I Like it!!!

Sunday, January 29, 2012

Thank you for the moments I remember with a smile and tears in my eyes.

Assalammualaikum semua pembaca tegar ku :) Buat apa tu? Hari ni dah Ahad dah. 2 hari lagi habislah Januari ni. Last entri blog DeeDee mengenai Tahun Baru Cina dan cuti panjang kan. Alhamdulillah, sepanjang bercuti tu, DeeDee tidak berada di Kuala Lumpur. Hari Jumaat 20 hb Januari tu DeeDee bertolak dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bersama-sama 2 orang adik-beradik angkat Facebook. Perjalanan yang panjang dan jauh. Agak penat tapi menyeronokkan. Pasal? DeeDee bergolek-golek kat tempat duduk belakang. Hahahaha... Tidur bangun tidur bangun. Hari pun hujan ketika itu. Kejap hujan kejap tak. Sampai-sampai jer dah pukul 4am. Terus tidur jer pastu. Bilik sejuk. Best! Tiom Tiom~

Bangun pagi sabtu tu, mama dah sediakan sarapan. DeeDee pulak tak sabar nak ke sawah padi tu nak upload gamba Good Morning kunun... Hahaha... Fun and Enjoy. Sabtu tu adik dan DeeDee bersiap nak pergi kenduri kahwin kawannya. Lalu lah Balik Pulau dan melintasi Jambatan Pulau Pinang. Besar jugak Pulau Pinang ni kalau nak ronda. Ada saja tempat di sekeliling kalau tengok. Balik daripada wedding tu pun terserempak rumah kelahiran Tan Sri P. Ramlee. Sangat menarik ya. Cuma kami agak terlewat 1 jam untuk mengunjungi tempatnya kerana di buka sehingga pukul 5:30pm sahaja. Nevermind, next time ada lagi :)

Setelah lama ku berfikir panjang di dalam kereta kekadang, aku teringin pulak nak ambik lesen memandu kereta. Lesen sedia ada sekarang cuma lah lesen memandu motorsikal. Ada pun lesen memandu motorsikal ni, aku tak pulak memandu motorsikal di Kuala Lumpur ni. Geli ah... tengok banyak motor suka mencelah-celah gaya ala-ala Mat Rempit nih... dah lah peratusan yang menunggang motorsikal di sini kompom mati kalau eksiden. Haha... Bukanlah pasal nak mengelak kematian kan, cuma, memang tak bley ah nak tunggang moto kat sini, lain lah dalam kampung-kampung jer ker... InsyaAllah, sebelum aku pindah semula ke Sarawak, at least aku ada lesen memandu kereta. Aku nak belajar di KL lah. Dengar cerita lagi murah kot. Tapi start Mac tahun ni akan dinaikkan pulak harga. Lagipun adik aku yang sorang tu JPJ dia cakap buley Murah kalau ajak dia. [still kumpul bajet].

Sepanjang 4 hari di Kepala Batas, Pulau Pinang, terdapat banyak perkara yang betul-betul memadatkan masaku dan aku sangat bersyukur masaku tidak di sia-siakan. Ada saja pelajaran ku di sana dan perkara yang mahu dilakukan. Antara pesanan yang aku tak bley lupakan , pesanan daripada Tok Nek, "Dugaan tu Tuhan beri kat kita pasal kita terlupa kat Dia Lar tu", Mama, "Ni ikhlas ker tak ni?", Mak Teh, "Sarapan pagi tu penting sebab kita dah tidur seharian, bila bangun tu kita nak bagi usus kita aktif dan tidak rosak, jadi kita kena sarapan. Sekurang-kurangnya 2 biji kurma dan segelas teh 'O' suam atau panas". Antara 3 pesanan ni saja pun dah cukup banyak untuk ku pelajari dan amalkan. Thanks :) Nanti datang lagi nak dengar jugak... Pesanan yang diberi agak spontan tanpa mereka sedari juga, tapi cukup banyak bererti buatku si penghayat kisah orang lain.

Balik dari Pulau Pinang, haruslah begitu banyak pakaian untuk ku basuh. Hahahha... 3 hari punya pakaian aku kena basuh. Pakaian semasa dan pakaian yang sudah aku pakai semasa di Pulau Pinang. Agak *fenat, tapi sangat berbaloi ya percutian ku di sana. Aku sempat makan Pasembur @ Pasembuq. Kira rojak lah jugak. Cuma rojak dorang ni lebih banyak campurannya seperti campuran yang ada dalam stimbot :) Sangat sedap ya. Haruslah licin pinggan. Nanti nak cuba rasa nasi Kandar Penang pulak. Kari dorang lagi belom rasa. Huhuhuhu... Rupa-rupanya masa aku balik dari Penang tu, nak basuh pakaian cukup untuk 1 baldi jer ku basuh sebab pencuci pakaian aku habis. Agak tertangguh lah membasuh pakaian. Semalam dan hari ni baru nak habis pakaian yang di basuh.

Setelah 4 hari bercuti tu, entahlah, agaknya kebiasaan sudah bagiku. Setiap kali balik dari perjalanan jauh ker, mesti aku rasa macam demam-demam. Mungkin kerana faktor kita datang dari tempat bersih, bila datang ke tempat kotor semula, kita sakit lah. Faham tak? Maksudnya, Kuala Lumpur ni begitu banyak ya kadar pencemaran nya terutamanya air yang kurang bersih dan udara nya penuh dengan karbon monoksida dan sulfur dioksida. Sebab tu lah bila balik Penang jer segar-bugar. Mandi air pun rasa bersih sangat-sangat jika dibandingkan mandi di bandar Kuala Lumpur yang urgghhh, agak macam kotor ya... Sebab tu masa dah balik ke Kuala Lumpur, hari pertama kerja Rabu, bila bangun tidur tu rasa macam demam-demam jer. Tak pedulik, ingatkan letih jer.

Hari kedua bekerja dari 3 hari tu, barulah aku agak terasa demam tu, bersin sampai 3 kali, bila buang kahak jer keluar campuran darah, keluarkan hingus jer pun ada campuran darah lagi. Sah-sah aku demam dah kot. Aku ni agak pelik, demam pun aku tak perasan. Bila di tempat kerja, sambil-sambil buat kerja tu, boleh kan aku rest jap tertidur dengan buku-buku disekeliling meja aku tuh. Bos lalu pun aku tak perasan. Tiba-tiba hari Jumaat hari ketiga bekerja, aku bangun pagi terlajak tak dengar 2 bijik alarm clock aku bebunyik. Aku capai henpon terus sms kat member Opis aku E. L (Emergency Leave). Memang tak berdaya nak turun kerja dah. Badan tak bleh angkat. Untuk sehingga pukul 10am baru dapat bangkit. Siap-siap jer lepas solat Jumaat, aku bersiap dan terus naik teksi ke Hospital Kuala Lumpur. Blood Test dan Doktor memberikan preskripsi dan aku di suruh datang lagi keesokan harinya untuk buat Repeat Blood Test. Pasal apa? Incase aku kena Denggi Beb! Adoi naaaaaa... Risau dah pasal Denggi nih. Di Kuala Lumpur saja punya cerita memang bersepah kes Demam Dengggi tau. Walaupun area rumah sewa aku ni almost everyday ada buat semburan mencegah nyamuk tu tak kisah subuh ker, petang ker pagi ker... memang ada saja semburan dalam setiap minggu kedengaran, tapi, still nyamuk makin banyak membiak berleluasa. Bagaimanapun, semalam selepas blood test dijalankan, lega apabila Doktor memberitahuku, aku clean daripada masalah Denggi. Alhamdulillah.

Okeh, setakat tu jer bulan ni punya entri. February harus kita berjumpa tau! InsyaAllah. February ni pun awal-awal bulan dah cuti panjang macam cuti minggu lepas ketika DeeDee bercuti ke Pulau Pinang. Bulan February ni agak special sikit bagi DeeDee sebab DeeDee sedang menantikan kedatangan adik-beradik angkat lain dan kengkawan dari Miri. Dorang semua nak jenguk DeeDee di Kuala Lumpur dan mintak bawak berjalan-jalan di sekitar KL. InsyaAllah sempat. DeeDee pun akan apply cuti nanti eek :) Rindu mereka jugak :)
Okeh. GTG... Mua mua mua Tiom~Tiom~




Tuesday, January 17, 2012

Sometimes on the way to the DREAM you get lost and find a better one

Gong Xi Fa Cai soon. Tahun 2012 ni, Chinese New Yearku, aku akan berada di Pulau Pinang bersama keluarga angkatku yang ku sayang. Ingat lagi ker keluarga angkatku? Hehe, related la dengan adik-adik di facebook ku. Pulau Pinang tu di mana Dee? Di area Kepala Batas. Cuti kali ni ada 4 hari. Panjang tu, nak balik Seremban, sepupu pun dah takder sound-sound. Segan *fulak aku nak balik. Tapi, aku kenang jugak kat anak-anak sepupu 3 orang tu yang ku rindui. Sangat rindu nak masakkan makanan untuk dorang. Ermmm... Nevermind, suatu hari nanti, aku akan datang lagi. Pasti. InsyaAllah. Jumaat ni malam akan berangkat pergi bersama-sama adik yang berada di KL. Adik yang sorang lagi dah balik Sarawak celebrate CNY di sana :)

Haruslah aku menaip lagi bulan ni memandangkan pejam celik mata tengok kalendar dah tengah-tengah bulan. Amboi... tak hingat. Tau-tau nanti dah tukar bulan. Apa perkembangan terkini tentangku bulan ni? Amacam dengan rumah sewa? Dah ada penyewa baru? Wanzy dan Pojie dah selamat pindah? Hehehe... Last minit pun, dapat juga aku penyewa baru yang menggantikan tempat kosong di bilik satu lagi. Itupun dengan bantuan adik kesayangan aku tuh. Penyewa baru ni rakan setugasnya yang baru masuk juga pada hari bekerja di opisnya. Malam harinya datang ke rumah sewa ni dan mengangkut habis semua barangnya dari rumah lama di tempat lain. Syukurlah pada malam penyewa baru tu pindah sekaligus dia membayar duit sewa. Keesokan harinya, terus aku bank in duit sewaku dan dia ke akaun Maybank tuan rumah sewa. Selesai.

Pojie dan Wanzy pula? Mereka berdua dah selamat pindah juga and masing-masing officially ada kenderaan sendiri dah. Happy for them anyway. Sempat aku merasa menaiki motor baru Pojie 2 minggu lepas. Masa tu aku nak pergi potong rambut kat Maju Junction Mall(my faveret Hair Saloon), kebetulan Pojie datang ke rumah hendak mengemas barang-barangnya lagi yang belum habis pindah sepenuhnya. Masa tu lah Pojie offer bantuan hantarkan aku. Alhamdulillah, penat lelahku menuju ke LRT dikurangkan. Thanks Pojie! Hehehe... Wanzy punya keta baru? Hohohohoho... tak sempat rasa lagi. InsyaAllah next time. Lagipun Wanzy masih ada lagi di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur ni kecik jer sebenarnya. Cuma kesesakan, jalan yang bersimpang siur dan fly over sana-sini tu yang buat bengong tak tau jalan mana nak pergi dulu. Silap jalan bley terbabas sesat jauh... Hahha... yang dah biasa saja okay.

Semenjak Pojie dan Wanzy pindah, aku membeli 4 barang menan yang paling penting dalam rumah ni. Barang menan tu merupakan sebahagian keperluan dan kehendak yang bila-bila memang perlu kalau sudah duduk bujang nih. Yang pertama aku beli, cerek air panas dan seterika. Penting tu kalau nak buat air suam ka, milo panas ka, teh panas, kopi panas ka~ Hehehe... Seterika tu pulak lagi lah perlu sebab orang bekerja macam aku nih, haruslah seterika pakaian walaupun aku ni pemalas mo seterika pakaian. Tapi aku utamakan baju opis lah yang rasmi yang mudah renyuk. Yang tak renyuk walaupun dah basuh, kirim salam, aku tak seterika pun. Huhuhuhu. Lepas tu, baru aku dapat beli jugak kipas meja dan juga periuk nasi elektrik. Memang sangat penting ya kipas tu pasal rumah ni sangat-sangat bahang. Tingkat atas sekali lah katakan. Kipas kepala besar, badannya kecik. Hehehehe... Periuk nasik tu pulak memang penting agar memudahkan kerja-kerja memasak aku dan jimat masa. Periuk nasi dan Cerek air takda pun takpa, tapi buang masa kalau manual masak. Di sini, masa itu macam Emas! Bernilai dan berharga.

Syukurlah Alhamdulillah aku mampu terbeli kesemua keperluan tu walaupun dengan ketiadaan Pojie dan Wanzy sudah. Itu semua berkat juga hasil aku menyimpan dalam ASB. Aku ada buat pelaburan ASB, dan Dividen Januari yang baru keluar tu memang sangat membantu aku menampung mana yang ku perlu. Janji keperluan aku cukup dan kehendak aku agak dicatu sikit. Hehe... Di catu? Maksud? Semenjak Januari ni, aku sudah mulai mengikat perut tapi tidaklah seketat masa selepas aku kena rompak tu dulu. Sungguh aku kurangkan makan bulan ni, still lagi dapat menikmati makanan yang aku mahu. Alang-alang diet jer. Janji ada makan dari takda langsung. Aku kena biasakan diri susah di tempat orang ni kerana aku yakin, sabar banyak membantu kita menghadapi masalah yang sama dengan mudah. InsyaAllah.

Walaupun Pojie dan Wanzy sudah pindah, banyak lagi yang aku perlu fikirkan. Maksudku, hendak di bayar. Banyaknya tanggungan sudah. Sekarang ni aku tabahkan sajalah tengok payslip setiap bulan asyik kena potong saja gaji. Pasal admin silap kira aritu dan aku lambat gtau jugak. Aku manalah pandai kira, tapi musykil jugak caner bleh jadik banyak tahun lepas. Apapun, selesai lah tu nanti March. InsyaAllah. Barang yang kena curik lagi belum habis ganti. Aigooo... Bertindih-tindih guna duit bulan ni... aku rasa selesai guna duit ni dalam April nanti. Harapkan gaji aku nak bayar semua tanggungan aku tu, adoi, bangkrap. Bleh tahap makan pasir saja. Ermmm, sabar, yang penting, tanggungjawab mesti dibayar terlebih dahulu. Aku meramalkan sehingga late Disember tahun ni kewanganku baru stabil. InsyaAllah. Sabar Dee... orang yang tak faham situasi aku memang tak merasa, tapi please lah jangan ada lagi rancangan yang menyebabkan aku terpaksa lagi carik penyelesaian segera yang melibatkan kewangan.

Macam semalam, aku dah menarik diri dari terlibat masuk Family Day tempat kerja aku yang bakal diadakan June nanti. Hati nak pergi, tapi tak mampu nak bayar punya pasal walaupun ansuran 5 kali, aku terpaksa berat hati menolak saja untuk join. Sewa pun dah meningkat sekarang sebab duduk berdua. Itulah, masalah kewangan memang kita tak duga. Aku risau sekarang aku takder duit kecemasan saja. Asyik membayar saja, tak sempat menyimpan. Aigoo... Sungguh aku ditimpa masalah kewangan lately, tidur malamku nyenyak juga sehingga bermimpi macam-macam yang melucukan almost setiap hari. Pagi tadi aku terbangun aku tersentap kenapa aku mimpi kawen lagi. Hari tu masa tukar tahun 2012 pun aku mimpi jugak kawen. Mimpi kawen lah, beli tv lah, mimpi bergambar dengan kamera canggih lah di tepi pantai... Ewah... macam-macam saja lah aku mimpi... Hahaha... Adoi... senyum sajalah aku bangun pagi pikirkan... Mainan tidur saja tu kan?

Realiti? Hari ni aku tetiba terasa sayu dan sedikit sebak bila teringat. Dahulu, mula-mula aku belajar untuk berenang, aku di ajar di tepi pantai Kampung Pulau Melayu, Miri. Setelah air sampai ke paras dada, aku cuba untuk mengapungkan diri seperti yang diajar. Entah macamana lahkan, ombak dari belakang menghempasku dan aku tiba-tiba terjatuh ke dalam laut dan tanganku terkapai-kapai meminta tolong untuk ditarik. Saatku memerlukan pertolongan, tanganku ditarik dengan pantas dan aku terapung semula di dasar air laut dan melihat wajah ayah yang menyelamatkan aku. Terharu. Ayahku sentiasa berada di situ. Jauh di sudut hatiku hari ni, benakku cuba menerangkan padaku, ayahku sayangkan aku. Sayang seorang ayah tu ekspresinya tidaklah sesama ibu kita... Ibu tunjukkan sayang, nampak, ayah tunjukkan sayangnya dengan caranya tersendiri. Ego seseorang lelaki bisa jatuh bila orang yang disayanginya jatuh atau tiada lagi. I Love U Dad. Memori kita bersama.

Cukuplah setakat ini hari ni. Impianku ada, tapi mungkin terpaksa ku tangguhkan demi memuaskan hati orang lain terlebih dahulu. Maksudku, tanggungjawab. Lu tanggung, Lu jawabla! Haha... Sabar saja dulu. Aku taknak kalau tanggungjawabku terabai, aku dengan selfishnya memenuhi impianku. Aku sendiri pun akan merasa kurang senang nanti. Biarlah kita selesaikan hutang-hutang kita dan tanggungjawab kita terlebih dahulu daripada hidup senang tapi hutang berlambak. Yang mana mampu ku bayar, aku bayarkan terlebih dahulu. Consider please sama aku, aku bukan orang kaya, hanya orang sederhana. Janganlah ambil kesempatan atasku lagi sedang aku sendiri dalam kesempitan. Jika aku senang, percayalah, insyaAllah aku tak lupakan membantu. Sebab aku sudah merasa kesusahan... aku juga mahu orang lain senang setelah aku merasa senang. Harap maklum. Sekian, terima kasih.

XoXo


Sunday, January 1, 2012

Jangan masuk tandas tahun 2011 pukul 11:59pm kerana apabila anda keluar tandas, anda akan keluar pada tahun 2012! Haha

Tahun baru telah menjelma iaitu 2012. Hari ni anda semua buat apa? Hahaha ... Anda gunakan masa anda sebaik-baiknya? Hehe... Bagaimana dengan pengalaman anda di tahun lepas 2011? Adakah tahun itu menggembirakan atau menyedihkan? Bagi DeeDee, tahun 2011 ada banyak suka dan duka terutamanya jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Tahun 2010 DeeDee di hujung tahun banyak bersedih kerana kehilangan salah seorang ahli keluarga dan rakan setugas. Tahun 2011 pula, DeeDee kena rompak dan masih lagi dalam proses menggantikan barang-barang yang kena rompak, sepupu berdekatan pula tidak mempedulikan DeeDee sudah. So, tahun 2012 jadik apa, DeeDee tawakal jer lah, walaupun tahun lepas pada Disember, DeeDee berkesempatan bertemu dengan seorang rakan baru yang bekerja di Pustaka Kuching, Sarawak ada menggalakkan DeeDee untuk berpindah berkhidmat di Sarawak. Still, in progress, DeeDee sedang pertimbangkan.

Apa lagi yang DeeDee perlu pertimbangkan untuk pindah balik Sarawak? Erm, ikutkan tahun, DeeDee dah berkhidmat di tahun keempat nih sebab DeeDee datang tahun 2009, sekarang dah 2012. Kalau ikutkan bulan, sekarang baru 30 bulan bersamaan 2 tahun 6 bulan telah berkhidmat. Nampak macam tak sampai 5 tahun pun dah bertugas. Ermmm, masih dalam pertimbangan lagi lah DeeDee nak pindah. DeeDee berusaha jugak nak pindah tapi sedang memikirkan yang terbaik lagi. DeeDee masih lagi terperangkap dengan masalah di sini (Kuala Lumpur) sebab tu rasa hati ada nak balik tapi kalau balik masalah belum gak selesai. Masalah apa Dee?

Masalah tu ada di tempat kerja. Mula-mula DeeDee kerja dulu memang bersungguh-sungguh nak buat, tapi bila ada seorang ni dalam pejabat, mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang kampung macam DeeDee ni, akhirnya DeeDee terperangkap dengan tipu daya dan helahnya kerana ketamakan dan kepentingan dirinya sendiri. Semoga Tuhan saja lah yang mampu membalasnya. Mood kerja masih ada, cuma fokus kerja tu memang ada kalanya terganggu setiap bulan kerana masalah itu sentiasa dapat dilihat setiap bulan. Semoga tahun 2012 dan seterusnya ni semakinlah bertambah baik dan lancar hendaknya sebab di hari-hari hidup DeeDee berdikari di Kuala Lumpur ni, DeeDee masih lagi tercari-cari jalan penyelesaian untuk melepaskan diri dari masalah yang membebankan DeeDee setiap hari ni. Sungguh pun DeeDee selalu ditimpa masalah sebegini, Allah tu Maha Menolong dan Memberi agar DeeDee dapat teruskan hidup. DeeDee kena tabahkan hati di tahun 2012 agar lebih bersedia lagi di tahun-tahun akan datang.

Tahun 2012 ini juga tahun di mana DeeDee menantikan dengan penuh sabar tahun kewangan bakal kembali stabil. InsyaAllah di penghujung tahun. Bagi pengalaman DeeDee, 6 bulan adalah cukup untuk membiasakan diri di tempat kerja, namun 3 tahun amat diperlukan untuk menstabilkan kewangan jika dilakukan secara konsisten. Memandangkan ini sudah masuk tahun ketiga bagi DeeDee, so insyaAllah, kestabilan kewangan akan DeeDee mula rasai. Dengan adanya sistem kewangan yang semakin kukuh, maka dapatlah segala perancangan yang DeeDee rancang selama ini dijalankan sedikit demi sedikit kerana banyak perancangan DeeDee melibatkan penggunaan wang. Antaranya, kesihatan DeeDee dari segi fizikal dan mental, keluarga DeeDee tanggungan DeeDee iaitu Mak, Ayah dan Kakak, dan imej DeeDee dari berpakaian hinggalah ke pengangkutan. Seterusnya baru DeeDee akan maklumkan lagi perancangan lain. InsyaAllah berjalan lancar semuanya.

Tahun lepas memang banyak perkara yang menyenangkan dan menyusahkan. Yang menyenangkan sudah tentu kita akan senang untuk terima dan senang untuk kita simpan. Manakala perkara yang menyusahkan kita pula, amat sukar untuk dilupakan, malahan amat susah untuk dimaafkan. Soon or later, apa-apa jua perkara yang menyusahkan dan mengganggu perancangan kita sekalipun, haruslah kita maafkan dan lupakan tetapi jadikan iktibar, pengajaran dan sempadan. DeeDee akan maafkan, tetapi dengan syarat, mengikut budi bicara hati DeeDee, iaitu maafkan dengan segera atau pertimbangkan. Tetap DeeDee maafkan, tapi tak semestinya dengan semudah itu. Apa yang penting, Tuhan tu Maha Adil, pembalasan biarlah Allah s.w.t yang tentukan. Kita hanya merancang saja.

Biar apapun yang bakal terjadi di tahun 2012 ni, DeeDee tawakal sajalah kali ni. Berserah. Apa nak jadi, jadi lah. DeeDee tak mampu untuk mengawal semuanya kerana DeeDee hanyalah manusia biasa. Bukan Batman, Superman atau Flashman. Bulan ni juga bulan di mana Pojie dan Wanzy akan pindah dan DeeDee akan membayar seorang diri sewa rumah ni sekiranya tiada penghuni yang masuk sehingga hujung Januari ni. Sakit, tapi kena tabahkan hati. Sabar Dee ... sabar... Wassalam.
Jumpa lagi.


Sunday, December 25, 2011

Tiada Lagi Istilah 'Bujang Sepah Semat'

Today Ahad. Krismas bagi mereka yang beragama Kristian. Untung bagi kami yang bekerja pada keesokan harinya, PH. Wee~ Cuti sehari. Selamat Bercuti kepada yang bercuti esok. Happy? Good! Plan nak ke mana cuti? InsyaAllah, DeeDee pergi Melaka esok ditemani adik-adik. Mereka ajak DeeDee pergi Melaka balik hari. Well, macam biasa ... DeeDee mo kasi jelajah Melaka tu mana yang sempat. Huhuhu... Bukan selalu pun kan? Entri kali ni DeeDee tidak akan lagi bersama budak-budak serumah maybe Januari or Februari. Maksud? Wanzy dan Pojie nak pindah rumah sewa lain. Remember tak lagi DeeDee ever cakap pasal isu pindah rumah kan? Well, akhirnya sampai sudah masanya untuk isu ini DeeDee share sama kalian pembacaku :)

Semalam DeeDee telah berbincang bersama Pojie tentang pada mulanya DeeDee telah maklum tentang Wanzy akan berpindah around January maybe before Chinese New Year. By the time DeeDee bincang dengan Pojie, tersentap lah jugak DeeDee rupa-rupanya Pojie juga akan berpindah rumah sewa. But, what about you DeeDee? Tak pindah?

For now, DeeDee tak bersedia lagi untuk pindah. Pertama kali sebab DeeDee masuk rumah sewa sedia ada sekarang adalah sebab nak dekat dengan tempat kerja dan jimat kos perjalanan tanpa menggunakan pengangkutan awam. So, kalau nak jugak pindah, boleh dengan syarat, lebih dekat dengan tempat kerja, tempat parking lebih selamat dan tidak memerlukan kos pengangkutan ke tempat kerja hanya berjalan kaki.

DeeDee okay jer dengan keputusan Wanzy dan Pojie jika mahu pindah rumah. Cuma kerisauan sekarang tentu saja mencarik housemate baru yang lebih dipercayai seperti DeeDee percayakan Wanzy dan Pojie. InsyaAllah, sedang dalam usaha mencari.

Wanzy pindah salah satu sebab kerana mahukan parking kereta yang lebih selamat. Pojie pindah juga salah satu sebab supaya dapat parking motorsikal dengan selamat kerana rupa-rupanya dia telah membeli motorsikal baru-baru ini. I'm okay with their keputusan kerana DeeDee faham bagaimana rasanya nak memastikan tempat parking tu selamat sebab DeeDee juga memiliki motor tetapi tidak dibawa ke KL. Lagipun, situasi parking di rumah sewa sedia ada ini memang sangat bahaya. Penyewa sebelum kami telah banyak kali hilang motorsikalnya. Blacklist area lar katakan tempat nih. Tapi, yang best dan terbaiknya tentang tempat yang DeeDee sewa sekarang, sewa okeh, pastu berdekatan dengan stesen LRT dan jugak berada di Pusat Bandar. Kalau nak pergi mana-mana tuh, terpulang nak pergi mana. Dekat juga dengan fasiliti lah. Alhamdulillah.

So, siapakah yang bakal menjadi penyewa terbaru rumah sewa yang sedang ku duduki sekarang menggantikan Wanzy dan Pojie? Kita nantikan samada pada Januari or Februari entri :) InsyaAllah. Kalau boleh, kali nih, biarlah seorang saja penyewa seterusnya. I think should be okay if duduk berdua jer this time. Dapat privasi masing-masing sorang satu bilik. Rumah ni ada 2 bilik :)

Until now then. Later kita cerita la lagi pulak yer sapa kah yang bakal menduduki rumah sewa DeeDee ni nanti. Hanya menanti penyewa baru saja ni. InsyaAllah, sebaik-baiknya yang dikenali dan dipercayai dan senang untuk diajak berbincang :) Kepada yang sedang bercuti tu, jaga makan, jaga minum dan kesihatan okay. 6 hari lagi dah nak bertukar tahun 2012. Time tu lar kita patut dah bersiap dengan azam baru pulak. Start Januari jugak nanti waktu bekerja DeeDee akan berubah dari pukul 8am punch in pukul 5pm balik berbanding sebelum ni DeeDee masuk kerja 7:30am dan balik 4:30pm. Well, pilihan tu sentiasa ada, so pilihlah yang terbaik dan jangan menyesal dengan apa jua keputusan yang telah dibuat. Okeh! Jumpa lagi (^_^)


Sunday, December 18, 2011

Ketika Talqin Dibacakan

Pagiku hari ni agak mengejutkan setelah menerima panggilan telefon dari rakan setugas menyampaikan berita sedih tentang sekembalinya suami kepada bekas rakan setugas kami iaitu Kak Jauhari (bukan nama sebenar) ke rahmatullah. Inna lillahi wa inna ilaihi ro ji un ... Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali ... Setelah menerima mesej yang telah disampaikan, hati merasa tidak senang lantas bergegas bangkit membuka laptop untuk memaklumkan teman-teman lain di Facebook yang mengenali Kak Jauhari dan keluarganya. Pagi itu juga, setelah bersiap, aku dan 2 lagi rakan setugas bergegas ke rumah Kak Jauhari untuk menziarahi jenazah suami. Untuk makluman pembaca kalian, inilah buat pertama kalinya pengalaman dalam hidupku menziarahi orang yang telah meninggal dunia. Even selama ini ketika ku di Miri, Sarawak, jika ada saudara mahupun ahli keluarga ku meninggal, ibu bapaku tidak pernah menyuruhku menziarahi mungkin kerana kekhuatiran mereka sekiranya aku ni lemah semangat untuk melihat mayat.

Syukur Alhamdulillah, hari ni dari jenazah ditutupkan wajahnya dengan kapan, solat jenazah dan diusung ke tanah perkuburan sehinggalah selamat dikebumikan dan dibacakan Talqin aku ada di setiap masa mengerjakan dan memerhatikan sebagaimana salah satu Adab Menziarahi Jenazah yang telah lama ku ingin ketahui. Perasaan sebak terasa di perkarangan rumah Kak Jauhari sehinggalah ke tanah perkuburan. Melihatkan Kak Jauhari dan anak-anaknya menitiskan air mata, aku lantas teringatkan ibu bapaku di Miri, Sarawak. Salah seorang anak Kak Jauhari pagi ni terbang dari Kuching, Sarawak ke KL setelah mendengar khabaran ayahnya telah meninggal dunia pagi ni di rumah kediaman mereka. Ucapan takziahku buat keluarga Kak Jauhari... Al-Fatihah. Walaubagaimanapun, aku tetap tidak akan menyalahkan ibu dan bapaku sekiranya tidak pernah melepaskanku untuk menziarahi orang yang sudah meninggal dan keluarga mereka kerana kini aku telah faham apa dan bagaimana rasanya menziarahi mereka. Cukuplah syukur terhadap pelepasan ibu bapaku apabila aku merantau, dan aku boleh berdikari sendiri untuk mempelajari apa jua yang ku mahu pelajari sebagai pengisi kekosongan ilmu di ruang hati ini yang selama ini ingin ku kecapi. Pengalaman menziarahi ini cukup penting buatku kerana kematian merupakan salah satu Kekuasaan Allah s.w.t yang tidak sesaat ke depan dan sesaat ke belakang pun kita boleh mengelak.

Begitu banyak pengajaran yang aku pelajari hari ini setelah menziarahi keluarga Kak Jauhari. Terima kasih ya Allah guideku ke sini. Subhanallah ... Alhamdulillah ...

*Ucapan maafku pada rakan sekolah menengahku hari ini iaitu Nurul Aimi Binti Rohaizar. Tahniah kerana selamat bertunang hari ni. Maaf ya kerana tidak dapat hadir majlis pertunangan, DeeDee hari ni ada menziarahi kawan.

Wassalam
♥


Thursday, December 8, 2011

This is My December ...

Goodbye November, Welcome December. Hari demi hari kian berlalu pergi tanpa ku sedari telah setahun aku meninggalkan Disember yang lepas tahun 2010. Setelah hari ni dan esok hari, cukup genaplah sudah pemergian 2 orang antara yang ku paling sayang dalam pengalaman hidupku. Arwah anak buahku Noraida dan rakan setugasku Zuzanah. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita.

Salam perkhabaran semua buat teman-temanku di luar sana yang setia untuk membaca blog terkiniku walaupun tahun ini aku agak kurang menaip cerita tentang hidupku jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Hari-hariku semakin tabah untuk ku tempuhi dan begitu banyak ingin ku kongsikan bersama namun setelah apa yang berlaku terhadapku semakin menuju ke pengakhiran 2011 ini, sungguh aku insan yang lemah tidak termampu untuk menceritakan semua tetapi cukuplah sekadar yang kalian tahu, itu semua bukanlah penghalang buatku untuk berhenti menaip blog, tetapi itu semua merupakan antara sumber inspirasiku lagi dalam meneruskan penulisan blog seterusnya di masa akan datang. InsyaAllah, pengalaman yang bisa kita jadikan iktibar bersama. Teruskan menyokong saya :) Terima Kasih.

Hari tak selalunya mendung. Kita masih lagi mempunyai rakan di sekeliling kita sebagai tempat untuk kita meluahkan perasaan dan bermanja selain daripada keluarga sendiri. Namun, di dalam kehidupan ini juga, kawan juga bisa jadi lawan buat kita samada di depan kita mahupun sebaliknya. Terkisahlah aku pada November lepas, walaupun aku baru saja di rompak pada bulan Oktober seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, namun, Allah itu Maha Kaya. Seminggu sebelum Hari Raya Qurban, rakan setugasku dari bahagian lain, Ryzal telah mengajakku mengikutnya ke Terengganu. Pada mulanya, memang aku menolak atas alasan yang malu untuk ku beritahu padanya tentang kewanganku merosot setelah dirompak dan potongan gaji besar mendadak, namun Ryzal menenangkanku setelah mengetahui dan tetap mengajakku untuk pergi juga kerana buat pertama kalinya Ryzal mahu pergi ke rumah bakal mertuanya. Demi kawan, aku sanggup pergi dan demi pengalamanku sendiri juga, aku harus pergi kerana ini merupakan peluang yang besar buatku untuk pertama kalinya menjelajah Negeri Terengganu yang terletak di pantai Timur itu.

Di pendekkan cerita, segala-galanya berjalan lancar dan penuh kegembiraan. Dan rezeki yang Allah berikan padaku sepanjang berada bersama keluarga mertua Ryzal adalah sesuatu yang diluar bidang kuasaku sendiri kerana Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana dan Maha Kaya... Alhamdulillah. Thanks Allah. Namun, di dalam suka ada duka. Ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, aku menyemak inbox Facebook ku dan menyedari ada mesej telah masuk. Setelahku membaca, ada gosip tentangku. Hehe... apalah agaknya gosip tentangku kali ini.

Rupa-rupanya, rakan setugasku Jane (bukan nama sebenar) memberitahuku tentang seseorang mencemburuiku ketika aku berada di Terengganu. Dipendekkan cerita, rakan yang paling dekat denganku yang paling ku tidak sangka rupanya mengata tentangku di belakang, "Dah tau takder duit, masih boley pulak si DeeDee tu pergi Terengganu. Tau lah belanja semua dorang janji support, tapi manalah tau kemudian kelak diungkit."

Pada ketika itu, aku rasa terkilan. Aku pun tidak meminta-minta semua ni Temanku, tetapi rezeki tidak terbatas hanya dalam bentuk duit. Rezeki itu datang dalam pelbagai rupa bentuk dan nikmat. Aku hargai tentang apa yang kau consider tentangku Teman. Namun, usahlah kau mencemburui nikmat yang orang lain ada, sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Istighfar sajalah yang mampu menahan rasaku ketika itu.

Memang tidak ku sangka apabila, teman sendiri yang paling rapat dan kira teman sama makan lagi mengata tentangku begitu. Agak terkilan, namun walaupun begitu tingkah lakunya dibelakangku, dan aku telah tahu sifatnya begitu, ketika aku pulang dari Terengganu hari tu, bertemu dan terserempak padanya ketika di pejabat, sepatah pun aku tidak mahu mengungkitkan tentang cerita yang dikatakannya tentangku. Kerana, yang mengekalkan aku dan dia sebagai rakan, adalah, kebaikannya sebelum ini terhadapku. Cukup. Baik buruk sekalipun tentang kawan-kawan kita ya teman pembaca blog ku sekalian, ingatlah tentang kebaikan mereka sebelum ini lebih banyak daripada kita terlalu sensitif untuk mengingati keburukan mereka terhadap kita. InsyaAllah, kita akan kekal bersama sebagai teman kerana silaturrahim itu amatlah penting sesama kita. Ini kisah benar tentang perkara yang berlaku terhadapku terbaru ini. Nama Teman itu tidak perlulah aku rungkaikan di sini demi menjaga keaibannya. Sesungguhnya rahsiaku juga mungkin ada padanya tanpaku sedari. Tamat.

December nak berakhir, apa azam anda untuk Almanac 2012? :) Bagiku, tahun depan adalah kira tahun ke-3 untukku bertugas di Kuala Lumpur. Dan, aku punyai perancangan yang banyak untuk tahun depan kerana tahun ke-3 bekerja adalah tahun di mana, macam-macam boleh terjadi. [Hanya yang telah 3 tahun bekerja saja mungkin tahu apa yang ku perlukan? :P]

Mungkinkah melancong menjadi tumpuan? Haruskah aku melangkah lebih jauh? hehe... Tuhan sajalah yang tahu perancanganku tahun depan dan Dialah yang menentukan samada termakbul atau tidak permintaanku. Tahun ini, walau apa pun yang berlaku, aku mesti habiskan apa yang telah aku mulakan. The most important thing bagiku di Kuala Lumpur ini ialah kerjaku. Yang penting kerjaku tetap siap sebelum berakhirnya bulan. InsyaAllah, barulah tenteram untuk melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti seterusnya samada bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Sepanjang last ku balik daripada beraya hari tu, rinduku pada keluargaku sesekali menyelinap masuk ke hati lantaran aku sibuk membuat kerja dan di saat itu juga, sedikit sebak ada terasa jauh di sudut hatiku bila mengenangkan usia ibu dan bapaku yang semakin lanjut. Bagiku, tanggungan yang ku berikan pada mereka setiap bulan, rasanya masih belum cukup untuk ku berikan. Aku berusaha mak, pak... Doakan aku berjaya di negeri orang.

Terkini, sepupuku masih lagi tidak mengendahkanku yang di Seremban, ataupun samada mereka menganggap aku tidak mengendahkan mereka? Terpulang lah... Aku berserah saja tentang penilaian mereka terhadapku. Aku wish semoga soon or later, mereka akan memahamiku jua. Dan, dari Oktober hingga bulan terkini juga, potongan besar pada gajiku masih lagi berlanjutan mungkin sehingga bulan March or Februari akibat admin opis aku terlajak bayar lebih di atas silap faham bayaran menanggung kerja arwah Zuzanah. Still, aku kena tabahkan diri dan banyakkan bersabar sungguh kewangan aku merosot sehingga awal tahun depan. Semoga dengan kenaikan gaji yang diumumkan dalam Belanjawan 2012, bakal terlaksana dengan lancarnya dan InsyaAllah, sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan ku yang Nasi dan Garam saja paling sedap pun berubah :) Sabar Dee, Sabar... susah-susah kita ni, ada lagi yang lebih susah... Bersyukurlah dengan apa jua nikmat yang kita semua masih ada kini. Tanpa merasa susah, kita mungkin tidak menghargai kesenangan. Thank You Allah.

Okeh, setakat ini saja...
Jumpa lagi
:*

Tuesday, November 22, 2011

Camera : Nikon AW100

My next target since my Sony TX10 telah hilang dicuri thief. InsyaAllah (^~^). Nak ambil model patern macam nih ala-ala army ni. Stylo gak kan? [mula mengumpul duit simpanan semula untuk mencapai impian]
Design terbaru Nikon AW100 ni pun bleh tahan... sesuai untuk traveller macam DeeDee :) Tak kisah sebenarnya ader ker takder Global Positioning System (GPS) tu, tapi dah 'tertanam' jelas kat kamera nih ada, syukurlah kan :)
Bukan touchscreen seperti model lamaku Sony TX10, tetapi aku cukup sukakan juga ciri mudah panduan yang sedia ada pada kamera ni :) HD jugak dan kualiti Nikon not bad (^~^)
Oh ya, most important part aku bercadang memilih nak beli kamera nih pasal Waterproof (Kalis Air). Tak jauh bezanya seperti Sony TX10 ku juga kan kalis air? Patah tumbuh hilang berganti... Hehehhee...
Oh, tidak dinafikan juga, bukan setakat kalis air saja, tahap rendaman ke dalam air pun lebih dalam daripada Sony TX10 ku yang pernah hilang tu. Kedalaman 2 kali ganda iaitu 10M di dalam air masih boleh snap gambar :) [nampaknya I kena berenang ke dalam laut nih :P]
Juga terdapat dalam pelbagai bentuk warna, but tetap juga aku mau kaler hijau ala-ala askar tu. Nampak sedikit keunikannya berbanding yang lain.Semoga ada d pasaran Kuala Lumpur sekarang sebab setakat yang aku terlintas nampak, warna Oren saja yang keluar~
Kalau ada warna putih pun, not bad. Let me rethink about it later... InsyaAllah, semoga impianku tercapai sekali lagi kerana aku rasa dunia warna-warniku seperti hitam putih saja tanpa kamera kesayanganku ;P See you all again :)








Followers