I Like it!!!

Sunday, February 20, 2011

What's Up K-Pop? Hehehe... Kepoh

Assalammualaikum cowok cewek sekalian!!! Yippa Yippi HipHipHoorayyy!!! Huhuhuhuhu... Macam biasa, apa khabar sekalian? Harap khabarannya baik-baik aja ya? Bukan, bukan. Erm, mintak-mintak semuanya baik-baik dan sihat-sihat ceria aja ya! Wuhuuuu... yaaaaa... DeeDee!!! Halo-halo... Aiyaaa DeeDee... mana kamu??? Kalau kirakan tarikh dan entri pada bulan Februari ni nampaknya sedikit sekali ya kamu Blogging DeeDee? Kenapa? Apahal? Apa kamu buat? Ke mana? Di mana? Dengan siapa? Apa cerita? Ada cerita? Boleh share ka? Boleh? Boleh? Boleh? Hehehe... Ya ya ya ya... okay okay... aku mau blogging lah ni. Rindu rasanya menaip nih. Alhamdulillah, walaupun sepanjang begitu lama aku tidak menaip dan blogging, aku selalu pantau dan updated diri sendiri saja. Haha... Maksud? Erm, bukanlah maknanya aku tak blogging begitu lama ni sebab tak nak share or mati akal sudah, cuma Excited! Wah wah wah wah... Excited???!!!!

Excited apa pasal pulak ni Dee???!!! Hehe... Excited bah! Happy ba. Ada paham ka? Hihi... orait-orait... mana mau mula? Erm, terbaru lah ya? Ermmmmm... Semalam. Semalam aku nak tak nak, pergi gak datang opis. Tolong bukakkan pintu untuk si John! Haha... Gatal ko John. Aku sabtu mau rehat boleh ko suruh aku datang kan? Heheh... Tak per... nasib baik ko pandai pujuk hati aku kan? Siap belanja aku makan Sushi di KLCC semalam. Alhamdulillah. Kenyang. Halal! Cukup kenyang hingga ke petang! Hoho... Bento bento bento... Saranghae! Nyum-nyum. Selepas makan tuu, aku tak demand apa-apa lah dengan John. Tapi, aku dan John macam ada sesuatu saja mo cakap. Haha... Apa tu? Duit collection terbaru kami dua John dah cukup! Kami panggil 'Duit Kutu Wayang'. Haha... member-member seopis aku asyik gelakkan kita dua John jer kalau sebut Kutu Wayang nih. Haha... Saja bagi gelaran tuu sebab tiada maksud atau niat buruk lain selain daripada menyimpan daripada membiarkan aku dan John membazir duit macam selalu tengok wayang tanpa pikir lalu mensengkekkan diri sendiri di hujung bulan. Haha... kaki wayang pun, kaki wayang lah jugak kan? Tapi, biarlah jadi kaki wayang yang bijak! huhuh...

Apa lagi? Selesai saja aku makan yang di belanja John tuu, pura-pura dalam perahu pulak aku tanya apa plan seterusnya. [Lupa nak cakap, John belanja aku nih sebab bantu dia bukak opis tuu sebab barang dia tertinggal dalam opis]. John pulak macam selamba cakap, tak de. Hoho... Aku dengan rasa tak sabarnya mengajaknya menggunakan duit Kutu Wayang tuu dah berminggu tak pakai-pakai lagi untuk tonton wayang. Hek eleh, tengok muka John dah tau, setuju lah tuu!!! Haha... [sebenarnya, dah berminggu-minggu dah John asyik tanya bila nak guna duit tu tonton wayang? Aku jer tak nak dulu sebab keadaan kesihatan John pada masa tuu pun batuk. Tambahan lagi, aku pulang kerja saja, ada saja lah Korean Series dalam Hard drive aku ni nak kena marathon]. Di pendekkan cerita, dah pilih cerita The Mechanic lakonan si Jason Statham, Ben Foster & Tony Goldwyn. Kalau ada sesiapa nak menonton tuu, silakan. Itupun kalau sukakan filem aksi :) Next week mula semula lagi duit kutu wayang nih sampai cukup seperti harga tiket baru berhenti collect. Macamana mainnya Dee? Sehari, mesti simpan Rm1. Sampai suatu tahap, stop! Huhu... Tanpa sedar, duit yang kita simpan tu, time sengkek-sengkek pun boleh tonton wayang. Hahaha... Ada saja lah yang ketawakan. Tapi, ketawa lah puas-puas, tiap bulan memang dapat tonton wayang. Haha... Aku gelak, orang pun gelak... Okeh dokes... Oh, ada lagi. Ada sesuatu yang aku nak cakap, aku kecewa, entahlah. Nak cakap gembira pun entahlah. Masa lepas beli tiket wayang sama John tuu, sementara nak tunggu masa wayang dimulakan, aku ajak John round-round kedai Sony tuu. Kononnya nak menjenguk lar kamera impian aku.

Ingat lagi tak? Ada aku blogging pasal kamera impian aku tu kan? Sebenarnya, dalam diam-diam aku sekarang, bulan March ni cukuplah sudah duit yang ku tengah gumpul untuk beli kamera tu. Tiba-tiba semalam, amoi cantik tuu explain, kamera tuu tengah promosi sekarang. Next week habis lah promotion. Tak kisah pun aku pasal promotion tuu habis. Yang aku kisah tuu, harga kamera digital impian aku tuu akan melambung naik pulak next week selepas habis promotion. Hurmmm... Sedikit hampa. Tapi, tak di bawakan sangat lah. Hehe... Aku pun dah ada back up plan yang lain. So, apa-apa pun, sabar dan tabah hingga waktu yang bakal tiba March nanti. Siapa tahu kalau aku berjaya jumpa harga yang sama atau lagi murah dari yang dijangkakan. InsyaAllah. Okeh... Tadi. Tadi member datang. CC (bukan nama sebenar) rakan setugas Boy di Mahkamah. Hehe... bukan sama kerjaku, tapi, faham-faham saja, aku kan suka berkawan. Kawan dari tempat lain pun aku balun saja kawan. CC datang pun Boy tak tahu. Haha... Boy pulak takda kat rumah tadi. CC cakap, aku semakin kurus. Haha...

Yeker??? Alhamdulillah kalau betul aku makin kurus. Haha... tapi, serius aku cakap, takder pun aku diet. Nak sedapkan hati ah, mungkin itu cuma pandangannya saja sebab lama dah tak jumpa aku since last year kan. Hehe... Ya, lama tak jumpa CC. Takder Boy pun takper dak? Aku pun kawan CC. Hehe... Oh ya, apa tujuan CC datang??? Hehe... CC datang rupanya nak mintak cerita Korea dari aku. Hahaha... Oww Yesss!!! Tak sia-sia update kat Facebook pasal Korean series yang aku sibuk tonton lately. Alhamdulillah. Ada yang prihatin. [Amboi Dee, ko rasa tak der orang prihatin ker? Kecian nyaaa... adala...!!! Acah jak] Ya... Ya... cerita apa CC??? CC tak kisah pun cerita apa yang DeeDee ada. Dia nak jerrr mana-mana yang DeeDee ada. Bagus. Good Boy CC. Macam tuu arr, tak memilih. I like!!! Hehehe... so, aku bagi kat CC cerita yang paling favourite aku tonton dari mula-mula 1st series Korea yang aku pernah tonton sampai habis! Full House & My Girl... Seems like CC happy for it! Greattt! Anda Happy saya pun Happy. Siap CC bawakkan 'Jajan' (makanan ringan dan snek) dan minuman untuk aku! Wahhh, thanks CC... Baiknya awak belanja! Hehe... kita tak mintak, orang bagi, terharunya... [sentimentalnya kamu Dee, perasan]. Walaupun begitu, CC tetap nak tonton Korean series yang paling-paling dia nak tonton. Cerita Stairway to Heaven. Sorry CC, DeeDee takder cerita tuu, tapi jangan risau, DeeDee akan tanya-tanyakan member-member DeeDee yang lain ada simpan koleksi tuu okay? InsyaAllah ada tuu. Hehe... buat masa sekarang, CC tonton lah dulu siri yang DeeDee bagi tuu. Best gak tuu :)

Sebut pasal Korean Series nih, bukan CC jer yang tengah demam Korean series nih. Banyak member-member aku yang tengah demam cerita Korea gak. Terutamalah yang dekat dengan aku lagilah senang nak mintak cerita dari koleksi yang aku ada ni semakin bertambah. Siapa yang dekat? Member seopis! Hahahaha... Alhamdulillah... Taklah rasa kesunyian sorang diri jewww menonton cerita Korea yang orang lain dah lama tengok. Dah lama tengok? Maksud? Orang dah tonton cerita yang aku tonton tuu 5-6 tahun lepas, aku baru nak tengok. Hahahaha... Okeh-okeh... walaupun begitu, sokongan dan cadangan dari rakan-rakan dan fanclub Korea lain tetap bagi dan guide kat aku apa yang patut aku tonton. Oh you guys, I really appreciate it. Beta amat menghargai cadangan dan sokongan-sokongan kalian suruh aku tonton cerita apa. Dalam pada masa yang sama, aku pulak tak lah terlalu bawakan diri tamak collect semua cerita. Mana yang ada tuu, aku tonton. Thanks ya rakan-rakan sepejabat, kursus, member-member dan rakan-rakan Mirianku. Kalian semua aku sayang :) Saranghae yo~ Arachi?

Jika benar ko ada ikuti Dee, cerita apa yang sudah ko tonton setakat ni? Hehe... after tonton Full House, My Girl, aku ada tonton Boys Over Flowers atau tajuk lainnya Flowers For Men. Memang seronok tonton cerita tuu. Mengisahkan tentang seorang gadis comel bernama Geum Jan Di dan sekumpulan Senior sekolah kaya kumpulan F4. Terdapat 4 orang dalam Kumpulan tuu. Dua daripadanya mempunyai rasa suka pada Geum Jan Di. Semakin lama menontonnya, semakin menarik. Sebenarnya, selain daripada jalan ceritanya, lagu-lagu OST nya yang sebenarnya yang menarik dan sedap di dengar! [macam makananlah pulak!] Hehe... Lagu-lagunya mempunyai makna-makna yang mendalam. Banyak tau OST nya!!! Best-best pulak tuu. Apa lagi, tak melepaskan peluang lah mendownload dan mendedikasikan lagu pada rakan-rakan dan membluetooth kat member-member sepejabat yang kegianan. [Adeh, lupa gak, sorang housemate aku nih pun layan cerita Korea yang aku bagik kat laptopnya. Yeay!!!! Siapa Dee? Hehehehe... Ami]...

Apa sebenarnya yang ada pada cerita Korea yang kau tonton Dee? Sebenarnya, yang aku suka tuu, konsep dan koreografi sesebuah cerita tu yang menarik perhatianku. Dari segi? Cinta. Kebanyakan dari kita jemu dan muak rasa nak menonton cerita cinta dan membaca novel. Anggere? I mean, kebanyakan cerita selalunya menangis lebih lah macam hindustan ker, atau sesuatu yang kita dapat jangka dan duga. Berbeza dengan siri-siri Korea yang terpilih aku pilih untuk tonton ni, kebanyakan aspek jalan ceritanya bercanggah dari apa yang di duga. Haha... Lebih sharp, lucu, kejadian sebenar berlaku dalam kehidupan seharian, budaya yang di luar jangkaan kita, tidak sepertimana Telenovela Spanish yang terlalu panjang, tetapi cerita-ceritanya cukup singkat dan pendek sehinggakan membuatkan kita dahagakan untuk menontonnya lagi padahal episode itu telah berakhir dengan Happy Ending, iaitu, cinta yang dinafikan akhirnya menjadi Cinta yang di damba-dambakan peminat. Hehe... [Dee, komen lebih ni dapat diskaun ker?]

Hahahaha... setuju tak setuju korang dengan pendapat aku tuu, terpulanglah yer... Aku tengah bagi pendapat dan pandangan yang menggembirakan diriku buat setakat ni. I wish kalian juga gembira. Aku benar-benar maksudkan ni :) Owh, setakat tu jer ker Dee cerita yang kau tonton? Ada lain? Ada. Setakat ni, atas sokongan dan kasih-sayang rakan-rakan lain KBS Fans, dorang bagi aku Cinderella Step Sister, 100 Days With Mr. Arrogant, Princess Hours dan jugak Coffee Prince No.1
Di antara keempat-empat series ni, semua aku masih belum tonton kecuali Princess Hours yang sekarang setakat Chapter 3 aku tonton. Setakat yang aku faham cerita tuu memang menarik gak!!! I love Korean Series!!! Thanks for those sharing... Siapa yang dekat padaku, aku cadangkan, bawa pendrive or hard drive lagi better kalau nak cerita-cerita yang sedia ada padaku. InsyaAllah, dengan rela hatinya aku bagi... sekali dengan software player yang tak semua pc or laptop have it. Araso? Kire... Aja-aja!!! Fighting! Bbasya!!!
(^~^)

Alhamdulillah. Dengan jayanya aku berjaya blogging again today and taip untuk pembaca yang sudi baca blogku :) Chuga DeeDee!!! Yeeeeehaaaaa... Anda Happy, Saya Happy! Next month maybe aku usahakan untuk blogging banyak. InsyaAllah. This month kelihatannya aku begitu spend my time more on Korean Series yang ada dalam Hard Drive. Pay attention lah kunun... Haha... Kepada yang ada lagi cadangan dan nak share pandangan or pendapat tentang Korea series, do Facebook me okeh?!!! Hehe... Orait, until here, Tah n' yoh oh guh say yoh (Jumpa kamu lagi)... Have fun and enjoy yourself. GBU

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers