I Like it!!!

Saturday, July 3, 2010

You Say Aku

What? Hmm... ehehe.. I know, such a cute and adorable of you. DeeDee love to see you buat perangai. Ehehe... Naughty never finish. Ehehe.. It's all about you yang cute dan amat indah melihat mu senyum. Tak mampu melihat mu serius selalu kerna takut melihat keseriusan mu. Hehe.. No lah, ehehe... Takda la takut, cuma, sungguh ermm... sungguh geram melihat keseriusan mu yang bisa membuat ku menurut saja jika di arahkan.. eheh.. kenapa begitu cair ya? Hati yang begitu lembut namun menipu keras hati sahaja. Sedang menghentikan diri melihatmu, tapi jelas, pencarian yang tiada henti tentang mu, tetap ada. Biar bagaimanapun sejarah di belakang mu, hitam or putih sejarahmu, bukan itu yang aku pandang. Dari cara dan lirikan mu itu, tersembunyi 1001 makna lagi. Biar kita diam namun saling memahami, tapi jangan kita diam kerna kita sentiasa mendendami. Bila waktu bersilih ganti, rasa itu seringkali berubah. Namun indah bila jauh dan tak pernah bersentuhan, namun bisa pernah memimpikan mu dalam ingatan dan lena ku. Ketika pertemuan di antara kita dalam mimpi lena, seumpama waktu menyebelahi kita. Ketenangan ketika bertemu, membuatku mendambakan dan mengingini masa itu tidak berhenti dan kekal sebegitu. Memandang mu tak bisa memilikimu, mahupun sekali ingin bertemu dengan mu. Di kala bersedia dan di kala gembira dan sempurna di ketika ada.

Siapa? Jika kau tanyakan kepadaku. Ketawa kecil dalam hatiku. Pasti. Tentu saja. Ketawa kecil yang gembira. Lalu ku menjawab, Kamu. Iya, kamu. Siapa lagi? Di saat hanya mata tidak berkelip jika memandang mu, tentu saja lah kamu. Hanya kamu. Tiada lagu ketika itu yang mampu di mainkan menandingi kata-kata lafaz luahan dan perbualan untuk menggambarkan rasa gembira hati memaksudkan dirimu yang mencuri hatiku. Masuk ke dalam hati, hanya singgah. Tapi, kelibatmu masih kelihatan walaupun ketiadaanmu. Fahamilah, betapa aku sedia untuk mendengar di sini ketikaku belum terluka dan sedih jika di kasari tanpa kau tahu rupanya aku menyukai mu. Teruskan. Teruskan saja apa yang mampu kau lakukan tanpa menyedari ku sering memandangmu untuk menghilangkan keresahan dan mengubati jiwa yang letih mencintai dan tidak dicintai. Betapa sakit jika tidak di ubati. Hehe.. DeeDee hanya orang biasa. An ordinary boy. Simple but compact. Full of mysterious and suprises. But, still, an actor. Actor that action in a real world which would not like who we are if we show who we are that not all of us can accept it. Patient. Sabar. Perlu adanya penjelasan setiap tindak-tanduk dan langkah namun tak mampu menjelaskan. Jika dijelaskan, ada saja tomahan dan bantahan dan yang tidak sepatutnya. Seumpama yang mengata dan membangkang itu terlalu sempurna dirinya. Menyindir dan membuat crita, tidak akan kekal selamanya. Hati yang bersih dan suci ikhlas mahu memiliki, bisa kekal selamanya.

Membayangkan akan kehadiranmu di sisi pasti sesuatu yang tidak dapat ditunjukkan. Namun, merasai dan melihatmu di kala nyata adalah lebih jelas dan mengeratkan lagi perhubungan. Betapa bahasa telah berterabur untuk menyatakan, namun, tiada yang sepadan. Betapa markah akan kurang jika masuk pertandingan menyusun ayat-ayat cinta jika tiada keikhlasannya. Ku persembahkan diriku padamu, yang terbaik untuk mu. Betapa kita semua mahukan perkara yang sama. Bersaing melakukan yang terbaik agar saling bersama. Namun, jika hanya sekilas pandang melihat blogku, pasti hanya memandang pada keindahan gambar-gambar dan kekemasan yang masih ku kemaskan pada blogku. Jika dilihat dan diteliti setiap isi kandungan blog ku, sebenarnya ada mesej yang cuba dan ingin ku sampaikan. Ehehe.. Sengaja aku menulis panjang-panjang dan berbelit-belit melihat kemampuan sesiapa saja yang mampu break the code. Mana yang hanya memandang gambar, terpukau pada gambar dan tidak membaca apa yang ku taipkan, nasiblah. Ehehe.. Itu semua hanyalah untuk mencuci mata sahaja yang asyik letih memandang kejahatan orang lain dan keburukan orang lain. Pandanglah lihatlah. Ini semua tipu belaka. Ketika ku promotekan teman-teman membuat blog, pasti ada saja alasan. Ternyata, alasan-alasan kalian itu semua telahku lalui sendiri. Belum. Belum masanya. Kalian juga akan mula memainkan jari jemari tatkala terlintas sendiri. Itu semua hanyalah andaian semata-mata.

Sebenarnya, aku falling for you. Ehehe.. Dropping so quickly. Maybe I should keep this to myself. Waiting until I know you better. I am trying not to tell you. But I want to. I'm scared of what you'll say. So I'm hiding what I'm feeling. But I'm tired of holding this inside my head. I've been spending all my time just thinking about you. I don't know what to do. I think I'm falling for you. I've been waiting all my life and now I found you. As I'm standing here . Oh I just can't take it. My heart is racing. The emotions keep spinning out. Ehehe... Sungguh, pusing.. Hehe... jika di teruskan memang boleh sampai sudah padamu. Namun, biarkan. Biarkan masa saja. I used to be love drunk. Heart sweat and blury eyes. You drive me crazy everytime we... I have a good time when with you in the world of maya. Melihatmu gembira dari bersedih adalah sesuatu yang ku sukai. Dari membiarkan engkau mengetahui rasa sebenarku lalu kau marah dan menyatakan yang bukan-bukan. Hehe.. Lagipun, engkau juga punyai hati kesukaanmu yang lagi kau suka pandang mungkin daripada memandangku. Lebih baik melepaskan dari membiarkanmu rasa terikat. Biar aku terus menjadi admirer mu. Kerna menjadi admirer sahaja bisa sudah menggembirakan. Tipu. He...

Engkau hanyalah gambar sahaja pun, seperti engkau di dalam kotak sahaja pun.. Hehehe... Kalau nyata-nyata, barulah. Ehhehe... Orait.. Cut!! Cut!! Cut!! the drama. Berpijak di bumi yang nyata la wei... Orang-orang cantik ka macamana sempurna rupa sekalipun tak mendatangkan hasil yang lawa sangat kekadang punnnn... Ketika ku di Kuala Lumpur ini, ketika mula-mula memulakan karier.. Aku temui banyak ragam manusia sempurna yang kebanyakan nya lawa tapi sombong. Tak semua sombong. Ada yang baik. Rupa-rupanya, ada yang lawa tapi bodoh. Mengapa aku marah sampai begini sekali? Ada. Ada kisah sebenarnya. Si cantik yang begitu bodoh yang hampir memecah-belahkan silaturrahim antara sesama Islam. Yang merasakan dia saja yang asyik terkepit dan merasakan dia sahaja mangsa keadaan padahal tiada siapa pun yang mengepit malahan tersepit. Kuih sepit betol lah!!.. Haisshhh.. Muka saja cantik, tapi membuat cerita dan fitnah tu lancar jer. Engko memang tak matang dalam menghadapi situasi. Asyik bersedih saja seperti memerlukan kasih sayang. Bila ada orang lain yang ingin memberikan kasih sayangnya padamu, engkau membencinya tapi terus pula untuk memilih aku supaya memberikan kasih sayang itu padamu. Kau tahukah? Betapa rasa itu tidak boleh dipaksa? Aku datang di Kuala Lumpur ini pun bukannya berniat yang bukan-bukan. Aku datang merantau untuk mencari ilmu, pengalaman, nafkah dan berusaha menjalankan tanggungjawab. Namun, kesempatan terhadapku untuk orang yang mementingkan dirinya sendiri tetap ada.

Aku menghormati mu. Tapi, adakah engkau menghormatiku. Untuk mendapat penghormatan itu, kita haruslah memulakannya. Kita harus menghormati orang barulah kita akan dapat penghormatan walaupun kita tidak meminta. Sayang sekali, kecantikan mu yang aku hormati rupa-rupanya hanya sementara setelah engkau banyak kali menipu dan tidak mahu mengaku akan fitnah-fitnahmu. Sekarang, cantik bagaimanpun, tak dapat di percayai. Tahukah engkau, orang yang kau fitnah tu telah ku anggap saudara sendiri ketika mulanya aku datang ke Kuala Lumpur. Ketika susahnya aku memikirkan tempat tinggalku dan cara hidup, dia banyak membantuku dan memberi nasihat?.. Tahukah engkau apa rasanya bersemuka dengan orang yang aku telah percayai, setelah di fitnah mu namun aku maseh lagi mampu tersenyum depannya padahal senyuman ku ketika itu sudah tiada keikhlasannya?.. Begitu juga aku begitu bodoh kerna mempercayai orang cantik sepertimu. Aku terpedaya. Kau umpankan aku dengan kisah sedihmu supaya aku terasa simpati padamu... Aku bukan orang yang seperti itu untuk kau permainkan. Aku juga punyai cerita sedihku sendiri yang tidak perlu aku bagitau sesiapa untuk meraih simpati. Aku tidak mahu sesiapa bersedih pun. Sedang aku gembira. Engkau begitu beracun. Kau racunkan aku. Sehingga sekarang pun engkau masih lagi asyik meracun fikiran orang lain. Adakah sebab engkau tak dapat memiliki ku tapi engkau meracunkan fikiran orang lain supaya orang lain itu juga tidak bisa mendapatkan aku sepertimana aku tidak mahu engkau mendapatkan aku? Hehe... Kau pandai tapi bodoh.

Ternyata, penipu seperti engkau takkan kekal lama dalam perhubungan. Patutla engkau asyik mention tiada kawan. Kerna perangai mu yang seperti itu, tidak bertolak ansur dan tidak memberi peluang untuk mendengar penjelasan. Engkau asyik berkata yang engkau saja yang benar kunun. Kami semua ni salah lah? Hehe.. Bawa la perangaimu itu ke tempat lain. Lebih baik aku melayan teman-temanku yang saling menjaga hati dan tidak pedulikan tepi kain orang macam engkau yang cantik tapi tidak tahu malu. Kalau ku terjumpa pun engkau lagi, kita lihat. Engkau berani atau tidak memandangku. Kerna Berani kerana benar, takut kerana salah. Aku pantang mengalah jika telah benar padaku. Namun, aku akan mengaku jika aku salah. Dan aku akan diam sahaja. Diam-diam pun bukan bodoh. Aku bencikan hipokrit. Apatah lagi kalau aku sendiri terpaksa hipokrit jika aku masih lagi dalam proses penyiasatan untuk mengetahui cerita yang disampaikan betul atau tidak. Hipokrit itu pasti akan terungkai setelah mengetahui segala-galanya. Dan, engkau tersilap cabar dengan orang seperti aku. Aku orang yang jenis tanya terus jika perkara itu tidak benar. Aku boleh saja terus memalukan orang yang memfitnah itu di depan-depan muka nya saja jika aku mahu. Tapi aku juga tetap memikirkan kewarasan dan masih lagi tetap menjaga hati musuh sekalipun. Akan ku tarik orang yang dikatakan, dan akan ku tanyakan nya secara peribadi tanpa perlu ada sesiapa di sekeliling supaya tidak lah dia malu.

Kebanyakan terus-terang yang ku lakukan semuanya membuahkan hasil. Daripada memiliki rasa hanya simpan dalam hati tapi tidak berani mengatakan kerana takut salah. No!!! Engkau silap. Lebih baik berterus-terang. Jika tak mampu, bicara dengan seseorang. Jangan di biar. Dengarlah pengalamanku ini. Buat bodo saja kalau sudah tak tertahan... Nikmat yang kau akan dapat setelah berterus-terang adalah tidak terkata. Gembira, menyedari kesilapan sendiri dan berusaha untuk membaiki diri sendiri ke arah yang lebih kepada kebaikan. Itulah impak positif. Negatif itu timbul setelah engkau memikirkan yang bukan-bukan. Orang tidak bercakap tentang kau pun kau perasan yang bukan-bukan. Padahal orang mahu gembirakan kau, tiba-tiba kau marahkan orang itu. Kesian. Hehe.. Untuk tidak terlalu memikirkan tentang itu, engkau terus buat atau jalankan kehidupan mu. Bukannya menyalahkan dan tidak puas hati yang tak habis-habis. Hehe.. Ceriakan diri. Pegi buat kek. Or gi makan kek.. Uh? I mean, do something sweet not something hangit... Haiya... Ehehe....Or do something new such as, photography, swimming, chill out...dll...Not just sitting there and keep blaming all people that not realise you. How la people want to realise you if you dont want to social and involve in their activity. You know what, the phrase that I hate to hear from every people that think they are not like me is "Engko bagusla, banyak kawan, tak macam aku"... Hey... Hello.... Ulat dalam batu pun pandai cari makan tau? Uh? Apa pula kena-mengena ni kan?

Ehehe..takde kena-mengena langsung pun. Hehe... sebabkan bergaul lah engko dapat kawan yang banyak. Dan 1 lagi, engko jangan lah menunjuk-nunjuk pun yang engko banyak kawan. Buat biasa-biasa saja. Semua orang sangat menyukai orang-orang yang tidak bercakap besar dan jenis low profile serta tidak membuat cerita serta tidak mengulang-ulang crita yang boring. Di samping orang sudah boring dengan you sekalipun, orang dah tak layan, you jangan lah terus-menerus macam tu pulak. It allowed you untuk ermm...Itu untuk memberi laluan la maksudnya kepada diri engkau untuk buat your thing...Pahamka? Memberi peluang untukmu mengumpul crita adventure mu lagi dan bila ketemu mereka lagi ada la lagi crita baru yang engkau nak share yang boleh di manfaatkan bersama... Hehe... jangan ketinggalan zaman sudah la. Haish.. ko taukah manusia zaman sekarang cepat boring? Hehe, sebab tu lah bertukar-tukar pasangan? ko kena ikut perkembangan semasa jugak...Ko kena tahu gak... Tapi jangan lah musim orang buang anak pun engkau pun buang anak jugak. Eheh... Sungguh pun aku dah tak suka berkawan dengan engko lagi, tapi kelemahan ku ini tetap juga ada iaitu mengambil berat sangat kat orang lain walaupun orang yang aku care tu dah buat jahat kat aku. Haisshhh...

Thanks anyway berjaya membaca blog ku ini yang bisa menyengat kepala kalau tak paham. Hehe.. Ok lah, my maggi sudah kembang. So, aku chow dulu ya. XOXO..ehehe...Jangan lupa sentiasa up to date okay. Janganla bila permulaan persahabatan tu bermodalkan crita sedih. Kita kena ceria selalu. Di samping kita menunjukkan perwatakan yang positif, secara langsung atau tidak langsung kita bisa aja boleh mempengaruhi perangai teman-teman di sekeliling kita. Mereka akan lebih senang dengan kita. Janganlah suka mengambil kesempatan atas kepercayaan orang terhadap kita pulak okay. Kerna, lambat-laun, niat mu yang tidak baik itu tetap akan terbongkar juga dan yang malu dan meludah ke langit jatuh ke muka sendiri tu nanti adalah diri sendiri. Bukan orang lain. Oleh itu, kita haruslah meludah ke tempat lain. No, I mean, kita haruslah memakan sushi sebab sushi adalah makanan kegemaran DeeDee. Okay??!!! Chow Bedah.. hug and Kissess....(XOXO)







Muah (^~^)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers