I Like it!!!

Sunday, February 27, 2011

Jangan Cerita Keburukan Orang

Salam salam seribu kali salam persahabatan buat anda semua pembaca blogku. DeeDee hari ini akan berkongsi bahan bacaan terbaru lagi. Walaupun pendek, tetapi cukup padat dan memuaskan hati DeeDee ketika terbaca tentangnya di akhbar Harian Metro hari ni bertarikh 27 Februari 2011. Jika sesiapa di kalangan anda masih lagi mempunyai surat khabar Harian Metro untuk hari ini, buka muka surat D20 lembaran Ekspresi. Anda Musykil : Dr. Mashitah jawab [Pengelola Mimbar Metro Ahad, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. E-mel mimbar@hmetro.com.my]. Dalam banyak-banyak soalan yang telah dijawab Dr. Mashitah, DeeDee tertarik dengan jawapan untuk soalan berkenaan Jangan Cerita Keburukan Orang. Anda ingin tahu? Mari DeeDee kongsikan bersama :)

Soalan:
Apakah hukumnya menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain sehingga mengundang kebencian orang selepas mengetahui keburukannya? Apabila seseorang menceritakan keburukan orang kepada kita, apakah cara terbaik menanganinya walaupun hakikatnya cerita yang dibawanya adalah benar?
SYAFIQ
Seremban

Jawapan:
Menceritakan keburukan orang lain adalah berdosa, walaupun ia benar, kerana dianggap sebagai mengata. Jika tidak benar, ia adalah fitnah. Menceritakan keburukan orang lain tidak mendatangkan kebaikan, sebaliknya menimbulkan perkara negatif saja.
Hanya ada satu keadaan dibolehkan menceritakan keburukan orang iaitu demi kebaikan dirinya seperti dimaklumkan pada orang tertentu untuk dinasihati atau membela diri daripada dizalimi.

Setakat itu bahan bacaan DeeDee hari ni yang DeeDee highlightkan. Renung-renungkanlah bersama :)







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers