I Like it!!!

Wednesday, October 5, 2011

♥ Komunikasi Antara Pasangan ♥


♥ Gigitan Heart saya pada Epal ♥

Salam perkhabaran semua teman yang sedang membaca blog ku lagi kali ini. Apa khabar anda semua? Sihat? Semoga ceria selalu ya walaupun bersedih. Hidup kita kena teruskan juga :)

Hari ni aku bertugas di kaunter, dan dalam pada masa yang sama, aku juga terima bahan dari kurier yang berisi buku dan majalah. Antara majalah yang aku terima hari ini ada salah satu artikel daripada Majalah Dynamic Vilippunarvu edisi Oktober 2011 Monthly Magazine - 63 membuatkan aku ingin kongsikan bersama kandungan artikelnya kepada kalian semua terutama kepada pasangan yang bercinta dan menghadapi masalah dalam percintaan. InsyaAllah berguna ya maklumat yang DeeDee ingin kongsikan bersama. Sekiranya sesiapa ada majalah tu kini di tangan, buka m/s 24... [Majalah ini di dalam bahasa Tamil semuanya, dan 1 artikel ni sahaja yang dalam Bahasa Melayu dan penulisnya - Rubadevi].

"Maafkan saya... My Heart ♥"
Pertelingkahan adalah perkara yang biasa dalam  sesuatu perhubungan. Sama ada melibatkan percintaan mahupun perkahwinan, setiap pasangan pasti akan berhadapan dengan pertengkaran.

Persoalannya mengapa perlu mewujudkan ruang untuk pertengkaran? Bukankah lebih baik jika setiap perselisihan faham yang berlaku itu diselesaikan menggunakan cara baik dengan berkomunikasi matang? Sesetengah pihak berpendapat pertengkaran tidak semestinya menyumbang kepada perkara yang tidak baik.

"mmm... mmm... nak manja-manja ni... mmm rrr"

Dengan adanya pertengkaran juga kadang-kala mampu membuat kita lebih mengenali pasangan dan yang paling penting ia dapat mengajar kita erti kematangan dalam menjalani kehidupan berpasangan dan tidak harus juga lupa dalam mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina tidak menemui jalan buntu.

"Pelukku erat-erat Sayang... Aku amat perlukannya ♥"
Saling  menghormati merupakan kunci pada pehubungan yang matang. Anda mesti menghormati pasangan dan diri sendiri agar semasa pertengkaran ia dapat mengelak daripada pengeluaran kata-kata kesat yang boleh mencetuskan suasana yang kurang menyenangkan.

"Sahranghaeyo ♥"
Adalah satu kebiasaan bagi setiap individu melakukan kesilapan namun tidak seharusnya membuat keputusan untuk menghukum dan berbicara panjang lebar tentang kesilapan yang pasangan anda lakukan. Perkara ini akan mencetuskan perasaan kurang selesa dalam dirinya. Apa yang anda harus lakukan adalah mencari jalan penyelesaian supaya perkara itu tidak berulang lagi. Jangan sesekali perasaan dendam wujud dalam perhubungan. Seringkali apabila hati seseorang itu disakiti dan dihancuri, pasti wujud perasaan untuk membalas dendam atas segala yang telah dilakukan. Alasannya, biar pasangan berasa dan turut merasai apa yang kita rasa selama ini. Elak bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan anda seorang yang tidak profesional dan matang dalam percintaan.

"Kita mungkin berbeza, namun Cinta ♥ kita tetap sama"
 Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa disedari, jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya anda menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah dengan mencari jalan tengah supaya tidak wujud persoalan siapa salah dan siapa menang. Contohnya anda boleh berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat atau tip menyelesaikan masalah.

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain dalam pertelingkahan diantara kamu berdua. Mengungkit kisah lama yang menyakitkan hati akan mengakibatkan pertelingkahan yang terjadi berlarutan. Antaranya mengungkit sikap pasangan anda yang pernah melakukan hal yang sama dan lain-lain lagi. Bangkitkan suasana komunikasi yang baik tanpa meninggikan suara.
"Geletek Dear ♥ nanti... baru tau... aa aa...."
Lumrah bagi lelaki yang gagal mengawal kemarahan mudah untuk menyerang secara fizikal atau mudah naik tangan. Percintaan sepatutnya mengajar anda untuk lebih matang jadi jangan hancurkan segalanya dengan tindakan berlandaskan emosi semata-mata. Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas. Sebaliknya, guna perkataan yang lembut dalam erti lain gunakan pendekatan psikologi yang lebih baik daripada pendekatan emosi.


"Sayang nak lari mana ni? Hehehe... smile ♥"

Hanya dengan memaafkan kesalahan pasangan anda sebenarnya dapat membahagiakan lagi kehidupan anda. Ini adalah kerana apabila anda memaafkan seseorang, anda sebenarnya telah menanggalkan satu beban yang selama ini tersemat dalam jiwa anda. Semakin ringan bebanan maka semakin selesa untuk anda menikmati kehidupan ini. Sekiranya anda bersyukur terhadap apa yang anda miliki sekarang ia sebenarnya cara terbaik untuk melepaskan tekanan.

"Kenangan indah ♥ bersamamu..."
Semakin banyak anda bersyukur semakin bahagia diri anda. Setiap individu ingin merasai diri mereka dihargai. Begitu juga dengan pasangan suami isteri, untuk mengecapi kebahagiaan tersebut jangan sesekali lari daripada menghadapi krisis yang dilalui ketika itu. Sekiranya anda berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan anda terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

Hadapi masalah ini dengan berbincang bersama pasangan. INGAT! komunikasi yang sihat mampu memberi kelebihan dalam hubungan anda.

Kenangan hanyalah merupakan proses untuk anda menimba pengalaman. Ia akan beredar mengikut waktu. Hanya jadikan kenangan sebagai satu imaginasi dan bukannya realiti. Nikmatilah kebahagiaan terhadap apa yang anda lalui sekarang dan bukanya bergantung terhadap kenangan!
"Mencari Kemanisan Cinta Sebenar ♥"
Cinta itu manis apabila terletak pada tempatnya. Manisnya mengalahkan kemanisan madu yang dibawa lebah-lebah pada sarangnya. Cinta bertambah manis apabila ada keindahan dan ketenangan yang subur dalam hati. Mungkin pada masa itu hakikat sebenar cinta dapat kita rasai. Setakat ini daripada DeeDee ♥

♥℘.s. Æ ℓ٥ﻻ ﻉ√٥υ♥ 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers