I Like it!!!

Thursday, November 11, 2010

Network Coverage


Salam semua. Hehe… buat per tuuuu? Huhu… Oh ya… Just nak meluah jer kat sini. Hari ni nak meluah pasal Network Coverage!


Anda tahu signal? Haha… handphone! Semua orang kalau nak membeli line tepon, mesti nak line yang kuat lah, dapat jelas suara laaaa, dapat call dari kampong laaaa… Yang utama tu kuat signal lah! Selain dari Call dan SMS. Kan!

Jadi, berkenaan dengan signal tu… Entah start bila tapi aku perasan sejak dua menjak terbaru nih terutamanya bulan November ni laa, aku punya henpon line DiGi sot. Kenapa? Ni haaa, time sebelum-sebelum ni, aku rasa ok saja baaa… Boleh sms dan call dan berpesbuk lagi tuu guna Henpon DiGiku. Tapi, tiba-tiba saja sekarang, asal saja masok dalam bilik opis kitorang yang terpencil tu kan, kompom “Error in Connection” henponku paparkan di skrin terangnya tuu~ Hmmmm…

Kira baru-baru lah ni. Sebenarnya aku risau, kalau ada panggilan penting ka masuk, sedang aku mo kol keluar pun tak dapat. Haiya….

Namun begitu, risau kecil ku ni aku tak endah sangat lah sehinggalah hari ni, baru aku ada bengang sedikit saja. Kamu semua tau atau ada pernah guna Maybank2u? Aku selalu guna tuu.. untuk bayar bil, transfer, beli top up dan macam2 lah… Jadi, al-kisahnya today, aku pagi-pagi lagi tadi aku online sekejap untuk urusan penting mak cik dan kawan mak cik ku perlukan bantuan.


Bantuan untuk meminta aku membeli tiket kapal terbang dari Miri to KL. Memandangkan sangat lah mudah saja bagiku urusan tuu kerna sudah terbiasa, aku pun seperti biasa lah, online www.airasia.com.my tu, terus tempah 2 tiket dan meneruskan prosedur bayaran. Part bayaran ni larrr aku tersekat di situ sikit!

Setiap kali kalau kita mo bayar guna Maybank2u, untuk pengesahan bayaran tu kita perlukan Tac Number dari Maybank yang akan di hantar pada telefon bimbit kita selepas kita Tac Request kan? Jadi, itulah ku geram tadi. Aku lupa yang line dalam bilik opis kami yang terpencil tu untuk DiGiku saja akan tiada. Itulah pending lama ku tunggu mesej dari Maybank bagi aku tac number tu… Rupa-rupanya kan, line tak boley blaaahhhh…

Hmmm… nak buat macamana kan…opisku dah macam crita Panic Room saja. Teda line… hmmm… rasa macam pakai henpon menan saja plak kan? Bagus lagi ku pakai tepon menan mungkin.

Langkah penyelesaian masalah ku ni tadi ialah, aku pun keluar dari Panic Room ni tadi dan menuju opisku yang berada di aras sebelah Timur plak. Sana emangnya ada aja sih line. Kuat gitu dong! [banyak jua opis si DeeDee ni?] So, akhirnya aku ponn memulakan prosedur yang sama dan mengulangilah semua cara tuu dan dipendekkan cerita, Berjaya la jugak aku khatam bayar tiket tuu… Hmm…


Itulah cerita hari ni yang aku nak cerita kat member lain di opis, tapi cakap ponn dorang suroh ku tukar line plak. Haha… Dei~ ingat senangka aku mo maintain number. Tapi, kira bernasib baik juga lah aku ada 2nd number Maxisku. At least, people who are trying to call me at my DiGi can’t access bleh la terus ter-Divert ke Maxisku sudaa yang ku sudaa setkan. Tapi, tu jer la, kalau dah te-Divert tu, kredit DiGi aku ponnn tertolak sekali.

Itu kira bagus sebab kol dapat beralih. Mesej? Uiiii nahhhh… Tergendala lah SMS kalau ku mo jawab. Hehe… Mau-mau ku jawab SMS tu selepas saja keluar dari opis tuh… Barulah dapat. Kan!

Tapi, mula-mula tu kan, ku sangka henpon ku ni rosak ba. Dei~ seumur hidupku pakai henpon! Aku penCermat ba jaga barang! [bukan mau memuji diri sendiri J kawan-kawanku pun tau macamana ku jaga Gadget] Belum jugak sampai sampai setahun Nokia5130c-2 XpressMusic ku ni ku pakai. Takkan dah rosak~ sampai kan aku sanggup format sendiri henpon nih mencari punca kerosakan samada henpon rosak. TApi tu arrr… setelah pelbagai test dan kajianku semula terhadap henponku [based on my experience work di Brunei jugala suatu masa dulu], aku mendapat keputusan, henpon, No Problemo’s! So, aku assume DiGi tengah mengUpgrade Update ka linenya.. Rupa-rupanya tau sudaaa ku… Punca bilik tuuuuu penyebabnya… Apapun… Sudahku tahu puncanya senang lah… hehe…


Mesej lain juga inginku sampaikan ni ialah, bila kita ada masalah, janganlah asyik nak menyelesaikan saja masalah tu tapi tidak melihat pada punca masalah tuu. Ada yang lebih teruk daripada tu, men“Delete” masalah macam pura-pura tidak tahu atau biar macam tu saja tergantung tanpa cara mengatasinya. Hehe…

So, moral of the Blog DeeDee ni ialah, ada masalah saja, cari punca terlebih dahulu, baru mudah untuk ikut flow mengatasi masalah berlaku lagi dan mengetahui jalan penyelesaiannya. Ting!

Tapi, jangan kau Herrannn!! Memang aku bercadang mo tukar lagi henpon, insyaAllah tahun depan! Habit ku tuuuu~

Hehe… so, oklah, renung-renungkanlah dan jangan kuat termenung~ Tata… See you again!

FoFo… Ting!



Tuesday, November 9, 2010

Pengembaraanku untuk Episod hari nih…

Sebelum ini, asal saja kalau poslaju item sampai ke rumahku, mesti aku selalu tiada di rumah. Bila aku dihubungi, mesti saja aku di tempat kerja. Tentu saja aku akan dapat surat cinta dari posmen. Surat cinta yang bertajuk “Sorry Note”. Hehe…

Blog hari ni aku nak bercerita tentang pengembaraan baruku yang ada-ada saja cerita hampir setiap hari. Terutamanya di Kuala Lumpur ni. Hehe… Baby step katakan. Wawa DeeDee!

Setakat hari ni saja aku telah menerima 3 pending untuk 1 minggu sudaa barang yang aku belum tagih dari Poslaju. So, aku pun hari ni membuat keputusan untuk mengambil bungkusan-bungkusan itu takut Alamak! Terlebey sudaaa time nanti. Barang-barang poslaju kalau terlambat di ambil dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh barang sepatutnya kita terima tapi kita tiada, akan dipulangkan semula kepada pengirimnya. Hmmmm… Nanti rugi plak… So, better hurry ambilkan. Untuk jangka masa 14 hari tu memang cukup kalau nak pilih hari mana nak pergi kutip bungkusan tuh…


Hanya baru sekali, aku meminta bantuan dari member serumah iaitu si Ninja Boy (bukan nama sebenar). Sebab apa ku minta bantuannya, dulu, pada suatu ketika dahulu ketika zaman purba kala, si Ninja Boy pun dapat Sorry Note nih dari abang posmen. Ketika itu, Ninja Boy sendiri pun tidak tahu mana mau ambil nih. Jadi, aku telah menggunakan kepakaranku dalam bidang Google Bebeh, aku Berjaya ketemu di mana letaknya persembunyian barang Ninja Boy ni patut di ambil iaitu di Taman Melawati yang ada kedai Nasi Ayam nya yang sedap juga ayam roasted nya tuh… nyummmm…(biasalah aku)…

Tetapi, malangnya dan tiba-tiba…[chewah, kalau nda betul pada tempatnya mo guna ayat tu janganla guna wei]… Tetapi, aku sentiasa sedar dan perasan siapa lah aku terhegeh-hegeh nak mintak tolong lagi kan mintak bawak ke Taman Melawati tu lagi. Ninja Boy ni malam-malam pun dia ada kelas walaupun siang dia bekerja. Jadi, untuk menentukan masa bila dia free (terluang) tu payah lah. Karang, tunggu punya tunggu expired masa pengambilan barang aku tuh. Kan ker rugi….

Barang apa jugak si DeeDee ni merepek dari tadi kan?

Macam biasa, aku menang lagi bidaan dan ada juga tak ku tunggu bida terus ku beli dari Lelong Dot Kom tuh… So far, Alhamdulillah… tetap sampai ba kesemuanya…

So, aku dengan berdikarinya berusaha untuk melakukan kajian demi kajian untuk sampai ke tempat yang aku ingin tuju tuh… Dan aku banyak bertanya pada kesemua member-member aku yang expert dalam dunia KL nih… Ternyata, kajian demi kajian ku semakin membuahkan nangka. (Menjadi lar). Si John! Terutamanya, aku Cuma Tanya, tapi tu lah, Allah sediakan aku salah seorang hamba-Nya yang baik jauh di sudut hati tu, si John offer aku temankan aku pergi explore race Tempat Persembunyian parcel-parcel aku tuh... Dia mengenangkan aku, dia risau aku sesat dalam pengembaraanku hari ini. Maksudnya, biar sesat, sesat berteman. Jangan sesat sorang. [Wah, terharunya… heheh]

Di pendekkan cerita, setelah bergelumang dengan pelbagai kepayahan kami dua John merentasi pelbagai halangan juga, akhirnya… Kami sampai juga! Ke Pejabat Pos Malaysia Berhad tersembunyi di Taman Melawati itu! Thanks Allah. Alhamdulillah…


Selepas itu, aku pun Berjaya mendapatkan kesemua parcel tuh…Sambil menyelam tu pulak, aku pun minum air. Kenapa? Hehe….

Aku cakap kat John, errr… “Nasi Ayam kat Taman Melawati ni sedap tau!”…

Lalu John setuju! (paham-paham saja, mo beli nasi ayam Roasted yang sedap dan murah larrr tuuu)… Kitorang gi beli 5 Bungkus!!! Ada jugak sebenarnya member2 di opis aku berkenan! Demi kawan-kawan tuh jugak, aku dan John sanggup mengangkut dari destinasi yang jauh tu dengan 5 Bungkus Ajaib berisi Nasi Ayam Roasted Taman Melawati yang sedap, yang asli yang murah lagi berkualiti serta bermutu tinggi tuh ke opis siap 2 Bungkus Air Sirap Merah berpelohkan ais!!! Haisssshhhhh…. Thanks to Allah once again~

Apapun, mesej sebenar yang cuba aku sampaikan ni ialah, aku gembira kali ni aku tak perlulah selalu meminta tolong dari orang lain lagi macam meminta tolong dari Ninja Boy la. Maksudku tu, bukan aku tak akan meminta tolong lagi, Cuma, kalau sekali sekala tu kan, takpa… Aku jenis yang tidak suka menyusahkan sebenarnya. Malu tau kalau selalu sangat mintak tolong kat orang kalau kita sebenarnya mampu. Macam kes aku ni lain sikit saja. Baru sekali jer aku mintak tolong kat orang terus aku lepas tu tak nak mintak tolong lagi dari orang yang sama sebab aku takut aku menyusahkan. Hehe… tak tau lah kalau korang pikir pelik ka...

Hehe… Next time, kalau ada bungkusan lagi juga untuk ku ambil senang lah, aku boleh sudaa direct menggunakan kemahiran guna transport awam tu… hehe…[aku tujukan kepada member-member aku yang di luar sana yang sekiranya tak pernah atau kalau pernah sekalipun tapi sebenarnya tak memahami culture di KL, aku nak bagitau kat sini, kalau nak jalan banyak tempat di KL ni boleh, tapi, jangan harap korang pikir nak guna transport sendiri nak sampai kat semua tempat yang korang sesedap mulut korang jer sebut, tapi bila ku cakap kita jalan kaki sikit dan guna transport awam, terus plak korang mengeluh rasa panas lah, malaslah… nak guna kereta la jugak, rasa jauh la…. Hmmm, Hello, kalau macam tu, dapat di hitung dengan jari lah alamatnya… melepas lah korang nak menikmati sebagaimana nikmat yang ku kecapi dengan menggunakan transport awam dan sedikit berjalan kaki. Mesej ini ku tujukan kerana benar-benar berlaku terhadapku terbaru ini kerana ada larrr member2 baru sampai nak jalan, bila aku cakap jalan kaki jer, terus macam tak nak. So, terpulang, korang tak duduk KL kalau tak tau, aku nak bagitau tapi korang tak nak dengar jugak padahal aku nak share perkara yang bagus pun korang tak nak, sudah… Hehe… Aku rela lagi sharekan kepada Bloggers2 yang menyayangiku dan kawan-kawanku diluar sana yang benar-benar mahu terima ilmu ku yang hanya lah sekadar setitis dari selautan. J ]

Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya ada kata-kata yang menyinggung perasaan. Kan aku dah gtau, kalau tak suka Blog aku nih aku tak kisah. Cerita aku. Korang nak lawan blog dipersilakan. Nikmat jugak tuu ;)

Oklah… XOXO (*o*) muah… muah… muah… haha….

Sunday, November 7, 2010

Yang Sempurnakan Aku adalah kamu iaitu...




Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

Saturday, November 6, 2010

Diam dan Ngomong Bila Mau...

Assalammualaikum bloggers sekalian… Hehe…. Bersua kita sekali lagi hari ni J Orait. Hari ni topic kisah aku dan dunia pendiamku. Sejak dari kecil lagi, aku dikategorikan pendiam oleh ahli-ahli keluarga. Semua memang amat mengenali sifat pendiamku. Hehe… Diam yang keterlaluan pun tak bagus jugak kan? Tapi aku diam aku berusaha untuk memahami dan menjawab ketika perlu. Diam-diam aku, dahulu aku sangat nakal sehingga umur ku 12 tahun. Bila dah form 1 aku tiba-tiba berubah sebab sekolah menengah ketika itu bergaul dengan para pelajar dari pelbagai jenis sekolah di Miri. Ketika itu lah aku semakin pendiam. Namun, diam-diam kata orang, ubi berisi. Hahaxx… Bukan takat diam ubi berisi jer, badan ponn naik berisi. Haha.. XD

Diam ni sebenarnya banyak kategori tau! Erm, nak kategorikan aku dalam antara kategori nih memang banyak. Di sini aku sharekan antara maklumat yang telah ku fahami dari majalah yang aku terbaca masa tengah sibuk mengemas-ngemas sedikit rumah sepupu. Nah, aku sanggup taipkan semula bahan bacaan aku nak share nih sebab aku suka J


Tajuk: Diam ada makna

Oleh : Haji Zainuddin Ali

Sering berlaku dalam komunikasi, ada orang yang langsung tidak memberikan respons. Tiada sebarang tindak balas, hanya diam sahaja. Tidak bercakap atau bersuara, senyap dan membisu seribu kata. Apabila keadaan ini berlaku, kita sering rasa kurang senang dengannya.

Peribahasa Melayu ada menyebut, “Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat” yang memberi makna diam orang berilmu itu berfikir, sementara diam orang bodoh itu sia-sia sahaja.

Sesungguhnya diam itu membawa seribu erti. Ia hanya diketahui oleh empunya diri. Sebagai muslim, kita harus mempunyai keperibadian yang mampu menjaga lisan atau diam dengan kebenaran. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata benar atau diam.” (Riwayat al-Bukhari)

Sesungguhnya diam itu atas beberapa alasan. Natijah diam itu juga pelbagai. Ada diam yang membawa kebaikan dan tidak kurang juga diam yang mendatangkan masalah. Berikut kita lihat jenis-jenis diam:

* Diam Semula Jadi

Seorang pemuda menyapa seorang gadis di dalam bas. Si pemuda pun memulakan dengan bertanya nama, nak ke mana, sudah berpunya atau belum, namun gadis itu hanya tersenyum sahaja. Pemuda ini dah tak tahan lagi lalu mendesak si gadis memberi respons. Tiba-tiba gadis itu bersuara agak kuat tetapi tidak jelas. Rupa-rupanya gadis itu seorang bisu. Itulah diam yang semula jadi. [hahah, ceh, DeeDee ingatkan lah ape nih tadi.]

* Diam Terpaksa

Zaman saya kecil dulu apabila ibu atau ayah sedang bercakap dengan seseorang yang lebih tua, saya disuruh diam kerana tidak boleh menyampuk orang tua bercakap. Kalau ikutkan rasa hati kita ingin menyampuk kerana pada masa itu kita rasa ada sesuatu untuk bercakap. Tegahan tadi membuatkan kita akur berdiam diri. [Tapi, memang betollah Haji, DeeDee dulu masa kecik ponn penah menyampuk kata-kata orang tua nih. Sebab tu DeeDee beradab lah jugak dewasa nih sebab belajar gak kan dari kesilapan dan ajaran orang tua-tua kita nih. Tak kna tak tau kan? J]

* Diam Bodoh

Sering dalam kelas, guru sesuai memberi penerangan, akan melihat pelbagai reaksi anak muridnya. Apabila ditanya, “Faham semua?”, namun semuanya diam tanpa sebarang jawapan. Inilah diam bodoh namanya, kerana tidak tahu sama ada mereka faham ataupun tidak.

Saya masih ingat pesan seorang pendakwah terkenal: “Jika kita tidak tahu tentang perkara itu, lebih baiklah kita diam dan janganlah membuat ulasan mengenainya. Kalau kita cuba bercakap juga, sikap itu akan menunjukkan kebodohan kita.”

Kalau kita tidak bercakap, orang tidak tahu tentang pengetahuan kita mengenainya. Cubaan untuk memberi pandangan hanya menunjukkan kebodohan kita. Maka lebih baik diam sahaja. [yang part sekolah dan cikgu Tanya tuu, memang semua orang yang bersekolah pernah mengalaminya kan? DeeDee ponn pernah….tak payah nak cakap pasal sekolah menengah ker, rendah ker, sehingga sekarang ponn dalam mana-mana pelajaran berkelas pun ada J hehe…]

* Diam Malas

Seseorang yang ada banyak idea dan sering mengeluarkan pandangan dan cadangan yang bernas, namun tiba-tiba dia tidak memberikan sebarang kata walaupun dipaksa. Dia malas untuk mencadangkan apa pun, kerana katanya jika cadangan itu diterima nanti, dialah yang akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya. Jadi, dia diam sahaja.

Jawapan yang selalu kita dengar daripada orang yang diam malas ini ialah tidak ada “mood” untuk bercakap. Ungkapan ini menjadikan seseorang itu tidak inovatif atau kreatif, sebaliknya menjadikan dia seorang pasif. [memang tidak di nafikan tu Haji, memang ada…DeeDee faham tuh…]

* Diam Marah

Diam marah ini ada baik dan buruknya. Jika berlaku perbalahan atau pertengkaran diam itu lebih baik supaya pergaduhan tidak berpanjangan. Ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya keadaan yang lebih buruk lagi. Nasihat Rasulullah supaya kita bertindak pasif dan diam apabila marah agar kemarahan itu reda, dapat dijelaskan dalam hadis berikut yang bermaksud:

“Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri makan hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang. Apabila masih belum reda maka hendaklah dia berbaring.” (Riwayat Abu Daud)

Dalam keadaan yang lain pula, jika kita memendamkan kemarahan dalam hati tanpa meluahkannya, boleh menimbulkan perkara negatif kepada diri kita seperti stress, yang akhirnya membawa mudarat kepada fizikal seperti pening, sakit jantung dan darah tinggi. Oleh sebab itu, diam marah ini bergantung kepada keadaan dan situasi. [barulah ku faham kenapa orang shout dalam facebook tu mudah pening. Haha.. Tapi, tak lah jugak semestinya kan, ini Cuma salah satu dari 1001 cara tanpa sengaja memudaratkan diri sendiri kan..]

* Diam Merajuk

Kita sering mendengar kata-kata seorang ketua kepada orang bawahannya bahawa dia sangat terbuka. Namun apa yang sering berlaku, usul yang dibawa oleh orang bawahan ditolak mentah-mentah. Akibatnya, ungkapan yang keluar ialah “Kalau kami cakap pun tak guna, bos sahaja yang betul. Lebih baik kami diam.”

Ungkapan itu menjelaskan diam itu kerana hatinya sudah merajuk, tidak perlu beri respons lagi. [hmmmm… memang ada punnnn… (0_o) ]

* Diam Khianat

Seorang gadis terserempak dengan tunangnya yang sedang bercakap dengan seorang perempuan lain. Gadis itu spontan memohon penjelasan tunangnya. Tunangnya menjelaskan bahawa itu urusan kerja, perempuan itu rakan sepejabat dan sebagainya. Namun si perempuan yang terbabit itu memilih untuk berdiam diri.

Orang yang berniat jahat tidak cuba untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Sebaliknya dia memilih untuk berdiam diri. Pada hal dia tahu keadaan sebenar yang berlaku tetapi memilih untuk berdiam diri supaya pihak satu lagi yang dipersalahkan. Ini diam yang amat keji sekali. [Owhhhhh…. Yakah? Hehe….]

* Diam Sombong

Kadangkala seseorang itu tidak dilayan sewajarnya hanya kerana perbezaan darjat. Ini sering berlaku kepada orang bawahan atau dikatakan orang biasa. Apabila mereka mengemukakan sesuatu usul atau cadangan dia tidak dilayan atau didengari. Orang berkenaan memilih untuk diam sahaja kerana baginya buat apa dia layan orang yang tidak sama level. Dia rasa terhina jika dia memberikan layanan. Pada sangkaannya dia tidak kecilkan hati sesiapa jika dia berdiam sahaja. Namun apa yang tersurat itu dapat diterjemahkan daripada riak wajahnya. [DeeDee macam blur sikit part nih…errrrr…whatever…hehe]

* Diam Efektif

Diam efektif ini diam yang baik sekali kerana diam untuk berfikir dan menyusun strategi. Diam seketika untuk memusatkan pemikirannya kepada isu ataupun masalah yang timbul. Kebijaksanaan orang yang bersifat “diam-diam ubi” ini dapat dilihat melalui kata-kata yang keluar dari mulutnya. Ungkapan spontan kadangkala berbahaya kerana ia mungkin berdasarkan emosi dan negatif. Elok kita bertenang seketika sebelum menyambung bicara.

Sifat diam ini boleh mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan diri orang yang berhubungan dengan kita. Mungkin keputusan untuk diam itu boleh mendatangkan kebaikan berikut:

  • * Mengambil masa untuk berfikir dahulu sebelum memberi respons.
  • * Komunikasi yang berkesan.
  • * Keperibadian yang bijak.
  • * Mengelakkan diri daripada dosa.
  • * Menunjukkan kewibawaan.
  • * Dapat menutup keaiban.
  • * Mengelakkan ujub dan takbur.

Firman Allah yang bermaksud : “Hai orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.” (Surah al-Ahzab 33:70)

Kesimpulannya berfikirlah dahulu sebelum kita memutuskan untuk memberi respons. Diam dan berfikir sejenak sebelum bertindak merupakan amalan yang sangat baik dalam menjaga hubungan dan silaturahim. Diam untuk berfikir, diam untuk ketenangan dan diam untuk kebaikan. [owww yeahhh… begitulah sepatut-patutnya sekurang-kurangnya kita usaha membaiki kesilapan kita..yup!!!]

Sampai di sini lah aku membaca tuh. So, anda juga (bloggers) janganlah pulak terus amin jer artikel yang aku terbaca nih. Tapis-tapis fahamkanlah jugak sebab ada diantaranya benar-benar berlaku di sekitar kita. Mungkin situasi berbeza, tetapi masalahnya. Macam orang putih cakap tuh, lebih kurang begini lah, “The players may change, but the game is still the same” Haha..lebih kurang gitu lah eh…. Oklah .. kita bersua ketemuan lagi ya dong J XOXO…


Followers