I Like it!!!

Saturday, February 26, 2011

Makan Sebelum Lapar, Berhenti Sebelum Kenyang

Apa khabar? Mabuhay? Suasdei? Chao Mung Ban~ Sabai Dee? Mingalaba~ to all pembaca Blog!!! Hohohoho... Hari ni Sabtu dan gumbiranya bila tak duty and kerja hari nih... Huhuhuhuhu... Semalam konon nak tengok wayang tapi rasa tak jadik sebab lately di K-eL ni selalu saja hujan sampaikan banjir jalan raya di Bandar... Hanyut sampah dan kenderaan pun tak bleh lalu~ Jalan kaki tuu, nasib-nasiblah kalau ada pakai selipar Jepun ka, Crocs ka. Tu lah semalam malas nak gi tengok wayang. Pakai baju kerja jak pun tak selesa nak gi tonton wayang kat KLCC tuu... Rimas... hahax... Kalau nak tengok wayang pun, nak tonton Movie : I Am Number Four yang telah begitu sebulan kot menanti... atau 2 ka 3 bulan dah ku tunggu... best tuu... Ada power-power ah macam tuu. Hehehe... Mungkin esok saja lah... Tengok keadaan.

Bangun lewat pagi ni... selesanya berguling-guling tiada siapa di bilik. Hahaha... Memang perasan gak mula-mula wake-up kejap pagi tadi tengok macam housemate-housemate sedang bergelumang menukar pakaian nak keluar rumah. Biasanya dorang-dorang housemate nih pergi kerja sabtu macam nih. Boleh claim OT or Off tuu... Aku bersyukur dapat rehat minggu ni. Kadang tuu, tipu kalau setiap minggu rehat. Kadangkan kerja. 2 hari ni aku sibuk membalut hadiah seorang diri. Aku suka balut hadiah kan? Hehehe... Memandangkan kerja-kerja hakiki ku dah siap, sebab tu aku offer dirik aku pulak tolong balutkan hadiah untuk kesemua 39 staff di pejabat aku. Dulu staff mencecah 42. Ada yang telah berpindah, berhenti dan meninggal. Tinggal lah beberapa orang ni saja. Dalam 39 tu aku berjaya balut 34 saja. Aku sangka lah hadiah-hadiah tuu ada yang di curik ka. Rupa-rupanya memang 34 saja aku balut sebab tak cukup stok. Haha... Hadiah apa tu Dee? Untuk Majlis apa?

Hehe... Aku balut hadiah-hadiah tu untuk Majlis Hari Jadi staff di opis ni untuk setahun. Dalam setahun, kami akan celebrate 3-4 kali hari jadi. Contohnya, ada di antara staff hari lahir dari Januari hingga Mac or April, pada bulan April or Mac tu kita buat larrr mesyuarat berkenaan kerja. Selesai mesyuarat tuu, mesti ada jamuan. Jamuan tuu lah kita sekali harung atau Lamsam celebrate birthday staff-staff tu untuk 3-4 bulan tuu... Hehe... pastinya ada Cake!!! Harusssss ada 2 Bijik kek besar tuuu samada dari Secret Recipe atau Coffee Bean (tertakluk kepada bajet). Masa tuu larrrr semua senyum lebar ada Kek, Hadiah kepada giliran yang akan dapat, makan-makan (sebab tuu lar aku ni dah tak cekeding)... dan Jurugambar!!! (Selalunya aku lah jugak yang kena jadik jurugambar sebab aku simpan Kamera opis) Hehehe... Tu larrr reason aku suka balut hadiah ni jugak... Satu lagi, orang lain belum siap buat kerja, jadi apa salahnya aku yang balutkan. Kalau aku tak balut pun, siapa lagi... Hehe... seronok!!!

Bila aku tengah balut hadiah tuu, aku teringat akan seseorang. Seseorang tu yang telah ku anggap kakak dan juga teman, rakan setugasku yang dulu juga teman bergelak ketawa semasa suka dan duka. Ketiadaannya benar-benar membuatkan hatiku tabah dan sentiasa membuatkan aku sentiasa dalam keadaan bersedia dalam apa jua keadaan. Arwah Kak Nana. Antara kenangan yang berkaitan hadiah antara aku dan Kak Nana ialah, hadiah yang kami balut, hadiah tuu jugak milik kami berdua. Lucu masa tuu. Pada mulanya, bukan main lagi Kak Nana pulang dari shopping waktu kerja atas arahan Bos jugak belikan hadiah untuk pertandingan Pakaian Tercantik di Pejabat ketika Hari Raya AidilFitri. Selepas Kak Nana bawak semua barang yang telah di beli, hatiku yang meronta-ronta nak join Kak Nana balut Hamper tuu tak tertahan. Aku bagitau jugak bakat tu. Dulu aku pernah bantu pekerja-pekerja balut Hamper sempena Krismas di Shopping Complexx. Sebab tu ada pengalaman. Bertungkus-lumus aku dan Kak Nana masa tuu balut hadiah yang hanya ada 2 Hamper saja kategori lelaki dan perempuan.

Majlis sambutan hari raya telah diadakan di pejabat. Selesai Majlis, kata putus telah di buat antara juri-juri hakim yang tersembunyi di kalangan staff pejabat termasuk Bos sebagai juri. Aku pulak masa tuu kira tahun pertama kalinya aku masuk kerja dan tak tahu menahu tentang pertandingan dan majlis sambutan punn...

Beberapa minggu kemudian, mesyuarat di jalankan. Di akhir mesyuarat sebagai penutup mesyuarat. Keputusan pertandingan Pakaian Lelaki dan Perempuan tercantik pada Majlis Sambutan Hari Raya tuu telah ada.

Serius. Aku dan Kak Nana terperanjat. Terperanjat akan keputusan tuu. Nama kami dua disebut sebagai pemenang Pakaian Lelaki dan Perempuan Hari Raya AidilFitri yang tercantik. Haha... Kami dapat semula pulak hamper tuu yang kami balut sendiri. Hahaha... Kenangan manisku bersama arwah berkenaan dengan hadiah ni. Sebab tu sekarang, aku membalut hadiah seorang diri, dan tersenyum mengenangkan kenangan-kenangan indah bersamanya. Telahku balut dengan seikhlas-ikhlas hatiku hadiah-hadiah Staff kali ni dengan teknik-teknik lipatan yang berbeza pada setiap satu kotak. Ilham dan kekreatifan itu datang apabila kita buat sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh. Seseorang atau sesuatu yang bermakna akan menjadi sumber inspirasi. Ini adalah rahsia yang tidak ku ceritakan pada teman-teman sepejabat tapi aku kongsikan pada kalian pembaca blogku. Nasib-nasiblah kalau ada di kalangan pembaca-pembaca blogku ni adalah terdiri daripada rakan-rakan sepejabat. Kalau tahu, senyum saja ya. Yang tahu saja yang faham :)

Until here, GBU all. Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers