I Like it!!!

Monday, September 6, 2010

Kepulanganku di Hari Raya yang dinanti-nantikan...







Assalammualaikum semua... Mungkin ini edisi terakhir episod blogku untuk bulan Ramadhan... The next episode maybe Syawal. InsyaAllah... Today is my last day I'm work...hahhhh???? I mean, ecok cutiiiiiiiiiiiiiii...Yippiiiiiiii...Haha... Pejam celik pejam celik, Ramadhan kian berlalu.... Di bulan inilah di mana kita semua bersungguh-sungguh untuk membuat segala amalan kebaikan dan memohon segala keberkatan dari Illahi. Alhamdulillah, tiket kapal terbangku telah disediakan... Barang-barang pun semalam telahku pack sedikit demi sedikit. Hari ni, nak pack habis because tomorrow aku berangkat pulang ke Bandaraya Miri...

Aku rindu mahu beraya sebenarnya... Di atas sejarah hitam ku yang lalu, ku usahakan untuk memadam dan memalapkan peristiwa sedihku yang lampau. Tahun lepas aku tidak pulang beraya. Selain daripada bajet, ada juga alasan-alasan lain menyebabkan aku belum bersedia menyambut ketibaan Eidul Mubharak.. InsyaAllah rayaku kali ini lebih meriah dari yang sebelum-sebelumnya... 80% sudah peningkatan mendadak... Haha... Peningkatan barang orang dalam Luggage ku... Biasalah, adat merantau di negeri orang nih, kalau sudah nak balik tuh, memang dalam beg barang orang lain lebih banyak dari barang sendiri. Kalau tak kerana raya pun maybe juga aku tak perlu begitu bertungkus-lumus mencari barang untuk orang lain di sekitar Jalan TAR, Masjid India, Bazaar Ampangan Seremban dan lain-lain tempat termasuklah orang-orang kat opis aku nih pun rajin berjual barang...

Alhamdulillah...aku amat berpuas hati dengan pembelian yang aku beli. Bukan boros, tapi setahun hanya sekali, dan juga pulak, kira tahun ni lah baru aku balik cuti panjang sikit dari cuti biasa ku balik Miri. Sebabnyerrr, kalau raya jer baru nampak muka-muka kengkawan yang dah lama tak jumpa. Time tu lah saat di mana aku nak marah kat kawan-kawan aku yang suka tukar number hanpon sampai lost contact. Hehe.. Marah-marah gurau jerrr... Moga ku tak lupa gak, aku memang nak terjun lagi swimming pool public kat Miri tuh.... Lama dah tak jadi badak berendam sambil berenang duyung konon...hahaa....Sengal...

I donno lah this year...taknak beli camera... Rasa belum masanya untuk aku beli kamera lah... hehe... Maybe 3 years later baru aku nak beli DSLR tuh... Kalau bleh, dah approve jer aku punya request bertugas di Miri untuk selamanya, barulah aku beli kot... InsyaAllah...bak kata Maher Zain. hehe... Beli camera tu pun sebab aku nih suka ambil gambar-gambar tak pedulik lah masa orang tengah tak sedar ka, sibuk ka...Hehe...Bila kita enjoy pada masa sekarang untuk perkara yang sekecil mana pun, suatu masa nanti pasti kita akan sedar ia adalah perkara ataupun memori paling indah...[Learn how to appreciate]...

Gambar-gambar yang ku upload nih tentang pemandangan airport di Miri... Bila tengok airport Miri nih jer, aku terus teringat nak balik jer...hoho... Adoi... habislah aku ecok...banyak betol barang aku... semoga aku larat nak bawak pulang ke Miri...dahla rumah sewa aku kat KL nih 5 tingkat..nak mengangkut ke bawah tu satu hal... Aku bawak dalam 3 beg...Luggage, Backpack ngan Beg kat tangan bawak biskut tunjuk takott pecah kang kalau aku letak dalam kargo... (-_-')

I wish my mum and dad are happy bila aku datang...begitu juga dengan kakak ku... Semoga rekod berkunjung ke rumah kawan-kawan tahun ini berjaya di pecahkan berbanding bilangan rumah-rumah yang pernah aku dan geng kunjungi...hahaxxx... Pernah dahulu dalam satu minggu tuh kitorang berkunjung mengikut kiraan kasarku sahaja sampai 30 buah rumah. Terutama rumah rakan-rakan.... Saudara-mara biasanya dorang yang datang... Saudara-mara kebanyakan berasal dari Brunei dan Labuan.. Ada juga di Bintulu, Bekenu dan juga Kuching... Yang paling wajib setiap tahun datang berkunjung ke rumah tuh saudara dari Brunei :) kan dekat saja... Aku pun lama sudah tak ke Brunei... Last ku pergi Brunei pun lepas aku berhenti kerja dahulu. Mula-mula aku kerja tu pun aku first time masok Brunei padahal keluarga sebelah mak asal Brunei... Bagaimanapun, di sini DeeDee nak ucapkan Selamat Berpuasa,Berbuka,Bersahor dan menyambut Hari Raya Aidil Fitri... Eid Mubarak... DeeDee mohon kemaafan juga jika tersilap kata, dan jika pernah tertembak korang ka time main game... Apapun, bersamalah kita semua di samping sanak-saudara... Biar jahat bagaimana sekalipun saudara kita itu, kita ingatkan sajalah kebaikan yang pernah mereka lakukan...ataupun ibu bapa mereka... Buang yang keruh, ambil lah yang jernih....

Wassalam,

________<----- Perlukan tandatangan DeeDee tak? Hehe...
(DeeDeeiDarus Paparazzi)
Penulis Blog Kisah Hidupku DeeDeeiDarus

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers