I Like it!!!

Saturday, July 10, 2010

Aktiviti Ku Hari Ini Yang Memuaskan Hati


Aduh...mengantuknyer.... Pulang nya aku ni tadi dari Terminal 1. Sekarang aku di rumah sepupuku. Sepupuku pulak takder kat umah. Nevermind. Dorang kan busy. Bisnes dan urusan masing-masing. Nasib baik ada anak-anaknya di rumah dan Pak Cik ku (Bapa Lizz) di sini. Oh ya, nah, arini bejalan sakan ku seorang diri. Hehe.. Aku mencontohi Shill kawanku yang mana kalau dia nak buat sesuatu yang dia suka tu, tak semestinya perlu ajak kawan or tunggu kawan. So, aku pun tanpa memikirkan komitmen yang lain, aku bangkit pagi tadi dari tidur lalu bersiap ke Maju Junction. Di Maju Junction pula, aku menunaikan wang pos ku. Lalu aku yang gila facebook pula tak dapat tak online sepanjang perjalanan ku. So, aku pun online menggunakan sim card broadband ku ke dalam hanpon kecayangan ku Nokia 3120Classic.

Aku namakan pulak arini DeeDee Destinasi Bajet. Kunun. Hehe.. Yalah, aku sudah kira boleh menjimatkan wang dalam soal shopping di Kuala Lumpur. Alhamdulillah. Terutama shopping barang keperluan dan hadiah-hadiah tau. Eheh... Orait, selepas selesai sahaja urusanku di pejabat Pos, aku berjalan kaki menuju ke LRT Monorail. Sesak jugak ari sabtu. Yelah, orang tak kejer... Hehe...Yang muda-mudi remaja plak jalan-jalan sekitar Bukit Bintang, Times Square dan sewaktu dengannya. So, aku pun menuju ke Stesen Hang Tuah. Dimaklumkan stesen bas perjalanan ke KL-Seremban dah berubah. Dahulu biasanya di Pasar Seni. Yupp..ada renovation kat Pasar Seni tu...

Setelah mendapatkan bas menuju ke Seremban, aku rehat dalam bas dan sambil mendengar lagu Techno dan lagu-lagu Alternative, RnB dan variety of songs lagi sambil ku memandang keindahan alam yang Allah ciptakan. Baru 2 bulan aku tak balik Seremban, memang ada perubahan walaupun sedikit.. Akhirnya, sampai sahaja aku di Terminal 1, aku pun meneruskan jalan-jalanku. Aku berasa lapar, aku beli Kit Kat setibanya di dalam Terminal 1. Memang cukup mengalaskan rasa laparku. Mencari KFC dan McD dan di jumpai penuh, so aku memilih keputusan window shopping sambil makan Kit Kat (amalan makan sambil berjalan tidak bagus okay). Saja melintas di food court, ada cineplax, melihat terlebih dahulu Movie ape yang best. Antaranya, Zoo, Despicable Me, Twilight, Predators dan 9 Temple Ghost ker tak silap...Aku memilih Movie di luar jangkaan ku sendiri dan musim sepatutnya. Sekarang musim Twilight, tapi aku pilih Predators. Well, full of satisfaction. Dihidang lagi trailer-trailer movie yang akan datang. Memang puas ati tengok Trailer Avatar, Ong Bak 3 dan Angelina Jolies punyer movie aku tak ingat tajuk.. Ke 3-3 movie tu mesti tengok. Seronok!!! Terutama Avatar!! Bukan Avatar Biru tuh...Crita Kartun Avata The Last Airbender tu...haaaaaa... Yang tu lah....memang puas ati..Terbaeeeekkkk!!! InsyaAllah... Tonton lah bersamaku... Taknak sudah...

Balik dari Movie aku terus ke kawasan perumahan Sepupuku di College Height. Ow yah...mengantuk la pulak time nih... Baru pukul 7pm..haishhh.. Tidur kejap jer okay..XOXO...yada yada...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers