I Like it!!!

Tuesday, November 23, 2010

"DeeDee! Perfume apa juga yang ko pakai harum sekali ni???" Tanya si Linda padaku ketika ku lalu dia.

Aku pun menjawab dengan senyuman [bangga la kunun asyik kena puji] "Paco Rabanne saja...".... :)

"Ah? Apa Dee?"... Tanya si Linda lagi.

"Paco Rabanne One Million ba Linda"... Ujarku lagi. Kelihatannya si Linda blur sikit tak pasti perfume apa la yang ku sebut-sebut tu. Hehehe... Bagaimanapun, isu itu yang ingin ku ketengahkan hari ni.

Kenapa baru sekarang aku nak share pasal perfume ni sedangkan hati ku dari dulu meronta-ronta hendak menceritakan pada sesiapa juga agar bisa memilikinya sepertimana aku mampu miliki.

Jika dilihat pada botolnya ini kelihatan seperti sejongkong emas kan. Ya, memang ia di design sebegitu. Jika sesiapa yang telah mengenalinya, keharumannya memang memikat hati kepada si pemakai yang terhidu akan kemanisan baunya. Sungguhpun baunya manis, tapi ia manis yang sesuai buat kaum Adam. Manisnya bukan manis buah-buahan seperti perfume Escada sebagai contoh. Manisnya yang tidak terlalu sweet tetapi senang di terima kebanyakan lelaki.

Perfume ini ada didatangkan dengan set dan juga botol berasingan. Yang kamu nampak ini shower gelnya dan parfume. Belilah yang 100ml. Tak menyesal kepada si pemakai. Harga pula Rm200 above dan pastikan yang original. Puas hati.

Aku memang sangat meminati baunya. Tiap bulan aku akan beli. ;D

Cuba korang fikirkan aku beli tiap bulan tuu... Berapa ratus sudaa melayang?

Hahah... Ni larr aku nak share kat korang... Perfume ini kelihatannya mahal kan??? Tapi, korang beli semahal bagaimanapun perfume di luar sana harga berapi sekalipun, pernah tak korang pertikaikan soal ketahanan baunya? Pernah tu mesti pernah lahkan. Cuma mentaliti sesetengah orang tu berpendapat, dengan membeli perfume yang mahal-mahal, kompom tahan. Silap! Anda tau kan EDT dan EDP?

EdT ialah Eau de Toilette. Ketahanan dalam errrrr 4 jam gitu. Kadang kalau tak matching dengan badan pun 2 jam pun tak sampai tau. Nanti tetiba orang cakap "minyak wangi murah memang macam tu". Mau tak nyer menyirap darah dengar orang cakap macam tu kang. Haha...

EdP pula ialah Eau de Parfume yang mampu bertahan lebih lama dari EdT selama 8 jam atau lebih lagi mengikut juga keserasian kulit si pemakai. Aku pula kekadang sembur perfume pada pakaian saja. Ikut keadaan juga kalau ku mahu spray pada kulit. Melainkan yang roll-on perfume. Roll-on?????!!!!

Roll-on? Hehe... sebenarnya, perfume-perfume ku itu memang perfume-perfume yang nilainya beratus tetapi aku berjaya mendapatkan dengan harga berpuluh ringgit saja. :)

Ah? Puluh ringgit saja? Perfume Chikai ka apa? Atau tak tahan lama? Atau Grade C, B, A? AA?

Hehe... Bukan begitu. Sepanjang pengembaraan ku di Kotaraya Kuala Lumpur ini, aku telah berjaya menemui cinta. Chewahhhh... Boleh buat novel sudaa si DeeDee ni tajuk "Cinta si Penjual Minyak Wangi". Hahah... Acah jer... Memang. Memang DeeDee telah berani-berani jer tengok2 pantau perfume di sebuah Shophouse lot di dalam Semua House Shopping Complex yang berhampiran dengan kawasan Masjid India dan sekitar Jakel.

Di sanalah bermulanya aku mempunyai banyak variasi wangian lelaki dan perempuan untuk dijadikan hadiah, dan juga untuk kegunaan harian sendiri. Boleh lah dikatakan setiap hari bau perfume ku berlainan. Lain bau lain personality. Maybe. Hehe... Yang pasti, mendapat tempat pertamaku di dalam kebanyakan minyak wangi adalah Perfume Paco Rabanne One Million ini.

Bila kalian berada bersamaku. InsyaAllah nanti boleh lah ku tunjukkan arah nak ke kedai tu. So far, sesiapa yang ada di KL terutama kawan-kawanku yang suka melawatku di KL ni pasti saja sempat terhidu atau beli atau jadikan hadiah perfume-perfume yang ku tunjukkan ini berikutan dengan harganya yang bisa dimiliki.

Kisahnya bermula begini. Aku dan John pada suatu hari, berjalan-jalan di Semua House. Aku terlihat akan kedai perfume. Ku tanyakan pada Kakak Perfume tu tentang perfume-perfume nya Original atau tidak. Katanya original.

Tapi, aku memandang hairan tentang harga yang dipromosikan di situ. Aku langsung terus menanya aja tentang ngapain harganya begitu murah? Kakak Perfume menjelaskan tentang perfume nya itu dengan Botol-botol yang original itu adalah yang rejected shop atas sebab ada retak sedikit di hujung botol dan ada yang tidak berkotak dan ada juga yang tidak berpenutup. Oleh sebab itu lah, harganya murah tidak setanding dengan yang dipamerkan indah dan cantiknya seperti di Sogo KL shopping complex.

Oooowwww... patutlah. Baiklah, bagaimana anda ingin memastikan original ka tidak perfume yang akak katakan itu? Begini, jika anda tahu perfume itu rejected, tapi curiga tentang keasliannya?, anda hanya perlu lihat di sekitar kepala penyembur perfume itu sama ada mempunyai kesan di buka dengan pisau ker, janji ada kesan lah. Yang itu baru lah tak original sebab dorang boleh refill dengan perfume Grade lain :)

Bayangkan saja Kakak Perfume tu jual sampai yang harga Rm200 ke atas hingga Rm500-Rm700 tu boleh dapat dengan harga Rm180 saja untuk 100ml. Murah tu jo. Berpuluh ringgit pun ada untuk bekas 50ml macam tu lah. Dei~ kepada penggemar perfume tu tentu rasa macam tak percaya lah dan pelbagai reaksi masing-masing lah. Tapi aku?

Aku pun memberanikan diri menanyakan tentang perfume lain yang kakak tu jual sebab aku tertarik pada yang lebih murah itu. Bukan yang botol original. Botol seperti dalam gambar ke-3 di atas itu. Kenapa aku tertarik pada itu?

Mari sini saya terangkan, highlight kan lagi. Kakak Perfume itu menjelaskan, kalau nak yang murah ada, tapi Perfume buatan sendiri. WAh.. Aku musykil part buat sendiri ni sebab soalan pertama yang aku laser tanya tu "Tahan Lama Tak Kak?".

Memang tahan lama Jo!!! Hari pertama aku jumpa Kakak Perfume tu, aku belum beli lagi tau perfume tu. Hari pertama tu aku asyik merisik tanya jer mengenai perfume-perfume yang kakak jual tu. Kata Kakak Perfume, perfume-perfume buatan sendiri kakak tu sebenarnya perfume EdT tetapi Kakak Perfume tu berjaya mencipta perfume-perfume EdT tu semuanya menjadi setahan lama EdP. Itu yang buat aku jadi wartawan 1 jam wawancara kat kakak ni macam-macam soalan.

Katanya lagi, semua orang, kebiasaan mindset tentu saja nakkan perfume tu, ada brand, tahan lama dan sudah tentu harga murah. [memang benar tu kak!] Tapi, ada ker korang jumpa? Mungkin ada, mungkin tidak. Kalau ada belum tentu puas hati. [Chewahh DeeDee confident cakap macam tuu]. Pada hari tu jugak lah aku men'Testing' certain perfume yang aku suka seperti Paco Rabanne nih. Aku spray kat kulit jer kat nadi di tanganku. Lepas settle berbual jer, aku pulang menuju ke rumah sewaku.

Pada malam itu selepas mandi, dengan keletihan yang selepas pulang kerja dan jalan-jalan di Semua House bersama John, aku terasa mengantuk. Sebelum tidur tuu, aku masih lagi terhidu bau perfume tu yang masih melekat di nadi tanganku. Aku tak mengendahkan bau itu tapi dalam hatiku mula berkata, "tahan jugak bau perfume kakak ni...".

Bangun saja pagi, aku mandi sekali lagi, barulah hilang bau perfume tu. Aku pun terus lantas bersiap sedia untuk turun kerja. Setelah aku berada di tempat kerja, aku terhidu lagi bau kegemaranku itu. "Eh, bukankah pagi tadi baunya telah hilang?" ujarku dalam hatiku.

Rupa-rupanya, bau perfume tu melekat pada tali jam leatherku. Wah!!!! Ternyata, perfume itu tahan lama! Petang itu, pulang kerja saja, aku pun tak mengendahkan sesiapa, aku pergi adventure sendiri ke Semua House tu. Kira hari ke-2 lah. Aku borong perfume-perfume kakak tu 3 botol. Tau tak sebotol perfume kakak tu yang 30ml hanya Rm35 saja? Beli banyak lagi dapat diskaun lah. Hehe...

Melihatkan akan kesungguhanku itu membeli perfume dan asyik memuji-muji wangian Kakak Perfume itu, kakak tu terus offer aku jadi supplier perfume. HEhe... Akak tu siap ajak aku berbisnes pulak tu. Ada muka bisnes ka aku ni geng? Hahah... MEmang boleh laris insyaAllah sebab ketahanan perfume tu dan harganya yang terlalu murah!!! Tambahan lagi pulak perfume tu ada bauan yang kita nak seperti, Calvin Klein, Diesel, Paco Rabanne, Versace, Polo, Hugo Energise lah, dan banyak lagi lah perfume-perfume yang terkenal tuu... Laki pompuan semua ada ah...

Bermula dari situ lah, member2 di rumah sewa aku pun berminat. So far, testimonial yang aku dengar cukup melucukan. Heheh... disebabkan ketahanan bau perfume tu juga sampaikan salah seorang member kita ni, kena tegur "aiiii... sampai tengahari pun pakai perfume ker?" Hahah...

Lepas tu, ada jugak member kepada member punya testi lagi dahsyat. Mulanya tu taknak beli. Sebab tak percayakan. Hanya beli sebotol. Keesokan harinya turun semula ke kedai tu beli 5 botol. Baru percaya lah tuu... Dia pun jenis beli minyak wangi yang beratus-ratus. Setelah menghidu bau tuu, dah tau dah kualitinya terbaeeekkk...

Kakak Perfume tu pun ada bagitau pasal perfume tu. Pati perfume itu di import dari Switzerland ka Perancis aritu eh. Aku pun dah lupa. Tapi, kakak tu berjaya mengubah Perfume tu jadi setanding EdP sebab di campur dengan kandungan Alcohol Denat yang di bolehkan juga untuk di bawa Solat jika korang compare kat website JAKIM. Kalau korang masih rasa was-was jugak, ada di jual hanya pati sahaja. Yang 10ml Rm10 saja. Tapi aku cakap kat korang, memang terbaeeeekkkkk!!! Walaupun pati sahaja tak beralkohol. Lagi tahan lama tau. Yang tu aku berani sapu kat kulit sebab nadi lebih menghidupkan bauannya. Jangan digosok tau, baunya akan lebih lain kalau digosok di nadi. Just titis cap-cap saja. Heheh...

Dei~~!! maner korang nak carik perfume lelaki EdP? kalau ada pun belum tentu ikut selera korang. Ni perfume lelaki setahan EdP padahal bau originalnya EdT. Setanding malah boleh mengalahkan lagi bau original. [Chewahhhh, poyo lah ko DeeDee! HAhah...]

Apapun, sebab aku buat blog tentang isu ni pun sebab aku hairan, kuat betul deria bau orang perempuan di sekitar aku. Aku nak bersembunyi tak dapat tau. Kalau aku bersembunyi jer, orang dah tau kehadiranku terutama kawan-kawan perempuan di pejabat. Hairan pulak. Aku spray aku sendiri tak terhidu. Bukannya aku spray setiap kali. Dah petang hari nak balik kerja pun orang masih cakap, wangi nyer ko DeeDee... Hahah... nampaknya berjaya juga aku ketemu dengan perfume2 impian. Aku pun bukan spray banyak. Tapi ketahanan dia tu membuatkan aku dah tak payah belikan untuk mereka lagi dan temani mereka lagi untuk ke Semua House tu. Mereka sendiri dah pandai beli berbotol-botol sendiri.

Padahal sebenarnya suka tu di puji sebab dengan cara ni, kita juga saling dapat bantu-membantu melariskan perniagaan tempatan kita. [Apakah?] Lagipun, hadis juga ada berkata: Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Ku katakan sekali lagi, tiada niatku untuk memuji diri sendiri
dan bukan nak bercakap besar. Hehe... kebanyakannya
gurauan dan minta maaf jika ada yang tersinggung
dengan kata-kataku ya :) Aku hanya ingin
berkongsi bukan untuk menunjuk-
nunjuk. Sekian, terima kasih
kerana sudi membaca.
Wassalam from
DeeDeeiDarus
Blogspot
:)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers