I Like it!!!

Friday, October 7, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah Kisah Hidupku DeeDeeiDarus

Tabahkanlah hatiku ya Allah... hambaMu ini lemah tidak berdaya
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini, hati saya begitu sayu dan sedih mengenangkan kejadian yang menimpa saya di Subuh hari. Hari ini, saya telahpun ke Balai Polis membuat laporan polis mengenai kehilangan barang peribadi dan barang kerja saya. Malang tidak berbau.

Beg laptop saya yang hilang. Namun di dalamnya, tidak terdapat laptop tetapi nilai barang yang hilang adalah lebih berharga daripada laptop. Wallet saya juga hilang. Tentu saja kalian dapat mengagak apa ada dalam wallet kan? Kad Pengenalan Diri, Lesen Memandu, dan Kad-kad lain seperti kad ATM Bank, Kad Member dan juga gambar-gambar kenangan yang ada... Ada juga saya selit Memory card SD 2GB di dalam wallet. Duit tunai saya hilang. Duit mama bagi untuk saya letak dalam bank pun hilang. Itu cerita wallet.

Selain dari wallet, kamera Sony yang saya baru beli March tahun ni pun hilang sekali. Pakej dengan chargernya sekali dan memorikad 8GB. Hard drive kerja saya juga hilang kepunyaan pejabat. Pendrive persendirian saya 8GB juga hilang. Broadband Celcom saya juga hilang. Pas kerja saya hilang. No, ini bukan hilang, ini kes curi. Kes Jenayah. Semuanya di curi. Terdapat juga barang-barang lain yang saya tidak ingat tetapi ini adalah antara barang yang penting saya selalu bawa ke Pejabat.

Hilang memang berganti, namun hari ini tadi, saya memang tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Saya tidak jadi turun kerja pagi ni dan terus sms Bos. Alhamdulillah, Bos memahami saya. Saya hubungi semula roommate dan roommate saya si Pojie pun bawa saya ke Balai Polis berdekatan untuk membuat laporan. Thanks Pojie. Wanzy another housemate DeeDee juga menenangkan saya dan lambat turun kerja today.


Terima Kasih kepada teman-teman dan keluarga yang menyokong saya...
Pagi ini juga, ketika rakan sekerja menghubungi saya, mereka semua tersentap dengan kejadian yang menimpa diri saya. Mereka juga menenangkan diri saya. Terima kasih kepada rakan-rakan sekerja dan juga adik-adik angkat saya kerana memberikan sokongan dan ada yang menawarkan diri untuk menghulurkan bantuan.

Saya juga benar-benar tersentap atas kejadian kehilangan dokumen kad penting saya pagi ini dan juga kehilangan barangan saya sekelip mata. Malam tadi sebelum tidur, saya letakkan beg laptop tu di kaki tidur saya dan Pojie sahaja. Entah pagi ni hilang. Nampaknya, pencuri yang memecah masuk itu, samada datang ketika kami semua tidur atau ketika tanpa sedar pagi DeeDee mandi kerana telah berlaku perkara yang mencurigakan pagi ini iaitu kedatangan orang yang tidak dikenali di depan pintu rumah kami.

Kejadiannya berlaku begini [diringkas seringkasnya, more detail ask me], setelah Pojie keluar dari rumah untuk turun kerja, saya bersiap pula untuk giliran mandi subuh. Ketika dengan bertualanya saya di bilik, saya terdengar bunyi pintu grill dan tombol pintu kayu di buka langsung kedengaran juga bunyi orang memberi salam.

Pada sangkaanku, itu Pojie. Tetapi, kenapa Pojie patah balik semula ke rumah? Aku keluar dari bilik dan menjarakkan diri 3 or 4 meter dari pintu sebab aku ternampak kelibat badan bersusukkan Pojie dari jauh. Rupa-rupanya orang lain. Tiba-tiba saja orang tu memberanikan diri menolak pintu kayu dan bertanya padaku "Abang! ada nampak Ismail tak?"... Aku terkejut tetapi menjawab,"Tak der."

"Yang tadi baru keluar tu bukan Ismail (maksudnya dia dah nampak Pojie atau sengaja memberikan alasan)ker?"

"Bukan, itu bukan Ismail!", jawabku.

"Oh! Sori yer Bang, ingatkan tu Ismail. Silap orang." Langsung dia menutup pintu dan lari memanjat keluar grill rumah kami yang satu lagi sempadan antara beranda. Aku tergamam, tetapi entah kenapa aku tidak memeriksa semula pintu grill utama seolahnya aku yakin pintu grill masih bermangga selepas Pojie keluar rumah dan aku juga terus ke bilik mandi untuk terus mandi.

Selesai mandi, aku dapati Wanzy terbangun tidur dan sedang mengunci Pintu Grill utama dan Pintu Kayu langsung menceritakan padaku kejadian seterusnya.

Ketika aku mandi rupanya, Wanzy ternampak lagi kelibat bayang lelaki yang memanjat keluar beranda selepas bersembang denganku, datang semula memanjat ke dalam halaman beranda rumah kami. Wanzy bangkit dan terdengar pintu grill sedang di buka dan pintu kayu juga turut kedengaran sedang di buka. Wanzy yang ketika itu berada di dalam bilik bersembunyi bangun dan menanti sekiranya ada kelibat orang tersebut masuk. Namun, Wanzy hanya kedengaran kelibat orang yang berkopiah putih dan berbaju lengan panjang putih itu pergi meloncat keluar semula. 

Persoalan besar diminda ku kini, adakah kami serumah dipukau? Kenapa aku tiba-tiba terus ke tandas tanpa rasa mahu memeriksa semula pintu padahal situasi itu sudah sepatutnya rasa terancam, dan kenapa Wanzy hanya kedengaran bunyi tetapi tidak nampak kelibat? Tingkap bilik Wanzy betul-betul menghadap depan rumah. Allahu A'lam...

Ini semua ujian dan dugaan yang Allah s.w.t beri... semuanya telah tertulis Dee, tabahkan hatimu...
Dengan hanya berbekalkan duit RM50 Pojie pagi ni, selesai saja Pojie menemani aku di Balai Polis, Pojie terus sambung turun kerja dan aku berusaha berdikari sendiri untuk menyelesaikan barangan/dokumen pentingku yang hilang. Sebelum memulakan, aku hubungi juga ibuku. Meluahkan rasa dan setelah lega sedikit, aku pun meneruskan perjalanan kaki ku ke Maju Junction selepas sarapan ringan Chocolate Cadburry sepapan kecil dan sebotol air mineral. Penat tetapi aku kena kurangkan perbelanjaan untuk mencapai matlamat selesaikan Kad Pengenalan dan seangkatannya hari ni juga kerana esok Sabtu ofis tak bukak.

Syukur dengan report polis yang aku bawa, tiada cas dikenakan atas sebab ini kes jenayah dan aku mangsanya. Aku sekarang hanya menggunakan kad pengenalan diri sementara. Pada masa yang sama juga aku langsung ke JPJ di bangunan yang sama untuk menguruskan Kad Lesen Memandu.

Selesai urusan itu, tahu-tahu hari sudah tengahari dan aku terasa lapar. Aku makan di gerai Masjid Jamek dan saat ku menyuapkan nasi ke mulut entah kenapa betapa sebaknya rasa hati ni. Ku kuatkan semangat untuk mengelakkan makanan bercampur dengan air mata. Selesai saja makan, aku berkejar untuk mendapatkan LRT dan pulang ke rumah untuk mandi solat Jumaat.

Sebelah petang, aku meneruskan perjalananku ke bank. Namun, seperti yang telah dinyatakan kawanku, benar, aku tidak dapat membuat kad ATM baru selagi Kad Pengenalan Diri ku yang asal belum diperolehi. Aku hanya dapat membatalkan kad-kad bank ku sementara menunggu 10 hari lagi IC ku siap.

Selesai sahaja semua urusan bank ku petang tadi, aku pulang ke rumah dan selepas rehat, aku call customer service Celcom untuk pertanyaan Broadbandku... Setakat itu, lain-lain akan saya uruskan lagi.

Dan just now, rakan sekerja ada yang menghubungiku lagi. Sebak terasa bila kata-kata semangat "Takper Dee, semua itu telah tertulis, dan mungkin Tuhan nak beri yang lebih baik pada DeeDee dari apa yang DeeDee telah hilang..."

Terima Kasih, aku hargai sokongan kalian semua dan betapa aku tidaklah hilang segala-galanya rupanya. Aku masih ada kalian semua yang masih lagi sayang dan mengambil berat tentangku. Apatah lagi yang dekat padaku seperti adik-adikku, roommate, housemate dan rakan-rakanku di Miri yang sempat mengetahui kisahku hari ini... Kamsahamnida...

Walaupun kenanganku dalam pelbagai bentuk media ada di dalam hard drive ku yang telah di curi, namun, aku kena juga teruskan hidup ini dengan kenangan yang baru dan kali ini aku mesti lebih tabah dari sebelumnya. Jumpa lagi kalian semua. Ini kisahku hari ini... Inilah realiti kehidupan...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers