I Like it!!!

Tuesday, March 1, 2011

Of all the things you wear, your expression is the most important.

Goodbye February, welcome March. How are you? DeeDee fine. Alhamdulillah. Cuma pagi tadi kena serangan pening akibat di timpa hujan rintis tiba-tiba sepanjang perjalanan ke opis :)
Dah mamam panadol. Ok dah. Sesampainya saja di opis sudah blur tengok apa tarikh hari ni sebab lepas 28 Februari, mana juga number 29 ni dalam kalendar aku? Ada 3 kalendar di mejaku [tamak tak?]. Orang tamak kan selalu untung? :P
Rupa-rupanya, memang sudah terlanjur memasuki bulan March yang selama ini telah ku nanti-nantikan kerana akan tibanya pelbagai perancangan yang telah ku tulis dan sediakan dalam diari besar di atas mejaku. Semua orang boleh baca diari tu sebab banyak melibatkan kerja-kerja yang dilakukan seharian. Dalam tu juga terdapat makluman untuk aktiviti dan peringatan yang akan aku lakukan pada bulan ini dan bulan mendatang. Excited but please jangan Excited sangat Dee... Hanya mampu tersenyum dan act like you cool saja... Okay? Araso?

Bulan March ni juga patutnya aku study. Tapi, rancangan dan fikiran ku terganggu dengan perancangan yang telah banyak ku aturkan pada bulan March ni, so, pelajaranku bertukar menjadi bacaan ringan saja-saja. Ada exam sebenarnya this April. Biasanya, banyak benda yang aku suka buat masa study ni. Hehe... Tak semua dapat terima cara aku study. Kalau orang tengok pun, macam aku tak study. Tapi, lain orang lainlah ragamnya. Jangan terlalu stress bila study. Yang penting, lebih baik faham daripada menghafal entah apa-apa. Semalam aku ada baca 10 minit saja nota curik-curik time kat opis. Itupun aku tak faham, tanya-tanya dengan Kak Bayam yang menguasai ilmu tuu, terdengar pulak Big Boss aku. Big Boss siap guide suruh aku ambil saja buku berkenaan di bilik mesyuarat. Wahh... terharu, macam dapat semangat baru saja bila Big Boss siap suruh aku dapatkan sumber. Wink wink~ Tapi, enough setakat yang ku baca semalam sebab aku begitu banyak kerja perlu disiapkan pada bulan ni. Bagi pekerja lain mungkin tak perlu rush sebab dalam 39 orang staff tu, aku sorang saja yang akan exam this April. Tapi, aku pun tak menduga exam April.

Bulan ni pulak adalah bulan, Impianku bakal tercapai (TX9 tuu), Pulang ke Miri, Sarawak, bulan menanggung kerja lagi dan terbaru, tu lar, nak Exam, bulan study. Bagaimanapun... Setelah berbulan-bulan menunggu, aku akan laksanakan Impianku terlebih dahulu. Bajet dah dekat nak capai ni. Settle Impian tuu, siapkan kerja di pejabat pulak. Big Boss dah remind aku bulan Januari tu, janji kerja siap awal, dapat apply cuti tu tanpa ada masalah. Tiket flight kan dah beli awal Januari tuu, sebab tuu aku mesti manfaat sebaiknya bulan March ni untuk merealisasikan apa saja yang telahku rancang. InsyaAllah. Bulan ni jugak kalau dah tolak dengan 27 hari waktu aku bekerja dengan cuti yang bakal aku pohon, aku ada masa 19 hari waktu bekerja saja untuk menyiapkan kerja-kerjaku dan kerja-kerja arwah Kak Nana yang ku tanggung. So, macam singkat, walau apa pun, aja-aja! Fighting!!!

Itu semua bukan alasan! Sabtu dan Ahad aku akan sanggup datang! Big Boss tentu faham sebab kerja jugak tuu mesti clear sebelum cuti. Lagipun, kalau buat sabtu dan ahad, tiada sesiapa yang mengganggu ku fokus buat kerja. Siap aku boleyyy banging kepala ba! Pasang lagu nyaring-nyaring dalam bilik opis tuu buat kerja. Di jamin Halal. Tiada orang lain yang mendengar tuu sebab tutup pintu. Bbasya!!! Aja-aja!!! Hihihiiii... Sekarang, fikir nak bawak apa gak balik Miri, untuk parents, keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan yang sentiasa bising merindui... Betul kenyataan Kak Bayam pagi tadi sambil-sambil aku tulis diari dan buat kerja, "DeeDee kepala dah asyik teringat nak balik kampung saja kan? Hehehe..." Haha... Rasanya ada tertulis di Dahiku ni. Yalah... lama juga aku tidak pulang ni. Rindu. Kali terakhir pulang pun, raya 2010 tuu. Mak dan Ayah pulak, tipu kalau call aku time kerja atau ku di rumah tuu, saja-saja tanya hal lain, padahal, rindu ah tuu... Ni kes rindu lah ni. Macam ni macamana lar aku mau study kan? Jasad di Kuala Lumpur, fikiran di Miri sudah. [Hanya yang faham saja faham] Mun paham bisai~

Permulaan 1hb March ni pulak, DeeDee, macam biasa larrr... suka mencari warna-warni kehidupan dan keceriaan bahan bacaan terutamanya magazine! Dah alang-alang lalu kat tempat member awal-awal pagi tadi, terpampang magazine bermacam-macam di mejanya. Sempat membaca info berguna. Tertarik maklumatnya yang sejak dari dahulu seringkali diperkatakan. Buat DeeDee tertarik tu dengan info ni bukan apa, selalu nampak nyata-nyata. Pasal buah delima. Kalau DeeDee jalan-jalan di sekitar Masjid India tu area Mydin, ada ternampak orang jual buah delima ni di kaki lima siap tolong bukakkan jugak kalau nak. Kelihatan enak dan fresh! Terliur sebab belum try. InsyaAllah, in this week DeeDee nak try. Oleh itu, DeeDee akan share it today yang telah DeeDee highlightkan daripada Majalah Intrend Bulan Januari 2011 di lembaran Kecantikan Puri Petua Asli teks oleh Huda Hussain di muka surat 64 & 65. Tajuk Azimat Buah Delima Baik untuk kesihatan dan kaya dengan khasiatnya yang bermanfaat untuk kecantikan.

... Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi Surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud, Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima." Allah menyebut kalimah rumman yakni buah delima sebanyak tiga kali untuk membuktikan betapa hebat penciptaan-Nya dan ia juga disebut sebagai buah syurga.
Pada zaman Nabi Musa A.S, buah delima yang berkualiti ditanam di Palestin dan Lebanon. Manakala di Timur tengah, buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan dalam kalangan masyarakatnya.

Dalam agama Kristian pula, buah delima diangkat sebagai simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal. Berlainan pula bagi agama Buddha, buah delima dipercayai sebagai buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China, masyarakatnya menganggap buah delima sebagai satu simbol kesuburan, rezeki, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Walau apa jua kepercayaan yang diangkat oleh segelintir penganut dan masyarakat, ia jelas membuktikan bahawa buah delima membawa manfaat yang besar lagi bermakna daripada perspektif kesihatan dan kecantikan.

Pokok delima ataupun nama saintifiknya punica granatum adalah sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok delima berasal dari Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean sejak zaman purba. Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika. Kini ia ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus. Minuman ini mengandungi lebih banyak antioksidan. Faktanya, kandungan antioksidan dalam jus delima adalah tiga kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan teh hijau.

Buah delima juga kaya dengan antioksidan seperti polyphenols, tannin dan anthocyanin. Berdasarkan penelitian yang dijalankan oleh pakar kesihatan, menunjukkan bahawa pesakit yang mengambil jus delima setiap hari dapat mengurangkan kadar kolesterol berlebihan dalam tubuh, memperoleh Vitamin C lebih banyak serta membaiki sistem pengaliran darah ke jantung. Dalam masa sama, ia membuktikan, jus delima juga berkesan untuk memelihara kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Selain itu, amalan meminum jus delima juga dapat mencegah dan memperlambatkan efek penyakit Alzheimer, menurunkan tekanan darah, mencegah kerosakan tulang rawan serta menjaga kesihatan gigi. Kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai elemen penting dalam pembentukan sel darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Di samping itu, buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya selain membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk.

Selain perspektif kesihatan, buah delima juga mempunyai khasiat tersendiri malah ia turut digunakan sebagai kajian untuk menghasilkan produk kecantikan. Daripada sudut kesihatan dan kecantikan, buah delima diperakui sebagai antara jenis buah yang kaya dengan khasiat antioksidan. Malah, umum mengetahui antioksidan berupaya melambatkan proses penuaan, menegangkan kulit dan mengelakkan kedutan pada wajah. Kandungan gula didalamnya pula mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya, kulit akan kelihatan segar dan awet muda.

Rahsia Cantik Buah Delima
Tubuh Lebih Langsing :
Ambil isi buah delima dan masukkan ke dalam segelas air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Kacau sampai rata dan amalkan meminum air ini setiap pagi selepas sarapan. Amalkan petua ini secara berterusan dan insya-Allah tubuh kamu beransur langsing.







Kulit Lebih Tegang :
Gaulkan 1/2 cawan biji delima dengan 1/2 cawan gula putih. Masukkan juga camca besar minyak zaitun dan dua titik pati minyak lavender di dalam mangkuk kecil. Tekan bahan-bahan tersebut menggunakan bahagian belakang camca. Kemudian, campurkan minyak dan kacau rata. Biji-biji delima akan mengeluarkan haruman segar apabila dihancurkan. Kamu juga boleh menambahkan pati minyak haruman untuk membangkitkan aura tersendiri. Urut bahan skrub tadi pada kulit perlahan-lahan. Hasilnya, kulit tubuh kamu lebih tegang dan kedutan beransur hilang. Selamat mencuba!

Tahukah Kamu?
  • Buah delima digelar sebagai buah diraja.
  • Berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India.
  • Di Perancis, ia dikenali sebagai epal yang berbiji.
  • Mempunyai hayat pokok yang panjang dan boleh hidup hingga 200 tahun.
  • Bagi kaum Cina, buah delima dianggap sebagai lambang kesuburan dan panjang usia.
  • Berbuah selepas setahun hingga tiga tahun ditanam.
  • Dalam kaedah rawatan tradisional, buah delima diproses menjadi jamu untuk mengubati masalah sakit perut.
  • Buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya mempunyai rasa yang amat pahit.
  • Lapisan yang membahagi ruang antara biji buah delima bertujuan memelihara buahnya manakala seluruh biji buah dilitupi dengan kulit yang keras untuk melindunginya daripada hama.

Khasiat Buah Delima

Kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niasin, Vitamin C, kalsium dan fosforus.

Mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengubati penyakit jantung dan barah.

Dalam rawatan Homeopati, delima digunakan untuk mengubati cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan masalah penghadaman kurang lawas.

Kulit buah delima digunakan untuk mengubati masalah cirit-birit yang kronik, buasir berdarah, muntah darah, batuk darah, pendarahan rahim dan radang telinga.

Bertindak sebagai penawar bagi merawat tekanan darah tinggi dan arteritis.

Menguatkan jantung dan membantu fungsi saraf dan otot.

Bagi kucing pula, buah delima merupakan makanan asas baginya. Eh, ini tiada ya. Part ni tiada. Kucing tak makan buah delima. Hehe... Kekadang tu, mungkin magazine di depan mata, tapi tak semua membaca kandungan keseluruhannya. Ada yang terlepas pandang ka. Hehe... DeeDee just share bukan untuk korang jer, untuk peringatan pada diri DeeDee sendiri juga. Okaylah, setakat ini hari ni, see you when I see you~



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers