I Like it!!!

Sunday, July 11, 2010

Tinggalkan Masalah Anda Sebentar!


Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang 'Stress Management'. Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya, "Berapa beratkah segelas air ini pada fikiran kamu semua?" Mahasiswa menjawab berat air mungkin dalam 20 gram hingga 500 gram.

"Ini bukanlah berat secara total, tetapi bergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika saya memegangnya selama satu minit, ia tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan terasa sakit. Dan jika saya memegangnya selama satu hari, mungkin anda harus memanggil ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama tapi semakin lama saya memegangnya beban yang akan ditanggung badan saya akan bertambah," jawab pensyarah itu.

"Jadi jika kita membawa beban terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan bertambah beratnya. Jadi apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas itu dan berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi."

"Kita harus meletakkan beban itu secara periode, agar kita berasa lebih segar dan mampu membawanya lagi."

Bermakna sebelum pulang ke rumah dari pejabat atau ke mana saja, tinggalkan beban pekerjaan anda. Jangan membawanya pulang. Beban itu boleh diambil pula keesokan hari. Apa pun beban yang ada di bahu anda sekarang, cuba tinggalkan atau lupakannya sementara waktu, sebelum anda memikir atau mengambilnya kembali.

At least korang semua dapat sesuatu eh dari kisah kat atas nih...DeeDee wish korang semua faham bagaimana nak meninggalkan masalah sebentar... InsyaAllah no problem tu..

Jangan kita lupa bahawa setiap masalah yang datang adalah dari ciptaan kita sendiri. Ia tercipta kerana kelemahan kita dalam mendekatkan diri kepada Allah. Jadi, perbaikilah setiap amalan kita setiap hari. Jika baik amalan harian kita seperti solat dan adab-adab kita, itulah yang kan membantu dalam menghadapi apa jua masalah yang mendatang. InsyaAllah.

Lagipun bersempena Israk Mikraj ni, faham-faham sajalah amalan masing-masing yang tidak cukup. DeeDee juga sedar itu semua. Takut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers