I Like it!!!

Sunday, January 1, 2012

Jangan masuk tandas tahun 2011 pukul 11:59pm kerana apabila anda keluar tandas, anda akan keluar pada tahun 2012! Haha

Tahun baru telah menjelma iaitu 2012. Hari ni anda semua buat apa? Hahaha ... Anda gunakan masa anda sebaik-baiknya? Hehe... Bagaimana dengan pengalaman anda di tahun lepas 2011? Adakah tahun itu menggembirakan atau menyedihkan? Bagi DeeDee, tahun 2011 ada banyak suka dan duka terutamanya jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Tahun 2010 DeeDee di hujung tahun banyak bersedih kerana kehilangan salah seorang ahli keluarga dan rakan setugas. Tahun 2011 pula, DeeDee kena rompak dan masih lagi dalam proses menggantikan barang-barang yang kena rompak, sepupu berdekatan pula tidak mempedulikan DeeDee sudah. So, tahun 2012 jadik apa, DeeDee tawakal jer lah, walaupun tahun lepas pada Disember, DeeDee berkesempatan bertemu dengan seorang rakan baru yang bekerja di Pustaka Kuching, Sarawak ada menggalakkan DeeDee untuk berpindah berkhidmat di Sarawak. Still, in progress, DeeDee sedang pertimbangkan.

Apa lagi yang DeeDee perlu pertimbangkan untuk pindah balik Sarawak? Erm, ikutkan tahun, DeeDee dah berkhidmat di tahun keempat nih sebab DeeDee datang tahun 2009, sekarang dah 2012. Kalau ikutkan bulan, sekarang baru 30 bulan bersamaan 2 tahun 6 bulan telah berkhidmat. Nampak macam tak sampai 5 tahun pun dah bertugas. Ermmm, masih dalam pertimbangan lagi lah DeeDee nak pindah. DeeDee berusaha jugak nak pindah tapi sedang memikirkan yang terbaik lagi. DeeDee masih lagi terperangkap dengan masalah di sini (Kuala Lumpur) sebab tu rasa hati ada nak balik tapi kalau balik masalah belum gak selesai. Masalah apa Dee?

Masalah tu ada di tempat kerja. Mula-mula DeeDee kerja dulu memang bersungguh-sungguh nak buat, tapi bila ada seorang ni dalam pejabat, mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang kampung macam DeeDee ni, akhirnya DeeDee terperangkap dengan tipu daya dan helahnya kerana ketamakan dan kepentingan dirinya sendiri. Semoga Tuhan saja lah yang mampu membalasnya. Mood kerja masih ada, cuma fokus kerja tu memang ada kalanya terganggu setiap bulan kerana masalah itu sentiasa dapat dilihat setiap bulan. Semoga tahun 2012 dan seterusnya ni semakinlah bertambah baik dan lancar hendaknya sebab di hari-hari hidup DeeDee berdikari di Kuala Lumpur ni, DeeDee masih lagi tercari-cari jalan penyelesaian untuk melepaskan diri dari masalah yang membebankan DeeDee setiap hari ni. Sungguh pun DeeDee selalu ditimpa masalah sebegini, Allah tu Maha Menolong dan Memberi agar DeeDee dapat teruskan hidup. DeeDee kena tabahkan hati di tahun 2012 agar lebih bersedia lagi di tahun-tahun akan datang.

Tahun 2012 ini juga tahun di mana DeeDee menantikan dengan penuh sabar tahun kewangan bakal kembali stabil. InsyaAllah di penghujung tahun. Bagi pengalaman DeeDee, 6 bulan adalah cukup untuk membiasakan diri di tempat kerja, namun 3 tahun amat diperlukan untuk menstabilkan kewangan jika dilakukan secara konsisten. Memandangkan ini sudah masuk tahun ketiga bagi DeeDee, so insyaAllah, kestabilan kewangan akan DeeDee mula rasai. Dengan adanya sistem kewangan yang semakin kukuh, maka dapatlah segala perancangan yang DeeDee rancang selama ini dijalankan sedikit demi sedikit kerana banyak perancangan DeeDee melibatkan penggunaan wang. Antaranya, kesihatan DeeDee dari segi fizikal dan mental, keluarga DeeDee tanggungan DeeDee iaitu Mak, Ayah dan Kakak, dan imej DeeDee dari berpakaian hinggalah ke pengangkutan. Seterusnya baru DeeDee akan maklumkan lagi perancangan lain. InsyaAllah berjalan lancar semuanya.

Tahun lepas memang banyak perkara yang menyenangkan dan menyusahkan. Yang menyenangkan sudah tentu kita akan senang untuk terima dan senang untuk kita simpan. Manakala perkara yang menyusahkan kita pula, amat sukar untuk dilupakan, malahan amat susah untuk dimaafkan. Soon or later, apa-apa jua perkara yang menyusahkan dan mengganggu perancangan kita sekalipun, haruslah kita maafkan dan lupakan tetapi jadikan iktibar, pengajaran dan sempadan. DeeDee akan maafkan, tetapi dengan syarat, mengikut budi bicara hati DeeDee, iaitu maafkan dengan segera atau pertimbangkan. Tetap DeeDee maafkan, tapi tak semestinya dengan semudah itu. Apa yang penting, Tuhan tu Maha Adil, pembalasan biarlah Allah s.w.t yang tentukan. Kita hanya merancang saja.

Biar apapun yang bakal terjadi di tahun 2012 ni, DeeDee tawakal sajalah kali ni. Berserah. Apa nak jadi, jadi lah. DeeDee tak mampu untuk mengawal semuanya kerana DeeDee hanyalah manusia biasa. Bukan Batman, Superman atau Flashman. Bulan ni juga bulan di mana Pojie dan Wanzy akan pindah dan DeeDee akan membayar seorang diri sewa rumah ni sekiranya tiada penghuni yang masuk sehingga hujung Januari ni. Sakit, tapi kena tabahkan hati. Sabar Dee ... sabar... Wassalam.
Jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers