong supaya dia dapat menghubungi rakan-rakan yang baru dia kenali di Opis ni. Masalahnya, simkad En. Tila tu dari Sri Lanka. Jadi, susahlah untuk menghubungi rakan-rakan di sini. Kami pun telah mencadangkan dia membeli simkad sementara jika benar-benar memerlukan. Ternyata dia memang perlu sebab ada 25 hari lagi. Hari yang panjang buat seorang perantau kembara belajar seperti dia. En. Tila sebenarnya Homesick. Semasa pertemuan nya padaku tadi, dia mengatakan padaku dia amat merindui isteri dan anak-anaknya. Faham saja lah...

Selepas makan tengahari tadi, si En. Tila terus datang kepadaku selepas sahaja si Boy dan John tertunjuk-tunjuk menuding jari ke arahku depan En. Tila. Rupa-rupanya En. Tila berhajat hendak membeli kamera digital. Dia meminta aku untuk memberikan cadangan padanya. Aku pun memberikan banyak cadangan padanya. Tapi aku juga terkejut. En. Tila mengatakan bajet cuma Rm400 untuk memiliki. Kamera 12 megapixel, ada brand dan international warranty. Chewah, En. Tila, agak-agak lah yer. Hmm... bukan mudah ada untuk bajet sebanyak tu jer. Even aku semalam buat bancian kamera target aku nak tu pun dah Rm1499 untuk 12megapixel brand Sony latest tu. Katanya ingin mengambil pemandangan yang indah. Ya ya ya.... semua orang takkan la suka-suka beli kamera. Tentu saja ingin mengambil gambar. Tapi, demand lebih, payah arrr... Apapun, aku faham, kenapa En. Tila tak dapat beli dan tengok sendiri harga kamera tu. Dia bukan tahu sangat pasal jalan-jalan di KL. Tambahan lagi kan dia baru 1st time di lontar ke sini untuk timba pengalaman. Cukup bulan saja nanti, balik lah dia tu ke Sri Lanka semula.

Di pendekkan cerita. Aku dan John akhirnya sepakat. [Sepakat membawa berkat] Kenapa? Tadi juga aku mendengar luahan kecil saja dari si En. Tila. "Even the taxi stop at jam, but the meter still tic toc tic toc"... Well, u knowwwww KL.... biasalah jam kan. Jadi, aku faham yang teramat lah sangat kesusahannya itu. Kesepakatan aku dan John itu ialah, esok hari, aku dan John akan gunakan kepakaran masing-masing terutamanya John untuk membawa dan mengajarnya cara-cara menggunakan transport awam dari tempat kerja terus direct ke Hotel KL Internationalnya.

Selepas itu pula, kepakaran aku diperlukan setelah sampainya di Low Yatt. Yelah kan, si En. Tila kan nak beli Kamera Digital. So, kalau nak banyak pilihan, murah, dan branded, tentu saja kena pergi ke "Heaven of Gadget". Di mana, semua jenis gadget ada dalam satu bangunan dari tingkat lantai sampailah ke tingkat langit bangunan tersebut (bukan atap bangunan tau). So, nantikan adventure kami ecok :)

Journey to Sri Lanka. Eh, bersama-sama membantu teman baru dari Sri Lanka. Masa ni masa dia. Kita tak tau jika terkena masa kita pulak nanti kot-kot kita terserempak dia time melancong di Sri Lanka ka. Kan. Bantu-membantu itu amalan yang mulia kan :)

Segan lah jugak aku tadi. Sebab, En. Tila puji English languageku very well better than other staff di office. Namun, aku dengan rendah diri, mengatakan aku juga masih belajar dari teman-teman yang lebih baik bahasanya daripadaku tapi aku juga mengatakan, "if we not speak, if we have mistake, we know, we still need to improve our skills"... Sekurang-kurangnya aku sentiasa sedar Englishku Broken tapi rasa hati dan kemesraanku menyapa sesiapa saja yang cuba berbahasa kepadaku itu tetapku teruskan.

Sebaik-baiknya kita, berusaha untuk membantu sesiapa saja dalam kesusahan. Jangan sesekali bersifat riak dan takbur. Jika ada kesalahan/kesilapan, tak kiralah dari yang mendatang atau dari kita, salinglah kita maaf-memaafi sesama sendiri.

Bila kita susah, apa yang kita rasa?
Bila kita perlukan pertolongan, ada yang menolong?
Bila kita berdoa, apa yang kita minta?
Bila kita senang, siapa yang kita ingat?
Bila kita menolong, apa yang kita inginkan?
Bila-bila ini semua, kita tidak akan tahu bila sudah tiba masanya. Selagi kita punyai masa untuk membantu, bantulah mereka yang amat memerlukan...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers