I Like it!!!

Saturday, October 22, 2011

“When You are tough on Yourself, life is going to be infinitely easier on You”


Tidur yang nyenyak. Lately. Semenjak kejadian yang telahpun berlaku kepadaku 2 minggu lepas, aku masih lagi boleh tidur dengan nyenyak di rumah kejadian. Since kejadian, kami semua lebih berhati-hati dan masing-masing dengan cara tersendiri untuk self defense. Semenjak itu juga, kami semua Bujang Sepah Semat bercadang akan berpindah rumah tidak lama lagi memandangkan keadaan rumah kami dan persekitaran yang selalu terasa seperti ada ancaman keselamatan. Namun...


Sebelum tu, perkembangan terbaru tentang rumah sewa kami ialah... air paip di rumah sewa kami ni semakin deras dan semakin senang bagi kami bertiga untuk menggunakan kemudahan air. Alhamdulillah. DBKL bertindak jugak untuk kebajikan penduduk seperti yang telah dijanjikan. Thanks. Tapi, itulah hakikatnya... semua ini benar-benar ujian buat kami, dahulu, kami menanti saja kederasan air tu supaya meningkat, agar kami bertiga boleh membeli mesin basuh dan memudahkan urusan membasuh pakaian. Tapi sekarang, harapan kami untuk membeli mesin basuh tertangguh lagi semenjak kejadian kecurian yang berlaku ke atas diriku, kami semua bercadang untuk membeli mesin basuh selepas berpindah ke rumah baru.



Sebelum cerita pasal pindah rumah pula, aku ada sesuatu nak share kepada pembaca walaupun berat nak share, tapi, aku luahkan di sini saja betapa strugglenya kehidupan aku sepanjang 2 minggu ni sementara menunggu Kad Pengenalanku yang telah siap pada hari rabu lepas. Sepanjang 2 minggu ni aku banyak berusaha untuk menggantikan semula barang-barang pentingku yang telah hilang dan dalam pada masa yang sama, begitu banyak kos telah habis untuk recovery semula. Walaupun selepas payday 2 hari lepas, masih lagi belum cukup untuk aku selesaikan beberapa barang yang hilang kerana jumlah kiraan kasar kerugian kehilangan barangku lebih kurang RM2K. Tanpa sedar kan, aku rupa-rupanya telah kerugian dalam sebanyak itu.


Memang nampak macam sedikit kerugian tu kalau ada yang pernah hilang lebih banyak daripadaku, namun... aku berusaha keras untuk semua yang pernah hilang dan bukan hasil daripada perjudian sekalipun. Maksudku, aku bekerja dan menyimpan dengan perlahan sedikit demi sedikit untuk membeli salah satu barang impian dan pada sampai waktunya tanpa diduga, ia hilang di curi. Bukan maksudku merungut, tetapi... barang itu memang boleh diganti, seperti kameraku. Tetapi hard drive? Hard drive pejabat tu harus diganti dengan sepantasnya. Adui... Aku kena cari duit lagi untuk menggantikan Hard Drive tu. Duit bukanlah segalanya, namun segalanya perlukan duit.

Sebut tentang duit, terbaru ni, aku terima gajiku dan aku terperanjat terdapat potongan yang besar mendadak terhadap gajiku. Sampai sudah waktunya potongan itu bulan ini kerana majikan ku beberapa bulan yang lepas telah terbayar lebih gajiku kerana tersilap kiraan menanggung kerja arwah Kak Nana. Hutang tetap hutang dan hutang harus dibayar. Aku tidak marah pada potongan cuma aku terkilan semua ini berlaku dalam bulan yang sama. Setakat ini, aku hanya ada RM20 saja untuk survive sehingga gajiku yang seterusnya pada bulan depan. Serius... bagaimana tu? Tidak bermaksudku memohon simpati dan mengaibkan diri. Namun, hakikatnya, aku pokai.


Jauh di sudut hatiku, memang ada terasa sedih. Tapi, aku tutupi seperti biasa dengan senyuman ketika bersama rakan-rakan setugas di pejabat. Yang lebih tahu penderitaanku selain daripada rakan-rakan sekerja yang terdekat, John. John yang selama ini selalu menunjukkan aku jalan-jalan di KL untuk pergi ke mana-mana saja yang aku mahu untuk memenuhi keperluanku dan pengalamanku. Baru semalam mungkin John berusaha menggembirakan aku lagi dengan membelanjaku menonton wayang cerita Johnny English walaupun dia tidak memberitahuku sebab dia membelanjakan. What a good kawan aku dapat semasaku susah, John ada menemaniku seperti seorang abang. [Touching]

Di bulan ini jugalah aku rasa seperti dipinggirkan oleh sepupuku sendiri di Negeri Sembilan. Seumpamanya aku telah tiada siapa tempat bergantung kehidupan lagi walaupun ada saudara terdekat. [Sabar dan sedang menabahkan hati lagi]. Mungkinkah sepupuku masih merajuk padaku. Setakat ini, telah 5 bulan aku tidak balik ke Negeri 9. Aku terlalu sibuk pada hari-hari senangku dengan urusan kerja dan majlis-majlis yang dilancarkan opisku. Bila aku telah balik ke Miri, kampung halamanku last Raya, aku terlupa memberitahu sepupuku akan kepulanganku, tetapi setelah sepupuku mendapat tahu dari panggilan telefon kepadaku, mereka kecil hati dengan jawapanku. Aku tidak memberitahu mereka yang aku pulang ke Miri.

Sebab utama aku tidak memberitahu mereka sebenarnya adalah, aku pernah terdengar mereka juga mahu pulang ke Miri pada tahun ini sebelum ni. Tapi, aku tidak sangka pula mereka tidak jadi pulang dan mungkinkah sampai sekarang mereka masih lagi merajuk kepadaku? Jika benar masih merajuk, fahamlah aku sudah kenapa mereka tidak membalas mesej ku meminta bantuan kewangan daripada mereka semalam. [Sedih, rasa bagai dipukul ombak dengan kuat dari belakang badan].


Terus-terang aku katakan, aku bukan seorang yang meminta-minta untuk diberi sesuatu pada bukan waktunya. Namun, kali ini aku benar-benar meminta bantuan kewangan dari sepupuku sendiri namun mesejku semalaman aku menanti tidak dibalas. Walhal, terang-terang di handphoneku menyatakan mesejku 'Delivered' kepada sender. Lagipun, aku tahu permohonan yang ku pinta adalah bayaran dari bulanan yang tertangguh mereka belum bayar padaku atas belian barang daripadaku. Selama ini tertangguh semenjak aku tidak balik ke Seremban dari sebelum Ramadhan dan selepas Syawal. Tapi, aku bukanlah jenis yang suka bertandang ke rumah orang setiap bulan walaupun saudara-mara sendiri kerana kos perjalanan juga harus diambil kira. Nevermind, aku sabarkan saja lah lagi hati ni berusaha memohon pertolongan rakan lain untuk meminjamkan aku wang sehingga gaji seterusnya. Aku benar-benar hadapi kesusahan dari segi bentuk kewangan sekarang ni. Aku tidak mahu ibu dan bapaku susah dan tahu tentang ini. Biarkan aku berdikari.


Sebab ini lah, on the first place aku fikirkan semula tentang pindah rumah ni nanti. Bukanku tidak mahu pindah rumah sekarang, cuma kewanganku benar-benar terjejas sekarang dan bagaimana lar aku nak dapatkan deposit lagi nanti untuk bayar rumah baru sedangkan rumah sewa yang sedang didudukiku sekarang ni masih lagi kontrak. Belum pun sampai 2 tahun, boleh jadi saja 'hangus' begitu saja deposit yang sebelumnya. Aigoo... Tuff time.

Apapun, aku doakan pada sepupuku di Seremban, semoga perniagaannya dan cawangan-cawangan kedai barunya di semua tempat semakin bertambah maju dan semoga mereka sekeluarga gembira dan sihat-sihat sahaja. Maaf kerana begitu lama aku tidak menjenguk kalian di Seremban. Aku berusaha nanti, tapi, tunggulah kalian redakan kemarahan atau kecil hati padaku. Maaf.

Aku akan berusaha cari cara lain. InsyaAllah.

Semoga Allah memberkati kalian semua juga pembacaku. Terima Kasih :)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers