I Like it!!!

Wednesday, July 14, 2010

Tukar Number Handphone?

Ingat tak DeeDee baru-baru ni posting blog tentang fitnah terhadap DeeDee? Orait...baru teringat yang Sepupu DeeDee tu cakap suruh DeeDee tukar jer number hanpon DeeDee supaya tak bercontact lagi dengan Nana. Hehe.. semudah itu ker korang nak tukar number setelah berkurun lamanya korang pakai dan setia dengan number korang, gara-gara fitnah ni jer aku kena tukar nombor? Haisssshhh... (-_-').. Agak-agak lah yer.. Dan, jika aku plak yang tukar number, macam aku lah pulak yang bersalah dan takut. Wei.. kalau tak salah, buat ape tukar number? Menyusahkan diri sendiri jer kan.. Tambahan lagi, number aku tu dah kira number rasmi. Macam-macam tujuan rasmi lah macam tempahan tiket kapal terbang lah, bank, perniagaan, teman tapi mesra, keluarga, tempahan, long distance relationship, insurance, database, dan macam-macam lagi number handphone ku itu telah ku gunakan. Tiba-tiba mahu di padam?, di buang? di ganti dan di tukar number baru lagi... Bukan senang kan... Jadi, seharian aku memikirkan tadi untuk menukar atau tidak... akhirnya, aku punyai kata putus.

Aku cheating!.. I have too.. Menipu! M E N I P U... Adoi yai nahhh... macamana? Ketika saja mesej si Nana sampai, aku seringkali bertanya siapa? Hinggakan si Nana bengang. Di pendekkan crita, aku katakan padanya namaku *&&%&(#&, dan aku adalah cewek DeeDee. Hehe.. Tau apa yang bisa terjadi selepas itu? Penipuan ku berjaya menCUAKkan si Nana. Si Nana macam lipas menaip sms berkata dia dan aku tiada punyai apa-apa hubungan lantas memuji ku orang yang baik-baik aja. Lega sebenarnya hatiku dia termakan penipuan ku. [It is not something I should proud with]. Apapun, di pendekkan crita lagi, sampai malam ini pun dia masih mengatakan dia hanya sebentar sahaja berkenalan denganku. Mati-mati lah dia percaya tu aku bukanlah aku.

Di sini, aku akan menerangkan pada kalian. Cara guna tipu. Aku orang yang jujur dan lurus serta berani kerana benar. [Bukan memuji diriku sendiri, kenyataan benar ya kalian]. Namun, menipu adakalanya aku terpaksa gunakan. Menipu untuk apa? Menipu untuk kebaikan. Bukan menyalahgunakan penipuan. Jika kita terlalu telus, pasti kita juga akan goyah. Oleh itu, tipu kalau ku katakan kita semua orang-orang yang jujur benar! Tanpa menipu, strategi peperangan orang baik bagaimana skalipun pasti akan kalah dalam apa jua pertarungan. Dalam bahasa inggerisnya pula trick. Helah la kunun ba... Jadi, permainan kita pun kalau tiada helah tiada lah juga keseronokan kan. Begitulah. Janganlah guna menipu untuk seronok pulak dalam dunia nyata. Gunakan sebaik-baiknya. Menipu sekejap saja. Kalau lama-lama nanti mencuri pulak. Orang kuat menipu lama-lama jadi penjahat pulak.. Ehehe.. apapun, kalian semua tentu lebih mahir dariku menggunakan penipuan. Orait lah.. Sampai sini saja. Ehhee.. Takde kena-mengena eh dengan Lady Gaga. XOXO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers