I Like it!!!

Sunday, July 11, 2010

Kedatanganku Kali Ini Tak Sia-sia, Terungkai segalanya namun belum Terbongkar Semuanya...

SEREMBAN- Kedatanganku ku ke Seremban kali ni bukanlah suka-suka sahaja. Tidak sia-sia juga ku datang kali ini setelah 2 bulan menahan rasa tak balik tambahan lagi namaku di buruk-burukkan ketika ketiadaanku. Buruk yang macamana? Fitnah. Fitnah bodoh dari keluarga bodoh. Statement berani mati bah ku ni. Tapi, itulah.. mulut orang. Aku tak tahu pun sampai aku begitu sekali di layan. Ingin tahu sudah? Baiklah. Mana aku nak mulakan ya? Erm.. Okeh, macam ni... Aku mulakan dari 1st time ku di kedai Kazen kena suruh jadi cashier. Ermmmm... Dua bulan lepas, ketika ku jadi cashier, ada seorang perempuan Sabah baru kerja juga di kedai Kazen. Namun tiba-tiba balik kerana demam. Tapi, dia sempat terlihat ku di Kedai kazen pagi tu sebelum memulakan tugasku. Semalam, ku nanti-nantikan kazenku menceritakan sendiri fitnah apa yang telah sampai di telinganya selama ini. Mulanya kazenku menceritakan mengenai seorang perempuan Sabahan yang berminat padaku hingga mahu balik ke rumah kazenku semata-mata hendak bertemu ku dan berkenalan denganku hinggakan juga aku ni seperti persaingan sengit kepada adik Kazen. Eheheh... Chewah, pisang panas nampak.. Tapi, bukan crita mengenai itu rupanya yang selama ini kazenku pendam hendak bercerita denganku...Ada lagi cerita yang lagi bodoh bahlul paloi @#$%^&* dan yada yada yada.. Setelah selesai sahaja malam tadi kazenku mandi, dia duduk bersamaku dan saudara serta pak cik makcik (parent Lizz) pun ada malam tadi. Kelihatannya perkara ini serius dan aku cover saja sambil mengambil rambutan yang terhidang di buka kulit. Kazenku, Awang pun memberitahuku tentang Nana. Aku terperanjat dalam hati namun raut wajahku sendiri ku tenangkan dan mulut menyebut Paloi, Bodo!!!... Uiii nahhh... Ketawa Parent Lizz dan Isteri kazen mendengarku menyumpah pendek. Ya, cilaka... benar-benar cilaka. Mo tau apa? Sini, aku ceritakan...

Pada hariku menjadi cashier hanya sehari sahaja di kedai Awang hari tu, rupa-rupanya salah seorang dari pekerja kazen tu OKU telah meminati ku dari hari pertama melihatku di Seremban dahulu. Aku tidak akan menyalahkan sesiapa sekalipun kalau ada sesiapa yang suka ku, malahan akan ku layan dan ingin ku selidiki sebab-sebabnya. Kerna aku juga ingin tahu apa ada denganku. Ini bukan mesej utama yang ingin ku sampaikan pada kalian. Pada hari itu juga, sedang aku sibuk menjadi cashier, aku di datangi si Nana yang OKU ni juga. Seringkali jika ada kesempatan dia datang dan cuba menerangkan sesuatu kepadaku. Aku hanya faham angguk dan buat bodoh saja kerna aku sibuk juga. Tapi, setelah dia menjelaskan dia pernah masuk OKU, aku simpati jauh di sudut hatiku. Rupa-rupanya selama ini dia tidak normal. Aku pun senyum dan berbual biasa-biasa saja. Sampai suatu tahap tu si Nana ni minta nombor telefonku. Ku berikan. Dengan alasan dia mahu menjadi adik angkatku. Aku setuju saja walaupun aku tak nak tapi kerna dia berbeza aku iya kan saja. Tetapi, yang menjadi tanda tanya ku dari hari itu ialah si Nana seringkali mewarningku supaya tidak memberitahu sesiapa tentang hubungan adik-beradik angkat ini. Aku hairan, tapi iya kan saja. Tapi aku tak percaya juga kalau aku boleh merahsiakan kalau sudah aku sendiri tidak yakin akan kejujurannya yang lain macam saja. Jadi, setelah selesai sahaja ku di Kedai Awang itu, aku pulang bersama Awang dan bertanyakan tentang benar atau tidaknya tentang si Nana OKU. Awang meng iyakan. Keesokan harinya aku pun balik ke KL. Semenjak itu lah bermulanya fitnah rupanya tanpa ku sadari.

2 bulan telah ku tiada di Seremban atas alasan yang kukuh seperti sakit demam, kenduri, membantu memasang penapis air di rumah kawan dan yada yada yada lagi. Namun, sepanjang alasanku itu yang kukuh, tiba-tiba Awang menekankan aku. [seperti yang pernah ku post blog sbelum ini]. Sekarang aku tahu sudah jawapannya.

Rupa-rupanya, parent si Nana membuat rancangan jahat untuk mengenakan aku dan memerangkap aku supaya kena tangkap basah dan berkahwin dengan anak mereka yang OKU itu. Anda terkejut? Aku yang merasa lagi lah nak tersembur keluar rambutan yang aku kunyah. Kurang ajar tak? Selama ini, kazenku Awang banyak membantu keluarga mereka itu dalam meneruskan hidup. Tidak berniat aku membuat blog ini untuk mengaibkan mereka, tapi fitnah yang mereka sampaikan seluruh Seremban yang mengenali aku itu sungguh mengharukan keluarga kazenku di Seremban. Aku di Kuala Lumpur yang bekerja lagilah stress pada mulanya aku tidak tahu. Sekarang aku sudah tahu. Celaka. Aku marah ni sebenarnya. Tapi, itulah. Kenapa aku marah? Kerna, rupa-rupanya menantu mereka sebelum itu pun mereka perangkap sebegitu di tangkap siang-siang petang 3pm macam tu. Orang tak nak dan mereka kahwinkan juga. Yang akhirnya sehingga kini menantu mereka itu maseh lagi ada. Khabar dari kazenku juga mengatakan bahawa keluarga si Nana mahu merancang untuk menyerangku di Kuala Lumpur supaya memerangkapku kahwin dengan si Nana kononnya. Tergamaknya mereka kan. Aku dan sepupuku itu tidak menjahati mereka tetapi mereka membuat perlakuan seperti itu pula terhadapku. Alangkah lebih baiknya aku tidak kenal mereka dahulu... Namun, ini semua memang ada hikmahnya. Nasib baik juga mereka tidak tahu di mana rumahku di Kuala Lumpur. Yang paling ku sakit hati mendengar sejarah mereka memerangkap menantu mereka itu dahulu lagilah seperti perjalananku sekarang. Maksudku, anak mereka mula langkah terlebih dahulu bermesej-mesej, lama-lama nanti si ibu mereka pula pura-pura menghantar sms menggunakan hanpon anak mereka itu tetapi mengaku anak pula. Kemudiannya mereka akan cuba cari jalan memerangkap hingga terjerat seperti yang menantu dorang pernah terkena jerat rancangan jahat mereka itu. Urrrrggggghhhhh..Celaka sungguh di perbodohkan....

Nasib baik sudah seminggu juga aku malas mereply mesej si Nana yang hari-hari itu semenjak aku syak sesuatu. Semalam memang terungkai segala-galanya. Persoalan yang maseh hanya dan sekarang yang bermain di benak fikiranku ialah, Adakah si Nana bertindak smsku kerana arahan atau gerak hatinya, atau Adakah Nana selama ini sms denganku tanpa pengetahuan parentnya pada mulanya tapi akhirnya ketahuan lalu parentnya meneruskan saja rancangan jahat atau Adakah, si Nana yang lembap IQ (seperti pengakuannya sendiri pada mula perkenalan denganku) pandai atau ingat seperti yang di arahkan padanya oleh ibunya sebelum ini supaya mencari peluang untuk cuba berkawan denganku? Urggggghhh...Banyak lagi persoalan yang tak mampu ku perTaipkan.... Namun ini semualah antaranya setelah ku mengetahui. Memang kebanyakannya masuk akal juga. Celaka betik-betik celakin sungguh mempergunakan aku. Urggggghhhh..... Sampai hati kalian manusia yang bernama niat buruk. Inikah didikan anak korang? How could you do that?

Namun aku bernasib baik kerna Awang tidak mudah mempercayai fitnah orang. Dia pun maseh ingat statementku bertanya tentang Nana OKU itu dulu. Nasib baik aku dah buat soalan statement dahulu si Nana tu betol ke tak OKU. Lepas ku mendengar ke semua isi perut luahan Awang padaku itu dan kerisauan serta kegelisahan serta tentang masa depanku [yang pernah di sebut-sebut dalam blogku lepas], Ya!! Memang lega!! Dan make sense lah semua tindak-tanduk celaka mereka selama ini. Aku bersyukur setakat ini rancangan jahat mereka di ketahui terlebih dahulu sebelum mereka memulakan tambahan lagi mereka juga tidak tahu yang aku telah tahu perbuatan rancangan jahat celaka mereka itu padaku. Bukan kerna tak mahu kawen, tapi jika dengan cara ini, di perangkap, di tangkap basah, korang nak ke pembaca blogku? Tentu saja yang waras membaca faham blog ini lagi hebat jawapan kalian kan? Okay lah....Korang buatlah rumusan sendiri k. Nanti siap, hantar pada cikgu dan doakan dapat markah penuh dalam Sains. Habis cerita.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers