I Like it!!!

Saturday, July 3, 2010

Maafkan Aku Kerna Meninggalkan Mu Dahulu Narutoku Sayang...

Ini kucing kesayangan ku. Namanya Naruto Kuning. Inilah kucingku yang suka memblurkan diri. Biarpun tikus melintas di depan matanya, dia tidak pun menangkap. Bukan kerana malas, tapi, tak tahu membezakan makanan dan mainan. Ibu selalu marah padanya. Namun, makan tidak memilih. Even nasi dengan sayur pun kucingku ni makan. Aku suka mengambil gamba mukanya di kalanya blur. Masalahnya, aku seringkali sibuk ketika itu. Hanya beberapa keping sahaja gambarnya ada padaku. Sayang aku tak ambil banyak-banyak dahulu gambarmu. Maafkan aku ketika ku ada denganmu, aku tidak meluangkan begitu banyak masa ketika itu. Aku hanya banyak menghabiskan masa dengan bekerja di Miri. Kau begitu manja bila bersamaku ketika ada kesempatan. Kau akan tidur di ribaku ketika ku sedang sibuk memikirkan sesuatu. Kau tak mampu berkata namun rasa mu padaku tentu saja aku adalah segala-galanya padamu padahal kami hanya menganggap mu sekadar binatang peliharaan. Ketika ku jatuh sakit yang teramat sakit tahun lepas. Aku telah meninggalkan mu tanpa sengaja di rumah. Aku di rumah abangku sepanjang masa ketiadaanku di sisimu.

Baliknya aku sebentar untuk melawat rumahku, aku sedar akan kehadiranmu di depanku. Engkau juga sakit di luar fizikalmu. Telingamu menggerutu sakit ketika ku temui. Apakah engkau merajuk akan ketiadaanku di rumah hinggakan kesihatanmu sendiri tak terjaga. Badanmu semakin kurus setelah ketiadaanku di rumah. Begitu lama aku menghilangkan diri, begitu jua engkau beransur kurang makan. Adakah engkau merinduiku Naruto? Tersiksa kah engkau ketiadaanku bermain denganmu. bermanja-manja denganmu?... Setelah masa berlalu, aku berjaya membuat keputusan untuk hadir semula ke rumah itu. Namun, ke manakah engkau Naruto ku sayang? Setelah ku sampai, aku mahu bermain dan bergembira denganmu semula. Tapi...engkau menghilangkan dirimu. engkau balas padaku kah atas kesilapanku sendiri itu tanpa ku pinta?

Aku sakit, engkau pun sakit rupanya. Engkau berjaya juga di kesan. Rupa-rupanya, engkau telah meninggalkan aku lebih awal dari waktu yang ku jangkakan untuk berusaha merawatmu. Engkau mati di kediaman rumah jiranku. Jiranku yang menyampaikan berita padaku. Engkau pula sudah kena tanam. Adakah engkau menggantikan nyawamu untuk ku? Mati lebih baik kah Naruto dari melihat kesakitan padaku ketika itu? Naruto, aku tanpa sedar mungkin telah menyakitkan atau terkasari mu dahulu. Jika benar ada, maaf Naruto ku sayang. Sekarang, engkau hanya salah satu in my memory land. Engkau tiada. Aku pun telah mula menjalani kehidupan baru di Kuala Lumpur. Baliknya aku ke miri hanya menemui kembarmu iaitu adikmu sahaja yang sama sepertimu kecuali mata adikmu hijau dan engkau biru. Serta sifatnya juga tidak sama. Memang jelas Naruto, tiada yang dapat menggantikan mu. ku masukkan tentang mu hari ini dalam blog. Terima kasih Naruto kerna sempat bersamaku di kalaku keletihan pulang kerja. Sekarang, aku kena teruskan lagi hidup tanpa mu. Aku mesti juga gembira supaya tidak meratapi kehilanganmu. Hehe... Terbaeeekkk...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers